Pages

Thursday, February 18, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 15 : Alishan > Chiayi > Taipei

Masih lagi berada di area Zhaoping Station/Chaoping Station.

Jangan confused dengan ejaan ejaan ni sebab ianya tempat yang sama.

Statue. Lupa lak sapa mamat ni. Yang pasti bukan Ali Setan.

 Naik atas tu untuk tengok Cherry Blossom atau autumn foliage di Zhaoping Park ni.

Menapak balik ke Alishan Station

Kali ni aku kena bergegas dengan lebih pantas !

Terlama pulak kat area Zhaoping tadi tu.

Sempat hisap rokok tengok tengok kawasan dan sebagainya. Tu pun aku tak pegi ke area Sister Pond dan kawasan kawasan tumpuan pengunjung yang lain yang biasanya di lawati time berada di Alishan National Scenic Area ni. Sempat jugak di minta untuk jadi tukang ambik gambar ada group pelancong di sini.

Aku kena cepat ! Jangan nanti kena tinggal bas.

Jalan patah balik


Pokok pokok

Jambatan

Laluan

Pokok pokok

Di Alishan ni memang tanda arahnya bagus betul. Setiap 30 meter mesti ada penanda seterusnya. Lengkap pulak tu. So keberarangkalian nak sesat payah unless pegi merayap di luar kawasan yang di gazetkan ni.

Dan di area area untuk pejalan kaki, ada tempat rehat macam bangku. Dan satu area lain ada toilet. Kawasan merokok dan macam macam.

Aku pulak asal nampak kawasan merokok, mesti nak berhenti dan menaga kat situ.

Tengah aku berjalan dengan pantas nak balik ke Alishan Station tu tetiba, aku perasan 1 couple tengah tala kamera dia orang sambil menjerit kegembiraan.

Aku pun usha sama !

Oh.. Yushan Mountain

Tiba tiba nampak puncak nya !

Memang Tuhan nak bagi aku rezeki untuk melihat sekilas lalu.

Tiba tiba je cuaca yang berkabus dan berawan sejak aku sampai tadik jadi cerah dan puncak Jade Mountain tu kelihatan sungguh jelas.

Yahoo. Aku tumpang gembira walaupun aku sebenarnya tak berapa kisah sangat pun.

Tapi tak lama. Lepas tu puncaknya hilang semula di balik awan !

Tapi kabus masih melitupi setiap inci kawasan

Ada sinaran matahari menerjah ke bumi

Memancarkan seri menghangatkan cuaca petang

Dan sebenarnya aku memang di datangi satu masalah besar !

Aku sakit perut tahap terpaksa kena memerut. Kebetulan pulak aku nampak tolet awam kat situ.

Toilet awam di Alishan

Masuk toilet tu aku perati dulu.

Nak berak tapi tengok paip tak der. Cemana??????

Masa pun dah suntuk ni. Tapi kalau tak buang ni mahu aku aku pengsan dengan kentut sendiri.

FAST FORWARD.................. &%*(*(%($*^$&($(%&

"Oooo Meng. Kau berak kat Taiwan ek?? Istinjak tak? Cepat ngaku !!!'

"Shadap you !!!"

Biarlah ianya menjadi misteri. Hahahah. Tapi memang boleh masuk personal record kali ni aku membuang di tempat awam !

"I am sorry, No camera please, No camera !!!"

* lari pekup muka

Tak boleh buang masa sebab masa dah suntuk benar.

Aku berlari terus ke 7 Eleven tempat bas menunggu.

Usha kawasan

Peti surat di Alishan 

Baru la nampak bangunan bangunan berwarna di sini

Replika keretapi di sini

Area 7 E

Penumpang dah menanti depan 7E

Bas dah ada, tapi drebar belum ada lagi. So aku lepak kat tepi tu sambil snappy lagi.

Tiba tiba cuaca menjadi cerah dan terang benderang. Baru la gambar rasa hidup dan bernyawa. Baru la semangat nak snappy meningkat dalam jiwa. Dalam hati bertambang riang !

Ini semua bahana semua hutang dalam perut telah di langsaikan setelah 3 hari tak dibuang.

Aku rasa itu la ubat tetiba mood kembali girang !!

Baru la nampak jelas kawasan ni. Berbeza dari masa aku sampai tadi

Baru nampak jelas bangunan Visitor Information Center

Dan mercu tanda Alishan National Scenic Area serta station keretapi Alishan Station di atas bukit sana

Oh. Kalau di Alishan ni memang akan ada orang promo untuk tengok sunrise pagi pagi hari di sini.

Tapi kalau nak usha tu kena tidur kat Alishan ni lah. Ada banyak jugak hotel hotel di kawasan ni, tapi sebab aku tak usha so aku tak berapa pasti rate dan apa semua.

