Pages

Tuesday, September 10, 2013

Ada Apa Dengan Brunei? - 02 : Rokok Di Brunei

Korang tau tak rokok duty free adalah tidak di benarkan di bawa masuk ke Brunei?

Hah. Dah tau??? Isk.

Aku baru tau. Aku ingat Singapore je, sebab tu la aku reconsider banyak kali untuk buat trip ke Singapore ni.


Al kisah, hari tu masa nak gi Brunei. Macam biasalah, masa kat airport LCCT, aku nak beli rokok buat stock semasa aku kat sana. Knowing yang Dollar Brunei adalah mahal so aku assume rokok juga adalah mahal !

Anyway, dah la aku sampai LCCT lambat dek di sebabkan hujan pastu jalan jem. Sampai 20 minit sebelum gate tutup. Lepas OR dropped aku, terus aku berlari lari bapak masuk balai berlepas. Nasib baik semua urusan pantas. Then aku gi la beli rokok.

Kan time kita nak beli rokok, cashier tu mesti mintak passport dengan boarding pass tu kan? Aku pun bagi lah. Then dia kasi tau.

"Encik. Brunei tak boleh bawak rokok lah"

Dia pun tunjuk kat aku. Memang ada tulis. Brunei dan Singapore - PROHIBITED !

Hak eleh. Gila kejam !

Dah tu. Takkan nak kena beli rokok kat sana? 

* macam tu aku bertanya pada diri sendiri. 

Aku berdukalaranestapa. Tak jadi la beli.

Pastu aku pegi la kedai serba serbi kat tepi tu tak de pulak jual rokok. Cis ! Tak boleh jadi ni. Lemah tubuh aku kalau tak cukup nikotin dan tar dalam badan. Kalau boleh berbaring atas jalan raya bertar lepas gian tak pe la jugak !

Tak puas hati ni.

Aku usha gate ke Brunei tu belum panggil panggil lagi untuk boarding. Aku pun mencuba nasib sekali lagi. Gamble. Aku pegi kedai Duty free tu, ambik rokok dan pegi bayar kat cashier lain.

"Passport Encik. Boarding pass sekali"

Argh !

Macam aku dah agak apa dia akan cakap lepas ni.

"Encik. Brunei tak boleh bawak masuk rokok"
"Heh? Ya ke?"

Sudah gaharu cendana pula.............

"Tak boleh ke?"

Aku tanya dia balik.

"Tak boleh. Kalau tak, nanti kena denda BND50"

Fuh ! Banyak tu. Beli rokok satu karton pun baru RM64.

"Kalau saya bawak jugak?"

Degil ni.

"Ada je yang beli, kami tak de masalah nak jual tapi nanti kalau kena tax, Encik kena bayar lah"

Malas nak fikir panjang.

"OKlah. Saya beli lah"

Wahhh !! See?? Nampak tak kedegilan dan feeling feeling aku adalah berdada bidang ?

Dia pun settlekan semua so aku pun ambik rokok. Sumbat dalam beg. Dalam hati sebenarnya berbelah bahagi jugak. Cuak pun ada tapi tawakal je lah.

Then aku pun boarding flight.

Borang ni aku ingat silap tulis ANDA jadi AWDA... Semuanya jadi AWDA... ( member aku cakap awda tu adalah singkatan awang dan dayang - make sense la kot )

Abis tu ANDA = Antu Dada?

Masa dalam flight, aku isi borang declaration tu, macam biasalah berani mati tick tak de bawak rokok. Rokok spare tak abis guna ada la tinggal tak sampai 5 batang lagi.

Kejap aku fikir, alah. Lantak lah. What worst could happen? Kalau kena bayar, bayar je lah !

* begitu... sekali lagi feeling berdada bidang !

Pastu fikir balik. Kalau di tuduh degil? Tidak mendengar kata? Dimalukan di khalayak? Kena bogel pastu jalan itik satu airport? Pastu kena sumbat jail 3 hari?

Hah. Abis la trip aku ke Brunei duduk dalam jail semata mata !!!

Penat fikir, aku tertidur sepanjang flight.

