Pages

Sunday, July 28, 2013

Dino World Edutour - Discovery

Hari tu jalan jalan pusing mall ternampak ada Dinosaur World Edutour ni.

Tak berapa menarik mana bagi aku, tapi budak budak dah melompat dan jumpa sedara mara mereka zaman lampau. Jadi, go ahead. 

Jangan bawak mereka balik ke rumah sudah !

Dino World Edutour

Entrance pass cuma RM5 untuk 1 dewasa dan 1 kanak kanak

Benda alah ni cuma pameran kecil je yang memaparkan dinosaur dinosaur zaman lampau. Di letak dalam bekas kaca dan boleh di perlihatkan terutamanya pada kanak kanak.

Aku tak berapa terkesima sangat sebab dinosaur ni nampak tak berapa jelita mana. Tapi sempat la aku snap snap ambik gambar.

Kalau ada sedara mara sesapa sila angkat tangan !

Meh. Aku nak jadi pakar dinosaur jap.

Pteroseurus

'Pterosaur' berasal dari bahasa Yunani 'Pteron' (sayap) dan 'Sauros (lizard.). Pterosaurs wujud dari Triassic kepada tempoh Cretaceous iaitu, 228-65 juta tahun yang lalu, apabila semua dinosaur pupus.

Ia mempunyai gigi yang sangat panjang dan rapat seperti gigi ikan paus. 

Maiasaura

Maiasaura atau namanya good mother lizard. Biasanya panjang 9 meter dan tinggi 2.5 meter. Berat boleh mencapai 3600 kilogram dan memakan tumbuhan. Mempunyai gigi dan gemar mengasah gigi sendiri ( macam mengasah bakat ). Makan buah, daun dan biji benih. Maiasaura berjalan dengan empat kaki tetapi berlari dengan 2 kaki. Biasanya bertelur sehingga 25 bijik sekaligus bersaiz buat anggur.

Stegosaurus

Stegosaurus mempunyai 17 plat bertulang yang tertanam di belakang.  Stegosaurus mempunyai dua baris ekor dalam dua baris, dengan tulang sejajar.  Paling besar duri nya ditemui sepanjang 2.5 kaki (76 cm) tinggi. Stegosaurus juga mempunyai pancing tajam pada hujung ekor yang boleh di  gerak gerakkan (ini dipanggil thagomizers ).

Walaupun Stegosaurus adalah kira-kira saiz sebuah bas, ia mempunyai kepala kecil (saiz kepala kuda) dan otak yang hanya saiz walnut !

Dah. Tu je 2-3 ekor yang aku rajin nak study. Lain lain aku malas. Tengok gambar je lah.

Yang ni nampak macam garang. T Rex

Ni macam itik sudu pun ada

Ini kacak sikit sebab berleher jinjang

Nampak macam suka merayau

Hah. Si hidung belang ! Memang tak boleh di percaya

Kaki skodeng ke apa ni?

Dah la huduh, terjelir lak tu

Ni fakta fakta menarik sikit pasal dinosaur ni.
  1. Perkataan Dinosaur berasal dari bahasa Greek yang bermaksud 'cicak yang dahsyat'. Tapi maksud dasyat ini bukan la nak menggambarkan rupa mereka yang menakutkan ni tapi cuma saiz mereka yang besar besar ni. Nama dinosaur dicipta oleh seorang ahli paleontologi Inggeris Richard Owen pada tahun 1842.
  2. Dinosaur wujud di bumi ini selama lebih 160 juta tahun, dari tempoh Triassic (sekitar 230 juta tahun lalu) melalui tempoh Jurassic dan sehingga akhir tempoh Cretaceous (kira-kira 65 juta tahun yang lalu)
  3. Tempoh masa dari 250 juta tahun lalu sehingga sekitar 65 juta tahun lalu dikenali sebagai Era Mesozoic. Ia sering dirujuk sebagai Zaman Dinosaur.
  4. Adalah dipercayai bahawa dinosaur hidup di Bumi sehingga sekitar 65 juta tahun lalu sebelum kepupusan besar-besaran berlaku.
  5. Saintis percaya bahawa peristiwa yang membawa kepada kepupusan mungkin telah disebabkan oleh kesan asteroid besar-besaran atau aktiviti gunung berapi yang meletus.  
  6. Dinosaur pertama yang secara rasmi dinamakan adalah Megalosaurus, pada tahun 1824.
  7. Seseorang yang mempelajari dinosaur dikenali sebagai ahli paleontologi.
  8. Dinosaur terbesar seperti Brachiosaurus dan Apatosaurus sebenarnya herbivor (pemakan tumbuhan) dan bukannya karnivor (pemakan daging).
  9. Dinosaur yang memakan tumbuhan biasanya mempunyai senjata semulajadi pada tubuh mereka untuk berlawan dengan dinosaur yang memakan daging. Contoh Stegosaurus mempunyai pancang di ekor  dan tiga tanduk melekat pada bahagian depan perisai kepala.
  10. Pterodactyls bukanlah dinosaur, mereka adalah reptilia terbang yang hidup pada zaman dinosaur  Begitu juga dengan reptilia berasaskan air seperti Plesiosaurs.
  11. Burung berasal dari sejenis dinosaur dikenali sebagai theropods.
Aku resign ler jadi Paleontologist. Jadi artis antarabangsa senang skit, tak penat otak sangat !

Dah. Tu je. Yang penting Hero suka so aku kena la suka jugak walaupun tak tersuka mana. Anak Dara aku cakap...

"Adik tatuuuuuuuuuuuuutttt"

Memang tak berdaya saing mana.

Oh. Di samping tu ada tayangan video dan acara acara lain di Dino World Edutour ni. Tapi nampak overall tak berapa menarik.

Hahahaha. Enjoy weekend and happy berpuasa !

7 comments:

  1. maiasaura...yg paling sedap namanya..

    ReplyDelete
  2. ye la nama maiasaura seakan2 mayasara...mesti dulu ramai nak ngurat menatang nama ni kan...

    oh ye meng..jemput la tgk bideo aku kat utube hehehe...ko cari lam utube...'Laos aku datang'

    ReplyDelete
  3. Nohas : Aci pulak main nama sedap sedap eh..

    HB : Hoi. Aku dah dpt link ni semalam aku mati mati ingat SPAM.

    baru aku nak terajang ko tu..

    ( tapi semalam aku x sempat bukak link tu sebab tengok comment kat phone jer )

    anyway dah tengok. Kudos.. Nanti usaha lebih baik lagi dgn video video porn yang lebih mantop. hahahahaa

    aku nak cuba amik video gak tapi ntah la.. masih belum nak try lagi. ( takut tak cukup memory kad je )

    ReplyDelete
  4. aku x edit apa pon lam video tu sbb aku gune android app, semua app yg process, ada 5 video aku dh up kat utube..

    ReplyDelete
  5. sebab tu la aku tgk mcm tak berapa nak faham.....

    kau ambik pakai hp je tu ke?

    ReplyDelete
  6. Yup guna hp jek..aku malas nak edit sendiri..guna app lg senang tp caca marba la jadinya hahaha

    ReplyDelete