Pages

Tuesday, July 2, 2013

Jalan Jalan Cuti Sekolah 2 - 2013 : 02 - Seri Menanti

Sewaktu bergerak meninggalkan Hutan Lipur Ulu Bendul, melepasi kawasan Tanjung Ipoh dan Terachi tetiba nampak sign Seri Menanti. 

Mula mula persimpangan pertama ada tulis ke Istana Seri Menanti, dah terdetik dah. Tapi dah terlepas malas nak pusing. Pastu jalan, nampak .....

Selamat Datang Ke Bandar Diraja Seri Menanti.

OR terus cakap.

"Yang... ada Istana DiRaja............"
"Jom?"
"Nak?"

Hahaha. Aku la yang beriya riya. Bukan apa, sebelum ni pernah la lalu jalan ni tapi tak pernah terfikir lak nak masuk dan tengok apa ada kat dalam.

Tapi kali ni ! Yeah... Alang alang menyeluk pekasam. Biar tangan busuk bau pekasam !

Kan????

Jadi, kami pun masuk simpang tu. Nak sampai ke area Seri Menanti tu, dah tulis siap siap. Dalam 7 Kilometer. Tapi OK lah. Drive slow slow, tengok kawasan kampung. Ada nampak lembu kerbau berkeliaran, kambing biri biri pun banyak. Anak Dara aku lah excited terlebih.

"Apa tu Dik?"
"Ambing Iyi..Iyi"

* pitam

Lepas masuk ke dalam tu lebih kurang 7 km, then nampak ada pintu gerbang menandakan kami dah masuk ke kawasan Seri Menanti.

Dah sampai uols !

Ke tepi, ke tepi !

Rombongan di raja dah sampai ni !!!

* haram tak de orang pedulik.

Kampung Seri Menanti ni tak de la ramai orang sangat. Nama asal kampung ini adalah Padi Menanti. Memang ada bekas kawasan padi di sini. Lain lainnya cumalah kawasan perkampungan biasa, tapi apa yang menarik di sini lah terletaknya Istana Di Raja Seri Menanti tu. 

Nanti kita tengok, tapi sebelum tu, jumpa masjid Di Raja dulu.

Boleh solat di sini

Masjid tu namanya. Masjid DiRaja Tuanku Munawir.

Di sebelah masjid ni dalam compound yang sama terletaknya makam Di Raja Seri Menanti. Di sini la kaum kerabat Di Raja Negeri Sembilan di semadikan termasuklah DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 8; Agung pertama DYMM Tuanku Abdul Rahman ( sila check wajah di wang kertas anda )

Makam Di Raja Seri Menanti

Antara kerabat lain yang turut di semadikan di sini termasuk lah Tunku Kurshiah, Tunku Ampuan Besar Durah, Tuanku Munawir Ibni Al Marhum Tuanku Abdul Rahman, Al Marhum Tuanku Ja'afar (Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 10 dan DYMM YDP Agung ke 10)

Masa singgah aku tak de la masuk ke kawasan makam tu sebab excited nak pegi ke Istana tu je. Kalau singgah sini sure lagi lama.

Lepas solat, terus bergerak meninggalkan kawasan masjid ini belok ke kiri pastu jumpa roundabout.

Masjid

Tapi aku cakap, kawasan ni damai je. Tenang je. Kalau lepak lepak pun menarik jugak tapi tak de banyak aktiviti pun yang boleh di buat.

Dekat dengan roundabout tadi ada beberapa jalan masuk.

Salah satu nya adalah menuju ke Seri Menanti Resort. Aku tak sure tempat apa, resort di raja ke atau tempat untuk public. Tak ambik pot sangat.

Dan salah satu lagi menuju ke Muzium Di Raja Seri Menanti. Akan nampak sign ni.

Muzium Di Raja Seri Menanti

Dan dari situ dah nampak la bangunan kayu besar yang pastinya menarik perhatian umum. Tempat yang aku nak kunjungi kejap lagi.

Usha dulu kasi preview.

Dah dekat

Tapi jap !

Kejap lagi kita singgah. Kalau pusing roundabout tu ada satu lagi jalan masuk ke Istana Seri Menanti. Hah.. Aku pun memula tak pasti tempat apa, so drive je suka suka hati.

"Aci ke masuk Yang?"
"Kalau kena halau kita pusing lah balik"

Hiks. Kegigihan melampau nak tengok apa benda kat dalam.

Masuk ikut laluan ni

Drive lebih kurang 1.5 kilometer, akhirnya membawa ke pintu masuk Istana Seri Menanti.

Ni kira istana sekarang yang di diami oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Tapi malangnya...

Boleh tahan besar kawasannya

kami golongan golongan rakyat jelata ni tak di benarkan masuk......

Lain la kalau kami ni kerabat ek?

Tapi tak tau la mungkin time raya di buka untuk rakyat jelata ke? Hah. Cuba cuba la nanti sapa yang berdekatan tu. Tapi nampak gah dan cantik jugak istana nya. 

Putus harapan, kami patah balik. Keluar ikut jalan tadi, ada la macam tasik tasik tempat orang berehat di kawasan tu. Ada padang, dewan dan beberapa tempat berkumpul mungkin untuk warga tempatan di sini. Ada jugak kedai kedai, sekolah dan tempat tempat macam biasa lah di kampung kampung.


So dah abis tu baru la kembali ke roundabout semula dan kali ni pasti, menuju ke Muzium Di Raja Istana Seri Menanti ini.

Ayuh, pakai make up, betul betulkan sanggul, kita nak masuk ke dalam !

Mungkin ada senyum Minang manis menanti di sana.....



Mencari senyum manis
Di mana menanti
Di hati sudi
Di sana mencari
Kasih bersulam
Rindu mendalam
Jiwa merasa

Oh tak tahan menanti lagi
Di sini bermimpi
Di mana mencari
Di titik bertemu
Dan akan bahagia
Hidup bersama selama-lamanya

Bertemu mata memandang
Jatuh hati pandang pertama
Berdebar jantung tertawan
Mengidamkan kasih dan sayang

Mencari senyum manis
Di mana menanti
Di hati sudi
Di sana mencari
Kasih bersulam
Rindu mendalam
Jiwa merasa

bersambung............

5 comments:

  1. bengong sgt ada sambungan! hahahaha!

    ReplyDelete
  2. ok aku sabar menanti ni...nak tgk ko pakai make up dan sanggul bagai hehehe..

    ReplyDelete
  3. HB : bukan aku yang pakai sanggul...

    kau lah.. hahahaa

    Biq : lambat nak menyanggul tu yg kena buat kemunculan esoknya... hahaha

    ReplyDelete
  4. MKL : boleh. tapi check dulu bukak ke tidak. rasanya renovate kot skrg muzium tu

    ReplyDelete