Pages

Saturday, September 7, 2013

Jom Kudap : La Bodega Deli Cafe, Bangsar

Cerita semalam tak abis lagi.

Lepas melantak ala ala gaya sopan santun, kami pun berambus dari Lanna tu.

Letih la nak bersopan sopan di situ. Jadi kami lepak di La Bodega Deli just opposite the resto.

Bawah tempat lepak, atas desco desco...

Lepak kat luar, so boleh merokok

Di temani dentuman muzik dari the lounge kat atas

Sambil bergossip dan bergelak ketawa, mengilai dan bertukar tukar mengambil alih tugas sebagai pontianak dan langsuir  ( lupa diri kejap ) sampai OR call... ( cover sopan balik semula ).

Layan gambar kat tempat ni, aku snap dari jauh je ( sebab segan ). Mengilai tak segan sangat sebab memang dah pro. Hahahaha

OK. Jangan percaya sangat part mengilai tu. Kita orang masih beradab ketimuran.






Dan mengisi perut lagi.

Padahal perut dan membuntal. Masing masing order tea je. Sorang satu teko !! ( lepas tu drama ulang alik toilet sebab asyik nak terkencing ler pulak ).

Aku minum English Breakfast. BW ambik Earl Grey dan IH ambik Tea Peppermint.

* baling ubat gigi pudina kat IH

Dan sambung bergossipan tanpa henti.

Teko teko. 

1 teko harga dia RM10.

Dan kami order Creme Catalana, spanish version for Creme Brulee.

Ntah kenapa, maybe dah kenyang atau mungkin rasa tak berapa ummmph. Makan tak abis. Pandang sepi je. Tapi kalau berkesempatan try breakfast di La Bodega ni, aku pernah try dulu. Memang puas hati !


Abis lepak lepak baru masing masing blah. Aku antar IH dengan BW then balik rumah.

Selamat bertugas di tempat baru untuk IH. Semoga terus maju jaya ! Insya Allah nanti kami boleh serang Canberra dan lepak lepak di sana. 

Good luck and congrats IH !!!

Bersabarlah untuk peluang bertemu semula ..............



Di masa kau tiada depan mataku ku pilu
Teringat di saat kau di sampingku

Wajahmu bersinar menyinari hati ku yang duka,
Senyummu yang indah
menenangkan jiwaku ini tapi

Sabarlah sayang
Sabarlah ditakdirkan kita bersama,
Dan tiba masa 'tuk kita bersama

Cahaya matamu memukau jiwa ini
Degupan jantungmu di dakapanku

Namun itu semua ingatan yang ada padaku
Daku pun mengerti semua ini sukar bagimu

Sabarlah sayang
Sabarlah ditakdirkan kita bersama
Dan tiba masa 'tuk kita bersama

Usahlah bimbang
Jangan kau fikirkan selalu
Kerna masa kan berlalu
Sebentar sahaja

Sabarlah sayangku
Tempat mu di sisiku

3 comments:

  1. pernah sarapan di situ kali pertama
    (mmg senak perut-best sbb borak ngilai dgn kwn dan kwn belanja! yea)

    selepas melopong duduk depan bsc tgk kete dtg satu satu...
    plat no kete sume no bawah 9

    peh!!!
    (balik terus belek purse yg mmg nipis)

    ReplyDelete
  2. Perghhh tempat lepak org2 kaya giteww...aku mampu lepak kedai mamak jek la hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Anash : Bfast dia memang best...

    HB : sebab jarang lepak sini la tu aku buat entry. kalau nak buat entry lepak mamak.. dah bertimbun dah agaknya entry aku pasal tu...

    aku cuma nak bagitau tempat ni ok gak nak lepak sekali dua kala... mamak tu.. tiga empat kali kala pun buleh lagi....

    ReplyDelete