Pages

Sunday, September 15, 2013

Jom Makan : Pizza Pizza, Cyberjaya

Berapa orang yang suka pegi usha tempat makan selepas baca blog orang?

Ada? Tak de? Mesti ada punya. Pengaruh rakan sebaya !

Aku rasa aku pun tak terkecuali. Aku pernah tengok entry ni dekat blog   DATT.  Jadi aku pun menyimpan hasrat lah untuk try sendiri.

Kebetulan hari tu aku ada di Cyberjaya, maka................. jom, kalau orang kata best tapi kita tak try sendiri mana nak tau? Betul tak?


Tempatnya?

Pizza Pizza !


Tak susah pun, sebelah Naz Maju dekat Neo Cyberjaya tu.

Sampai, park dan masuk. Tak de orang ! Masa aku pegi hari tu aku bertiga je dengan member member opis aku.

Layan suasana kedai.



Gambar adalah gegaria !

* sorok hp dalam poket.

Dengan semangat berkobar kobar sebab baca review yang dahsyat, maka aku pun tak sabar sabar nak merasai kenikmatan pizza di sini. Lagi lagi sebab aku lapar macam nak telan orang !

Baik makan pizza pada makan orang.

Actually kedai ni sama owner dengan kedai sebelah which is kedai Arab yang serve nasi arab, mandi, lambi , kondi apa benda tu semua.. dan kedai sebelah sana lagi ramai pelanggan dari kedai pizza ni.

Menu sampai. Kami pun order.



Yang tak bestnya, hari tu pizza je ada. Snacks, pasta etc semua tak de. So kami hanya boleh order pizza.

Ada promotion pizza ni. Beli 1 large pizza dan dapat 2 tin minuman. Harga dalam RM20. Kalau medium Pizza dapat 1 tin minuman harga RM16.

Kami order 2 large set. Pizza dia boleh mix and match. Maksudnya topping tu boleh di mix mix la ikut suka hati kita. Tapi ada jugak yang tak boleh sebenarnya. Kena check balik dengan waiter tu.

Macam hari tu. Kami ambik 1 large Vege ( yang ni tak leh mix ) dan 1 large ( pizza pizza dengan chicken lovers).

Tapi........... aku warning siap siap.

Menunggu adalah sangat tidak memberahikan.

Bukan ada orang lain pun. Kami bertiga je tapi menunggu dekat sejam. Jadi makan kat kedai ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.


Sebab kobosanan tahap gaban, gambar kerusi pun aku ambik !

Akhirnya, masa yang di tunggu pun tiba.

Minuman sampai !

Hidangan cam ni jer ! tak de la gelas ke ais ke apa.

OK Tak pe.

Pizza mana Pizza?

Jeng Jeng Jeng.. Akhirnya tiba jua...




OK.

Gambar might not do justice sebab aku cuba ambik gambar dalam keadaan paling pantas. 

Tapi rasa adalah SEDAP !! Terima kasih DATT !

Topping dia sangat stuffy dengan cheese dan benda benda alah tu lah. Crust pun tak tebal dan tak nipis. Pendek kata memang sedap lah.

Kami abis makan dengan kenyang 2 large pizza tu untuk 3 orang !


Harga makanan semua adalah RM44.

Servis slow sikit dan kena perlu bersabar untuk makan di sini. Atau mungkin hari tu kami pelanggan yang pertama kot tu yang lembab sikit. Siap nampak makcik tu baru balik pasar.... Jenuh menunggu dia potong sayur agaknya.

Tapi rasa pizza dia memang puas hati. Aku recommend untuk korang pergi.

Silakan. 

Berbaloi baloi !

OK Dah.

"Burpp................... ! "

Opsss sorry ! Ada bau cheese tak?

Free Delivery di sediakan, alamat sebelah Naz Maju dekat CyberNeo !

42-G, BLOCK F, NEO CYBER,CYBERPOINT BARAT , 63000
03 8319 3230,03 8319 3231

10 comments:

  1. Tingkap bangunan tu cantik..mcm tingkap rumah zaman dulu..

    Pizza tu nmpk mcm 'over-cooked', tapi kalau sedap, rupa paras tolak tepi, kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nohas..

      rupe dlm gmbr n rupe sbnr nmpk lain sikit..skali tarik sepotong pizza tu n nmpk cheese yg bertali2 tu.fuhh..

      tp awas panas..xpsl2 melecur plk mulut nnt..

      Delete
  2. Nampak mmg x menyelerakan...tp kalau ko kata sedap..datt pon kata sedap aku mmg kena cuba la camni hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HB,

      ko kene try sendiri nk tau sedap or tak..tp bttr pg mlm sbb klu mlm servis agk laju..nnt jd mcm abg meng..kesian die...

      Delete
  3. Nohas : Bukan salah pizza./ salah hp aku yang korok... x berdaya mengambil gambar dgn penuh keinzalan....

    HB : aku rasa kena try.. sedap nih weyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg meng,

      terharu aku nama aku muncul di sini..terase over plk review aku hr tu..

      btw,aku xpernah lg try mix n match..slalu order pizza2 jer..beef peperoni,chicken lovers..

      kesian plk aku dgr order ko smp lmbt..next time dtg mlm eh..sbb setakat 4 kali aku ke sini,alhamdulillah ok..mgkn siang xckp staff kot..mgkn staff pg kls kt mmu..pndai plk bt spekulasi

      mlm org kdg ramai..tp xla smp sejam menunggu..thanks utk review ko ye meng..jgn serik dtg sini lg demi keenakkan pizza yg besh ni...

      Delete
  4. HB,

    aku dgn meng sudah..ko bile lg?(matilah bt iklan ptptn plk kt sini)

    ReplyDelete
  5. Terbaik DATT. Nanti aku nak try pasta dia pulak...

    maybe memang kena pegi malam. ada free delivery tu tapi aku x sure dia cover area mana...

    ReplyDelete
  6. Dekat depan pizza pizza tadi... Tapi tutup... Nmpk mcm tutup terus je... Huhu... Now dekat dominos tgh order pizza...

    ReplyDelete
  7. alamak boss. lupa nak bgtau. baru baru ni aku pegi, pizza pizza tu memang dah tutup..

    tapi dia code-share ( mcm kapal terbang lak ).. dia share dgn restaurant Sultan yang sebelah tu. Owner yang sama. masuk je dlm tu then ckp nak order pizza pizza...

    ReplyDelete