Pages

Tuesday, February 16, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 13 : Alishan National Scenic Area - Part 1

Sampai di Fenchihu Station, semua penumpang turun.

Kabus tebal menyambut ketibaan kami tengahari tu. Cuaca tak de la sejuk mana, aku pun cuma pakai t shirt jer.

Train tiba di Fenchihu

Kabus

Platform

Jalan mana nak di tuju?

Kalau di ikutkan, aku masih berada jauh lagi nak sampai ke Alishan. Ni kiranya baru 3/4 perjalanan. Dari Fenchihu ni kena ambik transport lain untuk ke sana.

Tapi sebelum tu aku nak usha usha kawasan dulu.

Bangunan berwarna putih tu menempatkan beberapa model keretapi lama.

Orang agak ramai di kawasan train ni. Macam dah tak de kawalan. Macam semua orang bebas masuk dalam kawasan station keretapi Fenchihu ni.

Aku hisap rokok sebatang pastu layan tengok kat dalam tu kejap.

Train

Train lama pakai steam

Train museum

Train lama

Ikut bangunan tu, ada laluan keluar dari kawasan station keretapi Fenchihu ni.

Dah keluar. Tapi aku masih buntu mana nak tuju.

Hi bunga !

Roses

Then aku jalan ke atas, nampak bus stop, aku tanya drebar bus tu cemana nak pegi Fenchihu Old Street.

Baik hati dia bawak aku sampai ke simpang dan tunjuk arah.

Aku ingat nak jalan jalan kat area Fengchihu ni dulu sebelum ke Alishan sebab kalau dah ke sana memang aku dah tak patah balik ikut sini dah. Nanti balik aku akan ambik bas terus je sampai ke Chiayi dari sana. Dah tak singgah kawasan ni.

Persimpangan di Fengchuhu

Fenqihu, atau Fenchihu atau Funchihu adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di banjaran pergunungan Alishan. Bermula sebagai kawasan rehat pembalak dan dihubungi oleh jaringan keretapi.

Sekarang ni pekan ini menjadi persinggahan bagi mereka yang menaiki keretapi untuk ke Alishan. 

Mempunyai tarikan pelancongan yang tersendiri, daerah ini masih mengekalkan tanaman buluh liar serta hutan yang masih terpelihara.

Bermula 23 Oktober 2014, Fenchihu  merupakan hentian terakhir pada Alishan Forest Railway train.

Fenchihu  juga memiliki tarikan Old Street nya yang tersendiri. Sebuah bandar kecil dengan kawasan perniagaan lama yang penuh dengan butik dan kedai-kedai kecil menjual teh Wulong, makanan ringan, barangan kayu serta pelbagai jenis makanan tempatan.

Fenchihu Old Street juga di kenali sebagai Jiufen of the South kerana persamaan yang unik yang ada di kedua dua daerah ini.

So cemana?

Ayuh ! Kita jalan jalan di Fenchihu Old Street dulu.

Jalan jalan kecil

Menjual sayuran

Buah buahan

Pisang kaki nampak ranum

Fenchihu Old Street 

Sayur dan tenam tanaman

Tangga tangga

Kawasan Old Street

Kawasan dia kecik jer. Banyak yang jual makanan. Sejuk sejuk dia orang suka la lepak makan makan. Aku ni putih mata je la memandang.

Sudahnya aku pusing sampai ke train station Fenchihu semula.

Kalau bermasa di Fenchihu ni boleh hiking ke bamboo forest dan juga pine tree forest. Selain daripada tempat naik train, kiranya pekan ni memang takde apa apa pun.

Dah tak nak buang masa, aku kembali ke tempat drebar bas yang aku tumpang bertanya tadi sebab aku pasti kat situ la bus yang akan membawa aku ke Alishan National Scenic Area.

Kabus di landasan

Trail

Ni shuttle bus dari Fenchihu ke Alishan

Nak naik bas ni ada sedikit masalah.

Aku tanya drebar tu.

"How much?"

Dia tak reti nak cakap, so dia tulis. Masalahnya nombor 9 dia orang macam no 1. So aku ingat kan tambang dia TWD 18. Rupanya TWD 98 /RM 12.80 !!!

Aku dah masukkan duit, pastu dia panggil lagi. Nak bagitau tak cukup tak reti. Dia explain aku pun terpinga pinga. Nasib  baik la ada sorang mamat penumpang situ pandai cakap English dan dia la yang menyampuk dan selesaikan pertarungan ayam itik antara aku dan drebar shuttle bas ni tadi.

Sepanjang jalan berkabus dan tak nampak apa. Drebar bas tu boleh tahan la henjut bawak bas macam jalan dia jer

Jarak perjalanan dari Fenchihu ke Alishan dekat sejam jugak lah.

Masa tu aku realized, banyak masa aku abiskan di perjalanan. Aku sampai di Alishan ni dah dekat pukul 2 lebih ! Tak banyak masa yang aku ada dah. Tapi belasah je lah, aku hadap je apa yang ada dan sempat nanti. Tapi cuaca nampak macam tak berapa menyebelahi. Kabus sepanjang perjalanan.

Bas berhenti di entrance Alishan National Scenic Area.

Alishan NP Entrance 

Setiap penumpang di minta turun untuk bayar entrance fee.

Entrance fee untuk masuk Alishan National Scenic Area ni adalah TWD 150/RM 19.

Mamat tu siap boleh tanya aku lagi.

"Are you a student?"

Tak nampak ke muka dah tua bangka ni student celah mana nya?. Rasanya student dapat diskaun kot.

