Pages

Monday, March 16, 2015

Trip Xcited Terlebey : 06 - 4 Islands Tour - Koh Chuak & Koh Kradan

Okey. Aku memang tak de mood nak berenang time ni sebenarnya sebab aku rasa tak menarik ! Dan lebih lebih lagi aku mengantuk !

Lagipun aku tengok dengan mata kasar macam tak berapa banyak coral dan ikan ikanan.

So aku memilih untuk pose pose dan tengok orang jer. Hahaha.  Tak de la posing secantik mamat atas bot sebelah tu ! Gila lah .. aku masih sedar diri !

Longtail boat di Koh Chuak

Mamat bot baling roti dan suruh aku snappy

Pakcik dari longtail bot yang lain

Oh gadis gadis dalam bot aku yang turun snorkelling.

Sebab nak skodeng mereka juga antara punca aku tak jadi turun. Gadis gadis ni dari 1 family yang sama. Ada yang kembar so memang comel comel la. Ada menantu anak mak bapak so mereka ni memang satu family dengan anak anak gadis mereka. Puas jugak la aku jamu mata.

Ada jugak la couple dan minah 2 orang yang lepak makan kacang tepi jalan tadi tu.

Bot besar membawa penumpang

Orang tengah snorkelling. 

Tapi snorkelling kat sini tak lama. Sebab semakin lama semakin banyak bot sampai dan kawasan snorkeling tu dekat area Koh Chuak ni tak de lah luas mana. Tepi tepi batu tu jer. So memang tak berapa menarik. Aku sempat borak tanya banyak ke ikan, mamat satu bot aku tu cakap tak de menarik pun.

So confirm aku tak menyesal.

Bagus kalau ada beg kalis air macam ni

Semakin banyak bot datang menghampiri Koh Chuak untuk aktiviti snorkeling

Dan kami bergerak meninggalkan Koh Chuak seterusnya menuju ke Koh Kradan

Koh Kradan ni agak besar dan agak jauh jugak perjalanannya dari Koh Chuak tu. 

Naik longtail bot macam ni memang makan hati la dengan speedboat yang ada. Dia orang laju je memintas pastu bagi ombak kaw kaw.. Agak terpelanting jugak la longtail boat ni nak melawan.

Lebih kurang setengah jam lepas tu kami sampai ke Koh Kradan. Pulau ke 3 untuk 4 islands trip hari ni.

Menghampiri Koh Kradan

Bot bot yang berlabuh di Koh Kradan

Sememangnya Koh Kradan ni menjadi pulau persinggahan untuk lunch.

Pulau yang agak besar dan dihiasi dengan pantai yang landai sememangnya menjadi destinasi persinggahan paling lama untuk santai mantai di samping mengisi perut dengan makanan yang telah di sediakan.

Koh Kradan, Trang

Ada few resort di Koh Kradan ni tapi tour 4 islands trip memang menjadikan pulau ni sebagai singgahan untuk mereka yang suka nak santai, mandi manda dan juga persinggahan untuk makan tengahari

Buai di Koh Kradan

Masing masing dah start berjemur

Pekerja pekerja bot tadi dah siap sediakan makanan

Tanpa menunggu panjang, aku belasah dulu makan. Sebab aku lapar !!! Not bad la makanan dia.. yang pasti halal.

Peserta rombongan longtail bot aku siap siap beratur nak ambik makanan

Walaupun banyak longtail bot dan speedboat tapi masing masing memang dapat area masing masing untuk lepak makan dan bersantai

Topi yang hanyut

Lepas makan dan kenyang. Tak de banyak aktiviti yang boleh di lakukan di Koh Kradan ni.

Tapi pulau ni memang cantik. Pasir memutih. Ombak dan laut yang memanggil manggil untuk mandi manda. Ada juga yang memilih untuk santai dan berjemur. 

Ada few resort kat Koh Kradan ni, dan ada juga toilet dan chalet tinggal. Boleh la nak kencing berak kalau mahu.

Kami di beri masa dekat 2 jam untuk berehat. So aku ambik peluang untuk berjalan keliling Koh Kradan dan tengok apa yang menariknya di sini.

Layan view di Koh Kradan.

Koh Kradan

Laut Andaman

Pasir memutih dan bersih

Batu batuan

Koh Kradan... Koh Mook dari kejauhan. Destinasi pulau ke 4 nanti....

Tak boleh pusing pulau sebab kawasan berbatu batu.

Last sekali patah balik dan melepak lepak santai bawah pokok. Aku tak berjemur sebab panas. Nanti rentung kulit. Pakai Qu Puteh pun belum tentu hilang kerak.

Dah la tak berapa nak cerah.

Mandi pun tak, sebab lupa bawak bikini polkadot. Kalau tak pakai tu, aku rasa kurang seksi !

Ni la makcik Germany yang nak muntah tadi tu.. 

Dia je la geng aku... sama sama solo dan sado ( beSAr DOwh ) tapi jurang perbezaan umur yang ketara membuatkan kami tidak serasi bersama... hahahaha

bersambung...............

12 comments:

  1. Cantik nya pantai !!!! Subhanallah !!!

    Meng;

    Rasanya usia bukanlah menjadi batas gitu ... I tgk Che Ta dan Zain mesra sangat !!!!

    Hahahhahahahahahaa

    ReplyDelete
  2. cantiknya pantai...xmandi manda ke abam meng?

    ReplyDelete
  3. haha..klakar ayat last skali tu..honest sgt...

    ReplyDelete
  4. Koh Cuak, Koh Kradan, Koh Mook, Koh Sam Mui...semua Koh ada...Koh Tsu Khun kat mana?

    ReplyDelete
  5. Aishhh...lawa sungguh laut andaman

    ReplyDelete
  6. patutnya ko terjun sama,skoden dari atas tak best.

    budak pakai baju kuning tu comel,geram aku tengok

    Kalau pempuan tu tak berapa sado n cantik mesti ayat ko berubah "sama sama solo n serasi bersama"

    ReplyDelete
  7. Perhh..kalu Cik Nun dah tetjun selam sama..rugi woo tak selam sama..

    ReplyDelete
  8. Patut la tak turun.....ada pemandangan lg lawa dari dlm bot...hiksss

    ReplyDelete
  9. Ghaz : che ta tu bergetah.. ni berlendir...

    hahahhaa


    Ena : lupa bawak bikini... tak mandi lah. hehehe. panas bebeno..



    Agip : ayat redho tu. hahahaa



    JM : tu ada atas sofa pose pose minum kopi...

    ReplyDelete
  10. An : lawa... tapi rasanya tgk musim jugak la kot kan...


    CC : kau memang boleh membaca pemikiran aku. hahahaha


    Cik Nun : tak rugi sgt la... lagipun dia berhenti kejap jer..


    Liza : tu laaa.. salah satu sebab. haks

    ReplyDelete
  11. serabut tul snorkeling bila terlalu ramai orang macam kat koh phi phi..tak dapt menikmati.

    ReplyDelete
  12. Nasa : yup..

    x pe. org teropong ikan. kita teropong orang.. huhuhuhuhu

    ReplyDelete