Pages

Monday, August 17, 2015

Jom Makan : Sahara Tent, Plaza Shah Alam

Ini perihal peristiwa makan makan semasa hari Ibu dulu tu.

Dah keluar entry ni kat sini : Hari Ibu 2015

Kali ni aku nak cerita pasal tempat makan yang kami terjah masa tu iaitu Sahara Tent, di Shah Alam !

Sahara Tent

Seingat aku Sahara Tent ni adalah antara Resto Arab yang terawal di buka di Malaysia ni. 

Aku pernah try makan di Bukit Bintang satu ketika dulu. Dan di Shah Alam pun pernah try sekali. Tapi dah lama dah. 

Dan dengan kemunculan banyak resto Nasi Arab, Sahara Tent ni masih lagi mampu bertahan sehingga ke kini. 

Sebab mencari makanan Arab hari tu, buat aku berkunjung lagi kali ni ke sini !

Sahara Tent, Shah Alam

Terletak di Plaza Shah Alam, resto ni boleh di akses melalui belah luar dan juga belah dalam. Sebab hari tu kami ke Plaza Shah Alam, pegi Giant dulu beli barang dapur, pastu baru la singgah makan di sini untuk makan malam.

Masuk dan kami di beri tempat duduk

Masa kami datang tu tak de ramai pelanggan, jadi kami boleh pilih tempat duduk yang mana selesa nak duduk.

Apa yang menarik dengan Sahara Tent ni adalah setting dalam kedai dia yang mempunyai beberapa setting tempat duduk ala ala di negara Arab. Sahara Tent ni tak silap aku adalah kepunyaan orang Yemen.

Mula mula jom tengok setting kedai dia.

Boleh pilih duduk di luar

Atau juga duduk di dalam

Setting dia nampak cozy

Ada setting macam duduk dalam tent

Macam dekat padang pasir.. walaupun sebenarnya tidak!

Dan ada tempat yang agak privacy


Princess yang pilih nak duduk dekat dengan akuarium ni

Penyamun tarbus singgah makan kot

Perhiasan dalam resto yang menarik

Pekerja pekerja dia rata ratanya berbangsa Arab Yemen

Dapat tempat duduk

Dapat tempat duduk kami di beri buku menu.

Dan masa untuk mengorder.

Buku menu

Pilihan makanan Arab

Dan macam biasa bila deal dengan orang orang Arab ni, aku rasa dia orang agak kurang friendly.

Masa nak order tu, bila aku mintak option asyik cakap tak de jer. Aku nak grilled chicken tapi aku nak tukar dengan nasi, tak nak roti. Laju je dia reject.

"No. Cannot !"

Muka kelat. Bahasa kasar lak tu. Hish. Mau je aku lepuk jugak karang.

Aku mintak extra gravy pun macam tak nak bagi ! Pastu cakap macam nak marah aku. Aku customer ke dia customer?

Sebab malas nak bertekak tekak, aku order je mana yang ada dalam menu tu.

Dan ini lah makanan kami sekeluarga.

Grilled Chicken Bread.. Aku nak tukar roti dengan nasi dia tak kasik, so aku order je nasi lagi satu

Lamb Mandy

Beryani Chicken

Smoothies apa ntah..

Nasi Mandy

Hidangan sayur mayur dan bebawang

Makan sampai kenyang

Minuman

Grilled Chicken tu aku rasa dekat kedai Arab Dima - Oasis Square Ara Damansara tu lagi sedap. Plus kuah dia lebih menarik di sana.

Mandy lamb pun OR kata biasa je. Daging dia OK lah lembut tapi macam kering sikit. Aku tak makan pun so aku tak leh komen pasal daging daging ni.

Overall, makanan biasa biasa je.

Sebab lama tak repeat, aku pun dah lupa last aku makan kat sini dulu rasa macam OK, tapi sekarang plus dengan service kureng pekerja pekerja dia aku rasa macam dah tak menarik.