Tapi kalau nak bermalam boleh jer. Recommended sebegitu, banyak masa dan puas nak explore kawasan Alishan ni.

Hari dah semakin petang. Bas bergerak mengikut jadualnya.

Dalam bas.  

Perjalanan berkabus sepanjang masa sampai lah ke malam

Bas mula bergerak meninggalkan Alishan National Scenic Area ni.

Dalam bas tak ramai orang. Tak penuh pun. Aku pun dapat seat sorang. Tapi jalan turun dari Alishan ke Chiayi agak bengkang bengkok macam nak turun dari Cameron Highlands jer. 

Layan mata dan membuta je lah.

Overall, aku suka Alishan ni. Bagi aku lawa dan menarik. Cuma kena spare lebih masa. Jangan jadi macam aku terpaksa bertarung dengan diri sendiri. Kalau terkandas abis rosak semua rancangan aku sebab malam ni jugak aku memang plan balik semula ke Taipei City !

Terima kasih Alishan. Aku puas hati walaupun tak dapat jejak semua yang aku nak pegi !



Ku pejamkan mata
Bayangkan dirimu
Menciptakan perasaan paling indah

Kau menyinari
Seluruh hidupku
Menemani di setiap malam-malamku

Terima kasih cinta
Hadirmu beri makna
Tak mungkin ku persia
Ikatan terbina
Kekasih

Biarpun tersiksa
Walaupun terluka
Cintaku padamu
Kekal selamanya

Ternyata bukan mimpi
Kasihmu abadi
Oh...

Terima kasih cinta
Hadirmu beri makna
Tak mungkin ku persia
Ikatan terbina

Terima kasih cinta
Hadirmu penuh makna
Tak mungkin ku persia
Ikatan bersama

Nikmati segala bahagia

Lebih kurang 7.15 petang bas akhirnya sampai di Chiayi Station !

Balik semula ke Chiayi Station

Aku pegi tanya tiket ke Taipei dulu.

Train terdekat 7.45 malam tapi tak de seat. Yang ada seat pukul 8.30 malam. Aku rela ambik yang ada seat je.

Tambang train dari Chiayi ke Taipei City TWD 598/RM 78.  Jarak masa 3 jam ! Tak sanggup la aku kalau kena berdiri 3 jam tu. Dapat seat buleh gak aku membuta karang.

Jadi ada masa yang tersisa di Chiayi ni aku gi ronda ronda nak beli t shirt. Baju dah abis nak pakai.

Jalan jalan di pekan Chiayi

Kedai buku Batu Loncatan (Stepping Stone)

Kedai kedai di Chiayi

Masuk banyak kedai. Padahal nak cari baju je sehelai. Tak jumpa dan banyak yang mahal mahal.

Badan pun dah berpeluh peluh. Nampak kedai L'Occatine, aku masuk.

Masuk, buat survery survey. Usha usha. Nampak bahagian lelaki. Chreeet ! Chreet !

Sembur atas bawah kanan kiri. Minah promoter tu senyum jer. Nak marah tak boleh kan?

Sengeh je la dia kat situ.

"Hello. You need help?"

Cuba cuba nak bermesra.

"Do you have travel set for this one? I am looking for a smaller one"
"No...I am sorry"

Dia pulak terlebih kecewa,

"Okey. No problem. Thank you !"

Hahahah. Lari keluar. 

Padahal nak chreet je sebab dah nak pitam dengan bau sendiri berjalan sana sini berpeluh dan berlengas gila rasa nya.

Last sekali dah wangi baru gi cari baju. Masuk satu persatu kedai, last last makin jauh aku jadinya dari train station. Tak buleh jadi ni. Kena cepat cepat settle hal ni.

Masuk kedai NET. Dah jumpa baju, pastu harga dia lain pulak yang dia tag dengan masa dia punch kat cashier. 

"Tak payah lah. Tak jadi !"

Pastu aku tengok orang belakang pandang aku. Ramai pulak yang dah beratur. Dan dan tu aku berubah hati.

"OK lah. Jadi. Jadi !"

Terus je beli t shirt 2 helai. Bayar pakai Debit Card. Kat sana Debit/Credit Card tak de sign sign dah.

Pastu cepat cepat balik ke Chiayi Station ! Lambat karang kena tinggal padan muka !

Train dari Chiayi ke Taipei City

Sepanjang perjalanan train aku membuta

Dekat pukul 12 aku sampai di Taipei Main Station

Terus tukar naik MRT ke hostel yang aku dah booking untuk malam ni dan malam esok di Taipei City ni

Dah tengah malam. MRT pun dah last. Tak de orang

Turun di Station MRT Xinyi Anhe. 6 station dari MRT Taipei Main Station. Harga tiket TWD 20 / RM 2.60

Cari exit yang sepatutnya

Keluar dari exit rupanya hujan turun dengan lebat.

