Pages

Thursday, September 11, 2014

Melaka 2014 : 04 - UNESCO site | Jonker Walk

Aku pun tak tau kenapa, asal gi Melaka, tempat ni je la aku dok melepak. Asal aku melepak aku gi Melaka. Erkkk Macam salah je ayat tu.

Padahal kalau nak kira, banyak je tempat tempat sejarah lain, tapi sini jugak la yang macam jadi highlight nya.

Sebab apa pun tak tau. Dah aku malas nak fikir pun. Belasah je lah.

Dataran Merah

Tapi masa ke Melaka ni, Princess sibuk nak naik beca. Dan aku dah pusing pusing cari parking, last sekali jumpa parking dekat belakang Hotel Casa Del Rio tu jer. 

So dari situ menapak ke Jonker Walk dan langsung ke sini.

Kedai di Jonker Walk

Antara yang di jual

Ada sapa pernah try minum sini?

Layan bangunan bangunan lama di sini

Tengok tengok barang

Usha usha lebih kurang

Jonker Walk yang famous di Melaka

Sungai Melaka yang harapnya sentiasa di jaga

Hard Rock Cafe yang menjadi tarikan terbaru di sini

Dan sudah pastinya bangunan merah ni

Bangunan Merah ni adalah Christ Church of Melaka yang terdapat di kawasan Stadhuys, salah satu bangunan warisan yang terdapat di Melaka. 

Melaka telah di wartakan sebagai UNESCO site pada 2008 bersama sama dengan Georgetown Penang sebagai Historic Cities of the Straits of Malacca.

The Stadthuys (bermaksud Dewan Bandar), juga dikenali sebagai Dataran Merah adalah satu struktur bersejarah yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka. Ia dibina oleh Belanda  pada tahun 1650 sebagai pejabat Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor.

Terletak di Jalan Laksamana, di tepi Christ Church Melaka, tinggalan Belanda yang  tertua kini menjadi sebuah Muzium Sejarah dan Etnografi.

Apa apa pun yang paling tak best kawasan ni adalah zon di larang merokok !

Argh.

Tapi macam ramai je yang merokok.

Argh jugak.

Walaupun aku ni perokok tegar, tapi aku rasa kalau kawasan tak boleh merokok, means NO SMOKING !!!! Susah sangat ke nak follow?

Layan gambar sekitar kawasan ni je lah.

Fountain

FM pelbagai bentuk. Tak beli pun sebab dah banyak dah beli dulu dulu..

Gereja

Balai Seni lukis

Beca

Kawasan Stadhuys

Princess excited nak naik beca Hello Kitty !

Victoria Regina Fountain

Salah satu bangunan di kawasan ni

Kesan kesan pengaruh Belanda

Roundabout Pelanduk

Cendol Clock Tower yang menjadi pujaan ramai. Sementara dia orang naik beca pusing pusing, aku beli cendol kat sini. Boleh tahan sedap tapi belum sempat dapat cendol dia orang dah abis pusing naik beca. Sekejap beno !!!

Jonker Walk

Mainan lego habuan Hero

Dah abis semua, gi ambik kereta kat depan hotel ni. Park kereta RM5 sekali entry

Selain dari Studhuys ni, banyak lagi sebenarnya peninggalan Belanda dan Portugis di sekitar kawasan Melaka ni, tapi aku tak gi explore mana pun. Maklum lah berjalan dengan budak budak ni bukan boleh penat penat sikit. Cepat je dia orang ajak balik. 

Susah jugak nak menyemai semangat travel travel kat dia orang ni kalau dah memang dia orang tak minat. Princess tu je kadang kadang nak jugak lah jalan jalan ikut aku bila semangat Dora The Explorer dia tu datang, tapi Hero memang ikut OR. Haram tak ambik pot !

Tak menjiwai pemandangan.

Tak pe la, aku pun tak nak paksa paksa. Cuma cuba cuba nak menyemai cinta di jiwa dia orang jer.

6 comments:

  1. Meng, Cendol Clock Towel tu memang sedap. Hari tu belasah cendol durian sedap tak hingat. Amboi, banyaknya Hero borong mainan Lego. Samalah macam anak aku, asyik pau aku je mintak mainan tu.

    ReplyDelete
  2. Jangan pau meng dengan mainan je...Kena belasah depa semangat belajar..cintakan ilmu....harap hero meng suka mengembara kelak. itu doa saya sebagai sahabat blogger.

    ReplyDelete
  3. Budak budak tecik mmg mcm tu pantang nampak mainan mesti itu normal baru namanya klau dia minta benda lain x ke haru sbb Jm dulu pun sama :-) tp skrg bila dh tua2 ni tp x sedar diri rasa diri muda dh x minat semua tu asyik ingat nk naik kapai terobang je pastu jeles sama abam yg terbang merata donia

    ReplyDelete
  4. Ali : sedap jugak la cendol clock tower tu cuma orang agak ramai. kalau nak duduk minum situ memang lama la kena tunggu meja kosong....

    mainan tu rasanya ada promotion beli berapa ntah dpt harga murah sikit..


    MKL : terima kasih.

    biar je la dia buat apa yang dia suka nanti....

    ReplyDelete
  5. Amir : di mana???


    JM : eleh JM tu diam diam je merayau. tahun depan pun dah beli tiket eh?

    panjang betul langkah JM ni. tapi tak pe la selagi sihat, ada duit.. pegi je la ke mana saja kaki nak melangkah...

    nanti share kat blog yang obese tu ya....

    ReplyDelete