Pages

Wednesday, July 31, 2013

Masterchoi Seleburiti Ramadhan 2013 : BRUNO MARS KEMBALI : Steamed Pangasius Sutchi

Ok la ok la...lepas kena azan dengan BW berkali-kali (tak cukup kat telinga, kat sms, kat whatsapp, kat facebook, kat LINE, kat MIRC...)

ok, MIRC tu aku exaggerate...hahaha

Lalu aku pun dengan langkah longlai siapkan jugak assignment Masterchoi aku yang tergantung hari tu...mati la korang kena berimaginasi...bukan salah aku ok...memang aku plan nak mengarang lepas BW haplod gambar...tup-tup terjongoi dalam entry tengahari esoknya...

Cepat salahkan MENG!! Hahaha

Eh, sebelum tu...aku nak perkenalkan diri aku...sape yang tak kenal aku tu memang saja la cari nahas...punya la glamernya aku satu dunia kenal...lagu-lagu aku jadi siulan segenap lapisan masyarakat...sedap ok lagu-lagu aku...dah dengar lagu Talking To The Moon belum? Kalau belum cepat tengok kat youtube...merdu gila suara aku dalam lagu ni!

*mati la kau riak macam kesial...hahaha

Akulah BRUNO MARS...

Apa? Tak percaya ka Bruno Mars masuk dapur kopek bawang buang taik ikan bilis sume? Masak pakai kain pelikat lagi...

Tu time aku takde konsert jelajah dunia ataupun rakaman album la...

Ok, enough intro, let’s cut to the chase...hari tu ada gambar je kan? Ingat lagi tak? Ingat lagi? Tak ingat kalu, ok la aku tunjukkan semula...

Senang je nak buat steamed pangasius sutchi ni (nama taknak kalah!)...

1. Mula-mula sediakan pangasius sutchi atau bahasa biasanya ikan patin...hahaha


Pastikan patin yang diternak di sungai ye tuan-tuan puan-puan...aku tak syorkan patin kolam...ko nak potong-potong ke nak buat sekor terus ke terpulang la...aku potong-potong sebab steamer aku cute...

2. Lepas tu ambik beberapa ulas bawang merah, bawang putih sikit, 2.54 cm halia dan serai. Kuantiti bahan-bahan ni terpulang la kat korang...aku pun tak pandai nak agak...main humban je...Blend semuanya...

3. Then, gaulkan dengan ikan...letak sos tiram, kicap dan garam secukup rasa...

4. Bagi melengkapkan nutrisi makanan yang seimbang mengikut piramid makanan, humbankan juga sayur-sayuran yang ada dalam peti es anda...aku letak kobis bunga dengan lobak je...


5. Masukkan dalam steamer dan kukus sampai ikan masak...



Lepas siap, angkat dan hidangkan...hiaskan dengan daun ketumbar bagi mendapatkan efek visual yang lebih memukau...


Matilaa over padahal makan sorang je...hahaha

Tadaaaa...siap satu hidangan yang sihat...

Cuba jangan tak cuba...

Kalau tak sedap ko hambat Meng ok...jangan cari aku...

Jumpa lagi tahun hadapan dalam rancangannnn ‘Ketuk-ketuk kepala kau’

Ok lah...aku nak bermalas-malasan sambil nyanyi lagu The Lazy Song...5 ekor beruk back up dancer aku tengah menunggu...

Today I don’t feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don’t feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cause i swear I’m not doing anything....



Tuesday, July 30, 2013

Masterchoi Seleburiti Ramadhan 2013 : AVRIL LAVIGNE : My Happy Ending Shrimp & Mushroom Aglio Olio

Heyy heyy You you!!Are you all fasting..No way no way! dont ponteng puasa..

Puasa tak uols arini? Avril mesti laa puasa...xcaya??sampai tergolek avril ni belum tggal puasa lagi okeh..

lesu di bulan ramadhon

Tapi demi tak menghampakan permintaan peminat2. .terpaksa lah cergaskan diri utk memasak hari ini..sebelum tu..jom stretching!


OK ready! Resipi hari ni bertajuk My Happy Ending Shrimp & Mushroom Aglio Olio..

First skali mari kita tgk bahan2 nya :




1. Spaghetti
2. Udang..ikut suka nk makan berapa ekor
3. "Virgin" Olive Oil
4. Garlic..crushed pepper..cili kering (actually resipi guna chilli flakes tp aku malas cari..so aku "flake" kan je cili kering yg ade)
5. Oyster mushroom (nk tuka mushroom lain pon oke..ikut selera memasing la)
6. Cheese
7. Butter

Aku masak ni utk 2 portion ye..satu utk buka and lebih simpan sahur..mmg dasar pemalas katanye hiks..

