Pages

Saturday, August 15, 2015

Mimpi Yang Semporna - 12 : Semporna | Tawau | Sepang

Bahagian terakhir trip Semporna ni !

Time nak turun dari Bohey Dulang tu kena hati hati jugak. Ada part part yang batu tu licin. Dan jalan tak rata. Minah Salleh tu jatuh gak sekali terduduk.

Dan aku pun sama !

Kah ! Kah ! Kah !

Nasib tak terduduk atas batu besar. Kalau tak... lari la alignment !

Turun memang tak makan masa yang lama, tapi again. Kena jugak hati hati. Sebaiknya pakai la kasut elok elok. Tak macam kami belasah pakai selipar jepun je. Tu pun nasib tak licin. Kalau hujan mau bersusah payah jugak tu nak naik turun. Tapi sebab memang tak plan pun nak daki Bohey Dulang ni so memang redah je lah.

Apa yang penting

#kipidap
#dongibap

Usaha pasti jaya. Slow slow jer..... sikit sikit lama lama sampai la jugak nanti.

Time turun tak lama sangat. Tak sampai 20 minit kot, akhirnya kami tiba di bawah semula.

Kat Stesen Bohey Dulang. Mamat Hitaly tu kata dia ada jual air, kami tunggu nak beli air dia. Tapi lambat pulak menunggu.

Ikan berenang riang

Last sekali kami balik ke jetty dan terus ambik bot balik ke Semporna

Layan air laut di Bohey Dulang

Bye bye Bohey Dulang...

Dasar laut yang jerneh. Nampak memang tak dalam.

Biru laut mengamit kami pergi

Selamat Tinggal Bohey Dulang. Terima kasih atas keindahanmu.

Overall, aku puas hati sebab berjaya mendaki Bohey Dulang walaupun memang separuh mampus jugak la. Memang penat. Dan aku tak malu mengakui aku memang hampir give up awal awal tu. 

Aku boleh tulis aku mendaki dengan hebat sampai ke puncak tapi aku tak perlu tulis macam tu. Aku pun manusia jugak. Kan? Tapi aku bernasib baik sebab ada BW dengan IH... aku tried cope dengan pace dia orang. Kalau ikut pace aku memang lagi lama tu nak sampai, tapi sebab ada IH dan BW tu yang aku kerahkan jugak semangat juang berhabis habisan !

Bagi aku.. apa yang penting.. set minda elok elok. Kalau niat suci murni nak sampai ke puncak. Insya Allah slow slow.. pasti akan sampai jugak.

Bagi yang nak ke Bohey Dulang ni kalau dah sampai wajib naik ! 

View di atas Insya Allah boleh buat kita lupa siksanya mendaki tu nanti.

Kami tinggalkan Bohey Dulang dan terus pulang ke Semporna. Perjalanan balik agak terhenjut henjut jugak sebab ombak dah muncul dan bot terpaksa melawan ombak.

Tapi masing masing dah kepenatan dan melayan mata yang cuba cuba nak membuta dalam bot yang berhempas pulas menentang arus. Memang tak leh nak tidur !

Perjalanan pulang ke Semporna

Semporna

Sampai semula di jetty Semporna

Sampai di jetty Semporna kami berpisah dengan Pakcik Madi. Aku sempat ambik contact number Pakcik Madi ni in case kalau sesapa nak ke sana. Boleh la contact dia. Pakcik Madi OK dan peramah juga.

Ni contact number Pakcik Madi : 012 812 8589.

Aku kata dia OK sebab perjalanan kami dengan dia agak lancar. Dari awal nak dapat clearance. Pegi dan jugak pulang semula ke Semporna semuanya OK walaupun trip kami ni last minit.

Sebelum tu aku ada tanya Ash kat Scuba Junkie tu cemana nak ke Bohey Dulang, dia orang biasanya akan tolak especially kalau tak cukup orang dan dia orang malas nak susah susah nak dapatkan clearance Taman Laut Sabah. Lagipun harga dia orang tetapkan lebih mahal dari engage local macam Pak Madi ni. 

