Pages

Friday, September 6, 2013

Farewell Dinner : Lanna Amazing Thai Cuisine, Bangsar

Wokey. Ini entry farewell dinner.

Kami GBS ( Geng Basikal Sekolah  Geng Body Seketul ) dah mendapat berita sejak sebulan hari tu lagi yang IH akan di tukarkan ke Canberra. Tapi dia sendiri pun tak confirm sampai la satu malam hari tu, aku tergerak hati nak ajak GBS keluar makan then calling bebudak ni baru IH bagitau, dia dah nak kena pegi ke Canberra esoknya !

Gila. 

Dia pun dapat last minit info. 

Cakap kat OR aku makan di luar, budak budak pun dah flat. Jadi malam tu aku ajak GBS berpakat pakat untuk organize farewell dinner untuk IH. 

Tapi !

CP tak de sebab masih sibuk berkursus di luar kawasan. MH pulak masih berada di kampung untuk cuti raya yang panjang. Jadi hanya ada aku dengan BW je, so kami pun proceed je lah dengan IH. Kalau nak tunggu semua ada memang tak dan lah.

Memilih tempat nak dinner satu hal. Tapi aku being aku yang suka je main petik, plus aku terasa nak makan makanan Thai malam tu jadi aku bawak mereka semua ke Lanna Amazing Thai Cuisine.



Tak de cakap apa apa, aku sendiri pun tak reserve, masa aku pick up BW dengan IH, terus bagitau mereka dan dia orang pandang aku semacam je.

"Nak gi fine dining dengan pakaian macam ni?"
"Loh. lantak ler..... yang penting kita bayar"

Macam tu. 

Walaupun kami berselipar jepun tapi belasah je lah. Kalau kena halau, lari la kan?? Sapa yang rugi?

Drive ke Bangsar di mana terletaknya restaurant ni.

Actually aku came up untuk ajak dia orang ke Tamarind Springs tapi sebab dah lewat, macam jauh pulak nak ke Ampang. Pastu nak bikin gempak nak ajak dia orang pegi Dining in The Dark tapi fikir fikir kang tercekik tulang lak. hahaha so sini je lah. Yet, tempat ni voted the best thai cuisine in KL by TA. Kira OK la tu. Aci je nak try.

Sampai sampai, jumpa parking lepas rasuah uncle India tu. Tau je la Bangsar tu nak parking punya la payah.

"Jaga kereta saya tau"
"Baik. Baik.. Jangan lupa kunci"

Hahahhaha. Itu dia jawab. 

The Lanna ni terletak di Telawi 2 Bangsar. Masa kami sampai tak ramai orang, so boleh je duduk. Kami ambik seat kat dalam. 

Sebelum tu layan setting dalam restaurant ni dulu.


Resto dia tak besar mana


Setting dalam yang agak comfortable

OK. Restonya Pork Free...

Tak de la mewah mana pun. Biasa biasa jer..

Dah duduk, kami di berikan menu untuk memilih makanan.

Sebab lapar, fikir nak makan nasik je. 

Welcome

Buku menu

Order mengorder dan bergossip lebih kurang then makanan pun sampai.

OK la. Servis pun pantas dan tuntas. Tak de menunggu lama.

Spring Roll untuk appetizer. Boleh tahan sedap

Punch Juice untuk aku, Vanilla Milk Shake untuk dia orang. 

Pandan Chicken. Sedap !

Kangkung Belacan. Sedap juga

Garlic Shrimp.. sedap. IH siap makan bawang bawang putihnya

Highlight of the night - Green Curry. Sedap !!!

Hidangan

Aku dengan IH je tukang abiskan makanan.

BW makan sikit je pastu stop sebab dia kata nak diet.

Padahal dia tu batuk kong kong kong. Tak leh makan. Dok minum air panas dengan lemon je. 

Lepas makan tu kami di hidangkan dengan pulut Mangga.

Aku memang bukan penggemar pulut mangga, aku cuma suka mangga je, tapi IH dengan BW kata sedap.

Overall, food memang sedap. Tak de la sedap WOW tapi sedap lah. Harga berpatutan. Cuma sebab fine dining kan nak melepak lama lama macam tak best je sebab waiter dok berdiri tepi meja.

"Kau boleh tak duduk jauh jauh sikit? Jangan menyebok orang nak bergossip ni !!!"

Apa apa pun, worth to try. Boleh check TA. - Lanna - Amazing Thai Cuisine KL

Address

OK. Cost semua sekali adalah  RM141 which aku rasa reasonable lah with the ambiance and taste.

Apa apa pun, sila lah mencuba.

Sebab tak leh lepak lama lama sebab mamat waiter tu tak nak berambus jauh, maka kami yang berambus.

Sambung pulak lepak tempat lain........

7 comments:

  1. Salam,

    Ingat tadi di Chiang mai. Pasal perkataan Lanna sinonim dengan Kerajaan lama Chiang Mai. The Lanna Kingdom. Merata-rata tempat di Chiang Mai menggunakan perkataan Lanna. Tipah tertipu.....hihihi.

    ReplyDelete
  2. Terasa lama betul tak singgah sini..SM sihat hendaknya.. komen tak ada kena mengena ngan entry :-)

    ReplyDelete
  3. tu la igtkan kat chiang mai, sbb aritu pon aku dok lanna thai GH kat chiang mai hahaha...!! tp rege sampai RM141? wahh boleh tahan walau nampak x banyak mana!! tp kalau nak cuba sesekali apa salahnyakan..

    ReplyDelete
  4. ahhh susah la ek waiter dok tunggu sebelah...hahaha! mcm promoter duk ngikut bontot kat shopping complex...ahhhh tension!

    ReplyDelete
  5. terus teirngat kedai thailand kt sydney yg sedap giler2...order xsmp 5 minit semua dh siap...

    really miss makanan thailand..

    ReplyDelete
  6. MKL : sebab tu dia pakai nama lanna kot.. sebab nak menggambarkan authentic thai..

    JM : hi.... dah abis jet leg ke? seronok la JM pegi Oz...

    HB : portion lanna ni memang x banyak mana tapi mengenyangkan la..

    kalau nak portion besar melimpah limpah.. kau kena check Lana Nordin.

    Kakakakkakaa

    ReplyDelete
  7. Biq : memang !! Kacau je. pastu pantang pinggan kosong.. cepat je dia nak angkut.

    apsal ntah rajin beno dia orang ni.

    DATT : kat mana tu DATT? aku pun asyik teringat nasik goreng tomyam udang kat sydney tu.. memang terasa rasa kat tekak ni...

    pakal la sydney tu jauh.

    ReplyDelete