Pages

Wednesday, April 17, 2013

# 09 - Merentas Kota Khayalan - Guilin City : Halal Food

Aku blah dulu dari rombongan bas tu dan kami terus menyusuri pergunungan Longji ni turun dan balik ke Guilin. 

On the way balik  masing masing tidur dalam van kepenatan. Tapi sepanjang jalan view memang lawa. Aku geram je nak suruh drebar tu berhenti. Aku advise sesapa pegi, kalau sewa kereta sendiri atau naik apa pun boleh berhenti tepi tepi jalan sepanjang jalan dari Guilin ke Longji ni, boleh la singgah ambik gambar.

Memang scenic betul la kawasan tu. 

Tapi ! Aku cakap ni sebelum aku pegi Yangshuo. So lepas Yangshuo judgement aku berubah sikit lah.

Sungai yang mengalir lesu di pergunungan Longsheng

Sedar tak sedar dalam terlelap dalam van tu, dah sampai Guilin. Van tu hantar aku dulu balik ke hostel. Sedang elok la hari pun masih siang. 

Aku terus je pegi ke jalan yang ada makanan halal di Guilin tu. Actually tak jauh  pun dari hostel tu. Aku dah check kat website malam sebelumnya cuma kali ni memang berkesempatan nak pegi. So aku menapak la demi mencari sesuap nasi !

Perut dah berbunyi riang ni sebab tengahari tadi makan ala kadar jer.

Dah sampai hostel

Sungai di Guilin

OK. Dekat dengan hostel ni, kalau ikut je sungai tu akan nampak jambatan ni. Jalan atas jambatan ni lah ke belah kanan, yang banyak kedai halal di sini. Aku lupa nama jalan tapi aku ikut je then aku nampak satu halal restaurant. Nama dia Islamic Restaurant

Tak susah nak cari. Tepi jalan besar tu je.

Apa apa pun, makanan Halal di Guilin tidak la menjadi masalah. Ada banyak kedai makan. Cuma kena pastikan tempat lah.

Islamic Hotel and Restaurant

Aku excited la jumpa kedai ni. Dah nampak nasik dah kat mata. Pergh. Sedap siot. Aku nak makan puas puas !

Esok esok belum tentu jumpa nasik lagi kan?

Masuk. Duduk. Ada waitress datang bagi menu. Aku usha garing kejap. Tengok based on gambar jer then order.


Biasa la menu dia orang ni tulisan Cina je semuanya. 

Nampak ada nasik goreng then aku order sekali dengan deep fried chicken !

Wow !

Serious kecur air liur tetiba. Dan dan tu perut berkeroncong lebih rancak. Rasa macam Mamee nak makan rumah  pun ada !

Memula dia hidangkan chinese tea. Aku balun je lah. Then makanan pun sampai. Mak aii punya la banyak. Macam 2 orang makan. Tapi perut aku dah macam kapal kargo. Aku akan belasah cukup cukup.

Menu istimewa di negara China.

Bila aku suap je rasa OK lah. Maybe sebab lapar kot, makan je la. Pastu aku rasa macam kureng. Nasik dia tak pedas. Ayam tu setakat ayam je macam tak de sauce apa apa pun.

Rasa tak best kokak ayam banyak banyak tanpa rasa pedas.

Nak kasik pedas aku pun panggil waitress tu. 

"Do you have any chili sauce?"

Muka blur. 

Pastu dia masuk. Panggil pulak yang lain. Sorang lagi waitress datang.

"Ketchup? Do you have Ketchup or chili sauce?"

Aku buat buat la konon nak mencicah cicah atas meja.

Then dia angguk. Masuk ke dalam. Pastu ada ramai waitress lain menunggu dengan musykil. Apa sebenarnya yang aku mintak. Sempat dia orang bergossip riang.

Minah tadi datang dengan confidentnya....

Dia bawak tisu !!

Motip??

Aku buat aksi cicah cicah bukan aksi lap meja !!

 * nanges.

"No ! No. This is tissue. I need chili sauce. You know? Haaa. Haaa"

Aku siap buka mulut buat buat pedas. Then dia gelak. Pastu angguk. Masuk balik. Pastu gossip dengan geng geng waitress lain sekali lagi. Semua macam angguk. 

