Pages

Wednesday, March 18, 2015

Trip Xcited Terlebey : 08 - Senja Di Pra Ae & Malam Di Ban Saladan

Tak boleh berduka lara nestapa lama lama.

Okey.. Aku sedih sebab dapat motosikal pink, but heck.. hidup perlu di teruskan.

Benda pertama aku buat adalah pegi isi minyak motosikal tu. Sebab pernah experience sewa motosikal di Thailand, biasanya dia orang bagi kita moto dengan tangki kosong. So kena lah isi dulu sebelum berjalan.

Malangnya masa pegi station minyak, dia kata minyak abis ! 

Memang nak kena beli kat tepi tepi jalan la yang dalam botol tu.

Tapi sebab masa tak berapa nak ada, aku merempit dulu. Bawak motosikal terus menuju ke selatan Koh Lanta.

Misi aku memburu sunset yang jitu !

Sunset di Pra Ae

Memula meninggalkan Klong Dao, aku menuju ke Pra Ae atau Long Beach. Hajat hati nak turun sampai ke bawah lagi sampai ke sunset viewpoint tapi aku fikir balik memang tak sempat.

Sudahnya aku cilok je masuk jalan ke pantai dan akhirnya membawa aku ke Pra Ae ( Long Beach ).

Layan sunset kat situ jer.

Tindakan itu sememangnya bijak sebab kalau aku berkeras... memang aku miss sunset hari tu

Salah satu kawasan di Pra Ae Beach

Memang matahari dah nak berselindung di balik awan. Kalau aku lewat sikit memang matahari terus hilang.

Sambil sambil tu lepak tepi pantai. Beli aiskerim dan makan sambil layan sunset. Aiskerim ni kiranya macam local aiskerim. Ada aiskerim tapi icing dia kuat gila. Pastu ada laici.. kacang dan cokelat. Lama lama makan sedap jugak lah.

Sunset yang hampir menghilang

Matahari akhirnya hilang lenyap....

Macam tu je sunset kehilangan matahari pada kadar lebih awal. 

Kalau tak memang aku tak nampak apa apa lah. Sebab pantai tu macam tak berapa best, aku start motosikal dan pindah ke pantai lain. Tak de la jauh mana tapi membawa aku ke pantai yang lebih ramai pelancong asing. Pantai Pra Ae yang memula aku lepak tadi macam lebih ramai warga local melepak petang petang.

Sampai kat belah lain di Pra Ae 

Sunset memang dah tak der.. cuma balam balam cahaya je yang tinggal

Asalnya aku di Pra Ae belah hujung sana tu...

Ni belah kanan.. Ada ramai warga asing melepak layan sunset juga

Sunset sunset terakhir

Helmet dan rokok yang hampir nak abis. Konon la nak catu rokok ni. By besok confirm abis ni... tak de la bekalan dah untuk aku

Sunset di Pra Ae

Malam menjelang....

Cahaya siang semakin gelap. Suram suram langit biru bertukar menjadi kelabu.

Aku lepak lepak layan perasaan sendiri tepi pantai tu sementara menanti malam.....

Suasana malam di Pra Ae bertukar menjadi tempat melepak dan riuh dengan muzik muzik

Aku tak tunggu lama. Suasana sunyi dah jadi gegak gempira dengan bunyi muzik. Memang sesuai kalau nak 'where you party night'.

So aku pun blah.

Ambik motosikal dan start.

2 - 3 kali nak start tak hidup hidup. Sudah ! Abis minyak kah?

Lama gak la mencuba akhirnya hidup jugak. Kebetulan sebelum keluar ke jalan besar nampak ada tempat jual minyak. Cepat cepat aku isi sebotol.

Dah isi sebotol. Harga THB 40

Tak tau la berapa lama boleh bertahan tu tapi rasanya untuk malam tu mencukupi lah. Aku tak de plan nak ke mana mana pun cuma nak cari tempat makan.

Sebab dah ada motosikal ni langkah lebih panjang nak cari tempat makan. Kalau semalam sekitar jalan besar depan resort tu tapi kali ni dah ada motosikal boleh la pegi jauh jauh sikit.

Ada dua tiga kali lalu di jalan besar tu ternampak la kedai makan ni. Besar besar ada lambang bulan dan bintang, so tu memang salah satu cara nak tau kedai halal ke tidak. So aku dah aim dari siang tadi lalu masa nak pegi ke Old Lanta tu, dah perasan kedai ni, so malam ni aku memang nak terjah makan malam di sini !

Jom.. !

Ni lah kedai dia. Lupa lak nama apa. Tapi warung dia besar di tepi jalan. Boleh nampak lah dekat area Pra Ae tu

Buku menu

Oh. Tinggalkan motosikal pink jauh jauh takut di kesan oleh pihak lawan. Lawa pulak moto ni time malam eh? Lagi terserlah keayuannya

Malam tu menu makan besar sikit.

Perut agak lapar dan terasa nak makan yang sedap sedap. So ini aku order untuk malam tu.

Udang goreng tepung. Memula nak sotong. Tapi sotong tak de.. Budak kedai tu tak reti cakap English.. apa dia cakap aku pun tak tau. Aku main angguk jer. Rupanya dia cakap sotong abis, so dia ganti dengan udang separuh.

