Pages

Thursday, March 12, 2015

Trip Xcited Terlebey : 04 - Sepetang di Klong Dao

Tempat penginapan aku terletak di Pantai Klong Dao, pantai yang paling meriah di Koh Lanta dan kedudukkannya masih di belah atas Koh Lanta ni lagi. 

Selain daripada Klong Dao ada lagi pantai pantai lain dari atas mengunjur ke bawah tapi pantai Klong Dao ni lah yang paling menjadi tumpuan dan banyak resort resort di dirikan di tepi tepi pantai. 

Senang cerita ini la pantai paling famous di Lanta sejak zaman berzaman. Tapi sekarang pantai pantai di belah bawah juga banyak di buka dengan penginapan.

Yang menariknya, walaupun pantai Klong Dao ni agak pesat dengan resort tapi pelancong tak de la nampak packed mana. Masih ada ruang untuk bersantai. Air laut pun boleh tahan lawa dan pantai agak landai memang sesuai menjadi pantai tumpuan.

Dan atas sebab itu lah, aku memilih Klong Dao sebagai pantai penginapan aku.

Pantai Klong Dao dari depan resort. Ni sebelah kanan

Aku lupa pulak nak ambik yang belah kiri. Tapi pantai ni panjang lebih kurang 3 KM dari atas ke bawah.

Antara bar dan penginapan yang ada di Klong Dao Beach

Ni resort aku duduk

Depan resort. Sementara menanti matahari terbenam

Hopefully ada sunset yang cantik hari ni

Oh, Lepak jap minum nescafe yang aku beli kat kedai tepi jalan depan tadi

Lepak lepak kejap tak tau nak buat apa, then aku decided nak stroll along the beach sampai ke hujung. Aku memilih untuk ke belah kiri. Saja nak jalan jalan ke sana sambil layan sunset di pantai Klong Dao ni.

Ayuh ! Kita berjalan menyusuri pantai....

Aktiviti depan resort di pantai Klong Dao

Matahari mula terbenam. Ada jugak resto resto tepi pantai tempat lepak sambil layan sunset

Ni bangsal tempat urut urutan. Boleh la sapa nak berurut. Banyak tempat boleh berurut. Tapi aku tak check pun sebab tak terasa nak berurut pun. Harga pun rasanya tak mahal... standard massage kat Thailand la... lebih kurang 300 THB ( RM 30 body massage sejam )

Pantai Klong Dao dari arah resort aku berjalan

Selain daripada resort ada jugak resto resto dan beach bar

Matahari mula terbenam

Layan sikit sikit

Anak mat salleh ni heret kayu satu pantai.....

Matahari mula menghilang

Pasir pantai dan karang karangan

Antara coffee bar untuk lepak lepak

Bergelimpangan benda alah ni depan resort. Ni budak budak punya mainan ni....

See.. betapa banyaknya...

Tertarik sebab perkataan HAK MILIK.... curik ek?

Ni sampai di hujung pantai Klong Dao.. matahari dah lama menghilang di balik awan

Sampai kat hujung tu aku lepak lepak kejap then patah balik semula ke resort aku.

Tak de apa boleh di buat selain daripada layan tengok orang dah mula memenuhi ruang ruang kerusi dan meja di resto resto tepi pantai.

Berminat boleh lepak lepak di sini

Lampu lampa

Sampai balik kat resort aku, then aku borak borak dengan minah receptionist kat situ. Tanya dia pasal tour yang aku nak cari tu dan minah ni baik hati call sana sini. Last sekali dia dapat tour 4 islands yang aku nak tu. Tapi bukan dengan operator yang biasa ( atau mungkin yang paling terkenal kat Lanta kot ).. Tapi operator lain. Tapi bagi aku OK je lah. Nak apa lagi, dah ada pun kira nasib baik.

Harga dia THB 1000 ( RM 100 ) kalau naik long tail boat. Kalau naik speed boat harga dia mahal sikit dalam RM 170. Aku pilih naik long tail boat je lah.

Dan dan tu masa aku kat lobby tu mamat kiosk tadi tu telefon. 

Dia cakap memang fully booked tapi dia terkejut bila aku cakap aku dapat dari hotel aku. Dia pun tak sangka tapi memang minah hotel tu dapatkan dari operator yang berbeza. Maybe certain tour ni dia pilih operator operator tertentu je kot untuk jual pakej dia orang. Tak tau la cemana.. apa yang penting aku dah happy !

Since aku rasa macam terharu pulak dengan mamat tu beriya riya nak tolong aku walaupun tak dapat, lepas tu aku keluar semula ke jalan besar dan pegi ke kiosk dia semula.

Ni kiosk mamat tu di waktu malam

Sebagai tanda penghargaan aku, aku suruh dia carikan aku tiket dari Lanta ke Aonang lusa sebab aku nak balik ke Krabi.

