Pages

Tuesday, April 16, 2013

# 08 - Merentas Kota Khayalan - Longsheng : Longji Paddy Terrace

Now kemuncak trip ke Longsheng iaitu Longji Paddy Terrace.

Kalau sesapa pernah ke Bali, mesti pernah tengok padi huma yang di tanam di lereng bukit. Tu pun macam memukau pandangan mata kan?

Aku tak sure la kat sini padi huma ke tak sebenarnya sebab padi nya pun tak der !

Tapi memang superb tengok padi di lereng gunung di sini. Cuba datang dan tengok sendiri. Aku sendiri pun tak abis fikir, cemana dia orang panjat bukit macam ni punya tinggi dan tanam padi dengan jayanya di sini.

Tinggi ! Lagi lagi kalau aku ni yang jadi petani kat sini. Hari hari malas nak ke bendang. Sudahnya pokok mampus macam tu je. Hahaha

Untuk sampai ke sini nasib tak kena daki. Naik van je. Tapi van pun tak de la sampai terus ke atas. Ada point dia di mana van terpaksa berhenti dan kami semua kena turun jalan kaki. Kalau dari Yao Village tu adalah dalam 20 minit je tapi kawasan memang bercerun dan jalan pun bengkang bengkok !

Silap silap memang boleh jatuh gaung ! Scary gila jalan dia.

Kami tiba di pintu masuk Longji Paddy Terrace. Baju biru tu Alex the tour guide

Nak masuk dalam ni kena bayaran. Tapi aku tak pasti berapa sebab harga tour aku dah termasuk sekali dengan tiket masuk.

Masuk masuk je ada banyak kedai cenderamata. Tak payah beli lagi la nanti berat nak bawak ke atas. Tapi banyak kedai tak bukak. Mungkin sebab waktu winter, pelancong memang tak ramai.

Kedai kedai cenderamata

Ini pandangan pertama aku nampak sewaktu van parking di tempat parking sebelum gate naik ke atas

Mungkin sebab winter jugak lah memang tak de paddy nak tengok.

Silap budget jugak la kiranya, tapi kesempatan ni tak jugak aku sia sia kan. Orang kata, alang alang dah sampai. Redah je lah.

Jalan naik ke atas puncak

Time aku pegi tak ramai pelancong. Mungkin sebab musim sejuk

Usha barang jualan

Apa ni?? Daging babi?

Ya betul !

Tu nama dia, Pork Stone ke Beacon Stone. Tapi bukan daging betul tapi batu yang menyerupai daging babi. Ada di jual di sini. 

Peralatan yang dia orang jual. Sudu, sikat gelang dan sebagainya. Tau dia buat dari apa?

Ini dia. Tanduk kerbau !!! Semua tu dari tanduk kerbau macam ni lah. Berapa banyak kerbau la dah terkorban ni.

Benang tenunan

Perhatikan betul betul. Apa? Ya... cicak kering ! Dia orang buat ubat agaknya

Barangan perak

Dari kawasan gate masuk tu, kena menapak naik ke atas. 

Memang kena jalan kaki la. Alex ikut jugak kita orang sambil bercerita. Tujuannya nak naik ke puncak dan melihat paddy terrace yang terkenal ini.

Tapi tu lah. Salah musim. Semuanya kering kontang jadi nya.

Lereng bukit yang tandus

Musim sejuk dia orang cuma tanam sayur sayur je

Cuaca memang sejuk. Aku dengan sweater yang aku pakai semalam. Dalam pakai baju t shirt 3 lapis. Tu je yang ada. Masih tak berkesempatan nak beli jacket lagi. Belasah je lah. Janji tahan sejuk.

Dari bawah tu naik ke kawasan elevated sikit dan di situ ada perkampungan termasuk hotel dan hostel serta restaurant. Penduduk kat sini pun ada menjalani kehidupan macam biasa di samping pelancong yang datang bertandang. Ada je yang nak menginap kat sini. Aku rasa good idea jugak kalau banyak masa so boleh tengok kawasan ni pada waktu waktu yang berbeza

Perkampungan di lereng gunung. Nama kampun ni Pingan Village


Alex cuma tinggal kami di bawah dan pastu masing masing jalan sendiri. Aku jalan sorang sorang sebab yang lain aku tak nampak kat mana. Dia orang macam sibuk usha barang je kat kedai kedai dan aku pun tak nak buang masa.

