Pages

Monday, September 16, 2013

Kuala Lumpur : Dataran Merdeka

Dataran Merdeka terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Di sinilah Bendera Union diturunkan dan bendera Tanah Melayu dinaikkan buat pertama kali pada tengah malam (12:00 AM), 31 Ogos , 1957. Sejak itu , Dataran Merdeka telah menjadi tapak perbarisan bagi menyambut Hari Kebangsaan.

Dataran Merdeka ini dahulunya dikenali sebagai padang kriket Kelab Selangor (Royal Selangor Club).

Bangunan Sultan Abdul Samad yang tersergam indah berhampiran Dataran Merdeka , merupakan salah satu mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh British. Direka oleh AC Norman dan diilhamkan oleh seni bina Moghul India. Bangunan ini telah siap dibina pada tahun 1897 dan menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan kemudiannya Mahkamah Agung sebelum ditinggalkan selama beberapa tahun. Ia kini menempatkan Kementerian Warisan, Kebudayaan dan Kesenian.

Dataran Merdeka ini secara rasmi dinamakan' Dataran Merdeka ' pada 1 Januari 1990 sempena Tahun Melawat Malaysia 1990.

Dataran Merdeka ini juga adalah garisan permulaan bagi rancangan program The Amazing Race Asia 1.

Pada 31 Ogos 2007, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melaungkan ' Merdeka! ' pada sambutan tengah malam , di mana ribuan rakyat Malaysia menyambut ulang tahun ke 50 tahun kemerdekaan.

Sekitar dataran ini terdapat banyak bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah Malaysia termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad yang kini menjadi ibu pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Setentang dengan itu adalah Royal Kompleks Kelab Selangor yang dibina pada tahun 1884 sebagai tempat mesyuarat bagi ahli-ahli berpangkat tinggi dalam masyarakat penjajah British.Di arah Selatan adalah bekas Muzium Sejarah Nasional yang digunakan untuk menempatkan koleksi bahan-bahan sejarah sebelum dipindahkan ke Muzium Negara . Manakala di arah utara St Mary Anglican  

Satu tiang bendera setinggi 95- meter di bina dan merupakan salah satu yang tertinggi di dunia.

sumber wiki

Gambar gambar sekitar Dataran Mereka, Kuala Lumpur





















Selamat Hari Malaysia 2013 !



Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani

Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai

Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati

Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan

Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan

Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.

Tongkat Warrant
1956

3 comments:

  1. Ko xde gi travel ke meng? Heheh kalau komen x berjawab ni maknanya ko xde kat kl...mana lak destinasi ni..

    ReplyDelete
  2. HB : aku tak pegi mana mana. patut ads trip tapi aku lupa passport aku dah due less than 6 month.. nak kena renew je..

    so aku berkeliaran dekat dekat jer..

    AR : Thenfkss !

    ReplyDelete