Pages

Monday, April 15, 2013

# 07 - Merentas Kota Khayalan - Longsheng : Long Hair Show

Layan dulu gambar di sekitar perkampungan Yao Village sebelum aku masuk tengok Show Rambut Panjang di sini.

Keindahan kawasan 

So aku ikut budak budak ni merayau dulu. Mamat kiri yang busuk dan mamat kanan yang couple dengan Chinese girl

Ini salah satu rumah mereka. Nak naik pakai tangga tu, kalau pencuri tak terror harus tergolek dog dulu sebab tak pandai nak merangkak naik

Tunggu punya tunggu. Masa pun tiba.

Aku masuk dulu so aku ambik port paling depan sekali untuk show ni. Then baru la sikit sikit rombongan lain sampai dan masuk mengambil tempat.

Pentas utama

Mereka dah keluar untuk membuat persembahan

Makcik makcik mengambil tempat untuk  mempamerkan bakat

Sewaktu persembahan, penonton di hidangkan dengan makanan kaum ni. Bertih apa benda ntah. Aku tak makan pun.

Persembahan dia orang ni macam biasalah. Menyanyi nyanyi. Menari nari. Tapi semuanya di persembahkan oleh kaum wanita. 

Apa yang menarik persembahan ni, dia orang memaparkan cara hidup mereka di sini, kerja harian mereka dan juga cerita macamana percintaan sesama mereka.

Kerja mereka teruk sekali.. Menyambung ekor beruang.. Hahahha. Tak de la. Tenun kain

Ini persembahan mereka dalam bentuk nyanyian

Kisah percintaan mereka ni menarik jugak. Macam cerita Hindustan. Kalau perkenalan lelaki dengan perempuan, Si lelaki akan mengorat perempuan dengan cara menyanyi. 

Dan. Kalau perempuan tu suka kat lelaki tu, dia akan pegi pijak kasut lelaki tu !!

Pijak pijak kasut ada taik. How??

Macam tu la di kisahkannya.

Dan wanita wanita kaum Minority Yao ni sungguhpun berambut panjang, tapi dia orang tak de la serebeh serebeh rambut bersimpang siur tak tentu hala. Dia orang jaga dengan shampoo tu semua dan memastikan di ikat kemas dan rapi.

Tapi !

Shampoo tu walaupun membuatkan rambut mereka lebat, hitam berkilat tapi baunya busuk !!! Busuk tahap kohong !!!

Mungkin sebab dia orang dah terbiasa kot, so benda tu jadi biasa. Redha je lah.

Ni tengok sedikit video aku sempat capture masa persembahan mereka.


Tak de la sedap sangat suara dia orang ni, tapi layan jugak la. Hahahaha.

Now tengok gambar awek awek ni.

Tengok cara dia orang simpul rambut mereka

Tak nampak pun rambut kan?

Sebab dia orang ni macam pakai turban. Kalau yang jenis macam ni maksudnya gadis gadis ini belum berkahwin !!!!

So wanita di sini, selagi dia orang belum kawin, dia orang tak boleh suka suka hati tunjuk rambut dia orang kat lelaki lain. Cuma kat suami dia je. Tapi lepas kawin tak payah pakai turban tu dah tapi gaya rambut tu akan menentukan status mereka selepas tu.

Apa yang menariknya, dia orang ni menyimpan rambut dari kecik dan hanya boleh di gunting ketika umur 16 tahun sahaja !  Masa gunting tu, rambut tu tak boleh di buang, tapi di simpan dan di gunakan untuk menambah lilitan pada rambut yang sedia ada. Maksudnya, ada rambut betul dan ada rambut masa dia orang umur 16 tahun tetap di simpan.

Lepas kawin baru la boleh tunjuk pada suami mereka rambut sebenar mereka. Tapi tak de pulak yang nampak dia orang ni rambut kerinting maggie ke afro ke. Mungkin penjagaan memang baik ler kot.

Lepas tu persembahan rambut panjang bermula. Yang ni la part aku paling excited nak tengok !