Naik je.

Ada laluan tangga ke atas. Terponggeh jugak la nak mendaki. Boleh pitam silap silap. So sesapa nak pegi sila bawak bekalan air siap siap. Tapi kat atas ni pun ada jual air jugak. Mungkin mahal sikit.

Lereng bukit

Sebab utama nak kena mendaki bukit bukit ni sampai ke satu point di mana dari atas tu akan nampak sawah padi ni dalam formasi yang di namakan, 7 stars around the moon.

Ada 7 points dapat di lihat yang konon konon nya macam bintang dan ada satu lagi macam bulan.

Sebenarnya aku pun tak tau cemana dia orang came up dengan benda alah ni, aku tengok tak nampak macam bintang pun. May be salah season kot.

Apa apa pun. Buat apa nak tercegat kat situ? Moh naik ! 

Apa? Penat?

Tu lah. Sapa suruh tak training dulu sebelum pegi !!

* mati la cakap orang padahal aku pun mintak nyawa ni.

"Helikopter !!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

 3 puncak yang kelihatan yang di panggil bintang

Lereng pergunungan penuh dengan batas batas padi

Nampak bendera 3 tu? Situ la puncak paling atas ! Fuh !

Ni view yang kelihatan

Paddy tak de

Cemana la dia orang naik turun sini. Mesti tak de orang gemuk kat sini. 

Close up sikit

Kaler merah tu sebab di tanam dengan ubi

Dah sampai puncak sikit

Belum view sepenuhnya. Tapi puncak puncak tu la bintang bintang yang aku cakap tu

Tak tau. Tak faham. Tapi ni port ambik gambar

OK. Ni full view dari atas. 7 star around the moon

Tetap la dia orang ni nak berniaga kat puncak puncak cam ni

View Pingan Village tadi

OK. Ini la dari puncak 3 bendera tadi. Boleh nampak viewnya dari sini. Jangan tanya aku mana bulan. Aku pun tak tau !

FJ kalau datang sini why not try bergambar gaya gini tunjuk kat orang kampung?

Hah ! Ni part best. Kalau pemalas sangat, ada servis orang angkut naik turun ke atas ni. Pergh. Kalau aku tak sanggup la nak pikul orang. Aku campak je kat gaung. Tinggi jugak ler nak sampai puncak ni.

Tapi serious !

Aku nampak satu minah ni kena usung naik dan turun. Aku rasa macam kesian pada yang tukang bawak tu dan aku nak chop minah tu pemalas tahap max !

Nak je aku pegi dekat dekat dan tanya dia.

"Kau ni dah kenapa tak de endurance???"

Anyway. Aku lepak kat puncak tu dalam 20 minit. Tak lama lepas tu geng geng tour aku pun sampai. Aku tolong ambik gambar dia orang. Agak ramai jugak la kat atas ni. View memang superb tapi kalau kena musim memang jadi superbusa !

Tak percaya?

OK. Bagi tidak menghampakan peminat. Usha ni. Aku cedok gambar gambar ni di google je.

Autumn

September to November is best time to see the fall color.

For the fans of fall color, Longji is their dream land. The entire mountain area is in the golden color of fall, extending to as far as your eyes can reach. This scene is breathtaking. Once you have got there, no matter how many efforts made and how much sweat shed, they are all worthwhile.

Spring

May and June is the best time to see irrigated mirror-like terraces and traditional farming.

Spring is the time local farmers star their one year hard working in the terraced rice fields. Transplanting rice seedlings and irrigation stars in the May every year and will last to June. It is critical that the paddy fields are filled with water during the time. Water in the terraced fields reflects the green paddies and blue sky, and the mountains are covered in the morning mist. This dream-like scene is surely amazing.

