Pages

Tuesday, March 17, 2015

Trip Xcited Terlebey : 07 - 4 Islands Tour - Koh Kradan & Koh Mook

Masih lagi di Koh Kradan. 

Tak banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini melainkan santai mantai.. lepak lepak. pose pose sotong kering berjemur dan menengok orang selain daripada pose pose cantik.

Kalau kita cantik lah ! Kalau tak cantik, pose pose jauh sikit supaya tiada pencemaran.

Kalau yang nak mandi boleh la mandi dan berenang dengan riang. Tapi cuaca panas teramat. Aku pun masa turun dari bot tu dah basah. So memang alang alang dah basah... kita basahkan terus.

Tapi sebab panas... basah lite lite jer.. Lagipun kang aku rentung kat situ orang nampak mata dengan gigi aku je berjalan. Tak ke jadi tercemar pemandangan yang indah di sini?

Tenang damai dan sentosa

Koh Kradan ; sentosa, damai dan tenang

Lagi tenang kalau tetiba aku transform jadi sado dan makcik Germany menjadi seksi dan lebih muda. Dan kami berjalan berdampingan * sila jangan muntah

Reality check; aku duduk je la layan perasaan dan makcik Germany ntah ke mana hala

Buat la apa nak buat. Nak tidur baring pun boleh. Kami di beri masa 2 jam di sini.

Air coke juga disediakan bagi menghilangkan dahaga kasih sayang

Ni adalah yang melepak santai secara mewah.. siap dengan minuman keras

Adik siap nak belasah orang tapi diri sendiri tak sopan

Bosan jugak lama lama melepak di sini walaupun tempatnya agak cantik.

Agak ke petang sikit, kami semua bersedia untuk kembali ke bot di mana kami akan bergerak untuk ke destinasi yang terakhir untuk trip ni.

Destinasi seterusnya adalah ke Koh Mook.

Speedboat menunggu penumpang. Koh Mook di kejauhan

Amaran tsunami di Koh Kradan

Menanti dan terus menanti. Bot bot besar datang membawa lebih ramai pelancong ke Koh Kradan

Ada yang menghabiskan masa dengan mandi manda

Ada juga yang berpoyosing... Abang t shirt putih adalah winner ambik gambar dengan kaki bersilang ! Gaya dia lebih daripada gaya subject dia

Buah apa ntah ni. Bukan kelapa laut Afrika kan?

Di Koh Kradan ni ada jugak few resort dan bangunan bangunan chalet lama

Dah bosan menunggu

Akhirnya... dapat sign daripada mamat mamat longtail boat tu so kami mula bergerak menaiki bot meninggalkan Koh Kradan untuk ke Koh Mook.

Perjalanan ke Koh Mook agak mencabar jugak. Perjalanan lebih kurang 40 minit dan akhirnya kami tiba di pulau yang di tuju.

Sebenarnya Koh Mook ni sendiri menjadi salah satu destinasi pelancongan untuk istirehat. Ada bnayak resort resort mewah yang di bina dan nampak macam lawa jugak sebab mostly private resort. Tapi kami ke sini bukanlah hendak bersantai di pasir yang memutih tapi untuk singgah di Emerald Cave yang terdapat di bahagian belakang Koh Mook ni.

Bot menghampiri Koh Mook

Bot bot berhenti

Sebenarnya di Koh Mook ni terdapat satu gua batu kapur yang hanya boleh di tempuhi dengan berenang melalui gua yang gelap dan akan timbul di sebalik gua batu kapur ni.

Kiranya berenang dari belah luar batu tu masuk ke dalam gua yang gelap dan akan muncul di kawasan pantai di sebalik Koh Mook ni sendiri.
Nak tau kemunculan tu secara grand atau tidak, ayuh kita masuk !

Masing masing dibekalkan dengan life jaket dan disuruh berenang secara berkumpulan masuk ke dalam gua. 

Time ni haru sikit.

Aku kat belakang sekali sebab bagi peluang dia orang semua pegi dulu. Dan dan tu masa aku dok berenang mamat bot tu paut kat aku. Dia paut tu macam dia tarik aku ke bawah pulak. Dah aku rasa tak bergerak. Berenang berenang rasa di tarik ke bawah. Tak gerak ke depan.

