Pages

Tuesday, September 9, 2014

Melaka 2014 : 02 - Taman Rama-Rama & Reptilia, Ayer Keroh - Part 2

OK. Ini part ke 2.

Jeng Jeng Jeng. Untuk yang lemah iman dan semangat tak leh nak tengok sangat geng geng reptilia ni, tak payah la tengok.

Aku pun mencari kekuatan je nak ambik gambar dia orang ni. Dah ambik tu.. meh aku share. Semoga bila kita selalu ambik gambar dan tengok wajah mereka.. kita jadi mesra dan kurang ketakutan kepada mereka mereka ni.

* ayat untuk diri sendiri

Ini entrance nya. Entrance beli tiket yang sama juga dengan bahagian rama rama

Tapi mereka ada section section tertentu

Ewah....

Ya aw aw.....

Geng geng ni aku boleh tengok. Tak geli sangat

Cuma risau kalau dia melompat.. hahahha

Tapi tak lah melompat sebab dia orang dalam bekas masing masing

Tapi yang tu geng geng kecik. Ada jugak geng geng besar

Aummmmmmmmmmmmmm

OK. Ini selingan.. 

Burung puyuh ni pun selingan

Toilet di sediakan di dalam. Kalau agak agak nak terkencing boleh la selesaikan apa yang patut

Ini telur apa pun tak tau. Tapi telur tipu lah.. Landscape je

Apa ni??? Haa tengok betul betul. Mereka adalah kala jengking

Dan ulat gonggok. Ni masa aku kecik kecik aku buat main jer ni... mainan je setakat nak potong potong badan dia tu.... chewah

Ni macam merajuk

Ni macam sarang buat kuih pun ada

Tapi AWAS. Lepas ni tak leh buat bising

Sebab geng geng buaya ni ada

Jangan sangka mereka tak memerhati

Atau mereka bodoh

Sebab mereka pose pose jer tu

Ni anak dia yang kecik

Ini macam Tok Ketua dia.. paling besar dan paling huduh

OK. Dah settle buaya. Tengok yang lain pulak.

Ini Emu. Nampak telur dia tu?

Ni rupa paras mereka

Ini ikan apa nama ntah. Arapaima? Memang panjang betul laa...... tapi muka tak nampak. Sempat snap ekor jer

Jeng Jeng Jeng. Part yang mendebarkan....

Part ni memang kena jalan slow slow sambil memerhati.

Walaupun mereka dalam sarang masing masing, tapi ada lah sapa keji dan bongok letak ular plastik kat luar. Terus berterabur anak aku lari dan menangis.

Nasib Papa dia macho. Padahal jantung nak terburai gak sekejap. Tengah syok syok terhendap ada lak ular getah bertenggek kat luar cage lak tu.

Tapi ni ular betul. Tapi dia sakit.. sakit albino.. walaupun dia albino, aku tetap tak berani nak pegang. Ada 3 ekor jugak la jenis ni.. Maaf... kita tak ditakdirkan untuk bersama....ataupun bermesra

Ni ular apa ntah... ada info kat setiap tempat dia orang ni. Ular kapak kot. Ular tedung apa semua, semua jenis ada. Yang jenis hampir mematuk kaki aku dulu tu pun ada.. Sebab aku benci dia, aku malas nak ambik gambar.. ( padahal dia menyorok belakang kayu )

Ular hijau

Ni ular jugak... 

Ni sebenarnya ular lidi. Tapi masa kecik banyak kat rumah aku sebab ada pokok buluh.... tu pun mencicit aku lari kalau terserempak ( pengakuan ikhlas dari hati )

OK lah. Abis dah lawatan ke Taman Rama Rama & Reptilia, Ayer Keroh ni.

Aku recommend tempat ni walaupun aku tak suka ular dan reptilia. Setakat nak tengok dan menambah ilmu di dada yang bidang, aku rasa bagus jugak tempat ni.

