Pages

Wednesday, September 18, 2013

Ada Apa Dengan Brunei? - 07 : Royal Regalia, Brunei

Salah satu lagi tempat menarik yang aku kunjungi di Bandar Seri Begawan ini adalah Royal Regalia Museum atau lebih di kenali sebagai Muzium Alat Kebesaran Diraja.

Bangunan muzium

Terletak di tengah tengah Bandar Seri Begawan

Apa yang menariknya, muzium ni menyimpan khazanah alat alat kebesaran di raja dan juga hadiah hadiah yang di terima dari kerajaan asing serta rakyat tempatan kepada Baginda Sultan.

Expect loads of gold !!!

"Adik adik semua dah melawat kan? ha.. Pegi balik. Giliran abang pulak" * mati la abang.... padahal pakcik

Yang bestnya, nak masuk muzium ni adalah free !

Tapi kena bukak kasut. Ada ruang untuk menyimpan kasut di luar. Sebaik saja masuk ke dalam, nanti beg kena simpan. Ada bahagian dalam tak boleh bawak kamera. Ada locker siap dengan kunci di bekalkan.

Tapi bahagian bawah ni je boleh la nak ambik ambik gambar sikit.

Seriously masuk masuk je, aku terpana sekejap. Sebab peralatannya adalah tahap emas berkilau kilau. Boleh rambang mata sekejap jadi nya.

Macam tetiba dengar suara...

"Meng.... Ini harta.. bukan kau yang punya !!!!...................."

* terus kembali bersopan santun....

Carpet dia. Ruang dalam bangunan dia.. sangat lah impressive

Muzium ini sendiri telah di tubuhkan bagi memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Brunei pada 1992. Bangunan yang mempunyai kubah ini di bina di tapak Bangunan asal Winston Churchill Memorial dengan mengambil kira binaan moden dengan bentuk kubah berbentuk cawan dari mozek jubin

Salah satu tontonan menarik adalah  pengangkutan pertabalan diraja dikelilingi oleh pakaian semasa majlis pertabalan di raja ni. Tapi yang ni belah dalam dan tak boleh nak ambik gambar. Tapi serious kalau first time tengok mesti terkesima rama rama sekejap.

Ni je nampak aku zoom dari jauh

Tapi di bahagian luar ada jugak pengangkutan yang di tunjukkan tapi scale dia lebih kecik daripada yang di dalam.

Ini pengangkutan di raja yang belah luar. Belah dalam ruang pameran satu lagi tu lagi impressive dengan patung patung tarik siap berpakaian resembles the actual ceremony.

Masa masuk, aku terus ke dewan dewan di belah dalam ( tak boleh bawak kamera ) dan setiap pojok dalam bangunan ini di jaga oleh pekerja pekerja. ( jangan cuba cuba nak curik ambik gambar ).

Di sebelah kiri pintu masuk utama adalah Galeri Sejarah Perlembagaan, yang ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai sebahagian daripada sambutan kemerdekaan negara. Ini menampilkan sejarah perlembagaan dan pembangunan dari 1847 apabila Perjanjian pertama Persahabatan dan Kerjasama telah ditandatangani dengan Britain. Ada banyak dokumen-dokumen, gambar-gambar, rakaman dan filem termasuklah pengisytiharan perlembagaan 1959 - perlembagaan pertama yang ditulis di negara ini. 

Di belah kanan galeri memaparkan kehidupan Baginda sehingga masa ditabalkan menjadi Sultan Brunei. Bermula dari zaman kanak-kanak dan persekolahan di Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan akhirnya di Britain di Royal Military Academy Sandhurst. 

Suasana pertabalan di Lapau pada tahun 1968 digambarkan menggunakan model, gambar, kata-kata dan pameran barang barang yang di gunakan termasuk mahkota emas "His Majesty", Golden Hand ( Royal Crest), simbol Golden Cat, Keris dan instrumen orkestra serta pakaian yang digunakan semasa majlis tersebut. 

Ada juga rakaman filem majlis majlis pertabalan dan lawatan Baginda termasuk sewaktu Baginda mengerjakan haji.

Ada jugak replika balairong seri yang di bina. Nampak lawa.

