Pages

Tuesday, March 10, 2015

Trip Xcited Terlebey : 02 - Krabi to Koh Lanta

Excited dan teruja selepas pesawat mendarat dengan selamatnya di Airport Krabi.

I Love Krabi !

Walaupun aku pernah ke Krabi sebelum ni, tapi ini lah pengalaman pertama aku di airport ni sebab dulu aku datang dengan road trip. Ingat lagi kepenatan drive jauh jauh tapi sebab dengan kawan kawan, semuanya bertukar seronok bila berjaya sampai.

Satu pencapaian yang membanggakan masa tu sebab zaman tu rasanya tak ramai  lagi yang drive ke Krabi. ( Dari pembacaan aku di blog blog yang ada ). Lagipun masa tu tak de lagi flight ke Krabi ni.

Urusan passport apa semua pantas jugak cuma terlenggah sebab arrival card tak di bagi dalam flight so masa landing kat airport baru di bagi.

Isi form tu kejap then beratur. Lama jugak la sebab kaunter bukak 2 jer dan orang pun ramai sebab ada flight lain sampai pada waktu yang sama.

Keluar dari balai ketibaan aku terus terpandang kaunter shuttle nih.

Sebenarnya aku baru nak baca baca jap tapi ada sorang minah ni tegur.

So tak sempat aku nak abis baca.

"Where are you going Sir?"
"Koh Lanta"
"OK...  90 Baht"

Aku mula mula macam pelik jugak sebab harga tak sama dengan apa yang aku baca di wikitravel. Rasa macam murah sangat la pulak.

"To Koh Lanta?"

Pastu aku dengar dia jawab apa ntah. Aku pun tak berapa nak faham. Dan aku pun ting tong lagi kot pagi tu... aku bayar je kat dia 90 Baht dan dia bagi aku tiket. 

Keluar dari balai ketibaan airport ada sorang minah menanti. Then dia screen tiket aku dan suruh aku tunggu di situ.

Aku cari port hisap rokok dulu.

Then aku start fikir balik... macam ada sesuatu yang tak kena !

Then baru aku realized, tiket yang aku beli tadi tu adalah shuttle tiket ke Krabi. Di Krabi nanti baru aku kena ambik transport lain untuk ke Koh Lanta.

Arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....

Apa dah jadi? Adakah aku dah kena chong?

* lempang diri sendiri 14 kali suruh sedar dari lena yang panjang

Pastu minah tu kerah aku naik bas ni. So aku naik la dengan orang orang lain jugak.

Aku perasan ada dua tiga orang Malaysia jugak. Tapi aku dengar dia orang borak, ada yang nak ke Aonang dan ada yang nak ke Phi Phi. Tak de yang nak ke Lanta.

Ah.. Lantak korang lah !

Aku pose pose je dalam bas tu

Bas tu berhenti isi minyak

Dan lebih kurang 30 minit perjalanan bas tu, aku perasan bas tu masuk ke Pekan Krabi. Aku masih ingat pekan Krabi ni sebab dulu aku sempat singgah ambik ambik gambar.

Then bas berhenti di satu bangunan ni dan dia kerah semua orang turun.

"Aonang ! Phi Phi ! Lanta.... here ........"

Sudah. Kena turun kat sini ke? Aku macam lembu kena cucuk hidung lak akur jer. Pasrah dan berserah.

Ni bangunan dia

Rupanya kat bangunan ni kiranya tempat transit dan di sini lah kena beli tiket lain bagi mereka mereka yang mahu ke destinasi destinasi tu semua.

Kiranya shuttle tadi memang dari airport ke Krabi jer. So yang mana mana nak ke pulau atau destinasi pelancongan lain kena beli tiket lain di sini. Isk !

Dah aku rasa macam kena kencing. Rugi aku RM 9 naik shuttle tu !

Dekat bangunan rumah kedai ni ada kaunter jual tiket transfer ke Koh Lanta !!!

Map Koh Lanta

Phamplets

Masa kat sini aku tengok orang orang yang nak ke Aonang dan Phi Phi naik van lain. Dia orang pun kena beli tiket lain di sini.

Cuma ke Koh Lanta tak de orang lain lagi selain aku, so mamat tu suruh aku tunggu kat situ.

Dia siap tunjuk jadual transfer ke Koh Lanta.

Jadual ke Koh Lanta

Jadual ke Koh Phi Phi

Dungu aku sekejap menunggu kat situ.

Nasib la mamat tu baik.

"You from Malaysia?"
"Yes"
"Happy new year"
"Thank you"
"Did you celebrate new year?"
"No...."

Dia gelak gelak. Tak tau la dia tanya aku sebab dia tahu Malaysia berkabung dan tak celebrate New Year atau dia saja saja ajak aku borak.

