Pages

Tuesday, May 21, 2013

Trip GBS 2013 - 07 : Pulau Karimun : Pantai Palawan

Selepas menghabiskan masa di Pantai Pongkar dengan aktiviti yang tak berapa nak ada dan Air Terjun Pongkar yang sendu semacam tu, then kami bergerak ke Pantai Palawan.

Hari masih awal petang, walaupun waktu Pulau Karimun berbeza 1 jam dari waktu Malaysia tapi cuaca dia lebih kurang sama je. 

Jarak perjalanan dari Pongkar ke Pantai Palawan lebih kurang setengah jam jugak.

Kawasan bentuk muka bumi Pulau Karimun ni agak mendatar di kawasan penempatan. Ada 1 gunung tapi letaknya jauh di utara. Rasanya tiada akses jalan raya ke sana. 

Terdapat perkampungan kecil di kiri kanan jalan. Terdapat juga kilang memproses pasir yang agak besar yang di miliki oleh warga Singapura dan Italy.

Akhirnya kami sampai di kawasan Pantai Palawan tersebut.

Pantai Palawan

Berbeza dengan Pantai Pongkar, Pantai Palawan ni lebih meriah. 

Terdapat banyak gezebo tempat melepak dan minum minum sambil menghirup udara segar. Ada ramai jugak la orang kat situ, kedai kedai minuman pun banyak. Pantai dia lebih landai dan airnya lebih tenang cuma kurang berangin sikit.

Ada sekumpulan remaja melepak lepak di tepi pantai. Rupanya dia orang sambut birthday geng mereka. Siap baca doa sekuat hati !

Sebab aku dah bagitau Yono nak tunggu sunset, jadi dia terpaksa la tunggu. Sementara menunggu tu, kami lepak di gazebo dan minum air kelapa.

Setenang lautan di Pantai Palawan

Rugi tak bawak baju, kalau tak boleh mandi manda

Air kelapa penghilang dahaga

Antara gazebo yang tersedia

Tau apa jadi lepas tu?

Kita orang tidur !

Hahaa. Kaw kaw nya tidur membuta ria siap berdengkur dengkur. Aku ler kot yang berdengkur tu. Pedulik la. Mengantuk jugak, cuaca pun agak panas dan sedap je nak terlelap.

Sedang elok, kami bertiga ambik port dan tidur. Kesian Yono menunggu kat gazebo lain. Ajak minum tak mau, tapi tu lah. Sabar je dia, agaknya dalam hati sumpah seranah.

Dekat sejam jugak ler terlelap, then baru matahari mula menyongsang, bererti senja bakal tiba !

Senja datang

Lepas tu, aku gi jalan jalan sepanjang pantai. MH borak borak dengan Yono. BW macam biasa dengan iPhone dia kehulu kehilir belakang aku.

Layan je la gambar sepanjang Pantai Palawan ni.

Gazebos dan senja

Mentari 

Saipem Indonesia tu nama company di Pulau Karimun

Warga tempatan melepak sambil main gitar dan menyanyi nyanyi

Hari bakal hujan

Gazebos di sepanjang pantai

Senja berlabuh

Kalau ahad mungkin ramai orang, ni sabtu kurang skit





"Om ! Photo Om !"

Then aku patah balik dan cari port, lepak lepak hisap rokok layan sunset sampai habis.

Kebetulan ada perahu nelayan mundar mandir mencari rezeki di petang hari.

Damainya Pantai Palawan.




Then kami bergerak pulang ke Tanjung Balai bila senja mula menghilangkan diri nya.......... Perut masing masing dah kelaparan mintak di isi.

bersambung.......

11 comments:

  1. errr...kalau nak cari kekasih gelap katne Meng?? kekekeke....

    ReplyDelete
  2. itu kau kena tanya orang yang suka melihat gelagat orang lain..

    tak lain dan tak bukan, di persilakan masuk..

    JG !

    ReplyDelete
  3. hahahaha.... kau keluar je terminal ko bgtau je kat supir....

    kau nak mcm agnes monica, wulan guritno, bunga cinta lestari ke.... sume ade....

    pandainle die adjustkan untuk kau....

    HB... mane FM?????

    ReplyDelete
  4. Wowwwww...ok noted hehehe

    JG...fm nnt aku pos kat tg balai..boleh gi ambek sambil tgk2 ragam org..hehehe

    ReplyDelete
  5. JG : kalau bunga cinta lestari.... dtg dtg karang.... mcm bunga cengkih... how??

    HB : kau kena pegi try melawat kawasan tu.. jgn dpt hetty koes endang sudah..

    * lariiiiiiii

    ReplyDelete
  6. Pos kat fj jugak hb. Hehe bye2 uols semua. Fj pergi mencari nicholas saputra. Kekeee.
    Kalo jumpe bunga citra lestari akan dikirim salam. Hetty koes endang jugeee

    ReplyDelete
  7. Ohhh..kim salam ngan kartika sari FJ.. ihiksss.

    Ok nnt iols kim kat alamat tertera ye FJ!!

    Meng...hetty koes endang pon kerennn gak kekekeke...

    ReplyDelete
  8. hahahaha... jangan dapat norlia ghani sudah....

    ReplyDelete
  9. kalau norlia ghani pakai legging dgn skirt mesti HB teruja jugak kot.

    * pitam

    Have fun FJ !

    ReplyDelete
  10. menunggu post boracay mcm menunggu buah yg tak gugur! huh!

    *duduk dpn tv*

    ReplyDelete
  11. oh...

    memang lambat lagi nak gugur... aku sgt busy dan sentiasa dalam masa kecederaan..

    harap bersabar

    ReplyDelete