Pages

Wednesday, March 11, 2015

Trip Xcited Terlebey : 03 - Lanta Island Resort

Perut dah kenyang.

Aku abaikan rasa duka tak melayan Pakcik tadi tu. Aku sendiri pun sampai sudah tak tau apa dia hendak. Kalau aku faham senang pulak ya tak?

Apa apa pun, Makcik Mariya Carey tu pulak sibuk la promo benda benda pakej tour yang dia ada tu. Tapi aku malas nak buat decision lagi. Aku cuma gathered info jer. Aku tanya dia pasal sewa motosikal pun dia beriya riya nak suruh aku sewa dengan dia.

Sabar makcik ! Aku ni penat pun tak hilang lagi. Hotel pun aku belum pegi jengah.

Lepas makan dan bagi janji pelesu pada Makcik Mariya tu konon kalau apa apa aku akan cari dia nanti, so aku menapak ke hotel penginapan.

Hotel ni memang aku booking awal seminggu sebelum trip. Sebelum tu memang aku riki cari hotel yang bersesuaian di Lanta ni tapi maybe tengah peak season banyak hotel penuh. Dan kalau ada pun harga memang mencanak canak mahalnya.

Dan ini la hotel paling murah yang aku jumpa di tempat yang aku nak, dan di tepi pantai seperti yang aku sendiri mahukan.

Macam tak syok la pegi pulau tapi tak dapat duduk tepi pantai. Kan? Lari konsep tu.

Lanta Island Resort. Pastikan nama resort adalah tepat dan tepat !!!

Dari jalan besar tu dah boleh nampak sign dia yang gedabak tu. Tapi kena ikut laluan masuk ke dalam untuk sampai ke reception area.

Ayuh masuk. Mari kita lihat tempat yang bakal aku inap selama 2 malam di Lanta ni.

Laluan masuk. Resort ni memang banyak pokok pokok

Puas aku tenung tenung.. ingatkan pokok ke apa rupanya lampu. Nasib kaler macam tu, buatnya kaler putih dan aku datang malam malam tak ke aku sakit jantung tengoknya

Oh. Ada pool juga

Sampai di reception area

Aku sampai dalam tengahari jugak la time tu tapi nasib baik dia bagi aku check in awal. Minah yang jaga ni agak friendly jugak lah. Tak banyak songeh dan tak banyak hal.

Lepas ambik details apa semua then dia hantar aku ke chalet penginapan.

Haaa ini lah rupa chalet aku. Memang resort ni ada banyak chalet chalet macam ni dalam hutan hutan dan pokok pokok yang di jaga. Tapi ada nampak menyemak jugak laaa

Dalam bilik. Hah.... cukup comfy lah untuk aku. Harga dia RM 130 per nite. Ni lah harga paling murah yang aku jumpa. Tapi aku dapat chalet agak jauh sikit dari pantai. Tak pe lah.. still dalam compound resort yang sama.

Lepas tu tau apa jadi?

Selepas nampak katil tu dan aku pose pose konon nak betul betul urat. Sudahnya aku terlelap.

Sedar sedar dekat pukul 4.30 petang !

Wah wah wah.... Kau datang travel tapi kau tidur membuta ria, kau dah kenapa Meng? Apa yang Mariah Carey dah bagi kau makan?

Marah diri sendiri.

Lepas terjaga tu ada sedikit penyesalan. Konon memula aku bajet nak tidur sejam dua jer.. so petang ni aku dah boleh sewa motosikal dan terjah area area sepatutnya. Tak boleh buang masa sebab masa itu emas.

Tapi .. sebab aku dah terlajak tidur pastu aku bangun dan jadi dungu.

Tak leh jadi ni. Sudahnya aku bangun, mandi dan solat terus keluar dari bilik. Ada sedikit penyesalan berlaku di situ sebab tidur lama lama.

Keluar pegi ke pantai dekat dengan area reception tadi tu. Usha kawasan.

Ada tempat massage. OK ni boleh tunggu bebila...

Ada dive center

Ni pantai resort aku stay

Masih belum senja lagi.... plan aku nak snappy sunset untuk hari ni. Moga moga sunset menjadi

Lanta Island Resort

Benda alah ni bergelimpangan kat pantai depan resort

Kerusi santai depan resort

Pantai Klong Dao.. antara pantai yang terdapat di Koh Lanta ni

Kemudahan di tepi pantai

Duduk terpaku tepi pantai depan resort penginapan aku tu.

Fikir tapi tak leh nak fikir. Aku sendiri tak tau nak buat apa. Nak sewa motosikal dan bergerak dari sini? Aku tak tau nak tuju ke mana. Hari pun dah petang. Sempat ke aku nak layan sunset kalau aku pegi tempat lain?

Masalahnya.... aku kena start cari tour untuk esok. Aku kena buat something ! Tapi? Mana nak start?

Tu la macam macam dalam otak aku dok fikir. 

Last sekali aku fikir nak pegi ke jalan besar dulu, di sana maybe boleh kasi aku idea. At least apa aku nak buat petang ni dan hari esok di Lanta ni.