Rengsa betul aku.

Last sekali aku suruh dia lepas je. Biar aku bergerak sendiri.. Baru la terpegi. Kalu tak kayuh kayuh dok kat situ jer. 

Tapi masuk dalam gua tu memang gelap la tapi sebab orang ramai jadi bising la pulak. 

Ini bukan pengalaman pertama aku sebab aku rasa aku pernah berkenu masuk gua dan tembus ke sebelah sana jugak masa trip ke Phuket dulu. Dan yang kat sana tu air dalam gua tu lagi lawa. Yang ni ada pantai kecik jer.

Ha.. semua orang akan keluar dari gua kecik tu..

Dan kalau dongak ke atas ada macam lubang nampak langit

Dikelilingi oleh batu kapur dan pokok pokok

Gua ni nama dia Morakot Cave

Adakah aku impressed? Aku rasa tak sangat kot.... biasa biasa jerr

Lepak santai rehat jap kat pantai dalam gua ni

Group photo.... !

OK siap siap then berenang semula keluar ikut gua tu balik ke bot

Bagus kalau ada beg kalis air. Tapi kalau tak de pun, one of mamat bot tu ada bawak beg tu so boleh la tumpangkan dia bawak kamera. Kalau tak memang basah. Air pun memang dalam.

Keluar dari gua ni ramai pulak orang baru sampai. So berlaga laga dalam lubang gelap tu. Sebab tu kena berjalan ikut kumpulan. 

Tapi drebar bot aku tu keji betul... dia berlabuh agak jauh so nak berenang balik ke bot tu memang boleh buat kami semput. Dah la melawan arus.

Takde courtesy langsung nak gi dekat dekat sikit ambik kita orang semua ni. 

Dah lepas tu masing masing terjelir lidah kepenatan.

Nasib baik lepas tu kami di jamu dengan tembikai. Tu portion aku sorang ! Hahahaa..

Maka tamatlah tour 4 islands trip di Koh Lanta ni.

Nak kata best sangat bagi aku tak de lah. Biasa biasa jer. Yang best cuma lepak di Koh Kradan sebab cantik. Yang lain lain aku rasa tak menarik langsung !

Tapi tu lah.. dah sampai.. belasah je lah. Kalau sesapa berpeluang ke Koh Lanta boleh cuba. Atau kalau memang minat nak snorkeling the whole day.. boleh ke Koh Rok sebab sana memang trip untuk snorkelling semata mata !

Perjalanan balik ke Pier di Koh Lanta memang membosankan. Masing masing dah letih tapi nak tidur dalam bot almaklumlah mencabar diri sendiri. Maka aku dok hisap rokok je la kejenya.. Dah lah rokok tengah catu !!

Nasib ada mamat mamat bot tu boleh layan merokok dengan dia orang.

Bot mula menghampiri pier Koh Lanta

Dah sampai kat jetty. Yeah.. tamat !

Sebenarnya aku sendiri pun tak sabar sabar nak balik. Sebabnya aku rasa tour ni macam tak best mana. Baik la aku explore Koh Lanta daripada pegi tour tu.

Map pulau pulau untuk 4 islands tour

Sampai di pier tu kami dibahagikan semula ke beberapa pick up untuk di hantar balik ke hotel masing masing.

Salah satu resort mewah yang di diami oleh keluarga mat salleh sama bot dengan aku. Kaya kaya dia orang ni agaknya

Oh.. dah sampai kat resort sendiri.

Sebaik saja sampai kat resort. Aku mandi dan solat apa semua. 

Waktu dah menjengah pukul 4 lebih. Memang aku plan hari ni aku nak memburu sunset. Kali ni memang nak bergerak jauh dari Klong Dao sebab semalam aku dah tengok sunset kat area hotel ni jer.

So aku nak pegi area lain lah.

Semalam masa dok borak borak dengan budak receptionist tu aku dah cakap dengan dia aku nak sewa motosikal. Sewa motosikal dengan hotel ni agak mahal sikit tapi dia orang tak perlukan kita tinggal passport etc. Resort charge 250THB untuk 24 hours, kalau kat luar 200 THB. Plus motosikal dia orang ni biasanya kondisi baik baik tak macam kiosk kiosk tepi jalan tu.