Tup tup bila sampai kat Brunei. Makin lama rasa makin cuak. Abis lah. Dup dap dup dap. Macam nak pecah jantung rasa. Tu lah. Tak berapa biasa nak buat jahat tapi nak buat jugak, kalau orang tengok, air muka dah nampak pucat lesi. Tangan dah boleh parkinson serta merta.

Masa tunggu turn kat immigration tu, aku dah nampak dah kat bahagan kastam tu. Ada line hijau kalau tak de apa nak declare. Merah kalau ada benda nak declare. Aku perati je. Makin lama makin cuak. Serious cuak gila !

Gila babi punya cuak !

Babi pun tak cuak mana kot !

Abis la. Mati la aku. Mati la. Aduh ! Menyesal pun ada. Hish. Tuhan je tahu perasaan aku masa tu. Berulang ulang kali aku baca surah An Nas supaya hati tak was was. 

Cool. Cool. Relax. Kita lelaki yang cool, kena chill. Gentle la beb. Kita kacak, berdada bidang dan bersuara emas. Kena la control macho !

Hak tuiii !

Pastu, aku siap dengar mamat kastam tu tanya dekat sorang mamat ni yang lalu dekat part nothing to declare tu.

"Rokok ada bawak tak?"

Hah ! Mampus kalau dia tanya aku, terpaksa aku jawab ada. Kalau aku cakap tak de, depan tu dia tetap nak scan beg aku.

Argh.......................... !

Kantoi !!!

Perlu ke jadi macam masa kat Sydney hari tu sampai aku buang semua rokok rokok aku dalam tong sampah. Tapi kalau nak buang ni dah tak sempat. Lepas immigration ni terus kastam !

Dalam hati aku ni Tuhan je la yang tahu. Tapi tak henti henti aku dok baca surah An Nas. Tetapkan hati. Tetap kan iman. Baca surah Al Hasr. Baca surah Al Taubah. 

Macam macam la aku baca. Kalau boleh 1 Quran aku nak baca bagi tenang, tapi aku tak hafal semuanya pun. Doa Qunut aci?

Then turn aku pun sampai.

Dup Dap Dup Dap....

"Ya Allah. Ya Karim. Selamatkan lah aku................."

Aku tunjuk declaration card tu kat pegawai tu. Dia ambik, tengok kad tu, then dia suruh aku jalan.

Aku jalan pegi ke machine scanning beg. Cuak masih ada. Dari tadi aku tengok ada sorang pegawai berdiri dok monitor kat skrin, sorang lagi tengah perati beg beg yang masuk mesin tu.

Elok je aku sampai kat scanner tu, tetiba ada sorang pegawai lagi datang. Dia berdiri sebelah mesin tu. 

Aku pandang dia, dia pandang aku.

Dia tengok beg aku.

Dia tengok aku.

Aku tengok dia.

Kami berbalas balas pandangan.............

Then, dia bagi sign suruh aku jalan terus ! Tak payah masukkan beg aku dalam machine scanner tu..

Pergh..............................................

Aku tak tau nak meloncat ke apa. Cepat cepat aku jalan keluar ke balai ketibaan.

Tetiba rasa nak jalan itik sambil buat bunyi kwek kwek kwek kuat kuat.

Aduh. Rasa nak sujud syukur kat situ. Cepat cepat aku lari jauh takut la kena panggil ke dia mintak scan beg jugak ke.

Pastu tengok tengok sorang mamat ni dah siap siap menunggu pegang kertas dengan nama aku.

Hah. Macam nak berlari je peluk dia.

"Syukur !!!!!!!!!!!! Syukur !!!!!!"

Mesti dia kata aku gila.

Lega. Syukur. Cuak sial !

Fuh. Memang kalau ingat balik, jantung aku boleh berhenti sekejap.

Anyway benda benda macam ni jangan di buat selalu. Belum tentu lepas dan kalau lepas sekarang pun belum tentu akan lepas di masa akan datang.

Sekarton rokok yang hampir hampir buat aku sengsara

Apa apa pun, lega.

Berdebar tak?? Haaaa.. Aku lebih lebih lagi rasa time tu.