Ini resort sebelah. Aku keluar ikut resort lain. Saja nak usha usha resort ni. Nampak lagi mewah dari resort aku stay tu

Sampai ke jalan besar. Ada banyak kemudahan Tuk Tuk di sini.. tapi aku tak tanya pulak kadar sewanya..

Nampak kedai buah

Ada jugak kedai kedai jual baju dan cenderamata

Nampak banyak botol botol di atur tepi jalan. Ini adalah gasolin untuk minyak motosikal bagi yang menyewa motosikal dan nak isi minyak. Harga biasa dalam 40 THB sebotol. ( RM 4 ). Kebanyakkan mereka yang jual gasolin tepi jalan ni dah shopping gas siap siap so biasanya gas kat petrol station dah habis !!!! Senang kan dia orang buat untung.

Ini untuk sewa motosikal. Aku tanya tanya.. dia kata sewa 250 THB untuk 24 jam. Makcik Marliya kedai tadi bagi 200 THB tapi kondisi motosikal dia aku tak tau cemana. Aku berkira kira jugak la tapi belum buat decision sebab aku tak pasti apa aku nak buat petang ni

Kat tepi jalan besar tu ada banyak kiosk kuosk yang menawarkan pakej pakej tour dan aktiviti di sekitar Lanta ni.

Ada la few yang aku masuk. Ada yang macam tak nak layan. Ada yang busy layan orang lain dan macam macam hal lagi. Masuk dua tiga kiosk tu baca baca pamphlets then aku dapat gambaran apa aku nak buat esok.

Aku rasa aku nak try 4 islands tour !

Ini adalah salah satu tour yang glamer di Lanta ni selain daripada Snorkeling di Koh Rok ! 

Koh Rok tu nama pulau, bukan korok mung !

Masalahnya.. bila aku start tanya pasal 4 islands tour tu jawapannya adalah menghampakan.

"Sorry Sir.. for tomorrow.. it is fully booked !"

Sudah ! Masak ! 

Apa aku nak buat? Try tanya yang lain pun semua fully booked. Ergh.....  alasan mereka time ni peak season so memang banyak tour dan activities cepat abis.

Mati kutu !

Aku pegi tanya Mariyah Carey jawapan dia juga mengecewakan..

".....and now it's only fair .. that I should let you know. What you should know......"

* Mariyah Carey bagi deep voice Without You guna alu lesung

Hampeh ! Tak leh membantu jugak.

Cari punya cari sampai la aku jumpa kiosk ni. Masuk dan aku di layan oleh seorang lelaki.

Rainbow Lanta Travel kalau tak silap nama dia.

Terletak dekat je la dengan masjid di jalan besar tempat aku makan tadi tu. Oh.. aku masih berada di area Klong Dao. Mamat  tu agak friendly lah cuba membantu.

Dia bagi jawapan yang sama, tour tu semua dah fully booked tapi dia akan cuba cari kan dan update aku kalau ada orang lain cancelled trip tu by tonite. Aku bagi nombor hotel dan nombor bilik untuk dia call. Tapi aku cakap malam nanti aku akan datang check dengan dia sekali lagi.

At least dia nak bantu aku jugak la kan pada yang lain lain terus je cakap fully booked pastu tak nak layan dah !

So aku pun berharap je la dengan mamat ni. Sambil sambil tu aku fikir, elok je la aku balik ke pantai dan lepak lepak layan sunset !

ATV kat resort aku. Nama ATV ni adalah................ KONIK. Hik hik hik

Balik ke pantai

Dah kat pantai... ni resort sebelah resort aku stay. Ada tempat lepak lepak

Boleh duduk dan minum minum menikmati matahari terbenam

Resort sebelah

Tak de apa yang boleh di buat, aku just relaks tepi pantai dan layan sunset untuk hari ini.

Rasa tak tenang jiwa. Macam semua plan yang aku nak buat hari ni tergendala. Ni semua gara gara aku terlajak tidur tadi. 

Hmm hampeh.

bersambung......................

6 comments:

  1. entri yg ni tak heksited okeh..hahahaha...

    mati kutu ye..hahahaha..tp tempat dia cantik je abam meng..

    cantik juga lanta resort ni

    ReplyDelete
  2. Ingat tu jangan terlajak tidur nanti jadi dungu...
    nape tak sewa jer si konik tu bawa pusing2 kat pantai...

    ReplyDelete
  3. korok mung !

    haha, pure ganu...

    ReplyDelete
  4. MJ : banyak lagi resort yang cantik. aku punya resort ni paling murah so kurang la sikit cantik nya.

    pantai dia not bad lah..

    kau kenapa tak excited? sebab tak de lawak lawak ke der ya....


    Fifi : tu la.... ada je yang buat plan tergendala..


    Nasa : tu la aku pun tak tau kenapa aku terlajak tidur lama sangat...

    ekon kot. lagipun kat luar panas..

    konik tu terdampar sepi.. x bergerak pun.. x tau buleh sewa ke tidak.

    ReplyDelete
  5. SM : tu kan bahasa hitaly..

    bahasa jiwa bangsa... kena la selalu di praktikkan...

    hahahaha

    ReplyDelete