Tapi tu lah, tak boleh nak ambik gambar. So kena pegi sendiri.

Apa apa pun, layan je la gambar gambar di ruang legar depan ni hah.

Perisai

Lagi perisai

Pun perisai

Payung payung

Jet peribadi Baginda Sultan

Royal Brunei Airlines

Meriam bersalut emas

Muzium ni semua sekali 3 tingkat dengan ruang ruang tersendiri

Gerenti terpaku sekejap kalau duduk dalam muzium ni.

Muzium ini dibuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. 

Waktu melawat : Sabtu hingga Khamis: 8:30-17:00 Jumaat: 9:00-11:30 & 14:30-17:00

Ada kedai cenderamata juga

Kat sini FM dia lawa lawa !

Tapi harga memang mahal sikit daripada kat luar. Design yang lawa kat sini memang tak de jual kat tempat lain. So, kalau tersuka, beli je kat sini. Pejam mata sebab leceh noh nak datang balik semula.

bersambung......

7 comments:

  1. kalau free aku masuk muzium ni...hehehehe tp kalau bayar aku pikir 5-6 kali la...hahahaha tp tgk gile mewah muzium dia.. ko x try kikis2 ke meriam salut emas tu Meng? hehe..

    ReplyDelete
  2. MKL : ok la pada tak der..

    HB : yup. sebab free la.. kalau kena bayar.. tak de org nak masuk jugak kot.. hahaha

    tak sempat nak kikis.. aku dulu kena belasah.. guard merata2

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhhh salut2 emas kemain lagi...#untungla...

    haih seprais betul nak tgk dlm nyer...nampak gaya, kena pegi jua satu hari nanti...

    FM lawa meng? LAWA? *kuis2 kaki kat tanah*

    ReplyDelete
  4. Nampak macam menarik je tgk color2 meriah dlm museum ni.. memang tak pernah terlintas nk pegi brunei, maklum la kan.. terima kasih la sebab ko dh pegikan utk kita2 nih heheheh

    ReplyDelete
  5. samelah mcm aku pg tgk muzium ni dulu...terkasima rama2..dgn besarnya..

    dgn patung ala2 org betul dh aku tgk..

    plg aku ternganga tgk besarnya istana nurul iman...bilik byk giler..aku imagine, mesti tkg masak pun ade bilik sendiri..n adekah sultan brunei pernah menjelajah di setiap bilik istana baginda?

    tu baru istana...setau aku pulak, setiap anak2 die yg dh kawen, ade istana masing2..lps tu kt istana tu jgk tmpt simpan kereta sultan brunei yg byk giler tu..

    die siap mampu hadiahkan anak die kapal airbus A340 kalau tak silap..giler kaya sultan brunei ni..

    mulut aku asyik terlopong jer mase masuk muzium ni..dr sini jgk aku tau sultan brunei pernah belajar di kl, kt VI..sblm smbg study kt oversea...

    klu korg dtg sini, mesti korg akan usha tudung2 org kt sini..tudungnya masih xberubah2...same mcm tudung permaisuri siti aisyah kt dulu..walaupun skrg dh mcm2 trend tudung yg keluar...adekah sbb sultanah n puteri2 nya masih memakai tudung begitu? maka rakyatnya pun pakai tudung mcm tu?

    biarlah baju up to date, tp style tudung tetap maintain..lagi satu kebykan perempuan kt sana, mesti pakai sarung kaki, warna hitam lagi..

    ni semua dr pengamatan aku la..xtaulah org lain pulak mcm mane..sorry terkomen pnjg pulak..

    ReplyDelete
  6. biq : Tak payah kuis kuis. aku sendiri tak beli. nampak lawa. tapi konon nak cari tempat lain.. last2 tak jumpa yang lawa. sudahnya tak terbeli.... nasib baik org dah bagi dulu FM brunei ni....

    kau kena pegi lah... semata2 nak beli FM !

    hahahaha..

    CNa : haaa tak pe. aku bawak korang jalan ke tempat2 yg org x moh pegi ni aku suka je pegi..

    DATT : dekat betul brunei di hati kau tu. hiks.. anyway thanks for sharing !

    ReplyDelete