Pages

Monday, March 9, 2015

Trip Xcited Terlebey : 01 - Sepang Ke Krabi

OK Fine ! 

Kalau dibiarkan boleh basi entry ni sampai bila bila.

Rajin tu ada.. tapi nak siapkan entry ni abis semua tu macam satu siksa. Maklum lah dah lama tak travel dan tulis entry panjang lebar. Nak datang seru tu semula kena tunggu mood tiba. Baru senang keje.

Kali ni aku kongsikan Trip Excited Terlebey Koh Lanta dan Krabi, Thailand.

Aku start eh.

Highlight trip Koh Lanta ni di SINI

Aku bagi nama trip ni excited terlebih sebab selepas hampir setengah tahun tak naik kapal terbang untuk riadah suka suka, tak gi mundar mandir berjalan bawak kaki dan badan, maka terlaksana juga trip ni di awal tahun 2015 nih bersempena cuti tahun baru !

So lepas trip Myanmar tu memang tak de trip ! Cuti yang tinggal memang aku simpan untuk satu projek aku yang lain. Alhamdulillah.. projek tu dah selesai hujung 2014 maka trip ke Krabi ni adalah permulaan untuk tahun 2015 dan penyambungan sesi meredah bumi Allah yang luas ini.

Tiket ke Krabi aku beli dalam bulan 12 masa ada promo. Kebetulan jer. Dan aku sebenarnya dah lama resign cari tiket murah di Air Asia ni. Pertamanya sebab memang cuti tak der. Ke dua.. destination yang ada agak limited sebab mostly aku dah pegi.

Aku memang tak gemar nak repeat repeat destination ni unless destination tu memang special di hati.

Dan trip ke Krabi ni aku beli bukan la sebab nak pegi Krabi. Sebab aku dah pernah gi Krabi. Tapi aku teringin nak pegi salah satu pulau terkenal di Laut Andaman Thailand yang dah lama aku impikan untuk sampai.

Itu la Koh Lanta !

Sebelum tu tau tak kat mana Koh Lanta ni???

Map Koh Lanta.

Koh Lanta adalah sebuah pulau yang terletak di selatan Thailand, sama seperti kedudukan pulau Phi Phi, Lipe, Phuket dan juga Krabi. Cuma Lipe agak ke bawah sikit dekat dekat dengan Langkawi jer.

Memang Koh Lanta ni belum popular mana tapi pelancong asing dah mula ke sana kerana Koh Lanta ini tidak la pesat membangun lagi sepertimana Phuket dan Phi Phi.

Makanya.. sampai masa dan ketika. Selepas menghitung hari dan kaki pun memang gatal semacam jer so subuh subuh hari aku ke KLIA2 untuk penerbangan pagi ke Krabi !

Ayuh.. kita mulakan siri jelajah ini.... !

KLIA 2 di subuh hari

Perlepasan

Okey. masih ada masa... tapi tak perlu buat document check. dia suruh masuk terus je ke balai pelepasan

Ronda ronda jap tengok keadaan

KLIA 2 di waktu pagi

Masih belum ada penerbangan lagi

Aku konon memasang niat dan azam. Sempena tahun baru 2015 nak kurangkan hisap rokok. 

So salah satu caranya adalah masa travel ni aku tak bawak rokok. Eh. Bawak. Ada lah bekalan sekotak rokok dalam beg. Aku sengaja tak beli yang duty free sebab aku fikir kalau aku tak de rokok nanti aku tak akan hisap rokok.

Boleh lah aku kurangkan merokok !

Bagus tak niat suci aku tu? Murni tak??? 

Yang penting. Kita kena start somewhere dan ini lah masanya !!!!

* begitu aku berazam.

I Love KL... and I Love Myself !

Gate aku paling hujung.. jadi aku kena menapak ke belah sana....

Urusan passport semua lancar.. Beg pun satu  jer plus beg camera so tak terbeban sangat nak angkut

Ada juga yang ambik peluang untuk tidur di terminal ni

Masa aku sampai kat gate dah ramai yang menanti sama untuk penerbangan ke Krabi ni.

Tapi aku sempat cilok pegi solat jap kat surau dan sempat hisap rokok. Bila balik ke gate, orang dah start masuk dalam kapal terbang.. so aku antara yang last. Buat perangai biasa melambat lambatkan penerbangan.. Hiks..

Kira aku lah yang last masuk. Nasib la flight tak penuh dan seat aku memang kat belakang.

Flight ke Krabi

Passport dan dokumen semua lengkap. 