Hantu hantu kak limah keluar dari rumah

Ada lagi. Makcik paling kiri tak boleh blah expressi wajah. Sorry gambar gegar lagi

Ingat kan tadi aku cakap? Kalau yang boleh tunjuk rambut pada public tu maksudnya mereka dah kawin.

Tapi !

Status lepas kahwin pun ada jugak dapat di lihat dari jenis simpulan rambut dia orang ni. Kalau simpul rambut dan ada bund kat depan tu, maksud dia, perempuan tu dah berkahwin dan ada anak ! Kalau simpulan bund tak de kat depan, tapi nampak rambut maksudnya sudah berkahwin tapi masih belum ada anak. Kalau janda pun sama. Boleh nampak rambut tapi tak de bund kat depan.

Ini demo cemana dia orang simpul rambut dia orang.

Rambut di lerai ke depan dan di lurut jadi panjang

Pastu di ikat menggunakan rambut tu sendiri kat depan. Perasan minah belakang tu maksud dia solo lagi sebab tak nampak rambut

Panjang nya rambuttttttttttttttt

Ikat dengan rambut sendiri kasi kemas

Oh. Rejoice !! Hahahaha. Feeling feeling betul ler makcik ni dengan rambut sendiri. Belakang.... bau hapak gila !

Dan rambut mula di sisir ke keliling kepala

"Aku lah Hantu Kak Limah !!! Cantik tak haku???"

Dia orang sisir macam ni je, tak de pakai getah ke apa. Cuma sikat sahaja untuk merapi. Eh. Ada ke perkataan merapi?

Hah. Dah lawa sikit

Dah hampir siap

Tada.............. !

Lepas tu menari lagi

Macam tu la al kisah rambut rambut dia orang ni. Benda benda macam ni kalau setakat tengok show memang tak tau sebab dia orang tak cerita pun, tapi Alex tour guide aku tu yang kasi tau semua info ni masa dalam van on the way ke sini tu.

Fuh. Jenuh aku nak recall balik satu satu. Tepu otak sekejap.

Tengok ni. Aku jumpa kat Youtube !



Then abis show tu ada la dia jemput penonton join dia orang atas stage. Aku tak stay sebab aku kesian bebudak yang satu trip dengan aku sebab nya show ni dekat sejam jugak la. Sejam jugak la dia orang kat luar tunggu aku ni. So aku keluar je la. Alex the Tour Guide, ada tunggu kat luar dan aku bagitau ready je la dan blah.

Mungkin aku ada missed out point point pasal Yao Village ni, sesapa yang pegi boleh clarify balik semula. 

Tapi persembahan dia orang ni bagi aku a must watch la sebab bukan senang nak tengok. Plus, ianya agak menarik dan lain daripada yang lain.

Kalau sesapa ke sini dan berkesempatan, tengok muzium hidup ni.

Kat luar gerai gerai dah mula berniaga untuk orang keluar dewan nanti menbeli belah

Lepas semua ready kami pun bergerak menuju ke van. Kesian bebudak tu tunggu aku. Dia orang pegi melilau ntah ke mana mana sebab bosan. Ada yang siap panjat bukit. Ada yang pegi flying fox. Ada aktiviti jugak la at least.

Kami cross sungai ni balik ke tempat van dan Alex cakap kat situ kami akan makan tengahari.

Dan sekali lagi, tour tiket aku ni masuk sekali dengan lunch dan aku tak tau sampai la kat situ.

Masalahnya aku nak makan apa?

Perkampungan mereka. Air hijau dan sangat jerneh tapi ada je sampah sarap

Sidai kain

Di sini la restaurant tempat kami makan tengahari

Satu je yang merengsakan kat kawasan ni, puak puak dia orang ni sibuk la datang nak jual barangan dia orang. Jenuh jugak la aku menolak tak mau beli. Bagi sesapa yang berminat boleh la beli kot. Aku tak sure harga dia tapi macam tak menarik jer. Ahaks.

Aku memang lapar sebab dah 2 hari tak jumpa nasik!!!

Bila Alex cakap ada lunch, then aku gelabah pulak. Fikir, boleh ke aku makan? Tapi aku dah beli cokelat bar in case aku memang kebulur. So aku melantak makan tu je lah. 

