Pages

Monday, July 1, 2013

Jalan Jalan Cuti Sekolah 2 - 2013 : 01 - Hutan Lipur Ulu Bendul

Acara pertama waktu cuti sekolah hari tu dalam pada nak gi jalan jalan bercuti adalah menyinggah di Hutan Lipur Ulu Bendul.

Tau tak di mana tu Tuan Tuan dan Puan Puan sekelian?

Sudah tentu jawapannya di Ulu Bendul !

Ulu Bendul kat mana pulak? Jawapannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jalan antara Seremban ke Kuala Pilah. Kalau dulu, kena lalu ikut Bukit Putus yang boleh buat urat perut terbelit sebab banyak lengkuk, tapi sekarang terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang sudah menyediakan jalan raya yang selesa dan tak de membuatkan orang muntah belahak lagi kalau ikut laluan tu.

Aku pun plan last minit. Tak cakap pun dengan OR nak singgah kat sini. Pagi tu sebaik saja nak bergerak, OR pun cakap dia siapkan makanan sikit so nanti boleh berhenti makan kat mana mana. Anak Dara aku tu pantang kalau nak berjalan. Kadang kadang belum apa apa dia dah beriya iya.

"Papa.. Jom arrr"

Pastu berguling guling atas lantai kalau tak di layan. Dia stress kalau tengok orang bersiap tapi tak gerak gerak.

"Jom pegi mana?"
"Gi edai"
"Gi kedai nak beli apa?"
"Ula.. ula"
"Kan Papa cakap tak boleh makan gula gula. Nanti gigi rosak"

Diam kejap. Pastu meraung.

"Kenapa nangis?"
"Tak nak gigi ocak !!!"
"Dah tu, tak nak gigi rosak, tak boleh la makan gula gula"
"Nak ula ula, tak nak gigi ocak"

* Papa pening

"OK. Kalau nak makan gula gula, nanti Adik kena gosok gigi?"

* angguk dengan linangan air mata.....

Tapi sebenarnya dia nak berjalan je pun. Masuk kereta je kang OK lah. Memang menurun aku betul la kuat berjalan.

Dan aku macam biasalah, merangka apa yang patut dan mana nak stop nanti di sepanjang jalan untuk sesi mengisi perut.

Kami ikut laluan Lekas Highway, agak lekas jugak la kalau nak compared dengan ikut PLUS. Laluan dari Kajang terus je ke Seremban, then nanti sebelum sampai Senawang ada jalan terus ke Kuala Pilah. Ada contruction sikit kat situ tapi OK, tak de la jem mana.

Ikut je laluan pintas Bukit Putus baru tu akhirnya nanti nampak sign, Hutan Lipur Ulu Bendul.

Nampak sign tu? 

Maka menjerit la dengan gembira sebab dah sampai.

Hutan Lipur ini dibangunkan pada tahun 1971 oleh Tuan Tulis dan dijadikan sebagai tempat ibadat. 

Pada tahun 1920an, tempat ini dijadikan kawasan riadah iaitu rumah rehat dan ladang kuda. Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban. Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. 

Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.

Tu kata kata di google.

Dah sampai, sila la parking. Parking space banyak jugak, kena pepandai cari lah. Cuma laluan nak masuk tu sebab turun bukit, kena hati hati sikit

Banyak kemudahan di sini. Tandas pun ada. Nak masuk kena bayar 30 sen. Macam biasa tandas tak berapa bersih

Tempat jualan juga ada. Jadi kalau tak de bekal, boleh beli makanan di sini. Kalau nak beli baju mandi pun boleh.

Siap ada cafe baru di buka. Tapi hari tu tak buka pun lagi

Laluan masuk dari tempat parking ke kawasan rekreasi

Masuk ke dalam sikit ada tempat istirehat. Tapi tengok nasib la. Kalau ramai orang, hmm kena la duduk bawah pokok

Kawasan rekreasi yang telah di bangunkan dengan segala macam kemudahan yang ada

Menu picnic kami. Kenyang lah

Hah. Yang bestnya, ada port untuk mandi manda. Sesuai la untuk budak budak. Budak budak dah nampak ni, makan pun tak mahu. Cepat cepat je nak mandi. 

Jangan risau, untuk orang tua pun ada. Boleh je mandi kalau tak segan. Dan tiada bayaran di kenakan !!!

Ini air sungai yang di takung, bukan air paip

Time aku pegi tu tak ramai mana orang, so tak de la penuh. Kalau hari cuti biasa mungkin ramai kot

Ada jugak air sungai yang mengalir. Kalau tak nak mandi kat kolam tu, boleh la mandi kat anak sungai ni. Kalau rajin masuk la ke arah dalam sikit, mungkin port menarik jugak kot.

Air sungai yang mengalir

Keseluruhan kawasan rekreasi Ulu Bendul

Kami tak de la singgah lama mana. Makan makan pastu budak budak mandi manda lebih kurang then jalan.

Port yang menarik untuk stop bagi sesiapa yang melalui laluan Seremban - Kuala Pilah ni. Nak kata best sangat tu tak de lah, tapi budak budak suka je la kot. 

Kakak aku ada pengalaman ngeri kat sini. Ada la dulu dulu waktu zaman Bukit Putus lagi, dia satu family berkelah kat Ulu Bendul ni, ntah cemana lepas abis berkelah tu, dia sakit perut. Sakit perut yang bergulung gulung la kiranya. Aku ingat sampai dia menangis nangis. Pastu bawak pegi jumpa orang, ada orang tengokkan, katanya kakak aku duduk atas batu yang 'keras'. Tu yang sakit perut tu. Kalau tanya kakak aku, memang dia cakap sampai bila bila dia tak nak dah datang tempat ni.

Tapi sekarang tempat ni dah berbeza. Dah 'hidup' sikit. Tak tau la benda benda macam tu mungkin ada lagi, cuma macam biasalah, peringatan kalau ke hutan atau ke tempat tempat macam ni, kena la berhati hati.

Hero pun demam lepas mandi kat sini hari tu. Tu yang buat the whole trip jadi sendu je.

Lepas lepak di Ulu Bendul ni, kami bergerak lagi, kali ni menuju ke Kuala Pilah...

bersambung...........

5 comments:

  1. tp aku tgk sungai dia cam sendu jekk... x selera aku nak mandi... hahahaha...

    ada la beberapa kali lalu tempat ni tp x terlintas nak singgah...hehe

    ReplyDelete
  2. sedih betul tgk sungai kita...tak ijau, tak biru, berkeladak lagi ada la...sob sob...

    *nanyi lagu cintailah sungai kita*

    ReplyDelete
  3. HB : aku rasa air ni ok lagi. at least tak de la nampak sampah2...

    tapi kalau nak mandi aku sendiri pun tak lalu..

    Biq : Nyanyi tu sila kasik versi reggae skit..

    ReplyDelete
  4. aku rap skit, nak jadi waghiiiii (waris) ulu bendul most wanted yo! hahaha!

    ReplyDelete
  5. * nganga mulut

    "awak bukan negro kan?"

    ReplyDelete