Pages

Monday, May 20, 2013

Trip GBS 2013 - 06 : Pulau Karimun : Pantai Pongkar & Air Terjun Pongkar

Walaupun Pulau Karimun ni masih jauh di bandingkan dengan Pulau Bintan dan Pulau Batam, tapi facilities rasanya cukup tersedia.

Jalan raya, lampu jalan, letrik, bekalan air semua ada. Hospital, balai polis, bangunan kerajaan pun ada. Stadium dan kawasan rehat pun sama.

Aku tanya Yono pasal kisah Badang. Haram dia tak tau. Aku ada terbaca yang Badang tu berasal dari Pulau Karimun ni lah, tapi dia sendiri tak pernah dengar.

Tup tup, kami jumpa jugak di mana sebenarnya badang berada !

Stadion Olah Raga Badang Perkasa

Situ !

Nama Badang dah dimateri pada nama stadium tersebut. Kisah lanjut pasal kewujudan badang di Karimun ni tak dapat di kenal pasti, may be kena tanya orang tua tua atau orang yang lebih tau. 

Misi menjejak badang adalah gagal !

Sebabnya, makam Badang Perkasa badang sekarang berada di Pulau Buru, Karimun.

Ni gambar sekitar Stadium Badang Perkasa lagi.



Tak pe lah.

Lepas tu, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Pongkar.

Petang di Pantai Pongkar

Pantai Pongkar adalah salah satu pantai yang terdapat di Pulau Karimun.

Menjadi destinasi istirehat terutamanya untuk warga tempatan, pantai ini memiliki pasir yang putih dan bersih. Apa yang menariknya, sepanjang Pantai Pongkar terdapat banyak pohon pohon cemara menghiasi pinggir laut yang mengadap Selat Melaka ini.

Nelayan Pantai Pongkar

Bersih itu Manusia, Kotor itu Hewan. Mana satu pilihan kalbu?

Tapi Pantai Pongkar sememangnya bersih

Tiang tiang tambatan perahu


Pantai Pongkar ni tak de la panjang mana. Memang bersih. Waktu kami sampai ada family yang sedang berpicnic dan berBBQ. Pastu ada kawasan dia orang tengah nak prepare untuk sukaneka.

Lain lain aktiviti tak de apa sangat.

Kedai pun tak berapa nampak. Resort pun memang tak ada. Yang ada cuma orang jual jual makanan naik basikal je. Jual jagung rebus, aiskerim dan buah buahan.

Tapi lepak lepak kat sini memang best. Angin bayu berpuput lembut buat rasa macam nak terlena je. Ada kerusi kerusi untuk  istirehat di kawasan ni. Kalau dapat port best, memang boleh hanyut sekejap.

Layan gambar je la sikit lagi.







Nak kata lawa sangat tidak la. Tapi kalau berkesempatan ke Karimun, ini pantai yang patut di kunjungi. Boleh je kalau nak mandi manda. Tapi kita orang memang tak de bawak baju salinan, so terkubur la harapan macam tu jer.

Apa apa pun, rehat lebih kurang then kami bergerak ke destinasi seterusnya.

Tidak jauh dari Pantai Pongkar ni, terdapat satu air terjun yang di namakan Air Terjun Pongkar.

Yono bawak kami ke sana, then dia park kereta, kami jalan kaki masuk ke dalam hutan. Bayaran di kenakan untuk masuk ke air terjun ni. Jaraknya cuma lebih kurang 10 minit. Tapi nasihat aku, tak payah la pegi.

Bukan kata air terjun, air nak melompat pun tak jadi.

Tengok gambar ni.

Kawasan Air Terjun Pongkar

Air sungai pun kering

Kotor dan banyak sampah

Air pun tak semenggah

Pokok pokok

Ini la air terjun nya

Ala ala je. Air terjun kat Sogo tu lagi cun kot.

Dan, lagi sadis. Air tu tak mengalir terus tapi sebenarnya di takung. 

So sapa nak mandi, boleh mandi di sini.


Cawat di sediakan !!! Boleh sewa. Kau berani nak mandi pakai cawat plastik kaler hitam tu????

Tapi memang tak rasa inzal langsung nak mandi.

Last last kami blah dengan kehampaan dan rasa nak keji diri sendiri. Masing masing terus mengeji diri sendiri sampai la ke kereta tengok Yono tengah syok syok minom kopi dengan kawan kawan dia.

bersambung............
  

4 comments:

  1. hahahaha...cam siott jek air terjun dia....baik mandi air kolah kat umah makcik ah meng kannn??

    ReplyDelete
  2. HB : kan aku dah ckp air terjun dia sedih....

    air mata ko lagi banyak...

    cepat melalak !

    ReplyDelete
  3. haha. Itu je yang paling gempak kat sini kot...

    ReplyDelete