Pages

Friday, March 8, 2013

Jom Riadah : Tasik Raja Lumu

First of all, Takziah kepada anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu.

Al Fatihah.

Tahu tak ada tasik nama nya Tasik Sultan Sulu Raja Lumu? Tak tahu?

Tahu Shah Alam di mana?


Yezza. Tasik Raja Lumu ini sebenarnya terletak di Shah Alam.

Aku pun baru tau tasik tu nama dia Tasik Raja Lumu. Selama ni pernah la lalu lalang tapi tak pernah nak masuk ke dalam. Tengok kat blog Anash Coconutz nampak menarik, jadi apa kata kononnya aku pegi beriadah dengan OR pastu bawak Hero naik basikal pusing pusing tasik?

Hebat tak idea tu?

Of choss la hebat. Lebih lebih lagi untuk aku yang mengenal erti riadah itu adalah bersamaan dengan tidur saja !

Tapi sebab aku kan beriadah, penat berlari, tak leh nak cerita banyak. So tengok gambar je lah.

Terletak dekat bangunan bangunan ni. Actually parking kat area ni. Bangunan apa yang macam Sydney Opera House tu?

Nampak masjid. Tandanya sudah mula boleh berlari lari 

Oh. Agak lawa walaupun mendung. Ambik gambar sat

Nampak bangunan bangunan sekitar Shah Alam

Close up sikit

Ramai orang berjogging jogging di sini

Ada 12 point untuk exercise di kawasan ni. Sesuai untuk buat latih tubi. Kalau tak larat aci je kan buat sekali  setiap satu. Hiks

Bawah kubah emas tu ada orang berendut. Aku pegi kacau daun kejap mereka nak sapu sapu muka pasangan masing masing.

Masjid Shah Alam dari kejauhan

Sign Tasik Raja Lumu. Jadi aku tak tipu !

Hah. Dah abis satu pusingan

Rehat jap. Hisap rokok sebatang

Ada replika tapak kaki DYMM Sultan Selangor

Setelah penat beriadah sampai peluh merecik recik keluar dari segenap liang roma yang ada, maka kami pun memulakan langkah untuk acara selepas itu.

Acara selepas itu? Apa kah itu? Pusing tasik sekali lagi kah?

Kami pun................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Makan ! (Gambar ehsan google sebab segan nak ambik gambar time makan)

Ya. Kami pun pergi makan di WongSolo di Shah Alam sana.

"Yang nak apa?"
"Ayam penyet lah"
"Sama. Eh. Ada Udang berlado dengan petai. Nak?"
"OK jugak lah. Tapi petai tu awak makan ke?"
"Awak la makan, saya makan udang je. Tu meja sebelah makan sotong goreng tepung. Macam menarik je. Oder jugak lah"

See?

Jadi apa makna semua riadah riadah dengan peluh ala ala memercik sebab simbah dengan air mineral feeling feeling baywatch tadi?

Jawapannya.

Ha ah. Jangan jawab. Sapa jawab aku sumbat mulut dengan tisu jamban !

11 comments:

  1. Hehehe standard la tu bang meng lps riadah kite makannn hahahaha. Benci kan. Tapi nak wat guane. Lapar.

    Wong solo tu sedap ke tdk? Haritu mkn situ ngn omma hbs pntang makan nasik hahaha sebab teringin ayam penyettt.

    Btw berendut tu gapo. Kerlas theyols u lap peluh i, i lap peluh u konsep diaaaa.

    Abg meng slmt hr wanita to ur or n bw hihi

    ReplyDelete
  2. berendut? cam gampang...hahaha! *astaga biqqueeee!*

    dpn mesejid kot!!!

    eh banyak bangunan kaler biru ek kat shah alam ni? cun gak mirroring tu...ingat NZ je hade? hahaha!

    ko ni cam pak ein! pas cycling 1km, terus roti canai 2 keping, nasik lemak sebungkus! ape citeeeeeeee...hahaha!

    pastu *kena sumbat dgn tisu jamban*

    ReplyDelete
  3. berendut tu maknanya aku pegang ko..ko pegang aku...hehehe ringkasnya berdua-duan secara romantis...atau beromen la senang citer wakakakakakakakaka

    aku dok shah alam ni pon x pernah pusing abes tasik tu...hehehe

    ReplyDelete
  4. FJ : sedap la wongsolo ni. sila menchoba..

    Selamat hari wanita to u too.

    Biq : Berendut adalah kata kerja sebelum berenjut. hahaha..

    Berendut = berdating. Pandai Balang. Mesti biasa berendut ni...

    ReplyDelete
  5. meng,

    as usual, gambo mmg cun..lmbt komen sbb internet gua prob td...xtentu arah aku dibuatnya...haha..

    aku smlm br makan ns ayat penyek kt komuter UKM, restoran pak haji ape tah..murah dan sedap..ayam bapak besar..boleh share 2 org..eh promote plk tetibe..

    ReplyDelete
  6. ayam bapak memang la besar. ayam anak kecik skit kot. ha ha ha.. nanti org dok area sana buleh gi try test

    ReplyDelete
  7. hahahaha...
    tempat org berendut tu la kami (saya dan DrSinga) dok hambek gambo mesjid...
    ehhh
    tak abis round rupanya kami?
    ada replika tapak kaki????
    laaaa.....
    (tq mentioned blog-tak-femes-itu)..
    *nyorok bawah jembatan pulau pinang sbb malu*

    ReplyDelete
  8. kelass meng joging sambil gear d tengkuk

    ReplyDelete
  9. Anash : Kalau pegi sesubuh hari, jalan pun x berapa nak nampak lagi apatah lagi replika kaki.

    AJ : tak payah nak ber'halunisasi' sgt.. sah sah riadah tak de acara lari lari.. hahahaha

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum... yg kat tempat kubah tu boleh bentang tikar n piknik x?... saya mcm nk g riadah ke sana.. terima kasih..

    ReplyDelete
  11. SN : boleh !!

    kalau tak de org bertenggek. sapa cepat dia dpt la kot sebab 1 tempat tu jer.. bawah tu ada macam meja batu...

    hampar tikar pun OK.. eh ke ada mcm bangku.

    tak pasti.. kena gi check sendiri.. tapi kalau nak picnic. kat bawah pokok tepi tepi tu pun OK...

    ReplyDelete