Then aku tanya dia.. dari airport tak de ke transfer terus ke Lanta. Kenapa aku kena sampai ke sini?

* macam tu nak marah.

Tapi aku tak jadi marah selepas dia explain.

Dia kata.. memang ada transfer terus dari Airport Krabi ke Koh Lanta.. tapi van tu akan datang dari sini jugak. Dan biasanya van akan penuh. Trip tu ada sejam sekali... so kemungkinan kalau dari airport tu van ni dah penuh !

Okey make sense. Maksudnya kalau aku tak ambik shuttle ni tadi pun aku masih boleh beli transfer terus ke Lanta.. cuma subject tu van tu ada kosong ke tidak !!

Apa apa je lah. Apa yang penting, aku selamat sampai ke Lanta nanti.

Seperti waktu yang di janjikan, lepas tu ada few shuttle bas dari airport tiba kat situ jugak dan ada la beberapa mat salleh yang turut sama nak ke Lanta maka dia orang tu la yang jadi passenger yang sama dengan aku.

Tepat pada waktu, van yang bakal membawa kami ke Lanta sudah mula bergerak.

Oh. Tambang untuk ke Lanta dari Krabi ni adalah 400THB atau kira kira RM 42. Dan perjalanan meliputi naik van, bot dan transfer terus sampai ke hotel. 

Masa beli tiket tu dia ada tanya siap siap nama hotel penginapan !

Tepat pada waktu yang di jadualkan kami bergerak dengan menaiki van berhawa dingin untuk ke Koh Lanta

Pekan Krabi....

Oh.. Crab. Mercu tanda Krabi. Dulu sempat la aku singgah bergambar di situ

Sempat lagi van berhenti isi minyak

Perjalanan dari Krabi ke Lanta memang akan lalu airport Krabi sekali lagi. Macam yang mamat tu bagitau.

Dan kat situ van ni akan berhenti ambik orang. Tapi seperti apa yang di bagitau, mana yang sempat je la boleh naik. Kalau tak memang kena tunggu next van. 

Masa van berhenti ada yang sempat naik 1 family mat salleh dan anak anak mereka dan memenuhkan van maka meninggalkan ada dua tiga orang lagi tersadai kat airport tu.

"Sorry.. Tunggu next van okeh ! Kita orang dah penuh"

Masa tu baru la boleh aku nak berlagak. So decision naik kat tempat dia tu aku rasa agak selamat jugak walaupun kena bayar extra RM 9 shuttle tadi tu.

Lepas tu perjalanan di teruskan lagi.... van bergerak macam biasa je lah. Laju tak laju tapi van agak selesa dan ada aircond, so aku ambik kesempatan pose pose pejam mata lite lite.

Tak berani nak tidur lena takut berdengkur. Nanti sedar sedar orang campak ke luar. How?

Lebih kurang sejam perjalanan, van tu macam berhenti lama jugak. Aku agak musykil apa yang berlaku.

"Abang..kenapa kita berhenti lama ni?"

Macam tu nak tanya. Tapi tak de daya. So pasrah je lah. Rupanya van tu tunggu ferry dan ferry tu akan bawak van ni terus ke seberang sana !

Ni sebenarnya tanah besar selatan Thailand !

Dan van akan naik ferry macam ni untuk transfer ke pulau seterusnya...

Cool jugak... tetiba terasa van tu duduk atas ferry dan ferry mula bergerak membelah lautan !

Terlebih excited aku jadinya. Tak sangka macam ni mencabar nak sampai ke Koh Lanta.

Atas ferry... penumpang boleh keluar dan usha apa yang patut. Dan aku tak terkecuali menyebok dan merokok.

Ferry bergerak menuju ke pulau sana nuh

Tongkang kecik

Ferry tu bergerak perlahan jer.. dan akhirnya tiba di seberang satu lagi

Masa tu aku ingat ferry tu dah bawa sampai ke Koh Lanta... Yeay !!!

Semua kenderaan keluar dari ferry tu dan bergerak ke arah tengah pulau, sampai la aku perasan ada satu lagi pelabuhan ferry yang kami nak kena naik.

Nak kena menyeberang sekali lagi !

Seberang sekali lagi.... Jambatan belum siap

Rupa rupanya.. pulau pertama tadi tu adalah Koh Lanta jugak tapi Koh Lanta Noi atau Koh Lanta Kecil dan tempat yang aku nak tuju ni adalah Koh Lanta Yai atau Koh Lanta Besar.

Ada 2 pulau Koh Lanta ni tapi yang menjadi tumpuan pelancong memang lah Koh Lanta Yai nih.

So menyeberang sekali lagi....