So, first step..mestilah kena rebus spaghetti uols..agak2 laa berapa byk nk makan..boil water smpai mendidih..kalau boil spaghetti slalunye avril letak garam sket and olive oil..xnak bagi dia melekat2..pastu masukkan spaghetti..biarkan mendidih smpai agak2 "al-dente"...


Apa??!!xtau al-dente tu ape??sila google ape maksud al dente..tp dulu chef avril ajar nk tau al dente ke tak..putuskan sket spaghetti tu pastu tgh2 dia mesti ade titik putih..it means "firm but not hard"..

ok..sementara tggu spaghetti masak..kita prep kan bahan2 lain pulak..


Kupas udang tu..buang kepala and vein yg kat belakang tu..tapi jgn buang kulit udang tu lg..we need it for the stock..

pastu..racik2 cili kering sbb konon2 nk jadikan flakes..crushed kan black pepper and carik2 / hiris mushroom..

Sambil2 tu check spaghetti..oh dah siap nmpaknya..

so toskan spaghetti tu and put aside..


Next..amik kulit and kepala udang tadi..letak air agak2 semua tenggelam..and then rebus smpai mendidih..once mendidih..toskan dan kita akan dpt stok yg kaler mcm kat gambo bawah ni..


Dah setel semua..sekarang dah boleh masak the whole bahan..excited tak semua??!hepp..jgn nak buat2 muka penat n malas..semua kena excited macam avril ni haa.. 


Amik kuali..panaskan butter..dah cair..masukkan udang..goreng smpai agak2 masak then angkat udang..


TAPI..jgn tutup api dulu..pas dah angkat udang..masukkan sikit olive oil..then stok udang tadi skali dengan garlic and chilli flakes..goreng smpai kering and brown..


Once da agak2 kering..jgn smpai hangit pulak ye..masukkan spaghetti and udang tadi..kacau..then masukkan mushroom..kacau sampai sebati..kalau agak2 kering time ni..bole masukkan lagi stok udang td kalau still ade balance...lepas da sebati semua..letakkan sket garam and crushed pepper tadi..


Gaul2 sampai puas hati and angkat lah..taburkan sket cheese kat atas and TARAAAAAA...dah siap menu utk ari ni..


Hidangkan lah bersama kuih muih untuk berbuka puasa..

Rupa menu avril arini adalah berikut :


Spaghetti..popia beli kat depan rumah..air minute maid..and ayam bakar free amik kat gerai boifren iolsss...

Selamat menjamu selera uolss...:)

Sebagai penutup..terimalah lagu raya dari avril. Enjoice !!!!



Monday, July 29, 2013

Masterchoi Seleburiti Ramadhan 2013 : SHAKIRA : Cucuq Goreng Waka Waka & Ayaq Vanila Naga Pepel

Salam Ramadhoooon everibodeeeehhhhh…

I’m Shakirah a.k.a Kak Kirah.

I’ll be cooking today… Suppose Lady Gerger punya segmen masterchoi nih! Tapik… mak dah sakit belakang noksss menunggu sambil buat akrobatik… dia kena ganti mak buat show.

 
Seksa tak mak? Sesuai tak nama Mak Shakiroh dengan aksi sebegini?

Matilaaa ko gerger…. Kau dah kenapa gila? Show pakai tanduk rupanya!

Mak nak masak apa ek?..Mak ada cucuq udang semalam berbuka uolssss… … Ohh…. I know!

I wanna show u how delicious, marvelous and extra ordinary taste of my cucoq goreng WAKA-WAKA.

Why WAKA WAKA? Coz’ I like to sing Waka waka eh eh… Tsamina mina zangalewa… Anawa a…a….
That’s why laaaa….

Let’ssss uolllsssss…. We see the ingredients. First of all… of cossss la you must got cucoq udang ka… cucoq bilieh kaa… cucoq kosong kaaaa, yang tak abeh tu. Let say..cucoq udang buka posa tak abeh tu.. sahur leh masak macam ceq masak ni… (laaa….howwhatchequespeakingpenang nih?)

Now… hang pi nengok You Tube ceq ni.. tu diaaaahhh… hang nampak dak apron tu?… had tu boipren Lady Gerger yang bagi…boipren dia ahli bomba u… tukang pancut ayaq! Har..har..har…



Minuman pulak.


Ayaq apa tu?... Ohhh… that’s my favourite drink… AYAQ VANILA NAGA PEPEL.



Do it my way, love.. u’ll like it. Die-die also loike.


Mix all together and blend. Pakai jug had besaq tu tok blender, boleh jer… and add some sugar. Nak maneh cam mana hangpa suka.

Taraaaaaaa!!!!!!...

 

LOVELY AYAQ VANILA NAGA PEPEL!

Terima lah setengah rangkap pantun.

Bulan Ramadhan Al Mubarak
Jangan lupa try resepi Shakiroh Mebarakk !

