Pages

Monday, June 15, 2015

Jom Makan : Tanah Aina Cafe, Shah Alam

Pernah dengar nama Tanah Aina kan?

Aku pernah bawak korang secara maya tanpa Maya Karin ke salah satu resort dia di Tanah Aina Farah Soraya di Raub. Tapi masa tu aku ke sana sebab ada opis team building.

Apart from eco resort di Raub, Tanah Aina ni ada banyak lagi eco resort mereka di tempat tempat lain di Malaysia ni.

Tapi kali ni aku nak bawak makan di Tanah Aina Cafe di Shah Alam.

Aku tau tempat ni pun dari pembacaan. Masa ni agak baru di buka so aku pun nak lah try !

Yok !

Lot bangunan mereka di Batu 3 Shah Alam.

Kalau sampai, akan dengar orang menjerit jerit. Sebenarnya bangunan rumah kedai 4 tingkat ni selain daripada ada cafe kat bawah, ada juga pusat gym, aerobik dan zumba di bahagian atas. Pemilik yang sama jugak rasanya.

Nak jumpa tempat ni aku pakai Waze jer.. Letaknya di Petronas tepi Federal Highway lepas tol Batu 3 Shah Alam ( dari KL ). Kena ikut laluan tepi tepi tu.

Ni alamat mereka.

Farhana’s Oven Cafe
No. 1 & 2 Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu Tiga, Seksyen U1,40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Email : sales@farhanasoven.com.my 
Call : 017 767 1988

Tak susah nak jumpa dan parking pun berlambak !

Dah park boleh masuk cafe dia.

Boleh lepak lepak di luar

Dan lepak di dalam.

Trust me. Once masuk kedai ni rasa sangat best dan lawa. Setting yang lawa. Very cozy. Tak crowded sangat.

Serious lawa. See berapa kali aku sebut lawa? Memang lawa lah tu. Cuma dalam gambar mungkin tak lawa sebab aku ambik pakai phone jer.

Layan setting dalam kedai untuk jamuan mata.

Meja dengan kayu jati dan hiasan di atasnya

Kerusi yang comfortable dan ala ala mewah tapi order air masak saja? Nak kena pelempang?

Boleh pilih nak duduk di mana. Yang ni macam lepak kat rumah je.

Kedai yang selesa..

Apa yang aku suka pasal setting dalam dia, walaupun kedai makan tapi ada privacy. Space agak mencukupi dan tak cramp.

Memang sesuai nak lepak santai sambil feeling feeling santai !

Hari tu masa aku pegi orang pun tak berapa ramai

Pekerja dia ramai warga asing dari Nepal kot

Dah duduk elok elok..

Dan cuci mata jamu mata tengok setting dalam kedai, jadi kita ready nak jamu tekak pulak.

Tengok menu dia !

Masa aku pegi ni dia agak baru di buka jadi menu agak limited. Cuma few pages dalam menu book yang ada isi. lain lainnya masih kosong.... Menu dia ada Malay dan western. 

Desserts pun ada. Congkak desserts dengan harga RM 38. Nak order tapi takut tak abis. Tapi serious nampak menarik

Dapat air masak dulu

Sebab orang tak ramai jadi menunggu pun tak de lah lama.

Satu persatu yang kami order tiba.

Ayuh. Di persilakan para makanan dan minuman mengambil tempat di meja mewah.

Setting meja. Pudina Calamansi. OK lah. Cuma terlebih masam

Cappuccino.... OK not bad !

Ni hidangan untuk aku. Nasi Goreng Tanah Aina

Di sertakan dengan sambal dan cili

Yang tak menahan. Served dalam lesung batu. Kalau terjatuh atas kaki terus masuk spital !

Nasi Rendang Acheh.. Nasi, Ayam dan Rendang Daging.. served dalam plate macam sampan. Makan je terus rasa nak berlayar !

Plating memang cantik ! 

Nampak makanan lebih lazat dan mengiurkan. Tapi bagi aku tak praktikal ! Bila semua sumbat dalam lesung batu tu, nak makan pun payah !!!!

Aku terpaksa mintak extra plate baru la rasa boleh nak cedok.

Haaaa.. Hero tak ikut, Princess tak nak makan. Nak ni jer. Kuih Cakoi ! Heheh. Aku dah reti sebut. Nama dia Churros. Kan kan kan? Boleh pilih perisa Cinnamon Sugar atau Chocolate. Tak sedap sangat. Ke aku kenyang?

Cucur Udang 

Now verdict !!!

Prsentation memang tahap hotel 5 bintang !!! Aku impressed betul dengan plating dia. Kemas. Cantik dan mengiurkan. Tapi ............. yang cantik tak semestinya sedap kan?

Cucur Udang tu je aku rasa sedap ! Tambah setiap cucur tu ada udang besar. Memang terasa la udang nya. Tapi makanan lain adalah OUT !!!

OUT means.. tak kena dengan tekak aku.

Dan kami tak abis pun makan. 

Tak tau la nak cakap cemana. Tak berasa. Pedas tidak. Lemak pun tidak. Nasik Goreng hambar. Rendang Daging adalah macam tak kena jer.

Dan kami memang tak abis makan. 

Mamat waiter tu siap musykil tahap max.

"What happened Sir? Not finish? Not good?"

Dan sebab dia warga asing, aku berani je berterus terang. Kalau local kang takut kecik hati ayam pulak.

"No.. I am sorry.."