 Summer

July and August is best time to see verdan paddy terraces.

Longji in summer is completely covered in green. During the time, paddies have grown up to almost half meter high. It is a time of hope. You will be affected by the lively paddies in the fields as well as happy minority folks in the villages.

Winter

January and February is best time to see silvery mountains.

Covered in snow, the mountains of in Longji turn into a silvery land. The terraced rice fields give Longji the charms unseen in any other snowy mountains. This beauty can only been seen by people tough in winter.

Tapi !

Ini je la view yang aku nampak.

Tapi memang agak scenic kat sini. Naik pun puas hati la walaupun penat jugak ler

Puas hati jugak lah. Masa kat puncak ni aku jumpa geng geng Malaysia yang menginap sama kat hostel aku. Yang macam tak nak pandang aku bila aku tegur kat hostel pagi tadi. Kat sini OK pulak.

Dia orang tak naik sampai atas pun sebab semput. Duduk bergambar kat part bawah sikit.

Lepas puas lepak kat atas sambil sambil minum kopi aku beli kat puncak tu then aku decide turun balik semula. Jemaah tour aku masih melepak kat atas. Tak pe la. Biar je lah. Aku boleh rest kat bawah kalau aku turun dulu.

So, meh turun pulak.

Turun balik semula

Turun tak de la siksa sangat. Tapi hujan !!

Hujan mula turun. Tak de la lebat tapi buat tangga tangga tu jadi licin sikit. Kena hati hati.

Nenek jual cili kering

Kuda di gunakan untuk angkut barang

View lereng bukit

Hotel pun ada bagi yang nak menginap di sini

Sempat la aku jijak jijak kaki di salah satu 'bintang' yang ada ni

Kering kontang. Some part je di tanam sayur

Turun bawah

Last view sebelum sampai ke gate parking 

Nampak ni penduduk setempat angkut barang balik rumah. Tak ke sadis tengok dia orang ni?

Ni la pintu masuk dengan gambar Longji Paddy Terrace di kala lawa

Personally, tempat ni aku rasa worth to visit lah unless korang pernah pegi Sapa di Vietnam atau plan nak ke sana dan tak de masa nak jejak sini. Mungkin view dia agak sama.

Tapi menarik jugak la. Cuma pastikan time tu. Timing kena betul !


Kat parking tu sementara tunggu bebudak yang sama dengan aku turun, sempat la aku borak borak dengan family Melayu tu. Dia orang naik bas. Dia orang kata tambang tour dia orang lagi murah. Dalam CNY 180. Aku tak pasti cemana dia orang book, tapi rasanya bukan thru hotel. 

Mungkin murah la setakat nak naik ke sini, tapi naik bas agak lama perjalanannya sebab kena tunggu semua ahli rombongan.

Borak borak kejap je, sempat aku tanya kat mana kedai makan halal di Guilin dan dia orang ada la bagi tau. Aku tak puas makan nasik dengan sayur tengahari tadi.

"Rugi tak jumpa awal awal tadi, kami bawak nasik lebih. Tak abis pun. Buang je"

* air mata mengalir lesu membasahi bumi.

Tak pe !

Kang aku balik Guilin aku carik nasik !

"Nak cari nasik. Nak cari nasik. Nak cari nasik. Nak cari nasik........................"

bersambung......

14 comments:

  1. Adeh... Mmg sadis betul kalau terkenang nasik kt tmpt org. Pernah merasajugak pengalaman tu masa di riva de garda. Pape pun scenic guilin ni not bad lawanya.

    ReplyDelete
  2. Huhuhu. Beg paddy tu Fj penah hangkut mase nak begambar 2 years back ekeke. Tahpi, baju cenggitu tak penah le pakainya bang menggg..

    Mmg bace pun da penat ok naik bukit ni. bukit tonggek tak bukit ni ek. Kekee jenuh nak boleh smpai tapi view cantik. Saujana mata memandang gitu konsepnya.

    Sobs. Breathtaking. Btw fj ni is baru accident.sadis sgt l.