So at least aku beli la something jugak dengan dia. Baik hati mamat ni. So aku recommend kalau sesapa ke Lanta pegi cari kiosk dia dan deal dengan dia. Harga boleh nego tapi apa yang penting dia baik hati dan berusaha sedaya upaya nak tolong aku walaupun tak berjaya !

Dengan dia aku beli tiket ferry dari Lanta ke Aonang lusanya.

So happy ending untuk dia dan aku !

Aku lupa la nama dia sapa. 

Lepas abis berurusan dengan mamat tu aku nak pegi cari tempat makan. Tak nak makan kat kedai Kakak Mariya tu dah. Dah la tak sedap dan dia pun tak de la nampak memberahikan sangat. Aku cari tukang masak yang lebih menghairahkan Boleh kan?

Aku nampak pompuan pakai tudung kat tepi jalan dan tanya mana kedai kedai Muslim lagi. Jenuh aku melakonkan watak orang bertudung dan ciri ciri keislaman sambil menyuap nasi.

"Do you know.. any Muslim restaurant around here?"

Tu soalan basic tapi lakonan aku kejap buat buat pakai tudung. Kejap pakai serban. Kejap bersimpuh baik baik pastu suap nasi.

Nampak tak gambaran tu semua? Rasa rasa menjadi tak lakonan aku tu?

Last sekali dia gelak ! Tapi at least dia faham lah. Dia tunjuk aku ke belah kanan instead ke belah kiri dari arah masjid tepi jalan tu.

So aku jalan kaki sikit tak sampai 100 meter...

Nampak akak bertudung jual Thai pancake... padahal roti canai. Ingat nak beli tapi masa on the way balik dan tutup.

Pastu aku nampak kedai ada orang pakai tudung

Yakin sikit so aku masuk dan duduk.

Ada pekerja dia pakai tudung gak. Tapi ada sorang tu tegur.

"You Muslim?"

Dia tanya aku.

"Yes I am.."
"OK.. Me too... Sit down here.."

Dia bagi aku menu dan aku tengok lebih kurang sebelum bersiap sedia nak order.

Tak lama makanan pun sampai.

Menu malam tu. Tak sedap sangat tapi much better dari Kakak Mariya Carey siang tadi

Pekerja kedai. Minah ambik order tu yang tengah tu

Alhamdulillah kenyang.

Lepas dah abis makan, kat warung tu pun agak lengang, minah tu datang borak borak dengan aku.

"Where you stay?"
"Lanta Island"
"Oh.... where you party nighttttttttttttt?"

Terdiam kejap. Dia bercakap berlenggok lenggok Siam.

"Where what?"

Aku tanya dia balik.

"Where you party nightttttttttttttt?"
"You mean, where am I going to party tonite?"
"Yes.. Yes... Where you party night?"

Hahaha. Tetap kau nak ulang 40 kali benda yang salah !

"I dont know. I think I am going to sleep pretty soon"
"Sleep? No sleep... not good. You go party night !!!!!"

Hahahaha

Tapi tak pela.. layan layan borak dengan dia walaupun ke laut.

Kenyang makan aku jalan kaki balik ke penginapan.

Puas hati jugak untuk hari pertama di Lanta ni walaupun awal awal tadi aku rasa down gila sebab tidur terlajak. Now aku dah dapat sunset yang bagus. Aku dah dapat tiket untuk tour esok. Aku dah beli tiket untuk ke Aonang nanti dan aku dapat makan dengan kenyang malam ni.

Dah boleh balik dan berehat rehat jer untuk tour pagi pagi esok.

Good night Koh Lanta ! 

No No No. No party night tonite !

bersambung..............

12 comments:

  1. where you party night pun bolehh. hehe..

    ReplyDelete
  2. jumpe Saiya Sukhaporn ye meng

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
  3. hahahahaha....seriyus lawak tapi ok la rajin jugak minah tu nak bersembang bagai, ke dia nak ajak bang meng pegi party that nite ? hahaha...

    ReplyDelete
  4. mek siam tu nak test market ngan ko

    ReplyDelete
  5. Aku pun rasa minah tu nak ajak ko party night....hahhahah

    ReplyDelete
  6. MKL : ok la... pengubat duka lara..


    JJ : not bad at all...


    Mya : amboi normaya.. where u party night????


    Hannan : saya pun suka porn..

    hahahhaha

    ReplyDelete
  7. Anil : ok laaaaa.... pada tak de..


    Watie : ntah.. tak kan nak ajak aku kot... dia saja beramas mesra agaknya..


    CC : hahahaha.. dok eh...


    Liza : party pebenda nya... party tupperware kot

    ReplyDelete
  8. alaa..lupa pulak nama mamat yg baik hati tu....x de gambar?..jika x senang nk cari...ntah2 time JM pegi mamat tu dah pindah!

    Party? no..no..HARAM!!!...x cakap camtu hihihii

    ReplyDelete
  9. JM : gambar tak sempat nak snap.

    tapi nama kedai tu ada.. buleh terjah terus ke situ jerr

    ReplyDelete