Selamat menchoba !!

Sunday, July 28, 2013

Dino World Edutour - Discovery

Hari tu jalan jalan pusing mall ternampak ada Dinosaur World Edutour ni.

Tak berapa menarik mana bagi aku, tapi budak budak dah melompat dan jumpa sedara mara mereka zaman lampau. Jadi, go ahead. 

Jangan bawak mereka balik ke rumah sudah !

Dino World Edutour

Entrance pass cuma RM5 untuk 1 dewasa dan 1 kanak kanak

Benda alah ni cuma pameran kecil je yang memaparkan dinosaur dinosaur zaman lampau. Di letak dalam bekas kaca dan boleh di perlihatkan terutamanya pada kanak kanak.

Aku tak berapa terkesima sangat sebab dinosaur ni nampak tak berapa jelita mana. Tapi sempat la aku snap snap ambik gambar.

Kalau ada sedara mara sesapa sila angkat tangan !

Meh. Aku nak jadi pakar dinosaur jap.

Pteroseurus

'Pterosaur' berasal dari bahasa Yunani 'Pteron' (sayap) dan 'Sauros (lizard.). Pterosaurs wujud dari Triassic kepada tempoh Cretaceous iaitu, 228-65 juta tahun yang lalu, apabila semua dinosaur pupus.

Ia mempunyai gigi yang sangat panjang dan rapat seperti gigi ikan paus. 

Maiasaura

Maiasaura atau namanya good mother lizard. Biasanya panjang 9 meter dan tinggi 2.5 meter. Berat boleh mencapai 3600 kilogram dan memakan tumbuhan. Mempunyai gigi dan gemar mengasah gigi sendiri ( macam mengasah bakat ). Makan buah, daun dan biji benih. Maiasaura berjalan dengan empat kaki tetapi berlari dengan 2 kaki. Biasanya bertelur sehingga 25 bijik sekaligus bersaiz buat anggur.

Stegosaurus

Stegosaurus mempunyai 17 plat bertulang yang tertanam di belakang.  Stegosaurus mempunyai dua baris ekor dalam dua baris, dengan tulang sejajar.  Paling besar duri nya ditemui sepanjang 2.5 kaki (76 cm) tinggi. Stegosaurus juga mempunyai pancing tajam pada hujung ekor yang boleh di  gerak gerakkan (ini dipanggil thagomizers ).

Walaupun Stegosaurus adalah kira-kira saiz sebuah bas, ia mempunyai kepala kecil (saiz kepala kuda) dan otak yang hanya saiz walnut !

Dah. Tu je 2-3 ekor yang aku rajin nak study. Lain lain aku malas. Tengok gambar je lah.

Yang ni nampak macam garang. T Rex

Ni macam itik sudu pun ada

Ini kacak sikit sebab berleher jinjang

Nampak macam suka merayau

Hah. Si hidung belang ! Memang tak boleh di percaya

Kaki skodeng ke apa ni?

Dah la huduh, terjelir lak tu

Ni fakta fakta menarik sikit pasal dinosaur ni.
  1. Perkataan Dinosaur berasal dari bahasa Greek yang bermaksud 'cicak yang dahsyat'. Tapi maksud dasyat ini bukan la nak menggambarkan rupa mereka yang menakutkan ni tapi cuma saiz mereka yang besar besar ni. Nama dinosaur dicipta oleh seorang ahli paleontologi Inggeris Richard Owen pada tahun 1842.
  2. Dinosaur wujud di bumi ini selama lebih 160 juta tahun, dari tempoh Triassic (sekitar 230 juta tahun lalu) melalui tempoh Jurassic dan sehingga akhir tempoh Cretaceous (kira-kira 65 juta tahun yang lalu)
  3. Tempoh masa dari 250 juta tahun lalu sehingga sekitar 65 juta tahun lalu dikenali sebagai Era Mesozoic. Ia sering dirujuk sebagai Zaman Dinosaur.
  4. Adalah dipercayai bahawa dinosaur hidup di Bumi sehingga sekitar 65 juta tahun lalu sebelum kepupusan besar-besaran berlaku.
  5. Saintis percaya bahawa peristiwa yang membawa kepada kepupusan mungkin telah disebabkan oleh kesan asteroid besar-besaran atau aktiviti gunung berapi yang meletus.  
  6. Dinosaur pertama yang secara rasmi dinamakan adalah Megalosaurus, pada tahun 1824.
  7. Seseorang yang mempelajari dinosaur dikenali sebagai ahli paleontologi.
  8. Dinosaur terbesar seperti Brachiosaurus dan Apatosaurus sebenarnya herbivor (pemakan tumbuhan) dan bukannya karnivor (pemakan daging).
  9. Dinosaur yang memakan tumbuhan biasanya mempunyai senjata semulajadi pada tubuh mereka untuk berlawan dengan dinosaur yang memakan daging. Contoh Stegosaurus mempunyai pancang di ekor  dan tiga tanduk melekat pada bahagian depan perisai kepala.
  10. Pterodactyls bukanlah dinosaur, mereka adalah reptilia terbang yang hidup pada zaman dinosaur  Begitu juga dengan reptilia berasaskan air seperti Plesiosaurs.
  11. Burung berasal dari sejenis dinosaur dikenali sebagai theropods.
Aku resign ler jadi Paleontologist. Jadi artis antarabangsa senang skit, tak penat otak sangat !