Bagi sesapa nak cuba di persilakan, tapi bagi aku.. biasa biasa je lah ! Tak recommend mana mostly sebab staff dia yang tense dan tak berapa friendly !

Tak moh repeat dah. Baik je aku pegi kedai kedai Arab yang lain.

Bil makanan. Harga agak berpatutan

Layan lagu arab ni dulu.

Enjoice !


Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)

Dan ni translation lirik nya. Supaya orang lebih paham.

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

لا لا نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

20 comments:

  1. Staff sombong.. bye bye laaa.. byk kedai lain lagi..

    ReplyDelete
  2. tengok nasi arap kecur dah air liur....

    tapi bila baca sampai abis.... tak friendly.... ok tak jadi... hehehee

    saya ni penggemar, pemakan nasik arab...

    dulu selain al rawsha , hadramawt , ... saya suka makan kat sawarbina kat jalan semarak tu.... sedap berlipat ganda... tapi sekarang dah tak sedap..... tak tau la kenapa....

    pastu satu tempat lagi kat Saba restaurant jalan jelatek.... tu hari masih sedap.... sekarang tak tau.. lama dah tak pegi.... hehehehe..

    tetiba saya lak review nasik arab kat sini.... minta maap ye ..tuan tanah... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh... hadramawt tak pernah cuba. ada baru bukak kat glenmarie tu.. nanti la nak cuba. aroma dah pernah pegi. not bad jugak

      saba maintain ramai orang

      Delete
  3. penah try sahara tent yg kat alamanda.. siries tak sedap.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh alamanda pun ada ye? tu la... x payah nak try dah lah.. rasa standard lagi lagi kalau service tak bagus

      Delete
  4. tak sedappppp pnah makan sini dolu kala....sodap lagi mr kabab putrajaya...hehehe!

    ReplyDelete
  5. 10 kali lalu lalang sini lom try lagi macam tak menarik. Sama gak Zam-zam ala kazam belakang tu - mahal
    Selalu makan kat D' Arab Cafe je kat TTDI - sedap dan murah (cheapskate hihi)
    Kdg2 tukar selera kat Aroma Hijrah - harga boleh tahan dan sedap (owner melayu pekerja campur2)
    Hadramawt pun sedap - portion besar2 / harga pun boleh tahan (kalo kat kg pandan tu, bangunan pun dah ala-ala padang pasir hihi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kena try la hadrmawt tu... semua org cakap kebabo eh...

      Delete
    2. Kat Seksyen 7 S Alam pun dah ada branch Hadramawt. boleh gelek2 sambil makan nasi erebb hehe

      Delete
    3. Haaaa... tak pernah try yang tu. rasanya Glenmarie pun ada kot. nak gi try la lepas ni. boleh gelek gelek kat sana..

      * nak pole dancing kang takut pole patah !

      Delete
  6. takotnya nk oder kalo waiter mcm tok rimau

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan rimau lagi.... mcm gam*ang.. hahahaha avoid lah !

      Delete
  7. Meng ...

    Selepas 4 tahun duduk kat Saudi ... memang dah masak ngan perangai dia orang nih hahahahhahaa

    My fav selalunya Laham Mandi ... suka kalau kambing dia besar besar hahahaha ... (Kalau gi ngan office mate orang Arab, dia orang siap order macam seekor kambing utk makan dalam 5-6 orang !!!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai banyak nya makan kambing. tapi dia org memang makan portion gergasi kan?

      Delete
  8. saba still the best for me..pls try saba cyberjaya
    hanith lamb rice with lamb soup and yogurt salad
    terbaik!
    now resto dia dh reno cantik sikit n more selesa.price pn dh up sikit tp takpe coz mmg terbaik hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Saba is well known for its taste and authentic arabic cuisine.

      I have tried Saba more than 5 times.. Just dont have time to blog it yet. In fact... it is well known to everyone. These entry is an ption for those who looking for arab dishes beside Saba.

      Thanks anyway.. I will revisit Saba soon !

      Delete