Pages

Tuesday, September 17, 2013

Ada Apa Dengan Brunei? - 06 : Kampong Ayer, Brunei

Satu lagi ikon Negara Brunei ini adalah, Kampong Ayer !

Sewaktu di Brunei, aku pun tak melepaskan peluang nak gi usha garing apa yang ada di sini dan nak tengok sendiri salah satu tempat yang di gelarkan 'Venice Timur' ini.

Jalan kaki dari Masjid Ali Omar Saifuddien tu tak jauh mana. Tapi kalau cuaca terik, mau berpinar jugak la mata. Ikut je la laluan kedai kedai tu nanti sampai di pinggir sungai dan akan kelihatan lah Kampong Ayer di Bandar Seri Begawan dalam Daerah Muara. Kampung Ayer terbentang sejauh beberapa batu di sepanjang tebing Sungai Brunei. 

Kampung Ayer merupakan perkampungan di atas air yang terbesar di dunia dengan kelompok 42 buah kampung yang dihuni lebih daripada 30,000 orang penduduk.

Fuh ! Ramai tu. Boleh pegi berperang !

Salah satu perkampungan di Kampong Ayer

Masjid Omar Ali Saifuddien dan Kampong Ayer

Ini sekolah. Kalau aku la sekolah kat sini dulu, hari hari bawak baju renang kot

Kalau sesapa nak feel feel naik teksi air dan meninjau kawasan perkampungan ni pun aci jugak. Teksi air ni beroperasi setiap hari di jeti dekat tepi sungai berhadapan dengan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di pusat bandar Bandar Seri Begawan dan perkampungan air itu sendiri. 

Bayaran adalah BND15/orang. Macam mahal jugak. Pandai pandai kautim la. Boleh dapat murah kot kalau pandai beli jiwa.

Apa apa pun, layan gambar je lah.

Salah satu perkampungan di seberang sungai

Salah satu rumah di bina di atas air

Walaupun di atas air tapi kemudahannya sangat mencukupi

Dari seberang arah Bandar Seri Begawan

Apa yang menarik kat sini, walaupun atas sungai tapi kemudahan moden semua lengkap. Ada sekolah, kedai, pasar, masjid, klinik, balai polis dan balai bomba dan macam macam lah. Stesen minyak pun ada !!!

Blank kejap kan?

Teksi air

Tu ada masjid juga

Rumah rumah di bina

Yang bestnya, kalau dia orang penduduk ni ada kenderaan macam kereta ke apa. Dia orang akan park di kawasan parking yang di sediakan di sebelah Bandar Seri Begawan ni. Park kereta pastu naik bot balik rumah.

Haaa. Cam tu !

Nanti aku tunjuk gambar. Tapi sebelum tu, abiskan layan gambar gambar ni.

Ini jetty untuk naik Teksi air ke Kampong Ayer

Teksi teksi air sedia menanti

Salah satu mercu tanda di kawasan jetty

Tapi hari tu aku tak pegi sebab cuaca panas sangat. Aku sakit kepala selepas setengah hari meronda sekitar Bandar Seri Begawan ni dengan berjalan kaki.

Mahu menggelegak otak. 

So aku just jalan jalan pusing pusing je sebelum aku balik ke hotel untuk berehat. Time tu dah tengahari. Tak lalu dah nak berjemur. Ingat petang nak pegi usha sekali lagi.

Tapi petang tu hujan la pulak. So tak jadi la aku nak ke sana. Just layan lagi gambar gambar sekitar kawasan ni dari Bandar Seri Begawan tu jer.

Masjid

Dikhabarkan rumah rumah di atas adalah hadiah Sultan Brunei kepada mangsa kebakaran di Kampong Ayer

Station minyak

Yang baiknya, walaupun zaman moden tapi ciri ciri tradisional perkampungan masih jelas di kawasan ni.

Ini la warisan negara Brunei Darussalam yang di pelihara dan dikekalkan supaya ianya bukan sahaja menjadi tarikan pelancong, tetapi juga kesinambungan warisan generasi masa depan Brunei Darussalam.

* pengsan dengan ayat sendiri

Sekolah

Rumah rumah

Hah. Ni kawasan parking ! Dia orang park kat sini pastu naik bot balik rumah mereka di Kampung Ayer.

Lagi kawasan sekolah

Masjid

Parking kat sini, ambik bot pastu balik rumah

Terfikir tak? Brunei ni kan banyak duit kenapa tak buat jambatan je ke sana? Senang dan memudahkan semua penduduk nak ke sana dan ke sini?

Jawapan aku, rasanya ini la cara untuk mengekalkan identity negara Brunei ini.

Apa apa pun, sesuatu yang menarik untuk di pelajari, bukan saja dari segi pengurusan, aktiviti harian, kebersihan, penyediaan kemudahan malah banyak perkara lagi.

Bukan senang nih weh. Silap silap, kalau ada jenis rakyat yang suka memberontak, itu tak kena, ini tak kena. Hah.. cemana? Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Kan? Kan? Kan?

bersambung............

9 comments:

  1. Aku terbayang kalau x tahan nak berak masa otw balik umah camne ek? Hehehe...

    ReplyDelete
  2. so walaupun negara kaya dan org2 nya idup senang, kg ayer ni saja je nampak cam kg sbb nak kekalkan tradisi ek? huih tabik la sanggup hidup camni kan?

    ReplyDelete
  3. HB : dia org berbekalkan pampers.. haahah xde la jauh mana pun. boleh tahan nak berak tu.. kalau x tahan.. kan ke laut tu.. cepeluss terus laa

    hahahaha

    Biq : mak esah.. rumah mereka cantik cantik wei kat dalam... rupa paras dari luar je kureng skit, tapi dalam memang complete....

    ReplyDelete
  4. mcm cite senario..

    luar nmpk rumah setinggan...dalam macam kondo ha...

    ReplyDelete
  5. woaahh... best pi sana sini dgn bot.. sah2 takde pencemaran udara.. kan kan...

    ReplyDelete
  6. opsss.. tqs singgah blog.. kami pi hujung bulan may & awal bulan jun... 12 hari = 3000km

    ReplyDelete
  7. Macam mana nak beli jiwa supermeng. Alahai pengsan dengan ayat sendiri. hihihi.

    ReplyDelete
  8. DATT : tak de la tahao kondo tapi selesa lah kot...

    Mulan : Ada je pencemaran... cuma mungkin kurang...

    MKL : beli jiwa? hahahaha.. cash or credit card !

    ReplyDelete
  9. Mulan : 12 hari tu agak agak berapa juta budget tu.

    * kira duit syiling

    ReplyDelete