Mencabar jugak nak sampai eh?

Tapi dalam van tu penumpang tak berganti.. Lepas van keluar dari ferry tu sekali lagi maka tibalah di Saladan. Pekan utama di Koh Lanta Yai ni.

Baru boleh nak Yeay !!!!

Dan sebab dah bagitau penginapan masing masing, maka driver tu akan hantar terus ke hotel.

Yang lawaknya.... masa dia tanya hotel aku tu, confident je aku cakap hotel aku nama Lanta Resort. So driver tu pegi la hantar orang lain dulu dan akhirnya dia berhenti di Lanta Resort.

"Lanta Resort. You, here !"

Dia halau aku suruh turun. Tapi aku agak pelik sebab tengok hotel mewah sangat. Tak mungkin hotel aku semewah ni !!

Tup tup aku check balik hotel penginapan yang aku dah booked bukan lah Lanta Resort tapi Lanta Island Resort !

Tolong hati hati sebab nama nama resort kat sini dekat dekat je. Koh Lanta lah. Lanta lah. Lanta Island lah.. semua nama lebih kurang tapi resort lain lain.

"No... I am not staying here.. Lanta Island Resort. I am sorry..."

Baru la gelabah. Pastu pakcik van tu boleh membebel kat aku. Haks.. Orang dalam van tu semua diam jer.. Aku tak faham dia bebel apa tapi aku boleh agak dia cakap.

"Kau ni tadi aku tanya cakap Lanta Resort.. ni hotel lain pulak. Kau dah kenapa ting tong?"

Hahahahaa..

Aku yang bengong!! Nak tergelak pun ada dengar pakcik tu bebel bebel cakap Siam. Tapi tahan je la buat tebal muka.

Sebenarnya Lanta Island Resort tu dah lepas.. so driver tu terpaksa patah balik sebelum dia pegi hantar yang lain lain... 

Keh Keh Keh..

Ampun................. Maafin Inul !!

Sudahnya dia buang aku tepi jalan. Tak masuk pun dalam resort. Sebab aku malu, aku turun je lah.

Berani kau nak pose pose mengarah orang hantar ke dalam walhal kau yang bongok bagi salah nama??

Turun tepi jalan

Jalan Besar. Hotel penginapan aku ni tak jauh sangat dari Saladan. Ada dalam 2 KM dan kawasan ni nama dia Klong Dao

Sebab masih di jalan besar dan waktu pun masih tengahari. Aku fikir, ada baiknya aku cari tempat makan dulu.

Lapar jugak satu hari tak makan apa apa lagi nih.

Dan kebetulan aku terperasan ada masjid. Sudah pastinya ada kedai makan halal kat area ni kan?

Perhitungan aku tak silap  Mariya-h Carey bukak kedai makan di sini ! 

"Thank you Mariah.. I give my all to have just one more night with tchu !"

* tarik key depan Masjid

Kedai tepi jalan. Betul betul berdepan dengan masjid. Intip intip kot ada Mariah Carey tengah tumbuk sambal ke apa...

Ke Mariah tengah sibuk sibuk susun buah buahan kat gerai dia

Masuk. Duduk dan dilayan oleh pelayan. Makcik yang aku syak dia lah kot Mariya tu. Tapi nama je macam Mariah Carey.. body macam Mary had a little lamb. Body Mary dengan body lamb bergabung !

Kat kedai makan dia ni jugak ada kiosk tour tour dan dia sibuk promo macam macam kat aku since dia tau aku baru sampai. Aku layan layan macam tu je. Sebab baru sampai so aku malas nak fikir lagi cuma ambik ambik info apa yang patut je lah.

Mariah Carey sibuk nak promo tour tour dia

Ada couple mat salleh dok makan sekali kat warung ni.

Aku just lepak lepak la tunggu makanan sampai.

Nasi Goreng....

Sebab haloba order ayam goreng sekali...

Tengah makan makan tu, tetiba ada sorang pakcik ni datang. 

Pastu dia cakap sesuatu dengan aku.

Pakcik yang tetiba muncul dan cuba bercakap sesuatu dengan aku tapi cakap Siam.

Aku tak pasti dia tanya aku apa. Aku tak faham. 

Mungkin jugak dia tanya atau dia nak mintak sedekah ke apa. So aku diam je lah buat tak tahu. Dan couple mat salleh kat sebelah pandang serong kat aku.

Mesti dia keji aku buat tak layan pakcik ni.

Masalahnya. aku tak tau pakcik ni nak apa... aku tak faham ! 

"Sorry Pakcik I is Italian. I dont speak Siam"

Dengan sedihnya pakcik ni berlalu pergi............  sugul jer.

Mariah Carey tu pulak tak der.. buat konsert agaknya kat dapur. 

