Pages

Wednesday, September 10, 2014

Melaka 2014 : 03 - Holiday Inn Melaka

Untuk penginapan di Melaka, masa nak booking, cuma dua hotel untuk final shortlisted, Holiday Inn Melaka dan juga Hatten. Tapi bila baca review, this hotel lebih sesuai untuk family dan budak budak, plus Hatten tu macam tengah tengah kota dan agak busy sikit kawasannya, maka aku came up dengan final decision.

Holiday Inn Melaka !

Holiday Inn Melaka

Kami sampai dah agak petang jugak. Tak susah nak mencari hotel ni, dari sekitar bandar dah boleh nampak sebab bangunannya yang tinggi. Tapi nak sampai tu agak berpusing pusing jugak.

Terima kasih kepada Miss Waze yang berkhidmat penuh cekap dan bersuara lunak.

Holiday Inn. Nama pun nak gi holiday

Check in. Lobby.

Parking banyak dan senang. Boleh park kat sama level dengan lobby atau pun di L1. Lobby agak besar juga dan aku suka open lobby macam ni. Besar dan boleh bernafas. Yang aku tak suka, tak cukup sofa nak duduk. 

Sebaik je sampai, ada sorang receptionist terus datang meluru. Bermuka penuh senyuman dan bermulut manis semanis gula, mintak IC apa semua then suruh duduk. Suruh duduk tapi kerusi tak cukup !!!

Di settlekan semuanya sementara aku settlekan barang barang yang ada yang siap siap di angkut oleh bell boy.

Check in agak smooth la, sedar sedar dah dapat kunci. Then naik bilik, tak lama tu dia orang hantar semua beg beg ke atas.

Lif ada 3, agak mencukupi dan tak de la lama mana menunggu.

Room key

Room. Ada room with kids punya bed tapi penuh lak

Bilik agak luas

Bilik air besar

Amenities pun banyak. Boleh request razor dan benda benda lain kalau nak. Sejam lepas check in ada manager datang tanya apa apa yang tak cukup dan perlu di tambah. Nasib tak order kari kepala ikan sepinggan !

Decoration pun OK lah

Yang bestnya bantal ada banyak jenis. Firm. Strong. Soft dll. Boleh request kalau nak tukar

Soft

Aku lemah sikit kalau hotel tak de sofa dan hanya berbekalkan single chair macam ni.... kalau ada sofa tu boleh la convert jadi tempat tidur kalau tak muat.

Alarm clock

Channel TV pun banyak. Budak budak suka la sebab banyak channels dia orang

Aku suka color carpet dia. Green..........

Yang tak best bagi budak budak tapi best bagi aku lah, fridge dia memang kosong !! Tak de apa apa langsung. Tapi kopi teh tu ada lah, cuma selalu ada maggie cup etc. Princess siap tanya kenapa hotel ni tak de 'mee'?

Mee tu dia panggil untuk maggie cup sebab dia memang tau kalau duk hotel biasa ada maggie dan kat hotel je la dia boleh makan maggie.

Bagus !

Now tengok view sikit.

Ini ruang depan lif overlooking bandar Melaka.

Aku punya bilik memang seaview jadi nampak la selat Melaka.

Dan jetty apa benda ntah ni depan hotel

Dan swimming pool kat bawah

Kalau ambik view Melaka nampak yang ni

Belah kiri

Belah kanan

Apa aku nak cakap hotel ni memang cater for family and kids lah. Memang sesuai untuk santai mantai dan berehat rehatan.

Pool dia agak inzal !

Aku suka infinity pool dia sebab level dari tak dalam ke dalam tu banyak dan besar juga. Sesuai untuk budak budak jugak. Dan untuk budak kecik pun ada pool sendiri. Cuma time aku tu macam ada gomen mana buat event so ramai lak family dengan anak anak mereka.

Pool towel boleh ambik sesuka hati, tapi tak aci paw. Ada ke hotel yang aci paw?

View dari pool

Ada life guard jaga sebenarnya...

Dan heaven untuk budak budak sebab banyak aktiviti untuk dia orang

Melukis mengaler main sand arts semua boleh kat sini and the best part, kids eat for free !

SPA dan gym pun ada

Aku tak check pun dan OR pun tak de nak pegi. 