Kalau lama tak naik flight Air Asia. maka lama jugak aku tak baca magazine 3Sixty nih....  Ambik masa usha usha apa yang patut dulu

Kapal terbang sudah mula bergerak menuju ke landasan. Flight memang tak penuh.. belah belakang almost kosong

Ready untuk berlepas...

Take off.. Rasa cuak bukan main....

Flight meluncur laju menuju ke utara.... matahari sudah mula kelihatan....

Aku memang tak plan nak makan pun sebab tak lapar. So aku membuta jerrr

Cahaya pun agak menyilaukan mata...

Jadi, aku continue membuta !

Sedar sedar dah hampir satu jam setengah penerbangan, flight dah mula decending. Tengok kat luar dah nampak kat bawah.

Bahagian Selatan Thailand menuju ke Krabi

Dan akhirnya pesawat membuat pendaratan dengan jayanya..

Lega..

Fasa pertama trip ni dah selesai akhirnya. Cuak cuak naik flight dah hilang. Ya lah.. banyak betul peristiwa berlaku dalam dunia penerbangan ni. 

Now bersambung ke fasa ke dua.

Ketibaan............ Dan aku tahu perjalanan aku masih belum berkesudahan. Naik flight saja belum boleh membawa aku sampai ke Koh Lanta.. Ada bahagian ke dua jugak perjalanan ini nanti. 

Separuh aku rasa teruja.. separuh lagi aku tak tau nak expect cemana. Redah je lah.

bersambung...........

23 comments:

  1. eh dalam teruja, pendek plak entry ko ni...hehehe

    ReplyDelete
  2. Teruja dan tak sabar nak tau kisah di Koh Lanta ....

    Eh ... kisah Sri Lanka dah habis ker????

    ReplyDelete
  3. Nak lagi.......cepat sambung bang meng..

    Aaa la..tunggu kisah Sri Lanka tapi Krabi dulu yang keluar....^_^

    ReplyDelete
  4. part nk kurang kan merokok tu JM pujiiiiiiiiiiiii...jgn hangat2 tahi hidung je tau bang...

    berpuluh kali naik flight rasa cuak tu mmg tak boleh hilang kan

    ReplyDelete
  5. meng tiap-tiap hari ada entri..mood belum ke laut....saya mood makin teruk nak menulis....

    ReplyDelete
  6. abe MKL..tak perlu tulis...taip je

    ReplyDelete
  7. separuh lagi tak sabar tunggu sambungan entry ni :P

    moga istiqamah dengan niat suci murni ko tu!

    ReplyDelete
  8. Ok xpernah tau pasal Koh Lanta. Asyik dengar Koh Samui je. Sila excited lebey2 lagi untuk sambung cerita.

    ReplyDelete
  9. meng. part cuak tu samala aku. masih tgh cuba melawan

    ReplyDelete
  10. Bang..
    Sunggoh ke nak quit smoking??
    Alf mabrook bang.
    Semoga Allah permudahkan.

    P/s;
    Cik Asben ku.. sambung ayat dalam ati je la.

    ReplyDelete
  11. sampai je kat pic no3 dr bawah tu terus terstuck kejap...cantik sangat awan gemawan tu... okey sambung scroll :)

    ReplyDelete
  12. DJ : baru nak panaskan enjin.. hahaha

    tu yang pendek tu.


    Ghaz : sri lanka tu baru lagi... belum tengok pun lagi. kena tunggu turn..

    koh lanta keluar dulu


    Has : sabo.. sabo...


    MJ : thank u

    ReplyDelete
  13. JM : azam tu ada... boleh start tapi nak maintain tu.. ermmm


    MKL : entry dah tulis lama. tulis sikit sikit.. pastu schedule je...


    Smile : insya allah.. akan selalu istiqamah


    BK : lepas ni kau buleh pegi ... sebelum ramai org berkerumun ke sana

    ReplyDelete
  14. Agip : tu la.. otak suka fikir benda bukan bukan...


    Sham : azam tu ada... tapi....


    Ena : terima kasih

    ReplyDelete
  15. berdebar2 bace.. selamat da bace part kedue.. hehe..

    ReplyDelete
  16. Semoga niat suci supermeng dipermudahkan, doa yg sama untuk sang suamiku jugak.....Amin

    ReplyDelete
  17. Fifi : hahah berdebar kejap jer...


    Nasa : no komen.

    hahahahaha

    ReplyDelete
  18. Fuhhh... Seminggu xbukak blog ni & bc Meng merapu... Haha

    ReplyDelete
  19. Amir : HAipp !!

    Ini bukan merapu. ini perkongsian ilmu...

    separuh lagu je merapu. ahaks...

    ReplyDelete
  20. Otsteseng ke China genap setahun MH370... Huhu

    ReplyDelete