So lepas mandi kat bilik dan solat, aku pegi ke lobby sebab aku dah janji balik dari trip tadi tu aku akan jumpa awek receptionist tu untuk ambik motosikal.

"Do you manage to get me a motorbike?"
"Yes.... here is the key and you need to sign here"

Aku pun sign la kat dokumen dokumen dia tu. Tak de hal.

"Okey.. you are good to go. That is your motorbike over there"

Tiba tiba terasa airmata mengalir bercucuran. Hampa ! Kecewa !

Errk???????  Aku yang macho dan kacak bergaya ni..... 

"Why it has to be pink?"
"That's all we have for now Sir. I am sorry"

Arghhhhhhhhhhhhhh !

Asal aku je moto pink.. asal moto pink jer..... aku....

"Why oh why????"

* airmata bercucuran macam percikan airmata Nobita

bersambung.................

16 comments:

  1. Hahahahhahaa

    Kalah Drama Minggu Ini ... Hahahhaaa

    Cantik pe warna pink !!!

    ReplyDelete
  2. ok lettew bang meng..pink pon pink lar..leh fefeling sweet gitu..hahaha

    ada kisah jatuh motor tak kali ni? ahaks ;)

    ReplyDelete
  3. Oh lawanya pantai dan pulau tu. Resort sendiri tu pun best gile nampaknya.

    ReplyDelete
  4. kalau aku ikut island tour tu mesti aku sorang je tinggal atas bot meng.
    nk kena swim dalam air dalam, gelap, dengan gua bagai.
    takut plis!

    ReplyDelete
  5. Hahaha...dah berapa kali ek rasanya bang meng dapat motor pink..nasib la kt negara org..kl kat malaysia mesti tak naik punyer...

    Bang meng, kalau ada anak umur 2 tahun..mana lagi ok naik longtail boat ke speedboat..

    ReplyDelete
  6. hahahahha kelakar part last tu...gugurl sangat!

    ReplyDelete
  7. Tssk.. sama cam Mya, if kena berenang masuk keluar gua tu mmg sy surrender. Duduk la atas bot tu teroleng2 . Takuittt..

    Tapi, part motor pink sgt kelakar.

    ReplyDelete
  8. berapa minit agak2 abang swim dr pintu cave tu nak ke pantai kecik tu ye...mesti penat

    apepon...scooter pink tu sgt comel..nak jugak!

    ReplyDelete
  9. kahkahkah adeh sakit perut aku nengok motor pink ko...dah tu ko bawa la pastu eh?hahahaha terbaik la weiii...

    ReplyDelete
  10. Ghaz : tak sejiwa.. tak buleh !! Malu pada peminat.


    An : of chos la ada.. hahaha

    berdebar tak menunggu???


    Ren : pulau lawa. resort tu biasa biasa je. banyak nyamok..


    Mya : tak pe. mamat bot ada sorang tinggal. dia org 3 orang 2 org je turun....

    ReplyDelete
  11. JJ : no No No ...not comel.


    Has : kalau ada anak 2 tahun aku syorkan. TAK PAYAH PEGI TOUR NI.

    duduk pusing2 koh lanta je sudah...


    Smile : macho oke... naik moto pink tak leh kepit2


    ReplyDelete
  12. Ida : tak payah masuk la. tak lawa pun dlm gua tu..

    tak worth it pun.


    Ena : tengok jugak sebab ramai org, kena bagi laluan org lain dulu kdg kdg. tapi arus boleh tahan kuat. air dalam tak jejak kaki. jarak dlm 50 meter.. gelap gelita !


    MKL : dia oke..


    DJ : tak bawak la. aku yang macho mana aci bawak moto pink2 ni.

    tak de tak der..

    * pusing dan nanges tepi dinding

    ReplyDelete
  13. Hari tu kan dah dapat basikal pink, sekarang motor pink pulak...Diorang ini mmg pakat satu dunia nak kenakan Meng ye..

    ReplyDelete
  14. Nasa : tu la...

    stress betul... hahahah..

    ReplyDelete