Suasana senja

Breakfast pun OK lah. Tapi ada Italian Restaurant serve pizza agak menarik. Boleh order makan kat bilik jer

Menu breakfast pun OK lah. Rasa pun above average. Seat banyak dan tak de la orang berebut. Sentiasa di replenish. Aku tak sempat nak ambik gambar sebab segan. Snap yang kat luar je sebab aku duduk kat luar

Stay relaxed. Ada bas untuk ke town di sediakan setiap sejam. FOC

Yang bestnya ada bar siap dengan live band. Budak budak layan TV kat bilik, aku layan kat sini

Tapi yang kesiannya penyanyi tu menyanyi tapi orang tak layan pun, orang layan bola. Tengah dia syok syok menyanyi tetiba orang menjerit ' gol !!!!!!!!!!!!!!!!" terus dia macam tau orang tak ambik kesah pun dia menyanyi apa. Ada skrin besar layan bola sambil lepak lepak. Yang tak best, tak leh hisap rokok !! Isk

Lego mainan Princess

Hero punya lagi la banyak kat belakang tu

Mainan si Princess lagi. Suka benor dia dengan terompah kecik kecik tu

Punya la syok berbungkus. Kiri kanan tu ada orang

Yang tak boleh blah, abis sticker dia tampal kat alarm clock hotel ni. Nasib la aku tak kena ganti, tak pun kena kopek balik semula. Sapa yang dapat bilik ni, dan jumpa alarm clock dah kena tampal sticker ni, haaaa tu anak anak aku punya kerja la tu.

Overall great stay untuk 3 hari 2 malam. Budak budak la paling seronok. Nak keluar dari hotel pun tak mau. Nak duduk hotel je. Aku yang naik muak. Tapi bila aku sendiri yang dapat tidur. Haaaaa. Dari dia orang turun mandi kolam sampai naik semula, aku tak bangun bangun lagi.

Apa apa pun we enjoyed our short stay in Holiday Inn Melaka. 5 bintang !

Highly recommended kalau mencari penginapan di Melaka !

10 comments:

  1. Meng;

    Teruja tengok entry nih ... dalam kepala nih dah plan, waktu cuti nanti, Melaka maybe one of my destination ... tapi nak gi Pulau gak ... macam mana tuh .. cuti kejap jer ...

    ReplyDelete
  2. kiutnya mainan Princes tu... hiii kalaulah ada anak pompuan. Tapi yang aku tak boleh tahan tang alarm clock kena tampal sticker tu... apa-apa pun memang 5 bintanglah! Aku terus suka.

    ReplyDelete
  3. Klau hotel camni jm tgk dari luar je lahhh pastu terus belek dompet
    Pesal dia pegi menyanyi time org pasang bola sah2 x de yg melayang

    ReplyDelete
  4. Aik? Breakfast dia tak power? Last year aku ada stay sini for a few days... breakfast dia ohsem bagi aku, banyak benda best nak ngap... smoked salmon n tuna slices, black pepper beef slices, baked cheese tomato, baked new potatoes (kentang yg kecik2 n bulat2 tu), sausages, croissants, buns, toasts, porridge, salads n dressings, fresh mayonnaise, soft boiled eggs, fruits... puas hati gila, tapi perut aku takdelah besar mana nak ngap semua tu, so pilih2 mana yg bebetul nak telan je la hahah... agaknya sebab aku turun breakfast awal kot? tu yg best semacam tu hehee...

    ReplyDelete
  5. oh ya sebelum tu aku stay equatorial jap kat melaka tu... tp situ tak offer breakfast, harap bilik jer ohsem sikit dari holiday in (bilik equatorial ada day bed by the window)... tapi still aku prefer hotel yg offer breakfast, breakfast itu penting... heheh ;3

    ReplyDelete
  6. Ghaz : cuti tak de plan banyak ya..

    pegi penang la. ada pulau dan ada historical place. abis citer.


    Ali : cepat order anak pompuan dgn OR !!!

    hahahaha


    MKL : ok la

    ReplyDelete
  7. JM : masuk je duduk kat lobby. tak payah kena bayar.

    pompuan tu menyanyi sebab live band kot.. menghiburkan peminat...


    Plain : ok. sebab kau cakap sedap so sedap la kot. hahahah

    maybe time tu aku tak makan semua kot.

    read : menjaga tubuh badan.

    eq tu dah refurbished skit bilik dia kot skrg.

    ReplyDelete
  8. Aku dh lama rse pool die anzalna. Tp aku teragak2 sbb msih meng anzalna kan diri kt hatten tuh. Ni this time hatten bapak la mhl. X mhl mne pon tp mhl la utk hatten! Jadah aku ckp ni? Gasak disitu.

    Alih2 holiday in ni cam acara bar 8 plak offer die. So google la blogger mne2 ke yg pnh pg. Sokali kuo link blog uols. Aku rse aku nak terus kan rerasa anzalna aku kt sini kali ni. Wish me luck. Gituh!

    ReplyDelete
  9. Beb !

    Good luck !

    aku pasti kau akan enjoy. unless ramai org org pejabat kerajaan buat seminar situ. so kau maybe tak berapa enjoice sgt..

    inzal la tapi separuh jer.

    hahahaha

    ReplyDelete