Aku yakin Pakcik Madi ni boleh membantu melancarkan trip sesapa pun nanti. Harga tu memang RM 300 yang aku dapat. Scuba Junkie pun nak RM 450. Tak tau la kot boleh nego lagi dengan Pakcik Madi tu. Apa apa pun kalau ramai ramai harga bot tu boleh lah di bahagikan lagi. Kira lagi murah lah dibandingkan dengan kami yang bertiga ni jer.

Anyway, kesian jugak tengok keadaan dan kehidupan Pakcik Madi ni dan aku harap ni cara aku membantu memurahkan rezeki dia !

So apa tunggu lagi ! Bagi sesapa yang nak ke Bohey Dulang, boleh contact Pak Madi, jangan SMS sebab pakcik Madi ni dah kiranya warga emas dah. Jangan harap jugak nak wassap sebab phone dia tak berapa nak smart lagi !

Dan BW baik hati upah anak Pak Madi si budak baju Oren tu sebab teman kami dan teman bapak dia ke Bohey Dulang !

Lepas sampai di jetty awam Semporna, kami terus ke pejabat Scuba Junkie. Check dengan Ash pasal transport ke airport. Kami sampai kol 3.40 petang. Ada lebih kurang 20 minit daripada waktu yang di janjikan jam 4 petang.

Lepak lepak kejap tunggu kejap then taxi pun datang untuk bawak kami ke airport Tawau.

Tepat jam 4 petang, van pun sampai. Kali ni kami naik Toyota Innova. Aku dok depan dan BW dengan IH kat belakang.

Jalan on the way dari Semporna ke Tawau

Perjalanan kami agak lancar meninggalkan Semporna. 

Mamat drebar tu pun OK. Layan la borak borak dengan dia.

"Kamu dari Semporna?"
"Ya Bang"
"Siapa artis Malaysia yang dari Semporna?"

Hahaha. Aci interview tanya soalan macam tu ?

"Ada Bang ! Zizi ! Tu Fabulous Cat rumahnya tu di Taman ... bla bla bla"

Macam tu la dia bercerita. Jenuh gak aku nak fikir mana satu Zizi ni. Rupanya nya minah ni masuk AF dulu.. sekarang nama kumpulan dia Nukilan yang nyanyi dengan Shae tu !!

Tak kenal sangat ! Sorry ! Hehehehehe.

Ada road block masa kami di jalanan tu tapi OK je lah. Mamat dreabr ni kata bukan check orang, tapi check lesen motosikal jer !

Layan layan borak, last last aku terlelap ! 

Dengar mamat drebar tu je dok menyanyi humming humming bertukar tukar lagu menghiburkan hati sendiri. Bosan agaknya. IH dengan BW pun masing masing cuba cuba meniduri diri mereka yang kacak dan cantik itu.

Tersedar kami masih di perjalanan

Akhirnya 50 minit perjalanan kami mula memasuki kawasan airport Tawau

Sampai airport Tawau.

Dah sampai tu cepat cepat nak gi check in.

Masa nak check in tu kami diberitahu flight delayed !!

Cis.

Air Asia ni memang. Patut bagitau la awal awal, boleh kami merancang ke mana mana lagi tadi. Misi IH dengan BW nak cari barang pun terkandas. BW tak jumpa ikan bilis yang dia nak tapi IH berjaya jumpa kek lapis mak dia nak tu kat airport Tawau !!!!

Rezeki dia. Ada jugak terselit di jual di situ.

Kami ambik masa singgah solat di surau airport sambil menunggu waktu penerbangan yang ditukar ke jam 8 malam.

Sebab banyak masa, sempat duduk di kerusi urut ni. Urut 15 minit, rasa sempat terlelap lelap kami bertiga kat sini.

Flight akhirnya tiba dan kami siap siap nak berlepas jam 8 malam

Bye bye Tawau

Kami tinggalkan Semporna dengan 1001 kenangan

Hujan turun seolah olah menangisi perpisahan ini. Chewah !