Terus aku di serang rasa bersalah mencanak canak... Rasa kejam sangat kalau dia lapar dan mintak makan dan aku buleh buat muka stone tak melayan !

bersambung................

23 comments:

  1. Hahahahahahhahaaa

    Suka sangat ngan MARIAH CAREY Siam !!!

    Hahahhahahahahaa

    ReplyDelete
  2. Sian pakcik tuuuuu meng.....dia nk ajak ko pi jemaah kt masjid tu x?

    ReplyDelete
  3. you make my day la
    entry mcm nih pun bole buat
    pembaca terbayang mariah carey tumbuk sambal kat dapur...

    *sambil gigit kuaci*

    ReplyDelete
  4. excited nak tahu apa pakcik tu cuba cakap...

    ReplyDelete
  5. Meng tak cuba speak Hitaly dg pakcik tu... mana tau dia faham...

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha.....part salah hotel yang pakcik van tu membebel sangat-sangat tak boleh blah...

    ReplyDelete
  7. Haha. Entry ni mmg sepenuhnya lawak walau part akhir tu mmg kesian ke pakcik tu.

    Eh. Not bad juga Lanta ni ya.. dah 2x gi Aonang, nanti nak try Lanta la plak.

    ReplyDelete
  8. Pakcik tu nak ajak berjemaah kat masjid tu.

    Dulu aku naik bas tu dari epot ke aonang mmg dorg stop tmpt tour agent tu tapi aku tak turun pon, & bas tu anta ke aonang pastu.

    ReplyDelete
  9. sedih tengok muka pakcik tu..ntah2 dia nak ajak ko gi mesjid ape

    ReplyDelete
  10. aah la sedih tengok pakcik tu.
    ntah2 dia mintak derma tak?

    ReplyDelete
  11. padan la abam meng nama kan trip terlebey heksited..

    daku pun terlebey heksited dgn lawak abm meng...ahhaha..percaya la daku sedang membaca entry mung sambil gelak goling2..hahhahha

    italian eh???lepas ni kena belajaq cakp siam la..haahha...btw lanta ni nice place jugak ye..

    ReplyDelete
  12. tersenyum pulak sorang2 baca kisah salah hotel tu. nasib driver tak paksa turun masa dekat salah hotel tu kan :)

    masa kat krabi tahun lepas, iolls silap bagitau kat driver. patutnya turun kat krabi forest homestay je tapi kan pegi cakap nak turun krabi resort...hahaha...jauh beza kot just krabi depan je sama. pastu jauh lak tu :'(

    ReplyDelete
  13. Ghaz : mariah carey ni tak vocal sgt..

    suara tak sedap. hahahah


    MKL : terima kasih. insya allah


    DJ : tak tau la.. tapi kenapa dia tak ajak mat salleh tu sekali. aku dgn mat salleh tu lebih kurang je rupa paras..

    * pengsan



    Kak Anash : mariah carey ni buat keje belakang tabir. x nampak

    ReplyDelete
  14. Watie : tak tau. sampai sudah tak dpt jawapan..


    Mie : ya gak kan. takut dia lebih terror pada aku lak..

    hahahah


    Has :tu la.. mau sebakul dia keji aku... nasib baik x jauh kalau jauh nak ke hotel tu mengamok dia agak nya


    Ida : boleh.. boleh cuba nanti.. lebih aman dari anonang koh lanta ni

    ReplyDelete
  15. Jea : maybe aonang dia antar terus kot. aku masa tu macam bangak je.. org suruh turun.. turun..

    ingat macam dah sampai jetty bot ke apa.. tapi hampeh rupanya kena beli tiket lain.


    Smile : masalahnya dia dtg terus terjah kat aku. cakap2 aku x faham. x reti nak respon...


    Mya : x de lak dia tadah tangan ke apa.

    ReplyDelete
  16. MJ : lanta ni masih dara lagi.. ok la sesuai utk bercanda loka.. masih aman damai dan cantik juga..


    Ena : tu la.. kena make sure bagi nama hotel yang betul. kalau tak.. kena maki sebakul.. nak melawan pun tak buleh

    ReplyDelete
  17. bace entry ni sambil ketawe.. part paling lawak.. tersalah hotel.. itu memang rare!~

    ReplyDelete
  18. mariah carey siam nyanyi sambil tumbuk somtam.

    ReplyDelete
  19. Fifi : memang malu.... org dlm van tu semua agaknya cerca aku jugak...

    tu yang tak sabar2 nak turun dr van tu.



    Nasa : sambil cari daun kadok dlm semak laaaaaa

    ReplyDelete
  20. Amir : bahasa tuboh tak dok tunjuk masjid pung....

    ReplyDelete