Pages

Thursday, January 10, 2013

Karangan Cuti Sekolah 2012 - Pangkor Island Beach Resort - Part 3

Nasib la hotel ni punya TV dan entertainment agak OK. So Hero ralit tengok TV je la time malam dan aku pulak pengsan tak berkesudahan.

Sampai la esoknya bangkit baru rasa kebah skit.

Tapi batuk still tak hilang sebab aku memang tak de bawak ubat batuk. Harap ubat selesema tu je la then makan penadol untuk kebahkan demam. Demam dah OK skit.

Yahoo !

Bangkit pagi dengan semangat yang menjulang tinggi sampai ke cucur atap then pegi breakfast dengan lahap.

Pagi pagi kolam tak de orang lagi

Aman damai. Bila petang je haru biru

Cuaca OK. Mendung tapi tak hujan.

Breakfast

OK. Breakfast dia macam biasa. Tak de la aku lahap mana.

Omelette ada. Nasik Lemak. Mee Goreng. Dan lain lain. Western dan Malaysian Food. Nak kata sedap sangat biasa biasa je or may be tekak aku masih out pasal perihal makanan ni.

Makan sikit je then dah tak mahu dah.

Pasal resort ni, bagi aku OK. Memang private. Memang privacy. Bilik OK walaupun agak lama sebab hotel ni dari zaman Pan Pacific lagi sebelum Pangkor Island Beach Resort ni ambik alih. So perabut bilik agak lama tapi still OK.

Cuma ada 2 kali bilik aku trip waktu OR nak panaskan air dari cerek. Call dia orang then dia orang datang pastu dia tukar kettle lain. Rengsa kalau time nak berak di hotel 5 bintang pastu tak de letrik. Bontot aku ni dah la hybrid.

* rebah tepi mangkuk tandas.

Lain lain OK. Signal phone OK. 3G pun OK.

Kalau family memang OK. Kalau honeymoon sangat OK. Nasib baik time aku kat sini tak de company buat apa apa trip ke team building kalau tak memang haru ramai orang. Mostly kat sini Chinese dan Mat Salleh. Melayu ada gak la sorang dua tapi tak ramai.

Kalau single traveller nak datang feeling feeling kat sini tak berapa sesuai sebab membosankan unless bawak ubat selsema dan mengantuk macam aku dan tidur la sepanjang hari kat sini. Tapi boleh je rasanya kalau stay kat hotel lain, pastu nak menyelinap masuk untuk ambik ambik gambar di pantai dan kawasan Teluk Belanga ni. Yang penting, kena buat muka mewah skit lah.

Kalau datang sini, bawak jajan sendiri banyak banyak. Ada kedai runcit tapi semua macam mahal gila. Sempat aku usha harga rokok pun RM14 sekotak. Belum kira harga minuman dan FM. Aku langsung tak beli FM kat sini. Tak teringat nak beli.

Lagi satu yang bangsat skit pasal resort ni, harga bilik adalah tidak termasuk breakfast. Jadi masa booking tu, ada option nak breakfast ke tidak. Lagi haru, sebab dia agak remote so nak keluar cari makanan pun payah. Maka kalau duduk sini, lunch dinner semua kena makan kat sini unless ada kenderaan nak keluar. Last resort, ambik je package breakfast dan dinner sekali masa booking. Harganya RM69.90 kalau tak silap for breakfast and dinner per pax  per nite !

Aku tak abis explore resort ni, tapi pantai dia agak luas. Boleh pegi dari hujung sana ke hujung belah satu lagi. Golf course dia pun agak cantik jugak ada pond apa semua tapi aku tak sempat nak snap gambar pun.

Bagi yang inginkan privacy dan private beach selain dari Pangkor Laut, yes. ini tempat paling sesuai ! Tapi Pangkor Laut tu memang untuk honeymoon sebab tak kan ada banyak aktiviti selain daripada beromen.

* baling pack kondom berperisa durian

Antara aktiviti yang ada

Pool Ocean Wings



Pagi tu lepas breakfast teman Hero mandi kat pool belah sini pulak. Kasik dia berendam puas puas sampai kecut. 

Aku lepak je lah kat tepi.

Pastu naik bilik, baring kejap then ready to check out.


Urusan check out juga mudah dan lancar.

Servis memang OK. Tak de masalah. Lepas check out then tunggu bas bawak ke jetty untuk ambik ferry.

Confirmkan ferry pukul berapa nak naik. Ada time time dia. 12.30 tengahari dan next pukul 2.30 so kena budget betul betul.

Aku dah ambik yang 12.30 tengahari.

Ini la bas yang membawa guests ke jetty Teluk Dalam

Pantai Teluk Dalam

Kawasan Jetty

Resort resort lain di Teluk Dalam

Jumpa Lagi. See you again

Pangkor Island Beach Resort sebelah bukit sana nuh

Ini jetty nya di Teluk Dalam

Dan ferry membawa kami pulang ke Lumut lebih kurang 20 minit. Bye Bye Pangkor.

bersambung.............

7 comments:

  1. tp air laut dia nampak x mengujakan la...sana xde xtvt snorkeling ke?

    ReplyDelete
  2. ohh x nampak lak xtvt yg ada kat pokok tu hehehe

    ReplyDelete
  3. musim hujan. cuaca mendung sepanjang zaman

    ReplyDelete
  4. meng...

    org kt pantai yg cantik kt pangkor laut..sbb tu mahal bebenor kt situ..

    tp rase mcm boring la pangkor ni..pg pulau lain lg best kot..

    ReplyDelete
  5. pangkor laut memang lawa tapi LAGI BOSAN TAHAP GABAN !!!!

    ok per pangkor, buleh beli ikan bilis bermata biru.... ( aku pun x jumpa )

    ReplyDelete
  6. pangkor pun ko leh snapganba mcm cun jeee pangkor tu. padahal...indah ganba dr rupe *tetibe* *ternyata ko fotografer handal* hahaha aku dh a few times g pangkor sbb umah mentua kt stiawan...pangkor ni nothing actually. tp ikan bilis yg besar2 berbaloi la beli..buat goreng cili :)

    ReplyDelete
  7. aku kena cari jugak la ikan bilis tu mcm ni...isk

    ReplyDelete