Kangkung belacan

Minum air masak je. Jimat belanja. Air masak biasanya di hidang secara percuma di sini

Oh yeah. Highlight makan malam. Green Curry Chicken !

Telur dadar. Punya la besar saiz dia

Okey. Alhamdulillah mengenyangkan.

Sebenarnya kalau nak compare, tempat tempat yang aku dah makan kat Koh Lanta ni antara 3 gerai termasuk yang semalam, aku tak de la jumpa yang betul betul kaw. Biasa biasa je masakan dia. Kalau kat Malaysia ni banyak lagi gerai Thai Food yang sedap.

Kat sini makan sekadar nak menghidupkan roh jer. Rasa tak de la kick mana. Maybe aku tak ber rezeki nak jumpa kedai yang sedap kot tapi kat Lanta memang banyak kedai Muslim so makan memang tak perlu bimbang.

Cima nak kena cari yang betul betul sedap tu je la yang payah sikit.

Agak agak perut dah kenyang, memula aku ingat nak balik bilik je lah. Tapi masa lalu patah ke Klong Dao tu terasa nak jalan ke depan lagi usha apa yang patut akhirnya membawa aku ke Ban Saladan.

Ban Saladan ni kiranya pekan utama di Koh Lanta terletak di utara Koh Lanta. Kalau dari Klong Dao dari resort aku tu pun tak jauh mana, lebih kurang 2 KM jer.

Dan di sini malam malam memang happening !

Ban Saladan

Di sini banyak kedai kedai yang jual cenderamata dan macam macam. Kalau siang ini la pusat kota dengan bank bank dan pejabat pejabat kerajaan di sini

Jualan cenderamata

Jual souvenir

Selain daripada tempat tempat jual cenderamata. Di area Ban Saladan ni jugak banyak kiosk kiosk tour, kedai kedai makan. pasaraya dan sebagainya.

Dan di kawasan ini jugak ada pasar malam yang menjual macam macam makanan.

Aku park motosikal dan sempat jugak usha.

Jagung bakar

Jual donut. Kebanyakkannya penjual adalah Muslim

Jual juice

Mee Goreng

Gerai gerai pasar malam

Walking street di Ban Saladan

Orang pun ramai jugak di kawasan ni

Aktiviti malam

Kiranya aktiviti malam di Ban Saladan ni agak happening lah. Boleh tengok mat salleh dan pelancong bersimpang siur berjalan. 

Di Ban Saladan ni jugak merupakan jetty untuk naik ferry yang mana aku akan naik ferry ke Krabi esok. 

Dan juga restoran makan laut yang ada di tepi laut di Ban Saladan

Pusing pusing lebih kurang, sempat aku beli roti pisang dengan nuttela kat pasar malam tu dan bungkus nak makan kat resort.

Masa kat 7 eleven nak beratur beli air, pastu cashier 7 eleven tu pompuan 2 orang dok cakap cakap Thai dengan aku.  

"No I dont speak Thai"

Then tetiba ada satu mamat mat salleh kat sebelah pandang aku.

Maybe dia pelik apsal aku tak layan minah tu ke apa tetiba dia bersuara.

"Apa khabar?"

Hahaha. Aku lak nak tergelak.

"Khabar baik"
"Muslim?"
"Yes"
"Assalamualaikum"

So aku pun borak borak dengan dia lah. Rupanya dia mamat French tapi Muslim. Dia pandai cakap Bahasa Melayu.

Boleh pulak minah minah cashier tu bila aku ambik balance dan cakap thank you dan dia orang serentak balas balik.

"Samo.. Samo !!!"

Hahaha. As for sama sama tapi telo Kelate. Pastu dia orang pakat gelak. Lahabau betul.

Sempat la borak borak dengan mamat French tu kejap sebelum blah dan balik hotel.

Makan roti ni kat tepi pantai sambil di temani deruan ombak menghempas pantai

Kenyang.. dan mata dah mula mengantuk !

bersambung.........

10 comments:

  1. nutella banana pancake! my favorite! :)

    ReplyDelete
  2. Samo samo? tu bukan kelate tu oghang pilah tu hahaa

    jumpa tak pancake yg femes tu?

    ReplyDelete
  3. ingatkan abang meng minum air detox upanya air kosong n glass dia ada corak buah...hehe

    ReplyDelete
  4. moto pink ko dlm malam tu br nampak keseksian dia..

    eh tu moto ke skuter wei?giler kepit naik skuter pink.eh?

    ReplyDelete
  5. Memang terliur tengah night market nyer makanan !!!! Dapat bayangkan !!!

    I love street food gitu !!!

    ReplyDelete
  6. An : makan kat malaysia tak sama.. kena makan kat thai jugak baru ada umpph..


    Jea : no.. no party night.


    Hani : jauh sgt kalau dia cakap pilah tu. heheheh

    jumpo laaaa

    ReplyDelete
  7. Ena : air kosong je.. menjaga suara... hehehe


    DJ : ya.. skuter...

    kepit la jugak... nak buat cemana... seri moto naik ke muka..

    hehehehe

    ReplyDelete
  8. lawa skuter pink tu....ayu jer bila naik kan?

    ReplyDelete
  9. Nasa : ayu la... tu pun dah abis buat muka kaki pukul.....

    ReplyDelete