Pages

Wednesday, January 9, 2013

Karangan Cuti Sekolah 2012 - Pangkor Island Beach Resort - Part 2

Esoknya bangkit pagi masih mamai mamai.

Hero dah bising bising ajak nak gi mandi kolam lagi. Tak puas hati lagi dia sepetang berendam semalam.

Kami turun breakfast dulu.

Aku memang belum tawaf resort ni. Nampak macam menarik, tapi kalau tengok katil memang lagi menarik narik aku tido.

Pagi di Pangkor Island Beach Resort

Suasana pagi. Nyaman je tapi hingus dan batuk aku memang tak aman

Malam sebelum tu ingatkan hujan tapi OR kata tak hujan. Cuma petir dan guruh je

Pool nombor 2 di depan ocean view room

Pantai Teluk Belanga di pagi hari. Hujung sana tu villa

Breakfast di sini. Hornbill restaurant. Makanan dia banyak choice tapi tak de la sedap mana. Ke tekak aku memang tak leh terima?

Lepas makan terus aku naik bilik. OR teman Hero mandi. Ni bilik Garden View. Kat belah belakang. Memang nampak padang golf je la kalau duduk bilik ni. Ni bilik paling murah rasanya. Advise aku, avoid this room. View hampeh.

Pastu, tau apa jadi???

Ya. Aku pengsan lagi.

Lagi lagi kalau dengan OR. Setiap 4 jam dia akan jaga ubat aku. Pastu mula la keluar ayat nurse dia.

"Yang. Dah 4 jam. Awak kena makan ubat lagi"
"Hmmm"

Kang nanti Missy Elliot aku tu bebel. So nak tak nak dalam culas culas aku makan jugak. Hero je la tak tenang.

"Papa ni. Asyik tido je. Datang hotel pun tido. Tak seronok la macam ni. Hero nak mandi kat laut. Ibu tak bagi. Ibu suruh tunggu Papa"

Memang aku tidur tanpa batasan. Sampai la petang tu baru terjaga dan rasa OK sikit.

Dah petang balik semula

Kanak kanak pun riang bermandi manda

Ada la Ian Thorpe tersesat dalam ni bercampur dengan anak anak cina

Papa sambung tido kat kerusi tepi pantai ni

Sampai la Hero ajak nak mandi laut.

So aku teman dia mandi laut. Dia je la mandi. Aku duduk tunggu je.

Memang banyak aktiviti pantai di sini petang petang. Lagi lagi sebab private beach macam ni so tak de la ramai sangat orang. Hanya terbuka untuk guest yang menginap di sini jer.

Hari menjelang petang

Aktiviti pantai

Resort dan Ocean Wing building

Ni Pacific Wings - bilik penginapan kita orang atas sekali balkoni ke 4 tu

Aksi ghairah lagi seksi. Lepas bersunat ni makin montel budak ni. Makan banyak.

Pastu layan dia mandi kolam lagi

Pacific Wings

Ini bilik Lanai. Tingkat paling bawah. 

Masa aku check, bilik ni actually lagi murah pada bilik atas. Sebab nya tak de privacy sebab orang ke hulur ke hilir depan pool. Tapi aku dah confirm booking pacific wings, malas nak tukar. Dah susah nak turun naik. Kalau tak lagi senang la Hero nak lari pegi pool.

Kalau sapa sapa datang resort ni, double check dulu pacific room dengan lanai room, kadang kadang lanai room lagi murah tapi ianya dekat ground floor. Kalau couple ke nak privacy ke kureng skit, tapi kalau family memang mudah.


Pastu jalan jalan di kawasan Ocean Wings. Sini pun ada kids pool

Tunggu sunset

Pokok kelapa

Suasana petang

Sunset tak berapa nak ada

Villa. Ni bilik paling mahal. Tapi budak budak tak di benarkan.

Burung kenyalang ke enggang ni? 

Tempat makan dia. Kalau pagi pagi ada acara bagi dia makan kat sini

Aktiviti santai di waktu petang

Recreation counter. Banyak aktiviti ada kat sini, cuma kena check timing je lah

Lepas lepak lepak round round satu resort tu then lepak je la.

Kalau ikut plan, nak sewa motosikal la nak gi jalan ke luar resort pusing pusing Pulau Pangkor. Tapi apa kan daya. Kalau dah hingus tak abis abis meleleh.

Aku tengok jalan pun dah rasa macam tak berapa nak betul.

Jadi kita orang tak jadi la keluar. Lepak je kat resort. Ada teksi pink kat luar resort tu menunggu je kalau nak naik boleh deal dengan orang hotel rasanya. Makan kat luar murah skit la plus boleh jugak la melawat lawat kawasan. 

Nak beli Ikan bilis kat Pangkor ni kononnya.

Ikan bilis pun memang aku tak nampak di mata. Serious aku adalah dungu sekejap bercuti kali ni.

Petang tu layan tengok orang kiri kanan dan aktiviti pantai sambil teman Hero mandi kolam tak abis abis. Pastu dinner then naik bilik terus aku pengsan buat kesekian kali nya.









Ini la nama dia percutian yang memengsankan.

bersambung........

11 comments:

  1. apa reason dorang x bagi bebudak masuk villa tu?

    tu burung enggang la...ada ke burung kenyalang?

    ReplyDelete
  2. enggang dgn kenyalang x sama ke?

    reason dia tak bagi.

    1. privacy. tu org ramai honeymoon.
    2. security, kalau air pasang dia macam waterchalet kang bebudak terjun.
    3. mahai. dia suruh simpan duit buat belanja sekolah anak anak

    ReplyDelete
  3. hahaha reason tak bagi tu hampeh tul, abih tu water chalet yg sedia ada atas air kat tempat lain bleh jer ada budak2. cit!

    so kira trip ni ko buat coverage utk hotel je la ye senang cite hahaha.

    coli la pulokkk...ko naya lagi anak ko ye meng, hahaha!

    ReplyDelete
  4. reason yg no 3 tu aku percaya...

    sama ke kenyalang ngan enggang?? bukan hornbill? hehehe

    ReplyDelete
  5. tu la kena pegi pangkor balik semula...

    HB : yang pasti bukan pipit

    ReplyDelete
  6. Enggang sama enggang...

    Masak lemak dalam kualiii..

    Sedap tak iols nyanyi? Hahah. Adoila. Teringin nak duduk water chalet tp btulla tu mahal sgt. Baik simpan wat benda lagik herfaedah.

    ReplyDelete
  7. haah kecik. tapi ada 2 pools. yang depan ocean room lagi besaq

    ReplyDelete
  8. ikan bilis mata biru pangkor sedap...
    *tetibe hehehe

    ReplyDelete
  9. bukan setakat yang mata biru. yang buta tak de mata pun tak jumpa.

    next time je la cari yang mata biru.

    ReplyDelete