Nak hisap rokok kat Brunei ni pun kena hati hati. Tak boleh nak menaga naga sangat kat public. 

Tapi serious tak nak buat dah. Benda kecik je tapi berperang dengan perasaan sendiri tu. Fuh ! Macam nak berlari serah diri.

"Ampun kan saya Encik. Saya bersalah ! Saya bawak rokok ! Saya tak declare. Maafkan saya Encik... Hukum la saya. Pukul lah saya tapi jangan suruh saya jalan itik secara berbogel di sini. Jangan malukan saya Encik.. jangan panggil reporter.............."
"Eh.. kau ni dah kenapa? Lain kali beli banyak banyak sikit. Dah. Bak sini rokok sekotak !"

Ha Ha Ha.

Konon konon la pegawai kastam tu cakap macam tu. Tak pun dia suruh aku hisap rokok 1 kartun tu sampai abis depan depan dia, kat situ situ jugaknya.............

Untuk pengetahuan, rokok memang tidak ada di jual di Brunei. Kalau ada pun kedai tu mesti la jaraknya 1 KM jauh dari sekolah ! Ini mungkin untuk mengelakkan budak budak sekolah beli rokok.

Tapi, kalau nak ikutkan memang tak de jumpa rokok di jual kecuali rokok seludup.

So orang kat Brunei yang merokok adalah orang kaya kaya !!

* fuh fuh fuh, sembur asap ke udara buat bentuk love

Sebenarnya rokok memang boleh beli di luar Brunei saja dan bersedialah untuk kena tax. Dan tax rokok adalah mengikut setiap batang. Kalau sekarton memang kena BND50 !

Ngeri seh !

Tapi ada jugak la yang beli rokok seludup which murah jugak lah tapi brand ntah hapa hapa.

Kira aku beruntung la kot sebab terlepas tu.

Dan dek sebab beruntung sikit, aku pun buat la kerja kerja kebajikan dengan membagi rokok duty free kepada orang orang yang jumpa yang merokok. Dapat la sorang sekotak nak abiskan satu karton tu. Tak pe lah. Rezeki masing masing, rezeki aku dapat bawak masuk rokok pun dah mujur benar. Rezeki mereka jugak merasa rokok yang berjaya di bawa tanpa perlu di tax.

Tapi tak pe lah. Drebar van, pekerja hotel, ada mat salleh aku jumpa sorang yang stay kat hotel tu dan ada la beberapa orang lagi yang mendapat habuan selayaknya.

Tapi kalau ke sana, memang tak berani dah aku nak bawak rokok. Rasa berdebarnya tu mengalahkan masa nak berkhatan dolu dolu.....

Kalau jual pun untung jugak kot kan? Hahahaha. Tapi apa salahnya kalau ada orang nak beli. Kan?????

bersambung........

25 comments:

  1. Sememangnya anda perokok tegar ...doa agar anda diberi kesihatan yang baik selalu.....

    ReplyDelete
  2. dulu masa aku gi pon igt dorang salah eja ANDA tu AWDA tp pas belek2 awda ni cam anda gak hahaha tp xtau la plak awda tu awang dan dayang...kalau ANDA.. ANdartu dan duDA kot wakakakaka...tp alkohol pon mmg x dibenarkan dijual dan diminum secara terbuka di brunei. Kalau non muslim nak minum juga kena bawa sendiri dalam majlis tertutup gitu...tp persoalan aku kalau x dijual dan x boleh dibawa masuk ke brunei, camne dorang nak bawak sendiri ke majlis tu? kan? hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Aku dah tokono pi singapore tak bawak rokok, hadap la beli skotak malboro rm21. Sumpah hisap sekotak sampai 4 hari, jimat cermat.

    ReplyDelete
  4. huyuh berdebar siut rasa mcm cite lock up abroad! hahahaha!

    so mmg takde la org saja2 isap rokok tepi jalan ke kat kedai makan ke apa ke?? dasyat, dasyat...

