Pages

Wednesday, May 22, 2013

Trip GBS 2013 - 08 : Pulau Karimun : Seafood @ Karimun

Kami cuma ada 1 malam sahaja di Pulau Karimun, dan kesempatan yang ada ini tidak di sia siakan sebab kami memang nak mencari tempat makan seafood yang terbaik selepas pengalaman makan seafood yang enak di Pulau Bintan satu ketika dulu.

Sebab aku tak de apa apa benda nak rujuk, jadi aku tanya receptionist kat Aston Karimun tu je.

"Di mana ya, restorant Seafood yang enak?"
"Abang mahu yang mahal  atau yang murah?"
"Murah lah, tapi enak"
"Long Beach aja Bang"

Pastu aku borak dengan pekerja sorang lagi dia kata dia prefer makan dekat Riverview, Karimun. Salah satu lagi seafood restaurant yang terkenal di sini.

Then masa kami tour Pulau Karimun, dah bagitau dekat drebar kami si Yono, dia kata dua dua sedap tapi Long Beach lagi murah.

Jadi, kami suruh dia hantar ke Long Beach Live Seafood. Yono dropped kami di situ dan datang semula satu jam kemudian sebab dia ada hal.

Restaurant Long Beach terletak di pekan Tanjung Balai

Ada banyak live seafood. Pilih je ketam, udang ikan etc.

Ketam ketaman siap sedia di cili cili kan

Lepas tu ambik tempat, nanti waitress datang ambik order

Sebab seharian berjalan kami agak lapar.

Dan macam biasa lah, order je apa yang terasa kat tekak. Tengok menu macam banyak yang menarik, jadi kami order makanan makanan berikut.

Sotong Goreng Tepung 

Rangup gila tepung dia. Ni makanan yang sampai dulu, so kita orang ratah lah siap siap tunggu makanan lain lambat sangat. Bila cukup hidangan sotong ni dah tinggal setengah. 

Tapi serious sedap dan rangup !

9/10

Kailan Ikan Masin  

Sayur je pun, takkan aku nak rate jugak.

Rasa macam kailan kat kedai kedai lain gak la.

Ini sambal dan kicap cili. 

Udang Goreng Nestum

Yang ni memang aku kasik perfect 10 !

Sedap gila. Rangup. Garing. Cukup rasa. Semua ada. Si BW dengan MH siap ratah nestum nestum tu sampai abis.

Ikan Siakap Masak Special Sos

Aku tak tau nak rate ikan ni. BW kata hanyir. Aku tengok dia goreng garing semacam je. Macam papan sekeping pun ada. Tapi MH berjaya abiskan.

Ketam Sweet and Sour

Hah. Sekali lagi aku bagi 10/10.

Cukup rasa. Ketam segar. Kuah sedap. BW siap hirup kuah pulak. Dia kata membazir tak abiskan sebab sedap. Kembang kembang tekak aku tengok BW paksa diri dia abiskan makanan. 

Anyway memang puas hati !

Air Avocado yang lazat

Separuh masa pertama

Ketika masa penamat

See?

Betapa pelahapnya kami bertiga makan !

Tapi serious makanan dia sangat lazat. Harga makan semua sekali RM153. Berbaloi baloi. Memang sedap.

Kalau datang Restaurant Long Beach ni, akan nampak la Cina Cina tua dengan Kekasih Gelap mereka yang dari Karimun ni. Dia orang ramai yang datang melepak makan di sini. 

Boleh perasan la kalau dengar dia orang berborak sebab Cina dan gadis local.

Aku sebenarnya nak tunjuk kat BW sebab, aku cerita kat dia, Pulau Karimun ni untuk lelaki Cina dari Malaysia dan Singapore datang melanggan pelacur.

Tau BW tanya apa kat aku?

"Lawa ke pelacur pelacur tu?"

Motip? Macam la aku pernah melanggan. So kebetulan masa kat sini jumpa la ada beberapa meja, so aku bagitau la BW. Ada yang cun, ada jugak yang out. Ada yang jenis makcik tua pun ada sampai aku dengan MH dah tak leh nak imagine apa yang cinapek tua tu dapat.

"Agaknya dia memang taste yang jenis jenis cam ni kot?"
"Hahaha"

Kedai ni macam jadi port gadis gadis kekasih gelap Karimun ni. Boleh kena gout dia orang ni kalau hari hari pelanggan bawak dia orang makan seafood kat sini !

bersambung.......

8 comments:

  1. Oh hoi..lama bonar tak singgah kat blog ni..Assalamualaikum!!..ada orang tak ni..JM datang melawat heeeee

    Dlm2 byk2 tu JM tertarik dengan Ketam Sweet Sour tu..

    ReplyDelete
  2. takut nye tengok udang goreng nestum tu.. huhu

    ReplyDelete
  3. takut nye tengok udang goreng nestum tu.. huhu

    ReplyDelete
  4. Aku suka semua makanan tu Meng kalau foc.. tp bila pikir balik tahap kesihatan yg mmg meragukan terpaksa lupakan hahahaha....

    ReplyDelete
  5. kalau depan mata mesti kau teruja.

    belum rasa lagi tu. kalau rasa terus inzal ke dinding !

    hiks

    JM : welcome back.. bz ek? aku pun bz ni... ke sana ke mari...

    Lav : jangan takut takut. rasa dulu.. pasti nak lagi !

    ReplyDelete
  6. tapi aku waktu travel aku akan bedal semua jek...lagi2 yg x pernah kita makan...hehe

    ReplyDelete
  7. Maksud aku yg halal dan boleh diterima oleh tekak aku hahaha...

    ReplyDelete