Trip yang sempurna di Semporna dan Mabul. Tak lupa pengalaman masam masam manis berjaya mendaki Bohey Dulang bagi aku sesuatu yang membanggakan !

Dalam flight melayan perasaan jer. 

Tetiba terasa rindu  lite lite pada Pulau Mabul.

Rindu desiran ombaknya.
Rindu dengan penduduk penduduknya.
Rindu dengan puput bayunya.

Rindu !

Rindu yang ditinggalkan, Rindu yang ku bawa pulang !

Ewah.



Di malam yang sepi
Aku sendirian dengar bisik hati
Ku pejamkan mata
Biarkan dibawa
Kembali ke suatu
Ruang dan masa
Indahnya bila
Dibuai sejarah
Di dalam keasyikan
Terlihatkan seraut wajah

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Ku bertanyakan mana sita
Kembalikan warkah cinta
Moga manis jangan tangis hakis tinta
Semua janji yang pernah dideklarasi
Tinggal puisi sepi minta dideklamasi
Aku masih bergelut memeluk takdir
Detik bermula sehingga kemelut berakhir
Apapun juga keputusan
Aku terima walau jujurnya tak keruan dan
Yang dah berlaku biarkan berlalu
Nescaya nestapaku kan diubat waktu
Kau harus bahagia walau tak bersamaku
Khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
Nahu lagu berbaur tabu ku tahu
Namun bukan niat ‘tuk menggugat dan menggangu
Semoga kau pun merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi,
Aku rindu

Rindu
Sejujurnya ku menginginkanmu
Di sini bersama menempuh dunia ini

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Andainya diberi kesempatan
Banyak yang mahu kuperkatakan
Menyusur rekahan mengukur punca retakan
Sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
Sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
Mungkin semuanya berpunca dari aku
Yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu

Memorabilia, paraphernalia cinta
Setia mencerita sisa memori tercipta bila
Ku mengadu ke purnama
Bertanyakan khabar pujanggaku di sana
Puisi cinta lama sibuk dihidupkan
Menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
Yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
Tak sempurna tapi ku kan tetap coba
Semoga terus merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi,
Aku rindu

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia
Jangan ku kau lupa hingga hari kita bersua

Terima kasih Semporna.
Terima kasih Mabul.
Terima kasih Bohey Dulang.

Insya Allah. Diberikan rezeki dan kesempatan, kami akan datang lagi !! Mungkin ke Mabul.. mungkin jugak ke pulau pulau yang lain di perairan Sabah ni.

Pesawat bersedia untuk mendarat di KLIA 2

Kami tiba hampir jam 11 malam di KLIA 2.

OR sedia menanti dengan satu tin kopi Ali Cafe untuk memudahkan penyahtinjaan ! Sampai rumah dah boleh memerut dengan sentosa. Tinja pasti cantik dan lawa !

Maka dengan itu selesailah sudah trip Semporna dan Mabul ni.

Sila tepuk tangan !

TAMAT.

7 comments:

  1. yaat mu bunga2 la bro..hahahah tp bst la kalau impian tercapat kan...tahniah walau mendaki bagai nak mampus

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu.. mood melayang mcm tu dtg ikut cuaca..

      skrg ni cuaca x menentu kan....

      hahahaha

      Delete
    2. oh terima kasih atas ucapan tahniah tu.

      doakan aku bakal daki everest pulak lepas ni

      Delete
  2. Clap clap clap !!!

    Terima kasih Meng kerana sudi berkongsi pengalaman ...

    Suka !!! Suka !!! Suka !!! Hehehhehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama en ghaz. terima kasih kerana tekun membaca.. muahahaha

      Delete
  3. byk nya kenangan .. sampai 1001.. jenuh nk ingat.. cantik gambo gambo

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan untuk di simpan.. nak ingat semua tak teringat. nasib ada blog. bila tua dan amnesia buleh la baca dan recall.. hahahha

      Delete