Shuttle bas tu berhenti depan 7 Eleven ni.

Benda pertama aku buat sebaik saja sampai ada beli tiket balik nanti.

Tiket bas di Alishan ni tak boleh reserve. Kena beli on the same day. The last bus dari Alishan ke Chiayi Station adalah pukul 5.10 petang !

Jadi aku cuma memang ada 3 jam je kat Alishan ni sebelum balik karang !

Beli tiket bus dekat 7 Eleven

Harga tiket bas balik adalah TWD 236/RM 30 dari Alishan ni terus sampai ke Chiayi Station.

Cuaca kurang memberangsangkan. Nak keluar dan berjalan tapi berkabus. Apa pun tak nampak. Ada Visitor Information Center tak jauh dari 7 Eleven tu.

Visitor Information Center (VIC) Alishan 

Aku pegi menapak dan tanya kat mana Alishan train station. Rupanya kat belakang 7 Eleven. Terpaksa la aku menapak patah balik semula.

Kabus agak tebal. Kabus tebal kalau tak buleh je nampak station tu dari area 7E ni.

Perut pun lapar ! Kalau perut lapar tak berdaya dan bersemangat nak jalan jalan ni. Datang idea. Aku gi mintak air panas kat dalam 7E dan aku makan maggie yang aku bawak !!!!

Sejuk sejuk ni makan maggie cup memang mengancam !

Syok je makan maggie tepi jalan sambil sambil orang pandang. Orang lain makan maggie dalam 7E. Aku je makan kat luar. Santai outdoor la ni konon. Padahal sebab maggie bawak sendiri. Takut kena keji.

Lepas abis makan tu baru la aku bergerak. 

Apa yang aku nak buat di Alishan National Scenic Area ni adalah aku nak naik train dan pegi ke 2 station yang ada yang juga sambungan dari lingkaran keretapi yang aku naik sampai ke Fenchihu. Dulunya keretapi tu sampai terus ke Alishan ni, tapi sebab gempa dan taufan dulu tu abis rosak landasan dan perjalanan tak dapat di sambung sampai ke atas ni.

Tapi ada landasan yang masih berfungsi yang bergerak dari station Alishan Stn ni.

Sebelum tu kena pegi ke train station dulu dan beli tiket !

Alishan Station

Pokok kayu tua dan lama di jadikan hiasan

Pokok pokok depan Alishan Stn

Di Alishan National Scenic Area ni, terdapat 3 laluan keretapi yang popular di sini.

1. Sacred Tree Line ( Dari Alishan Stn ke Shermuh Stn ) 

Train setiap sejam bergerak dari Alishan Stn ke Shermuh Stn. Landasannya pernah rosak akibat kemalangan pada May 2011 tetapi telah disambung pada 27 Okt 2011.

2. Jhushan Line. ( Dari Alishan Stn ke Jhushan Stn )

Train ni bergerak seawal pagi untuk para penggemar yang datang untuk melihat sunrise di sebalik Jade Mountain. Terdapat juga train setiap sejam ke Chaoping Station dari Station Alishan.

3. Mianyuei Line. ( Dari Alishan ke The Stone Monkey ). Malangnya laluan ini telah di tutup akibat kerosakan daripada gempa bumi tahun 1999.  

So itu 3 laluan keretapi yang ada di Alishan NP ni. So kalau termiss yang Alishan Forest Railway macam aku naik dari Chiayi tadi tu, tak de la ralat sangat sebab boleh naik yang ni. Cuma perjalanan dia kejap kejap je lah. ( Dari Alishan Station tu lebih kurang 10 minit jer ke Line no 1 atau Chaoping Stn di Line no 2)

Tapi lebih baik la pada tak dapat merasa langsung kan? 

Masa aku sampai kat Alishan Station ni, ada train tengah menanti. So aku beli terus tiket tu.

Beratur ambik train ke Shermuh Station ( Sacred Tree Line )

Ttrain menunggu

Dalam train. Kosong !

Ticket dan brochure. Tambang train ke Shermuh Station TWD 80 / RM 10.

Perjalanan dari Alishan ke Shermuh Stn ( Sacred Tree)

Kawasan pokok pokok besar

Kabus dan hutan

Sacred Tree Line area

Akhirnya train sampai di station Shermuh 

Turun dari train tengok keadaan sekeliling.

Kabus tebal buat suasana terasa hening dan adakala menyeramkan ................. cuak cuak jugak kot kot tetiba muncul Zombie. Tapi aku sebenarnya sedang mencari kelibat Ali. 

Siapa Ali?

Apakah beliau masih hidup atau sudah mati?



Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

bersambung.........

14 comments:

  1. Are u a student? Haaaa haaa haaa..... Uncle meng awet muda sgt kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia buta agaknya tak dpt menilai mana yang kerepot mana yang masih tegang

      Delete
  2. maknanya kau kelihatan muda la di mata staff tiket tu, meng.
    sebab tu dia ingat kau student.
    sila bangga hehe..

    lawa la pokok2 tu. macam lukisan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ngaku pun dia mintak student card kot.. aku tak de pun nak bagi.. so tak leh nak bangga terlebih. hiks...

      tempat ni aku rasa memang lawa kalau kena time time dia

      Delete
  3. dah baca entry ni sempat aku calit lipstik..hehehe..(motippp)...berjanggut gak nak tunggu part suspen yg ribut topan ni..takpe..enjoy je baca sambil sengih sengih :-)

    ReplyDelete
  4. Meng student PHD, jgn silap...kihkihkih

    ReplyDelete