Nampak dia pun kecewa jer.

"You want to take away?"
"No. Nevermind. Thanks"

Mamat Nepal tu memang bagus.

"How can we improve Sir?"
"It looks nice, but this one is not practical. Food need an improvement in term of taste"

Dia diam angguk angguk perlahan.

Memang kami makan tak abis. Tak kena dengan selera walaupun nampak cantik atas pinggan !

Frust jugak aku sebenarnya.. frust sebab tak menepati selera walaupun aku memang suka ambiance dia. 

Tapi aku puji kedai ni sebab bersih dan cantik.

Bil..... Tak de la mahal sangat

Bil dia letak dalam bekas buluh tu... menarik jer

Aku tak totally reject Tanah Aina Cafe ni. Bagi aku banyak improvement nak kena di lakukan bagi menarik dan mengekalkan pelanggan supaya terus datang.

Sayang kalau kedai yang lawa dan cantik macam ni tapi kualiti makanan tak setimpal.

Mungkin perlu bagi masa ....now dah bulan June aku pegi dulu bulan Mac. Hopefully by now they should be good serving great food !!

Boleh gi cuba !

Website mereka : http://farhanasoven.com.my/

Facebook : FB Tanah Aina Cafe

Sekian !

31 comments:

  1. walaupun saya bukan pakar churros, tapi churros dia nmpk kejung dan kurang fluffy..betulkah?
    serve dalam lesung batu tu saja je nak celen ice cream lesung hipster kot hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. x pluffy mcm last aku makan kat mana ntah dulu... ni keras skit pastu kurus je.. x menggambarkan cakoi.. hahaha

      hipster2 ni x takut terhempas atas kaki kot

      Delete
  2. xpaham gak aku cafe2 hipster skrg neh..serve makanan dalam bekas pelik2...lesung la..pasu la.periuk la.kalo org2 lama tgk mesti komplen...tade manners..hehe.

    jgn serve dlm mini mangkuk jamban dahla in the future.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AR x pnh tgk toilet bowl cafe ke? dorg serve dlm toilet bowl.. hahahah - ummi adam

      Delete
    2. haa aku pernah baca. kat jepun ke mana. gila la letak dlm toilet bowl.. mau muntah hijau jadi nya.

      mengarut betul skrg ni..

      Delete
  3. Lawanya kedai..mkn x sedap, kita p try kopi2 lar aci kan bang..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. santai santai waktu petang menarik juga. desserts dia nampak oke

      Delete
  4. nasi dlm lesung batu tu mmg tak menahan..agak2 kalau nenek2 tgk, harus keluar semua pantang larang hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... kalau 10 org order sehari. mahu bermuscle waiter2 kat situ berat angkut lesung batu

      Delete
  5. ok nak terjah lah...
    opis dekat sangat dah nih...
    tapi
    duit nyer....errr....

    (terus rempit pi kedai cendol tepi jalan...hihihi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak lesung sendiri kak anash... murah skit kot dpt diskaun hehehee

      Delete
  6. serve makanan dalam lesung...? tergelak baca td..(nasib x tngh minom air....kalu idak...) tak tau la tmpat lain dah ade buat ke tp ni 1st time dngr... agak2 mesti ada bnyk lesung tu eh..? nak cater semua pelanggan kalu time rmai....hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mesti beli stock lesung selori.. hehehe. alu dia tak de pulak.. apa dia buat agaknya dgn alu lesung tu...

      Delete
  7. Federal Highway jam, boleh lepak kat sini...review makanan x best, boleh berzumba kt atas..

    ReplyDelete
  8. letak dalam lesung macam mana nak makan.Nak cari kelainan pun agak agaklah.

    Meng dah pandai sebut churros hahaaha kuih belimbing sudahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. nasik pun x nampak. penuh dgn ayam dan sayur je kat atas... kena kuak kuak je. memang tak praktikal

      kuih belimbing pulak

      Delete
  9. Tanah Aina? tak pernah dgr...biasa dgr Tanah Lot je

    ReplyDelete
  10. nasi goreng RM15? makan dalam lesung batu? iskhh..semuanya di sumbat semua dalam tu...hurmm...dh mcm zaman org batu ahahaha maybe inginkan kelainan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. trend kot. ala ala bergaduh boleh terus baling lesung tu kat kaki musuh

      Delete
  11. Mahal siot..kt pdg jawa mkn nasi goreng $6 blh mkn 3 org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung aku beli rambutan 3 ringgit dapat 50 bijik. boleh makan 50 orang ! Sorang sebijik

      Delete
  12. Makanan lambat esp lasagna 30min x siap
    Tanya kenapa
    Chef datang dan bercerita kena masak 2 x bla bla bla
    Macam saya tak tahu cara masak
    Jadi saya suruh dia diam
    Marah bila saya complain ke sales
    Rupa2 nya suami dia
    Siap datang marah2 lagi dan berkata dia owner cafe
    Lantak dia saya customer x perlu dok merepek dan cakap banyak
    Memang chef 'owner' samseng . Nyaris nak belasah dia sbb kurang ajar
    Bangsa asing lagi !
    Bila dah lama baru nak pujuk dgn dessert- minta maaf , saya tak akan datang
    Sblum ni abang saya datang sebab saya recomend - jumpa lipas berkeliaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk bersabar oke. jadi kan pengalaman utu satu sempadan. lepas ni jangan pegi dah. makan tempat lain je lah.

      Delete