    ReplyDelete
  5. mula2 baca tu cam rasa cuak jugak..boleh lepas ke..TAPI peliknya bila sampa turm SM..boleh pula peg tu ckp tak perlu scan beg..jd betullah jika kita dalam kesusahan ingatlah Allah..sesungguhnya Allah maha mendengar suara hamba2nya...Tp jgn buat selalu kang kantoi heee

    ReplyDelete
  6. MKl : Terima kasih. Doakan aku kuat semangat utk quit smoking.. tu lagi elok sebenarnya.. Amin.

    HB : Non muslim boleh bawak 1 liter max alchohol beli kat duty free. Rokok boleh bawak up to 1 karton tapi kena tax BND50 ( lagi mahal pada rokok )

    Farikh : At least singapore ada jugak jual rokok.. brunei.. yellek ! amma. pocchi !

    Biq : Tak de. Kalau ada orang tu adalah di pandang atas bawah.... Kita yang ada rokok ni pun segan silu nak hisap rokok di khalayak. tapi OK je.. cuma sebab susah nak dpt rokok di sana.

    JM : Yup.. Aksi ini jangan di tiru !! Kalau nak tiru, sediakan BND50.

    ReplyDelete
  7. DR : ada.. tapi yang di seludupin...

    ada ke seludupin?

    ( lari pekup muka )

    ReplyDelete
  8. meng,

    drama sungguh ko nih demi sekatun rokok..

    aku ni kdg jd mangsa keadaan tkg beli rokok kt duty free..kdg2 org tu pndg jer aku sbb kengkonon muslimah sejati, alih2 beli rokok 2 katun

    ni kengkawan punye pasal r..

    nasib ko lepas, mmg cuak kan seh..xpelah, semoga satu hr nnt ko dapat hidayah utk campak rokok tu jauh2..

    ReplyDelete
  9. DATT : biasa la pompuan belikan rokok duty free.. hahaha

    terima kasih. aku pun berdoa aku cepat2 quit smoking..

    tapi................

    ReplyDelete
  10. Boleh rasa perasaan cuk tu tapi baca tergelak2 gak di buat nyer hahaha :D

    ReplyDelete
  11. Nice blog.
    Saya Orang Brunei, memang rokok (sigup ~ bahasa Brunei)
    tidak ada jual di kedai-kedai setelah dikuatkuasakan pengharaman penjualannya.
    Sama seperti pengharam penjualan arak.
    Bagi perokok yang tegar mereka akan membeli rokok yang seludup
    tapi tahu tak kalau tertangkap dendanya memang mahal (dua kali ganda standard gaji orang Brunei).

    Dan jangan cuba-cuba untuk merokok dikhalayak ramai, kalau tertangkap
    oleh pihak penguatkuasa akan dikenakan kompoun kalau tak silap
    500 dolar.
    Bagi rakyat Brunei sudah biasa dengan keadaan ini, kerana telah
    terdidik dari awal, tapi bagi yang baru pertama kali menjejak
    ke bumi Brunei Darussalam, memang terasa pelik, tapi itulah keunikan bumi Brunei Darussalam.
    Mungkin ada yang berpendapat APA ADA DI BRUNEI, tak ada disko, tak ada pub dan tak ada hiburan.
    Betul, Brunei tidak ada tempat-tempat hiburan yang 'Lagho', namun Brunei mempunyai
    keunikan nya tersendiri, dan yang paling best yang tidak ada pada tempat lain ialah ketenagan, kedamaian,keamanan, ketenteraman.

    Salam buat semua.
    FROM BRUNEI DARUSSALAM.

    ReplyDelete
  12. TT : kena biasakan diri buat jahat selalu baru kurang rasa nebesss...

    AAY : terima kasih di atas pencerahan..

    brunei ada keunikkannya tersediri.. i totally agree.

    Aliya : Yang tu tak pasti. Kena tanya org brunei, rasanaya selamat je nak keluar malam kat brunei ni.