Tapi Alex ni OK jugak. Dia tanya lepas tu, then aku cakap aku tak makan daging ayam apa semua. Senang cerita anggap je aku ni vegetarian.

Dan kedai tu masakkan menu khas untuk aku. 

Telur goreng dengan tomato dan terung masak kicap. Makan dengan nasik panas. Boleh lah.

Kalau kat negaraku tercinta, memang tak sentuh la terung masak kicap tu. Tapi kat sini? Hmmmm

Janji perut aku tak de la berbunyi bunyi lagi.

Yang lain lain tu sedap je sondol makan ayam apa semua. Ada couple mat salleh dengan Chinese tu dia punya tiket tak de termasuk lunch, so dia orang order makanan sendiri. Jadi, harga pakej ni actually berbeza. Make sure tanya dulu pakej tu masuk makan ke tak dan persembahan rambut panjang tadi tu. Kalau tak memang harga murah skit dari apa yang aku bayar ler kot.

Dekat sejam jugak la lepak makan kat sini, sempat aku merayap kejap dan jumpa si dia ni.

"Hi. Nama saya babi. Awak ada masalah? Saya tau saya haram tapi saya cute kan?"

Restaurant tempat makan tengahari

Selesai makan tengahari tu kami bergerak ke puncak pergunungan di mana terletaknya kawasan Longji Paddy Terrace yang menjadi destinasi aku yang seterusnya.

Nanti aku sambung. Lenguh dah ni.

* tarik nafas

bersambung..............

8 comments:

  1. Dua kali tgk rambut pjg tu mcm agak seriau... Eh, apa yg mcm tanduk kuba kat dinding tu?

    ReplyDelete
  2. Salam bang meng, gambar2 atas semua ppuan jer. Xnmpk langsung kaum lelaki. Mcm mana plk pakaian kaum lelaki sana eh? Xde gmbr ke?

    ReplyDelete
  3. alahaiii...makcik2 jek wat persembahan. Pasni boleh la praktikkan pijak kaki org kan Meng. hahahaha... Cute gilerr natang nama babi tu...kekekeke

    ReplyDelete
  4. hahahahaha meng, nak tergelak aku baca pasal rambut ni! dah la rambut aku panjang! aku duk tunggu kot2 diorang nak libas rambut terus dpt mangkuk bertih tu! rupanya bertih tu utk ko! hahaha! tak bleh blah. tapi menarik sungguh penjelasan ko pasal kawin, tak kawin, and janda tu.

    weh bau hapak tu sampai kat penonton ke??

    eh eh comel babi tu berbulu haaaa...

    p/s: demi pembaca yg tak seberapa, aku gigih gak la menaip satu entry smlm...eiii penat tau!

    ReplyDelete
  5. busuk rambut tu macam bau minyak bijan ke? cantik sangat kg ni

    ReplyDelete
  6. Abg meng,

    skerinya rambut panjang2 tu. Sgt menakutkan.

    tp camne la dorang jaga rambut panjang2 mcm tu. To me maximum nak panjang pon paras dada sudeyh. Motip smpai ke kaki??

    BTW semua org ke Guilin. Menanti seseorang ke Guilin sabtu ini untuk claim FM.



    ReplyDelete
  7. AM : itu memang tanduk kuba la tu... memang banyak kat sini.

    AA : kaum lelaki x ramai yg aku jumpa. may be siang dia org gi keje tempat lain. tapi sorang dua ( rujuk entry semalam ada kot ) kebanyakkannya pakaian biasa2 jer.

    HB : Kau jangan main main, babi tu haram !!!

    Hahahaha

    ReplyDelete
  8. Biq : makasih update entry. aku blom sempat baca, bz hari ni.. nanti aku riki.

    Actually nasib baik time ni aku selsema dan hidung tersumbat, so bau dia tu aku x de la terbau sgt, tapi tourist guide tu ckp memang hapak.

    * hulur pantene kenapa wanita2 kg yao

    AI : bukan minyak bijan tapi bau daun daunan...

    FJ : dia org memang betul2 jaga la kot, so juon atau hantu rambut panjang memang x boleh cari makan kat kg ni....

    ReplyDelete