Dah. Tu je. Yang penting Hero suka so aku kena la suka jugak walaupun tak tersuka mana. Anak Dara aku cakap...

"Adik tatuuuuuuuuuuuuutttt"

Memang tak berdaya saing mana.

Oh. Di samping tu ada tayangan video dan acara acara lain di Dino World Edutour ni. Tapi nampak overall tak berapa menarik.

Hahahaha. Enjoy weekend and happy berpuasa !

Saturday, July 27, 2013

Malaysia Di Musim Luruh

Agak agaknya kalau Malaysia ada musim luruh, ada tak macam ni jadi nya?











Ingat tak gambar yang aku pernah ambik ni dulu?


Ianya sudah berubah. Moga pokok pokok tumbuh kembali dengan subur dan indah !

Tapi kalau musim luruh terjadi tak mustahil kan? Kat Philippines pun salji dah turun.

Tengok ni.



Apa apa pun moga semuanya selamat dan tiada lagi kegersangan.....



Ku menyedari kini ketiadaan mu
Ku cuba mengerti mengapakah begitu
Tiada kesempatan ku mencari
Rintihan untuk menghalang kau pergi
Jauh dari ku

Bertukar lara aku seharian
Ingin berbicara biarpun sendirian
Tiada mesti ku mahu percaya
Akhirnya aku menderita... Oh

Di dalam pelukan malam bertemankan hanya suara hati
Kepiluan melanda diri menanyakannya ku tak mengerti
Kesedihan menyeksa lagi menantikan engkau kembali

Masih terasa manisnya rasa cinta
Semasa kita bersama

Selalu berpesan kepada angin lalu
Minta menyatakan aku tetap merindu
Tangisan di jiwaku tiada berirama
Namun hati ini bercerita... Oh

Friday, July 26, 2013

Masterchoi Seleburiti Ramadhan 2013 : ALICIA KEYS : Lazy Fried Rice

Salam ramadhan pada semua peminat2 i..i tak bermasa la untuk memasak di bulan Ramadhan ni..tahap kemalasan I bertingkat-tingkat..huhu..tapppii!!! demi uols, I ketepikan kemalasan i..

Okeh, takmo cerita panjang. Resepi yang I nak share kan dengan uols ni ialah resepi LAZY FRIED RICE.. dah nama pun lazy, harus lah simple kan.. I masak resepi ni untuk sahur..simple dan mudah..

Bahan-bahannya ialah..ting! ops…ni bahan untuk 2 orang makan yach..

2 ulas bawang putih dihiris
2 biji bawang merah dihiris
2 biji telur
Perencah nasi goreng (terpulang la uols nak letak perencah apa…nak letak garam je pong boleh)
Lada hitam untuk pedas skit
Planta
Nasi yang dah dicerai2kan

** kalo uols nak masak untuk kuantiti byk or skit, sila gandakan atau kurangkan je bilangan bahan tu..mudah kan. Matila takde orang heran..hihi




Cara-cara masak..sonang yo..main campak2 je..

1. Cairkan planta..nak guna minyak pun boleh sebenarnya..tapi iols suka guna planta..kalo uols nak pakai minyak kelapa pun boleh..tu pun kalo boleh telan la..hiks..

2. Pastu tumis la bawang putih bawang merah…campak2 je…


3. Pastu campak je nasik yang dah cerai2kan tu ke kuali…congcengcongceng bagi rata. Letak pulak lada itam dengan perencah nasi goreng…kacau lagi bagi rata..



4. Pastu pecahkan la pulak telur dua ketoii tu…kasi kacau sama dia…kacau punya kacau..sampai la nasi dan telur sama masak..



5. Tadaaaaa….dah siap!! Haa…senang kan…masak sambil tutup mata pun boleh..hahaha

Uols boleh try la kalo rasa diri tu pemalas berganda2…hiks…


Kalau dah siap, makan dan rasa lazy fried rice ni sangat sedap. Menjerit la sekuat hati......


"This girl is on fayehhhhhhhh. This girl is on fiyehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!"

* sambil tumbuk tumbuk dada sendiri.


Girl on Fire - Kekunci Alicia feat Nicki Minachi