Pages

Wednesday, March 6, 2013

Jom Jalan Jalan : Batu Caves

Eh. Eh. Eh.

Nak gi mana tu?

Meh sini aku nak tanya.

Korang pernah teringin nak pegi Batu Caves? Ya. Batu Caves yang dekat Gombak tu?

Aku tak pernah ! Selama aku hidup, tak de pun terfikir nak datang sini. Lalu depan ni dah berpuluh ratus kali kot tapi tetap tak de keinginan nak datang. Cuma hari tu IH cakap dia training naik turun tangga Batu Caves sebelum panjat Kinabalu jadi aku terfikir jugak la nak jenguk apa ada di sini. 

Lagipun takut nak datang. Padahal kalau pegi oversea tak de masalah pun nak melawat tempat tempat macam ni.

Jadi. Hari tu masa balik dari Air Terjun Lentang tu, sebab kecewa memory card aku corrupt dan kebetulan pulak ada memory kad lain. Aku pasang kat kamera dan ambik ambik gambar.

Pastu lalu pulak kat area Gombak tu then aku cakap kat OR.

"Yang. Kita pegi Batu Caves nak?"

Dan dia tak de masalah. Dia setuju je.

Idea spontan macam tu la yang membawa aku ke Batu Caves.

Sebab aku dah pegi, so aku bawak korang pegi bagi yang belum pegi.


Patung Dewa Murugan dan tangga ke kuil

Semua orang tahu kan, Batu Caves ni merupakan sebuah bukit batu kapur yang terkenal kerana mempunyai kuil penganut agama Hindu. Terletak lebih kurang 13 kilometer di utara Kuala Lumpur dekat dengan area Gombak sana.

Nama Batu Caves ni berasal dari nama kampung di situ iaitu Sungai Batu. Batu Caves memang terkenal khususnya kepada penganut agama Hindu dan Dewa Murugan yang juga merupakan patung besar yang berdiri di hadapan tangga ke arah kuih. Di khabarkan patung tersebut merupakan patung Dewa Murugan yang terbesar dan tertinggi di dunia !

Pembentukkan batu kapur ini terjadi lebih kurang 400 tahun dahulu dan menjadi tempat perlindungan orang asli Temuan dan menjadi popular selepas kuil di bina dan perayaan Thaipusam di sambut di sini. Now orang asli Temuan tu tak tahu dah ke mana berpindah randah. May be dah kaya dan duduk Kondo. Dah tak macam orang asli dah.

Kuil suci agama Hindu

Kebetulan masa aku sampai ada perayaan Murugan sebelum Thaipusam di raikan. Ada la nampak orang bawak kavadi dan sebagainya.

Aku pun sama menyibuk macam orang lain. Hiks.

Bak kata OR kat Hero.

"Papa suka la tu nak datang jenguk kaum kerabat dia"

Hero pening pening tak faham.

Ini pintu gerbang sebelum menaiki tangga.

Terdapat 272 anak tangga.

OR pun bilang time dia turun. Aku tak sempat nak bilang sebab mengah.

Actually aku naik sorang memula. Aku ingat dia tak nak naik, so aku naik je la panjat tangga sorang sorang. Tapi lepas tu dia jumpa parking kot.

Tak pernah terfikir aku bakal sampai ke dalam gua ni.

Nak tau apa ada dalam ni?

Jom !


Ada banyak monyet monyet berkeliaran.

Macam biasalah, kuil lagi pun. Memang banyak monyet ni. Nampak macam tak berapa nak kacau orang tapi tak tau lah.

Merpati pun banyak berterbangan. Macam banyak yang duduk kat tepi tepi gua ni. Kelawar mungkin ada tapi aku pun tak nampak.

Monyet Batu Caves

Sebaik saja melepasi 272 anak tangga tu, ambik nafas kejap.

Nampak macam tinggi jugak. Tapi rasanya OK lagi kot. Jalan slow slow la. Anak tangga dia pun kecik kecik so boleh langkah 2 tangga sekaligus kalau nak cepat.

Sampai je macam ada pintu masuk ke dalam gua.

Siap ada gerai orang jual cenderamata dan jual air

Jual FM pun ada tapi mahal

Lepas masuk ke pintu yang atas tu nanti macam ada satu kawasan lapang.

Dalam dia dah di buat lawa lawa siap dengan lampu semua. Ada laluan untuk penganut Hindu ke kuil dan ada juga laluan untuk tourist.

Pandai pandai ler baca.

Nampak depan sana ada lagi satu tangga? Atas sana la kuil sebenar nya

Melangkah terus. Kalau ikut laluan kiri tu akan ada satu kaunter. Rasanya tempat penganut penganut ni tinggal barang kot. Kalau pelancong ikut je belah kanan dan terus boleh naik ke atas.

Jom naik tangga lagi.


Dua tiga kali aku cuba pastikan dengan orang India yang aku jumpa sebab dia orang naik atas berkaki ayam tapi pelancong macam pakai selipar je.

"Can I go in?"
"Yes"
"Can I wear slippers?"
"Can laaa"

Macam tu dia jawab. 

