Pages

Monday, September 9, 2013

Ada Apa Dengan Brunei? - 01 : Landing In Brunei

Selamat Datang ke Brunei !

Akhirnya berjaya jugak aku jejakkan kaki ke negara kecil ni. Sebenarnya dah lama aku nak sampai sini, tapi asyik tertangguh je. Dan macam tu jugak la bila dah pegi, asyik tertangguh nak buat entry je.

Apa apa pun, aku akan cuba kongsi apa aku jumpa, aku tengok, aku nampak dan aku pelajari sepanjang 3 hari 2 malam di negara Brunei Darussalam ini.

Mula mula layan je gambar gambar sewaktu berlepas ke Bandar Seri Begawan ini dari LCCT.

Up up up 

View dari udara

Kawasan penempatan dan perindustrian di Seremban

Terbang di langit nan biru

Sepanjang flight aku membuta je sebab kepenatan.

Tu pun sebelum pegi masih berbelah bagi nak proceed ke tidak. Kalau tak pegi, tak tau la bila lagi nak sampai ke sini. Tapi sebab tiket dah ada, pegi je lah walaupun biasa orang cakap kalau nak gi Brunei mesti akan tanya soalan yang sama.

"Brunei? Apa ada kat Brunei?"

Haaa. Tu la. Aku pun tak tau nak jawab. Tapi aku nak pegi sendiri dan tengok sendiri. Ada ke tak de apa apa tu belakang kira. Janji aku kena penuhkan janji pada diri sendiri.

Negara kecil di Borneo ini pasti akan ku jejaki !

Approaching Borneo

Dah sampai Brunei

Dah nak landing

Bandar di Brunei

Masih mengekalkan hutan simpan

Kawasan tanaman

Bandar Seri Begawan dari udara

Bangunan bangunan

Rumah rumah banglo mewah kelihatan

Bangunan bangunan kerajaan dan Kampung Ayer

Salah satu mercu tanda di Brunei

Shopping mall. Gadong

Pandang golf dekat dengan airport

Runway airport BSB

Dah sampai airport. Airport BSB tengah under construction so agak berterabur sikit arrival hall dia.

Bangunan bangunan kerajaan

Mini Cooper Show room

Sesampai di Bandar Seri Begawan, aku memang tak de meletakkan harapan yang tinggi. Aku just nak sampai dan tengok je apa yang ada di sini.

Ternyata, Brunei mempunyai kelebihannya yang tersendiri !

Aku kembali ke tanahair dengan rasa puas hati. Cuma masa kat airport terkejut kejap. Masa sampai OR dah call cakap dah sampai, tapi aku cakap aku nak beli  aiskerim untuk budak budak. Tengah beratur kat Mc D tu tiba tiba.

"Papa !!"

Aku toleh. Tengok. Tapi sebab aku rabun, cuma nampak blur blur. Terdetik dalam hati.

"Anak keling mana la panggil Papa ni. Mana ntah bapak dia?"

Last last bila dekat rupanya Hero !!

Hahahahahaha.

Kulit dah la tak berapa nak cerah pastu pakai baju kelabu lak tu. Nak tergelak aku, kutuk kutuk anak keling mana rupanya anak aku. Muahahaha. Dia pakai baju yang ibu dia baru beli kat pasar pagi, so aku tak cam.

Apa apa pun, bermula hari ni aku akan update sikit sebanyak travelogue mengenai salah satu negara paling kecil di dunia, Negara Brunei Darussalam.............

bersambung........

12 comments:

  1. aku pg sane last year..tp haram xtulis2 lg..

    soalan yg same gak org tanye kt aku..ade ape kt brunei?

    sempat lg bt lawak psl ank sendiri..xblh blah btl..

    ReplyDelete
  2. Saya perkampungan air orang Brunei. Menggambarkan kemewahan berbanding dengan Sabah. Selamat melancung bro.

    ReplyDelete
  3. aku pun teringin nak gi brunei...ala org tanya ada apa, ada apa, dulik apa janji kita pi ye dak...

    siut je ngata anak sendri hahaha! like father like son tanak plak ngaku!

    ReplyDelete
  4. DATT : brunei ni at least kena pegi sekali dan check sendiri.... ( bagi aku lah )

    Anak aku tu. hahahaa.. tu la. badigol kdg kdg mata aku ni..

    MKL : terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Biq : Kau kena pegi Brunei sebab aku dah pegi.

    hahahahha

    Aku dah mandi clorox.. cerah skit..

    * tunjuk tapak tangan

    ReplyDelete
  6. Kat Brunei ade kedai sushi yg best and harga jauh lagik murah dari KL.. hahahaha...

    ReplyDelete
  7. aku gi brunei 5D/4N tp atas urusan kerja la, mmg x gi memana pon cuma ulang alik dari hotel ke tempat keje, cuma apa yg aku dpt kata brunei ni sunyi, nak cari petrol pump pon susah walaupon kaya dgn minyak hehehe....

    ReplyDelete
  8. ko duduk kat empire hotel kan Meng? Sbb aku gi ngan boss, malam kita org layan movie kat wayang dalam tu...pastu dinner pon kat dalam gak, ada 3 tempat kot, chinese resto, pastu ada 1 resto dalam hotel tu sendiri ngan ada satu lagik kat tepi laut, seafood kekdahnya. semua tempat kitaorg gi makan...

    ReplyDelete
  9. Besttt naik flight dpt duduk kat 'tail'..JM ni kalau naik fligt asyik dpt 'kepak' je..kalau kepak ayam sedap jgak rasanya..idok pun tak dpt tepi tgkap..geram je..

    Ada apa kat Brunei..ada lak org tanya camtu eh..mesti lah ada Sultan Brunei yg kaya raya tu..

    Anak keling?..ahahaha..kesian kat hero...ni anak supermeng tau..mesti kacak mcm papa dia kan..

    ReplyDelete
  10. Azra : Sushi ek.. OK.. pass !

    HB : untong la ko duduk empire orang bayorkan...

    JM : Kita pun kaya jugak. kaya dengan budi bahasa pekerti mulia......

    ke tak berapa??

    Hahahaha....

    ReplyDelete
  11. anak sendiri kot hahahaa.. xpe la mata blurr.. :D

    ReplyDelete