Aku fikir. OK. Dia orang tau la kot.

Pastu datang tau bawak apa??

Bawang putih !!!!!

"Eh korang ni dah kenapa?"

Ni aku nak mengamuk ni. Ada ke bawak bawang putih kat aku. Tapi aku rasa jugak, boleh lah. Cuma pedas nya lain sikit kan. Bawang putih jeruk.

"No..Not this one. This is garlic. I need some chili"

Tak reti dah aku nak cakap. Kang aku mengamuk hempuk hempuk meja kang !

Sudahnya....

Aku ambik ayam tu, konon buat cicah cicah, pastu buat aksi pedas. Hah. Complete !!

Baru dia angguk balik. Sempat lagi gossip dengan yang lain sebab masing masing pun tak tau aku nak apa.

Tak lama lepas tu baru la dia muncul dengan kicap dan ada sedikit cili potong !

OK. Good enough. Rasa la pedas pedas sikit

Lalu aku pun belasah la makan. Baru la ada rasa sikit. 

Tapi sebab banyak so aku mintak dia bungkus kan separuh lagi tu, so aku boleh makan kalau aku lapar malam nanti. 

* buat muka tak malu.

Kos makan dalam CNY40. Lebih kurang RM20. OK lah. Janji aku kenyang !

Sebelum tu, aku nampak pharmacy, so aku pun singgah sebab aku nak beli ubat batuk dan selsema.

Memang communication breakdown.

"I need some medicine for cold............."

Minah tu blur lagi.

"................Achum ! Achum !"

Aku buat. Siap dengan gaya. Tapi dia mudah faham sebab dia nampak hidung aku berhingus.

Dia angguk. 

"Do you have something for cough too? ........................ Uhuk ! Uhuk !"

Soundtrack tak leh blah. Siap pegang pegang dada aku ni nak bagi dia faham.

Dia angguk lagi. Then dia kasik aku ubat ni.

Ubat selsema dan ubat batuk

Paling susah dia nak bagitau aku berapa kali nak makan dan bila nak makan.

"1 Morning. 1 Day"

Day lah.

Tersangkut sangkut dia nak bercakap. Siap pandang pandang langit lagi.

"U mean 1 in the morning and 1 at night?"

Siap aku buat bintang bintang berkerlipan. Mentang mentang la baru balik dari 7 stars tu. 

Ntah dia faham ntah tidak. Lantak.

"Ah. ah"

Dia angguk.

Pastu paling kelakar dia nak tanya aku, batuk tu ada kahak ke tidak.

"Haikkkk ???????????"

Dia pulak buat. 

Terkejut beruk kejap aku.

"What was that?"
"Haikkkk !"

Dia buat lagi. Pastu dia gelak.

"Oh. You mean phlegm? No. No 'Haikkk' ! Just normal cough"

Pastu dia gelak dan aku pun gelak sama. 

Patut aku buat Hak Tuiii jer..... tapi kang dia lagi blur...

Lepas makan  tu aku terus balik hostel. Aku jumpa anjing besar gila. Serious besar macam anak lembu. Tapi ada tuan la. Jenis anjing yang berbulu panjang panjang tu. Tapi tak sempat nak ambik gambar lak.

Lepas mandi, rehat solat apa semua, makan ubat then aku pun tidur. Esok nak bangkit awal awal pagi lagi sebab nak pegi ke Yangshuo !

bersambung...................

15 comments:

  1. Hahaha... Mmg gelak guling2 baca part komunikasi tu. Body language dgn sound effect lagik..

    Tetiba dtg idea, nak wat kad kecik bergambar. Incase la jd cam abg meng kan? Blh tunjuk je gambar apa yg kita maksudkan tu. Hehe...