So aku naik je la. Tengok mat salleh dengan minah minah arab selamba bomba je naik.

Dan kat atas ni la ada kuil yang sebenar.

Kuil di dalam gua

Stalaktit

Yang menarik bila dongak ke atas ada lobang. Bukit ni tak berbumbung sebenarnya

Dalam gua di bahagian paling atas

Pandangan dari bahagian hujung dan arah pintu masuk

Limpahan cahaya dalam gua

Beburung merpati

Lepas aku nak keluar tu, turun setengah anak tangga nampak OR dengan Hero.

Hero kata nak naik jugak, so kami naik semula sekali lagi ke atas.

Dahaga beli air. Air 100 plus botol sederhana tu RM4.00 sebotol. Ada pulak orang jual helikopter control kat atas ni. Hish. Mula la Hero mengaruk. Aku tak nak belikan, muncung dia tarik muka turun tangga sorang sorang.

Merajuk ler tu. Hari tu aku dah beli dah rosak dah pun.

Sah sah beli kat atas ni mahal gila.

Kedai jual air dan cenderamata. FM pun RM8 seketul

Ini pemandangan dari atas sebelum turun tangga semula

Bagi mengekalkan ekologi gua, terdapat tour pendidikan dan kembara oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Tak pasti macamana nak join, macam tutup je hari tu

Turun bawah beli FM kat bawah.

Murah je. RM15 untuk 3 ketul. 

Ada banyak jugak cenderamata lain di jual di kawasan bawah ni. Kedai makan pun ada. 


Kalau tak de acara parking agak senang. Sekali masuk RM2. Parking yang kat bawah bawah ni je. Kalau ada acara payah skit la. Macam hari tu nasib baik la, sebab aku masuk dulu then aku nampak ada tempat parking kemudian baru OR drive kereta masuk parking kat dalam. Tapi lambat sebab dia kena pusing balik semula.

Siap dia bergaduh dengan keling mana ntah sebab parking kat luar bawah jejantas tu nak charge RM5.

Apa apa pun, tempat ni OK jugak di kunjungi bagi melihat sendiri Batu Caves ni. Tempat ni menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia, takkan la kita tak mahu pegi usha, betul tak?


Di khabarkan, cable car bakal di bina untuk naik ke atas Batu Caves ni nanti !

* urut dada


Dah abis lawatan. Sila keluar dan balik ke rumah masing masing. Dah nak maghrib. Tempat semayang kita bukan di sini.

Syuh ! Syuh ! Syuh !

12 comments:

  1. aku sebenarnya teringin gak nak tgk apa ada kat dlm gua ni, luas gak ek meng? mekasih la bagi aku "merasa" experience naik tangga, masuk dalam gua ni hahahaha.

    FM tulis batu caves ada tak?

    ReplyDelete
  2. omaii...aku pun x pernah jejak kaki ke batu caves ni...

    apsal ekk patung2 dewa dorang mesti ada iras2 kaum dorang gak? hehehe...

    *tepuk dan ramas2 dada meng...

    ReplyDelete
  3. teringin jugak nak pegi..dah lama sbnrnye tapi takut gak orang pikir ape kan..tp ni tengok cam takde ape..bole la masuk dalam list hihi

    ReplyDelete
  4. meng,

    aku nak copy paste soklan ko kt atas tu...tp xboleh..hiks..

    aku mmg teringin sgt nak pg batu caves ni.sbb sini mmg rata2 jd port training sesape yg nk memanjat gunung kinabalu..tp masalah mak jemah ni xtau jalan..dr nak ke batu caves, harus aku sesat p tmpt lain..

    btw, mmg feel la baca post pasal batu caves ni.thumb up utk meng!



    ReplyDelete
  5. Batu Caves ni sepelaung je dari umah family aku.. tapi skali pun aku tak penah pegi... huhuh

    ReplyDelete
  6. Biq : FM Batu caves tak de kat sini, tapi aku pernah jumpa kat CM. Kat CM tu, FM satu dunia pun ada !!!

    HB : Aku tak dpt nak jawab soalan kau tu... hahaha.. kena tanya pada yang arif..

    CL : Kalau mak mak tau mesti dia org question. Tapi kalau pegi tengok2 je tak de masalah kot. Masjid pun org lain boleh melawat..

    DATT : Apa soalan nya? Rasanya ada LRT kat situ, boleh je naik LRT sampai sana.

    AZRA : hah apa tunggu lagi.. cargas !

    ReplyDelete
  7. mcm penah baca je meng entry nih... bukan dh penah buat ke? kekeke... kene pegi nih! hahah boleh kurus. haiiyarrkkk !

    ReplyDelete
  8. oi henry fox. tu may be kau baca di blog megan fox.

    ReplyDelete
  9. henry fox salah tu, yg ko penah buat tu part guling2 tu, len kali tanya mak esah...

    ReplyDelete
  10. kalau islam boleh pergi ye ..? masih ragu ragu .. banyak kali nak pergi , teragak agak , kang masuk orang pandang pelik lak .. tolong jawab guys ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi boleh je. tak de masalah pun sekadar nak tengok dan melawat. janji tak terpesong..

      Delete