    ReplyDelete
  3. weii Meng, ko ni kire gi season apo?? x satu pon sama cam dalam google tu? hahahaha....

    aku baru nak tanya 'bulan' yg mana satu tp ko dh jawab...baguss..

    kalau FJ pakai baju tu x lengkap kalau xde henbeg sekali kan..tp 'bekpek' tu pon dh kire ok x gitu FJ?? hahahaha..

    ReplyDelete
  4. sambil baca sambil mintak nyawa...aku antar wakil kat ko dah la ek? tak kuasa aku nak panjat bukit lereng2 ni *matila kena naik donkey kalo pegi*

    meng, ada letrik dgn air paip tak kat sana? ko ada nampak tak kot2 diorang pakai hp? teringin nak tau...

    batu daging babi tu diorang cat merah ke atau mmg batu tu semulajadi kaler merah2 camtu?

    ReplyDelete
  5. Heeheheh. Fyi hulubalang fj tak pakai kot baju cenggitu. Malu kat org hahaha. Over okk. Tp fj thh gigih nak carik henbeg baru nih. Pengsan. Nak p jakarta punye psl. Hihi.

    Awattt la jam tak habis2 niiiiii. Da kol 915. Pitam sgt.

    ReplyDelete
  6. wahhh FJ nak gi jakarta? ke bandung? ke dua2 sekali? ujung minggu? kalau gi jgn ikut jalan menuju ke puncak!! macettttttttt...aritu gi dari bandung ke jakarta, sangkut dari pukul 10 pg sampai kul 4 ptg baru dorang buka jalan, cadang nak gi safari hehehe...tp sob sob... xsempat gi.. tgk jek la pintu masuk dia...

    FJ eksiden? aiyaaa...abes la kete honda city lelawo tu...

    ReplyDelete
  7. Pergi dua2 5 hari wed - sun huhu. Macet sgt kan mmg nak naik train frm jkt to bdo. trip soping je ni kot tp tatau lg camne hihi. Tq info on ape tuh supir hihi.

    Accident ade org langgar. Haihh da buat police report bagai.. bencisss kanm tp what to do. Bertabah je la..

    So kesian my blackie

    ReplyDelete
  8. AA : Guilin ni x susah nak dpt nasik, cuma kena cari je la... kalau italy nuh... x payah makan nasik kot, spaghetti jer.. ahahaha

    FJ : confirmed ! Lepas naik dan turun kat longji ni, bontot tonggek !

    Accident? ergh... take care.

    HB : tu la aku pegi musim mengawan kot tu yang semua petani malas keluar bertani.. hahahaha

    ReplyDelete
  9. Biq : ada letrik. ada air.. semua ada.. hp pun ada... mereka sudah maju !!!

    * melaung sambil melambai2 bendera

    Fj : kalau Fj bergambo situ sah sah la org ingat statue 7 stars.. ramai je kang yg menumpang ambik aura beg mahal.. haha

    ReplyDelete
  10. AM : Cam kenal jek tour guide tu tp waktu dia jadi tour guide kami dia ckp namanya Allan..siap spelling lagi A.L.L.A.N heheeh...byk nama ke dio

    Yg pasti semua bambar awesome..time JM ke sini hujan..berkabus sajok kat atas nun

    ReplyDelete
  11. ntah2 org yg sama. memula dia ada ckp nama dia allan pastu dia tukar jadi alex. hahaha

    ReplyDelete
  12. ok la ada sume kemudahan kat kampung tu *nyanyi lagu kampung ku sudah berjayaaaa*

    sebenarnya aku nak tanya soklan ni, kalo terasa nak kenc or ber, ada toiletkah? ada pam kah? alam flora sedutkah? sorry soklan berbaur busuk.

    ReplyDelete
  13. ada.. toilet ada. kat puncak tu. siap ada kedai lagi. aku beli kopi. tapi agak mahal.

    tengah layan tengok view sambil minum kopi di puncak gunung, orang mintak tolong ambikkan gambo..

    x sure taik tu mengalir ke mana. may be membeku di tengah jalan. hahahaha.

    ReplyDelete