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHAHAHAHAHA PAGI2 AKU KAT OPIS DAH GELAK TERKEKEK2! NASIB BAIK TAKDE ORANG!

    sumpah tergelak2 aku rasa mcm ada kat meja makan tu, siap tisu, bawang putih, akhirnya cili! bab batuk kahak tu lagi tak bleh blah, ko patut tunjuk sample jer hahahaha! ewwwww!

    masa aku kat tianjin, naik cab, nak gi epot, jenuh buat bunyi n bentuk kapal terbang berlepas, tapi pemandu cab tu still buat kepak2 burung, dia ingat zoo! hamagadddddd!

    ReplyDelete
  3. wakakakakaka....gile lawak la entri ni, mmg x boleh blah siap bahse isyarat bagai. Kalau ko nak tanya mana toilet camne agaknya ko buat ekk wakakakakaka...

    ko kata RM20 makanan tu OK?? oittt mahal gilerrrr!! nasi goreng kosong ngan ayam jek? tp nak wat camne kan, sapu jek, bukan senang nak cari makanan halal hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Hahahaha..mmg drama tul...semua bahasa isyarat keluar....

    punya lah susah nak kasi dorang faham..JM dpt rasa apa yang AM rasa coz pernah alami situasi yg sama hee

    ReplyDelete
  5. lama aku tak komen kau bang..

    bz balik kursus.. penceritaan kau

    kelas bang.. macam aku pulak kat

    dalam citer kau ni...

    RM20 ok la tu... aku kena ketuk

    kat

    kedai mamak JB roti sardin RM 6.50

    macam haram.....

    ReplyDelete
  6. Fj penah buat sign nak pi toilet nak kenc itupun depa tak paham siap geleng2 kepalaaaa aduh kite da la x thn. Last2 sbb bengang sgt aiols buat mmg mcm rutin biasa kalau kite bak kenc camne gayanyaaa muahahaahaah. Benci tau

    ReplyDelete
  7. hahahahaa..series lawakkk..
    tp nasi diorg mmg bykk..mcm utk 2 orang mkn..n sgtla xpedass..

    ReplyDelete
  8. hahahahahahahha part makan tu memula cam saspen tapi gelak plak akhirnya, tapi paling tak tahan gelak part communicate ngn amoi pharmacy tu! hahahah terbaek!

    ReplyDelete
  9. Hei idung besar, jgn mkn rumah! mknlah snek Maameee... Dah berkurun dah iklan ni, aku suspek ingatan inche Meng!

    ReplyDelete
  10. macam mana FJ buat isyarat tu.. cer

    tunjuk sikit.. hahaha...

    ReplyDelete
  11. FJ buat kat kampung abang meng ok.. ITALY sanahhh. motip sgt orang dia tak tahu toilet tu apa... tapi kebetulan time tu iols kat kawasan yang penuh chinese mainland rasanya dekat Rome Termini.

    huwaaa sedih sgt tauuuu jerung. Teringat sampai skrg. apa yg terjadi lepas itu, biarlah rahsia. Huhuhu...

    Memories in Roma. Huhu.

    ReplyDelete
  12. AA : Yang penting gaya kena over, baru mereka faham. hahaha

    Biq : Kepak burung jadi zoo? Hahhaa lawak jugak tu.

    HB : portion nasik tu memang banyak.a ku siap tapau dan makan balik pagi esok nya.. ayam tu actually setengah tu.. hah. kira ok la tu.

    JM : memang kalau pi china memang cam ni la jadi nya. tu yang kena tau bahasa cina skit skit...

    ReplyDelete
  13. JG : lama tak nampak ko. kursus apa tu? perbidanan ke?

    Kau makan roti sardin ikan apa mahal macam tu sekali.

    FJ : ilang la kejelitaan handbeg kalau buat aksi kencing kat tempat org. hahaha. tapi kalau dah terpaksa nak buek camno kan?

    SM ( Bukan supermeng malaya) : Memang betul betul tak pedas !!! makan macam makanan orang demam jer.

    ReplyDelete
  14. CL : kalau nak ke china. pegi blajar mandarin dulu, kalau x memang bahana ler kena cam ni.

    Tapi bila ingat balik boleh gelak tersendiri..

    AM : aku kan peminat tegar makan mameee.. part hidung besar tu aku tak ingat !

    ReplyDelete
  15. adoiii kelakar tol bab aksi tu hhhaah

    ReplyDelete