Pages

Sunday, June 14, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V2.0 : 07 - Masjid Kota Iskandar, Nusajaya

Terletak di atas tanah tertinggi di Kota Iskandar, masjid ini menjadi petanda laluan masuk ke pusat pentadbiran baru ini.

Kehebatannya terserlah melalui jendela langit yang diperbuat daripada kaca yang menjadi mercu tanda bangunan, mampu memuatkan sehingga 1850 jemaah dalam satu masa dan 6 menara yang indah dengan rekaan yang elegan. Pembinaam masjid ini menyambung kepada kegemilangan senibina Bangunan Sultan Ismail.

Dihiasi dengan seni ukiran indah ayat-ayat suci Al-Quran serta motif keIslaman disetiap ruang-ruang dinding yang sangat mengagumkan, di masjid ini juga terdapat sebuah taman di atas bumbung yang boleh memuatkan sehingga 1100 jemaah.

Masjid ini telah siap dibina pada tahun 2014.

Jom terjah dan singgah.

Masjid Kota Iskandar


Minaret

Parking ada di kiri dan kanan bangunan masjid

Tempat wuduk lelaki

Tangga

Dewan solat utama

Kubah

Kubah kaca

Mimbar

Ruang solat

Kalau malam agaknya lawa kot

Masjid terus bersambung dengan bangunan Sultan Ismail ni

Masjid ni nampak gah dari luar. Nampak luas dan besar.

Kat dalam agak suram. Maybe sebab warna dia putih dan biru.

Yang sedihnya.. tak de orang ! Cuma nampak few bangla je datang berjemaah.  Biasalah masjid sekarang indah dan lawa tapi jemaahnya tak der.

Apa apa pun, sebagai masjid Negeri ke dua untuk Johor. Masjid ni memang lawa !

Lepas solat, kami keluar dari Kota Iskandar. Kononnya dah alang alang kat JB nak pegi la JPO. Bukan nak shopping mana just nak singgah tengok tengok. Malangnya minyak nak abis masa tu so mencari station minyak membawa kami ke sini.

Kulaijaya Mall.

Tak sesat tapi punya la tak jumpa station minyak. Minyak kereta dah menyala nyala. Hujan lak tu. 

Nasib baik jumpa Petronas depan mall ni. Isi minyak dan kami kembali semula ke Johor Premium Outlet tu.

Sampai akhirnya

Window shopping je. Beli baju budak budak je

Then kami off balik ke KL.

Maka tamatlah percutian santai cuti sekolah bulan March 2015 yang lalu.

Cuti Cuti Malaysia.

Jangan pernah serik untuk melancong dalam negara kita Malaysia ni sebab semuanya... ada di sini. !!!!



Malaysia yg kupuja
Di desa juga di kota
Mari nikmati semua
Cuti-cuti Malaysia

Pohon pohon melambai
Terkenang desa nan permai
Keluarga sahabat handai
Mari beramai-ramai

Cuti-cuti Malaysia
Cuti rakan sekerja
Murid-murid ikut semua
Cuti dalam negara

Cuti-cuti Malaysia
Cuti sehatkan diri
Meningkat produktiviti
Semua ada di sini

Huuu... Huuu... Huuu...

Keluarga mertua gembira
Dibawa cuti bersama
Mari sandarkan rupa
Budaya diperkaya

Marilah bergembira
Cuti rehatkan minda
Semuanya kita ada
Malaysia mempesona

TAMAT.

5 comments:

  1. Bang,
    Best ke barang2 kat JPO tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la sham. banyak boutique mahal mahal. tapi katanya barang outdated dan stock lama lama.. murah pun x de la murah mana kot

      Delete
  2. Iya Malaysia tetap di hati !!!!!

    Betul Meng ... fungsi masjid banyak dah tiada ...

    kalau baca sejarah , gereja / masjid adalah menjadi towncenter / townhall gitu !!! Di mana , ianya menjadi pusat tumpuan utk pelbagai urusan dan acara ...

    Skg ni ... masjid / gereja hanya ..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. masjid org pegi time jumaat. time raya je. lain2.. kosong je. kalau waktu lain sebaris saf pun tak penuh.

      apa lah nak jadi dgn org org sekarang ni.

      * tunjuk pada diri sendiri.

      * pastu tunjuk pada ghaz.

      hahahaha

      Delete
  3. ruginya lah hai..masjid dah besar dan cantik...byk duit dh habis utk bina...last-last bangla je yg masuk..

    ReplyDelete