Pages

Thursday, March 7, 2013

Lek Lu, Sap Kok Lu

Pernah dengar rokok wap? Rokok elektronik? e-Rokok?

Sekarang ni kan trend. Kononnya sebab nak berhenti merokok jadi beralih arah ke rokok wap ni.

Tapi betul ke rokok wap ni berkesan?

Tanya lagi. Berkesan untuk apa?

Hahahahah.

Sebagai perokok tegar yang selalu menghabiskan duit beli rokok yang semakin mahal setiap tahun tu, aku pun ada konon konon mencuba beralih kepada rokok alternative ni.

Actually bukan aku yang beli, tapi ada orang kasi. So aku pun belasah je lah.

Ini packaging dia. Healthy life? Serious? Dua-rious?

Ni dalam dia. Dalam 1 set ni ada 2 batang rokok elektrik ni sebenarnya. charger dan sebagainya.

Ini rupa dia. Kat tengah yang glass tu la nanti nampak cecair yang di isi dari muncung atas tu ( kena buka part hitam)

Ini e liquid yang di jual. Ada macam macam perisa dan jenis. Pilih je.

Kiranya ini la complete set dia.

Jadi, apa motip entry ni? Adakah abang nak cas cas gigolo bagitau yang aku ada rokok ni?

* cengkerik berbunyi girang

Atau nak cakap pasal keberkesanan menghisap rokok ni dan melupakan rokok conventional?

Sebenarnya aku pun tak tau nak cakap apa. Hahahha.

Aku bagi tau apa aku rasa lah.

Aku dah cuba. Memang keluar wap lah then perasa tu terpulang pada apa yang kita pilih e liquid tu. Memula aku pilih lemon. Pastu aku hisap aku rasa macam hisap sabun basuh pinggan. Then buat campur campur dengan blueberry la apa benda haram. Rasa OK skit lah.

Tapi keberkesanannya pada aku rasanya tak de la kot. Tapi ada member aku boleh stop hisap rokok biasa selepas dok sedut benda alah ni. Lama lama dia macam tak nak dah hisap rokok biasa tu. So, mungkin la kot, ada orang berjaya tapi bagi aku tak boleh.

May be sebab aku perokok tegar kot.

Harga satu set ni di jual around RM65 sebatang tapi kena beli satu set ada 2 batang so jadi lah RM140 macam tu. Tapi ada yang jenis jenis lain boleh mencecah beratus ratus jugak harga nya. E liquid tu di jual dalam range RM15-25 ringgit sebotol.

Sebab aku tak berapa suka sangat, cuma kadang kadang je la aku hisap. Rasanya tak pernah charge sekali pun lagi aku punya. Sekarang ni pun ada macam macam berita di bagitau pasal penggunaan e liquid tu sebab di khuatiri juga memudaratkan kesihatan. Lagipun hisap rokok wap ni lagi susah nak stop, sebab dia bukan macam rokok batang tu. Abis tu abis lah. Ini selagi boleh sedut, sedut !!!

Membazir ke tidak, merbahaya ke tidak, tu masing masing tentukan lah. Dah besar takkan tak tau kot nak menilai. Tapi kalau yang sibuk sibuk dan rasa amat tercabar sudah tentu lah syarikat rokok. Kurang orang hisap rokok, gomen pun tak leh collect tax banyak banyak nanti. 

Tapi aku just nak bagitau, aku rasa macam nak tembak bertalu talu je kalau ada orang hisap rokok ni dalam kawasan tertutup pastu cakap.

"Aku tak hisap rokok. Aku hisap wap"

Aku pernah tengok ada orang hisap dekat dalam airport, office dan sebagainya.

Walaupun aku perokok tegar, tapi bagi aku ada sebab kenapa kita tak boleh hisap rokok ni atau pun rokok betul tu di kawasan yang selalu orang tak hidap rokok. Pertama sebab kesihatan orang sekeliling dan yang kedua sebab KESELESAAN orang lain !

Sebab tu lah, orang masak air kat dapur ! Walaupun asap tu wap tapi kalau dah masak tengah tengah rumah sah sah orang rasa tak selesa. Betul ke tidak?

Bagi yang berminat nak beli, baca ni dulu.

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun."

Aku tak de nak against benda ni atau nak menyuruh orang menggunakannya.

Tepuk dada laju laju, pastu selak baju. Tengok, ada rasa sakit ke tidak !

9 comments:

  1. katanya dah diharamkan kan? sbb gomen tak dpt tax kot hahaha...

    kelakar tgk org isap wap...mcm kena tipu jer kihkihkih! sekupang tetap dgn rokok sebenar dia...hmmm...

    ReplyDelete
  2. aku xtau nak komen apa sebab aku bukan perokok...

    *urut dada Meng sambil jilat aiskrim...

    ReplyDelete
  3. Biq : Syarikat rokok yang risau terlebih rasanya. haha.

    HB : kau beraksi gaya apa ni?

    ReplyDelete
  4. kompius jgk dgn e-rokok ni.. ade kate elok, ade kate x elok.. tapi, ape yg aku tau, hasben aku pun awalnye layan e-rokok ni.. lelame balik semula kat rokok biase... Agaknye e-rokok ni x kaw kot....
    *alangkah bagusnye kalo x amik 2-2*

    ReplyDelete
  5. Rokok memang menyumbang kepada pendapatan negara.. hahaha... banyak pulak tuh.

    Tapiii rokok yg electric ni mmg takdok tax kan... nampak mcm cool jugak sbnrnye sape2 yg smoke ni... masculine gittew.. pengsan

    Ohh hulubalang ni bukan perokok tegar ke?

    Ada sorg my kawan nih dia perokok tegar,

    "boleh iols smoke sini tak"

    terus iols jawab nooo uols kenot!! hahaha cian dia..

    ReplyDelete
  6. ministry of finance menegaskan memang rokok menyumbang kpd pendapatan negara tp sebarang alternatif utk mengurangkan risiko kematian berpunca dr amalan merokok amatlah disokong oleh kerajaan dan tidak pernah dikompromi waima melibatkan pengurangan cukai kpd kerajaan sekalipun. Sekian.
    - wakil mof

    *lariii laju2...hiks

    ReplyDelete
  7. kalau iols jadi kawan FJ. Iols hembus je kat baju FJ yg mahal mahal tu. hahahaha..

    * tabur bunga rampai ke arah jurucakap MOF.

    ReplyDelete
  8. kata2 perokok tegar "kalo nak mati, macam2 cara bleh mati. kalo tak sap kok pun mati, sap kok pun mati. baik isap, sedap gak..."

    hahahahahahahahaha! pak ein kata "org tua susah nak benti..." sambil curi2 sap kok blkg anak2 dia patu offer kat para menantu...

    ReplyDelete
  9. dengan hiba dan ketawa kecil aku terpaksa bersetuju dengan statement tu.

    hiks.

    tapi kalau dah terbaring lesu sakit, baru la nak menyesal ye dok.

    ReplyDelete