Pages

Wednesday, July 3, 2013

Jalan Jalan Cuti Sekolah 2 - 2013 : 03 - Muzium DiRaja Istana Lama, Seri Menanti

Masih lagi di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Lepas parking kereta kat tepi kawasan muzium ini, aku pun menapak masuk ke dalam. Eh eh eh ! Lupa nak bagitau. Kasut kena buka !

Bangunan Muzium


OR tak ikut sebab Hero dah start demam dan tak bermaya. Jadi dia tidur dalam kereta dan OR teman je. 

Aku lah melayan banking Anak Dara aku tu. Tunggu dia terkedek kedek jalan, sempat la aku snap sana sini.

Pandangan dari arah hadapan

Sedikit mengenai tempat ini. Dipersilakan Encik Google.

Istana DiRaja Seri Menanti terletak di bandar Sri Menanti, Negeri Sembilan. 

Istana ini diperbuat daripada kayu belian tanpa menggunakan sebarang paku. Dibina pada 1902, istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh. 

Bangunan setinggi 65 kaki ini, mempunyai 99 tiang kayu keras dan ketinggiannya adalah 65 kaki. Pelbagai motif bunga turut diukur pada kayu belian yang digunakan untuk membuat istana ini. 

Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Muzium DiRaja khas. 

Orang ramai boleh mengunjungi pameran yang terdapat di sini. Mereka yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kehidupan keluarga DiRaja bolehlah datang ke sini. Terdapat pelbagai bahan pameran seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan DiRaja.

Faham?

OK. Jom masuk dalam.

Masuk dari arah tepi - Ini lah kediaman rasmi Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an

Pandangan ke tingkat atas

Ukiran kayu pada tiang tiang istana

Salah satu pintu masuk di tingkat paling bawah

Ruang bawah. Istana ini mempunyai 99 batang tiang dengan 4 tiang seri. Istana ini di bina tanpa menggunakan paku. Nampak tak orang kat bawah tu? Kat tempat ni free wifi, so orang kampung datang guna wifi kat sini okeh !!!

Ini rumah anak di bahagian belakang Istana

Pameran di bahagian rumah anak

Ini kawasan utama di tingkat 1 bangunan Istana lama, ada dewan makan

Tempat rehat Di Raja

Pakaian Pakaian Di Raja di pamerkan

Singgahsana

Pandangan dari arah dalam istana

Kawasan istana lama

Laluan dalam muzium

Kembali semula ke ruang tengah. Dewan makan utama Di Raja

Tempat mengaji kalau tak silap. Ni ruang depan istana

Kamar beradu

Kamar beradu Di Raja

Rasanya ini tempat berehat... or bersemayam?

Bilik air ada bath tub okeh !

Dewan makan

Atas meja

Jemput makan..... kuih gulung je....

Tempat penyiapan makanan

Dapur !

OK. Actually bangunan istana lama ni ada 4 tingkat. Tapi aku tak de la naik semua sebab Anak Dara aku dah malas nak berjalan. Nak berdukung kang, aku lak senak nak panjat tangga ke atas.

So turun je lah. Lagi pun agak spooky jugak tempat ni kalau sorang sorang.

Masuk free. Kat tingkat atas atas tu aku tak pasti ruang apa, aku tak abis tawaf pun tempat ni. Kalau lama lama mahu sampai ke petang pulak jadi nya.

Kawasan lapang depan Muzium

Salah satu balai

Dekat sejam jugak la pusing pusing area ni, akhirnya aku balik ke parking dan meneruskan perjalanan. 

Kalau asyik nak menyinggah ntah pukul berapa nak sampai ke destinasi.

Apa apa pun, kalau sesiapa yang lalu kawasan Terachi dan Tanjung Ipoh ni, jangan lupa selit masuk dan usha apa yang patut di kawasan ini. Ini la salah satu hasil seni minangkabau yang masih dapat di lihat di negara kita ini. Tempat pun di jaga rapi, bersih dan lawa.

Selamat tinggal Bandar Di Raja Seri Menanti. Insya Allah, kita berjumpa lagi !

Kita bapisah bukannyo bacarai.



Bapisah bukannyo bacarai
Usahlah adiak manangih juo
Basaba sayang nantikan denai
Taguahkan malah iman di dado

Bapisah bukannyo bacarai …

Uda bajalan padamlah palito
Kasia nasib ka den kadukan
Kampuang den jauah da, sanak tiado
Denai jo sia Uda tinggakan

Ondeh, gunuang Marapi, gunuang Singgalang
Hei, tolong caliakkan kasiah hati den
Nan den tinggakan, antaro pintu nan jo halaman
Uda den nanti antaro pintu nan jo halaman

Bapisah bukannyo bacarai …

Then kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi.

