Pages

Tuesday, March 5, 2013

Starz Garden, Sogo

OK.

Nak cerita pasal di Sogo lagi.

Sapa yang tak suka shopping di Sogo? Sila lambai lambaikan bulu ketiak paling bongsu?

Rasanya ramai yang suka sebab semuanya ada di bawah satu bumbung. Apa yang melecehkan di sini adalah sebab orang ramai. Ya la. Sogo ni hari hari ada sale. Orang berpusu pusu dari ceruk rantau mana ada. Nak nak kalau kita ada anak pastu nak shopping punya la nazak.

Tapi !

Listen here. You listen. Listen !!!!!

* mati la marah orang

Bagi sesiapa yang suka shopping di Sogo. Kini anda tidak perlu risau dan gundah gulana lagi !

Especially kalau ada anak kecik dan ada laki la. Sebab laki yang nak kena jaga anak. Bini bini boleh gi shopping. Kalau bini bini yang gangster boleh pegi merayau lama sikit dan tinggal laki di tempat ini.

Di tingkat 7 Sogo tu ada satu kawasan untuk budak budak.

Actually, aku naik atas ni sebab Hero nak main game. Tapi aku saja la malas nak bawak dia ke tingkat atas sekali tu, so bawak pusing merayau rayau. Dia tu kalau dah jumpa game kang tak nak bergerak. Aku jugak yang panas hati menunggu.

So jumpa tempat ni, dia kata nak masuk.

Aku kasik can dia masuk kejap sebab aku tau kalau dia masuk tak lama ler kot. Mostly untuk budak budak kecik lagi OK lah ( 3 - 10 tahun ). Nama dia Starz Garden.

Mari usha apa yang menarik di sini.


Entrance. Masuk kena RM6 se jam

Main sampai puas. Ibu ibu boleh facebooking dan bergossipan

Anak anak boleh berguling guling tanpa batasan

Banyak jugak la benda dalam ni

Budak budak mesti nya suka

Ada banyak games jugak

Dan boleh main tampal tampal kaler kaler tu

Tapi !

Pemandangan biasa yang boleh di lihat di sini since bapak bapak yang ramai kena jaga anak walhal mak mak sibuk shopping adalah cam ni.


Ya. Semua ayah akan membiarkan anak mereka bermain dan cari port untuk tido ! 

Ada dalam dua tiga orang yang aku nampak cari port hujung hujung dan membuta riang.

Nasib baik Hero tak lama. Kalau tak, dah lama aku pegi tidur dalam bilik baby ni.

Inzal tengok bantal bantal bergelimpangan ni

 Menarik tak?

Anyway.. lepas ni boleh gi shopping kat Sogo dengan aman. Tapi kalau makan di The Loaf tu, jangan lupa check bil. Hiks

10 comments:

  1. meng,

    mcm luahan sorg suami yg ditinggalkan isteri yg sibuk bershopping..hiks.

    ReplyDelete
  2. cam best jer tempat nie .
    Lengkali leh lar tinggal AF kat sini

    ReplyDelete
  3. macam tu lah ciri-ciri suami mithali...hehehe...bila isteri shopping suami jaga anak...baru syok nak shopping tanpa gangguan..

    ReplyDelete
  4. Meng, muat ke ko nak tido dalam tempat tido baby tu????

    ReplyDelete
  5. DATT : x kisah sgt, janji aku cukup makan.

    TZ : tak best ek? aku suka je.

    pB : sila sila

    Ano : Tak de mithali mana nyer

    HB : kau gila nak suruh tido dlm baby cot. jahanam benda tu

    ReplyDelete
  6. 'umo2' mcm ko sesuai la kot... Mcm aku yg muda remaja ni x besh larrr... Hahahahahhaa

    ReplyDelete
  7. tq meng aku pn bru tau ada kids area ni..dh lama x pg shopping kt sogo ramainya umat amanusia mcm org nk g haji

    slalu kurg je pahala kalo g sana sb kutuk itu ini, sesak sgt khenn..dh tau nda ni sng la nk beli jiwa anak nant..hiks

    ReplyDelete