Yang penting, tempatnya di jaga dengan baik, full facilities..toilet, tempat makan etc..... bersih dan selamat.

Ni dah keluar

Ada cafe dan tempat makan

Maka selesai lah melawat Taman Rama Rama & Reptilia Ayer Keroh Melaka ni.

Untuk maklumat lanjut, sila refer page ni BUTTERFLY REPTILE

Kat sebelah ada muzium lebah sedunia. Tapi aku tak usha pun...

Nasib la masa stay Philea hari tu aku tak pegi tempat ni, kalau tak mau tak tidur malam sebab tempat ni kat belakang resort tu jer. Dah la Philea tu macam semak semak jer.

Apa apa pun................... nice place to visit kalau di Melaka or kalau ikut laluan PLUS boleh singgah sekejap lepas exit Ayer Keroh tu.

Makanya... selamat berkunjung !

10 comments:

  1. tak suka ular tak suka tak suka tak suka eiiiiii!

    ok tx...this weekend nak berjalan ke selatan lah...lalalala...

    ReplyDelete
  2. Part gambar2 mendebarkan tu terpaksa skip....sebb dalam mimpi pun atau yg sewaktu dengannya mmg tak suka benda ini.

    ReplyDelete
  3. Kesian anak ko... dan ko. Ada jugak yang keji letak ulaq plastik. Aku kalo jumpa ular aku suka peluk dan tangkap lalu masuk ke dalam guni lantas pegi jual kat kedai Ah Chai, dulu laa... sekarang aku dah insaf. Menarik gak tempat nih, aku nak pegi jugak nanti.

    ReplyDelete
  4. Biq : sama la kita. tapi aku kena slow slow beranikan diri.

    dulu tgk natgeo pun x berani.. skrg ok skit kot. cuma x leh lama lama. datang imaginasi bukan2..

    selatan? gi mana tuuuuuu


    Nasa : hmm tu ah..


    Ali : aku bukan setakat nak tangkap buh dlm guni. tengok je dah separuh koma. kalau terpaksa pegang.. mahu berbuih mulut kot...

    ReplyDelete
  5. Antara sebab Sham x blh pi zoo.. Sham ada lemah semangat sikit tang hat yg "sekor" tu. Blh pitam. Anak2 pun dah sedia maklum.. siap kata.. kita tgk kat tv je la.

    - Ni tadi pun scroll down laju2. Dah agak pun mesti ada yg "sekor" tu.

    Tapi ikhlas bang.. gambar best2 blaka bang.

    ReplyDelete
  6. baru tau.. ulat gonggok makan timun rupenye..

    ReplyDelete
  7. Hai ular! Meh sini nk usap n belai 2 manja sikit pastu kasi letak kt leher habang meng
    Ahaha jahatkan ckp csmtu walhal diri sendiri pun penakut. Ckp besar je :-)

    ReplyDelete
  8. actually x takut ular,cuma geli tu mengatasi semuanya...*matilah tipu kan..wakakakka
    eleh papa dia tu pun kalo boleh nak menangis jgk kannn...hahahha

    daku suka jugak g melaka..walau byk kali g tetap x jemu

    ReplyDelete
  9. Sham : sekor tu mesti sang ular la tu eh.. hehehe

    kalau kat zoo dia duduk dlm cage tak per. kalau yang terserempak kat luar yang boleh koma ...

    jangan la ada acara ambik ambik gambar dengan melilit2 mereka di leher..

    nehi !!


    Berry : tu sebab mereka menjaga tubuh badan.

    depan pelawat stok2 makan timun jer. belakang2 tu entah2 ada chicken chop

    ReplyDelete
  10. JM : gaya bercakap mcm berani. rupa2 nya. penakut juga.. hahahah


    MJ : aku memang x leh ular2 ni jemah weyy....

    silap2 gugur jantung

    melaka best tapi jem nauzubillah.

    ReplyDelete