    ReplyDelete
  13. Thank you, Pasal info yg amat berguna ni. Nasib baik aku baca blog ko. Klu tidak, abis aku kena kompaun. Begini ceritanya, hari ni aku akan tiba ke Brunei dlm kul 3ptg . KK-Labuan-Brunei (Ferry). Ni da kali ke-5 ku dtg. Member minta pesan rokok 2 kotak mentol yg main picit2 tu. Ingat nak belikn. Jadi sebelum aku gamblekan diriku, aku buat research dulu. nasib baik ku terbaca blog ni. Sebelum ni aku dah terkena juga pasal bawa 8 botol makanan burung dgn Brake disk kereta. Makanan burung ni mesti kena ada surat dari Malaysia bahawa barang ni selamat di jama oleh burung Brunei. Klu tiada surat ,durg akan rampas then di hapuskn di depan mata. takut makanan burung tu membawa penyakit. Part kereta pulak durg akan kenakan Cas, tapi durg akan tgk resit pembelian. Masa tu aku dah buang resit. Harga part tu dlm RM75. Jadi masa tu aku cuak aku jujur lah cakap harga barang tu. Padahal aku boleh ja tipu harganya jd kena cas pun murah. masa tu aku kena $7. Bah itu saja. Adios Omigo.

    ReplyDelete
  14. Thank you, Pasal info yg amat berguna ni. Nasib baik aku baca blog ko. Klu tidak, abis aku kena kompaun. Begini ceritanya, hari ni aku akan tiba ke Brunei dlm kul 3ptg . KK-Labuan-Brunei (Ferry). Ni da kali ke-5 ku dtg. Member minta pesan rokok 2 kotak mentol yg main picit2 tu. Ingat nak belikn. Jadi sebelum aku gamblekan diriku, aku buat research dulu. nasib baik ku terbaca blog ni. Sebelum ni aku dah terkena juga pasal bawa 8 botol makanan burung dgn Brake disk kereta. Makanan burung ni mesti kena ada surat dari Malaysia bahawa barang ni selamat di jama oleh burung Brunei. Klu tiada surat ,durg akan rampas then di hapuskn di depan mata. takut makanan burung tu membawa penyakit. Part kereta pulak durg akan kenakan Cas, tapi durg akan tgk resit pembelian. Masa tu aku dah buang resit. Harga part tu dlm RM75. Jadi masa tu aku cuak aku jujur lah cakap harga barang tu. Padahal aku boleh ja tipu harganya jd kena cas pun murah. masa tu aku kena $7. Bah itu saja. Adios Omigo.

    ReplyDelete
  15. Malfil : welcome.

    kau bawak tu banyak barang barang kawalan.. tu mana mana pun selalu kastam check.

    ReplyDelete
  16. Maksudnya nak ke brunei sekotak pon xboleh bawak? Sekotak je bkn sekarton.. mohon pencerahan... uishh lamanya 3 hari tnpa nikotin..

    ReplyDelete
  17. LH : sekotak tu rasanya buleh kot.. tapi bukak la. jangan bawak yang belum di bukak.

    hisap dulu sebatang.....

    ReplyDelete
  18. Erk..hi!
    Kat BSB ni mmg xde tempat jual rokok ke? Sbb dapt keje kt situ..dam sebagai perokok tegar dan bersifat jahil..penting la juga rokok ni.

    ReplyDelete
  19. Ada, biasanya pusher rokok ni durg akan jual secara sembunyi2 dirumah mereka. Durg akan jual sama org yg durg kenal. Biasanya rokok dari Indonesia kebanyakan durg jual. klu ko rajin pergi limbang aja.

    ReplyDelete
  20. TH : penyelesaiannya adalah berhenti merokok sekarang ! train diri kau......


    Malfil : terima kasih sebab jawab.

    aku fikir durg tu apa benda. bak aku teka.

    durg = dia orang?

    ReplyDelete
  21. durg = dia orang aka mereka
    nak tanya bro..mana dapat rokok duty free? internatinal departure sahaja @ domestic departure pun ada..? sebab selalu guna domestic flight beli rokok harga sama ja dgn dekat luar...@ nak beli 1 carton bru murah?

    ReplyDelete
  22. Unk : lama gila nak tunggu kau muncul balik.. okey.. durg tu dia orang...


    rokok duty free cuma boleh di beli di international hall jer.. departure atau arrival.. kalau domestic mana ada duty free.. unless labuan.. langkawi.. tioman... kalau airport domestik lain. harga sama sajork.....

    ReplyDelete