"OK. Lepas ni janji, tak de singgah singgah dah !"

OR diam je. Aku yang marah, tapi sebenarnya aku yang selalu sibuk nak menyinggah. Hahaha.

"Papa ! Ambing... Iyi Iyi.. tu?"
"Bukan..... itu bukan kambing biri biri, itu lembu...."
"Embu?"
"Ya...Lem.... bu"

Dia diam sekejap, pastu tetiba angin.

"Ukannnnn.. Ambing Iyi Iyi..!!!." ( bukan.. kambing biri biri )

Hah. Kan. Pompuan kecik ni garang okeh. Dah tu, semua binatang jadi kambing biri biri... 

Si Adik excited berjalan, si abang dah start demam demam terjelepuk kat belakang.

bersambung..............

16 comments:

  1. wah... anak dara dah jd watak utama skrg...

    ReplyDelete

  2. Ehem..tempat tu mmg spooky, orang kampung cerita kadang2 katil di raja tu ada kesan orang baring, dah dibetulkan cadar , pastu jadi balik ..kalau tak percaya , gi tanya pak guard .

    Tingkat plg atas the spookies..dulu tak boleh masuk..now boleh dah..hantu dah lari kot..

    ReplyDelete
  3. hehehe...ambing iyi iyi tu comel x? kalau abang dia 'hero' adik dia...?

    ReplyDelete
  4. ha kantoi tangkap gambar dlm istana! ko bwk dslr ke compact ni? sbb kitorang kena warn (tu yg dpt tangkap curi meja makan tu satu dua keping jer) dengki sangatttttt!

    more gambar anak dara plisssss *demand dari fanclub*

    ReplyDelete
  5. AM : Pelakon utama demam.. terpaksa panggil extra.. tapi extra selalu lupa skrip. hahahah

    NR : benar kah???? oooo tapi memang ngeri ler situ. hari tu aku merayap pun rasa semacam jer..

    HB : dia kata dia nak jadi "ICESS" jenuh jugak la aku fikir, apa dia sebut.. rupa rupanya princess.....

    Biq : SERIOUS SHIT TAK LEH AMBIK GAMBA?? aku tak tau dan tak de sesapa bagi tau ! Aku masuk ikut tangga tengah tu.. tak de guard pun. kat atas pun x ramai org so selamba bomba la aku ambik gambo. hahahhaa.. x tau lak di larang... aku siap pusing 2 kali kat meja makan tu.. mesti muka aku masuk cctv dah kena chop kaki skodeng...

    rezeki aku la tu. hahaha

    ReplyDelete
  6. atau mungkin guard takut nak sound ko sbb ko supermeng malaya lelaki besi...hehehe

    ReplyDelete
  7. agaknya la. mungkin dia tak nampak aku. ?


    masalahnya aku pun tak nampak dia.. hahahaha

    ReplyDelete
  8. ha kitorang masuk dari dpn, ada sorang aqaq kat situ yg sibuk main henpon dia. mmg ada sign tak leh amik gambo. dia pun ada gak ckp sbb kitorang dua2 gantung dslr kat leher. so masa kat dalam, on je la sambil jalan, tak focus tak apa, ketik ketik dari paras perut. HAHAHAHA!

    TAPI, utk gambar wedding dia benarkan. kiranya, mintak kebenaran ar kot.

    mmg tempat tu spooky la...kitorang tak jalan sama2 most of the time, eiii terasa2 jer...

    ReplyDelete
  9. mcm tu pulak.. so kenapa tak pose pose pengantin???

    * campak keris kat skupang

    ReplyDelete
  10. pose2 pengantin takde baju pengantin tak bestttt hahaha...bebila nak sewa la! *wah*

    ReplyDelete
  11. Biq : suh baby ixora gi posing.....


    MKL : good to know that

    ReplyDelete
  12. Rugi tak explore sampai tingkat atas Meng.
    Kat atas lagi tuttttttttt...
    - gambar yg hubby & Sham snap byk gak yg tak menjadik.. pesal.. ntah lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? hahaha tu yang takut nak naik tu. suram semacam jer....

      ntah ntah... ekekekeke

      Delete