Sudah !

Mana aku nak tuju dalam hujan hujan macam ni ?

Tengok jam dah melewati pukul 12 malam. Risau jugak takut tak de orang kat hostel tu dan aku pun tak de email apa apa bagitau dia orang yang aku bakal lewat.

Tengah aku berlindung dari hujan, tiba tiba ada seorang lelaki menegur.

Aku pandang dia. Dia pandang aku.

Dari raut wajahnya aku ragu ragu..................... Apa dia mahu dari aku?

Station MRT Xinyi Anhe

"Where do you want to go?"

Dia bersuara.

"Oh. I am looking for this hostel"

Aku bagi dia kertas yang ada alamat hostel aku. Dia baca dan perhati satu persatu.

"Come. Let me show you !"
"Haaaa"

Aku just nak tau jalan je, tak perlu la sampai dia hantar aku kot, tapi since dia ada payung dan hujan pun lebat, aku ikut jugak dia. Dalam hati fikir bukan bukan jugak, mamat ni nak rompak aku ke? Tapi kalau tengok tubuh badan.. aku lagi sado pada dia, anytime aku boleh kepak je dia patah dua. Tapi kalau dia ada senjata? Eh aku ada gak....perencah Maggie kari berapi Aci je membutakan mata dia kan?

Bersangka baik. Kat Taiwan ni orangnya baik baik belaka rasanya.

Kami sama sama cari hostel aku. Rupanya dia pun cari hostel jugak. Dia datang dari Taoyuan ada keje di Taipei City agaknya. Sempat la borak borak.

Kami menapak berdasarkan alamat yang ada, dan dia yang tolong aku cari kan hostel aku tu sampai jumpa! Ada lah dekat 10 minit jalan kaki dari station MRT tadi tapi nak mencari tu malam malam buta dalam hujan macam ni memang agak tricky.

JV's Hostel Taipei. Dekat pintu hostel ada message ditinggalkan untuk aku

Apparently pekerja hostel semua dah balik sebab dah lepas midnight. Tapi ada kertas kat pintu suruh aku check email aku. Dia siap bagi password untuk guna wifi. Dalam email, dia bagi passkey untuk lepas pintu.

Masuk pintu, aku kena naik atas dan ambik kunci bilik. Semua arahan siap siap diterangkan dalam email yang di hantarkan pada aku. Good job staff staff hostel ni !!!!

Settled !

Tapi aku kesian kat mamat tu. Dia tak de tempat bermalam. Dia ada bagitau nama dia tapi aku lupa. Rashid je la kot. ( sesuka hati )

Aku suruh dia call hostel tu tanya kot ada bilik kosong.

Ini Rashid. Rashid sedang mencuba nasib. Rashid tenang membuat panggilan mencari rumah tumpangan. Rashid tumpangkan payung kepada orang lain di kala hujan. Jadi lah seperti Rashid !

Malangnya staff hostel memang tak duduk kat situ, so dia orang malas nak layan yang walk in ni.

Kesian pulak aku tengok dia.

"What's your plan?"
"I dont know. But dont worry about me"
"I am sorry I cant help much"
"It is OK"
"I hope you can get a place to stay tonight"

Dalam pekat malam. Hujan masih mencurah curah, Dia berlalu pergi mencari tempat berteduh untuk malam ni.

Aku di amuk rasa bersalah tak dapat membantu dia !

Malam tu dalam dingin sejuk kota Taipei, aku hanyut di buai mimpi yang lena....

bersambung................

10 comments:

  1. Meng, masa akak baca part tang Meng memerut kat Alishan tu, akak tengah sedap dok makan roti.. tiba2 nak termuntah plak bila terbaca dan terbayang Meng tengah berinstinjak tu... ahhahhahh....

    ReplyDelete
  2. Rashid tak book hotel di Taipei.
    Rashid teraba raba dalam kegelapan malam mencari hotel.
    Rashid tidak tahu mana nak dituju.
    Jangan jadi seperti Rashid.
    Book lah hotel anda lebih awal seperti Meng.
    Jadilah seperti Meng!

    ReplyDelete
  3. Kesiannya Rashid tuh hmmm...tapi sejak ada Booking/Agoda etc memang tak pernah dah walkin hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. ntah ntah rashid tu kaya pegi tidur di hotel mewah...?

      #tuduhanmelulu
      #jadilahsepertirashid.

      senang kalau book hotel sesiap. sampai je dah tau mana nak tuju. tak buang masa nak walk in sana sini.. kan?

      Delete