Pages

Friday, January 11, 2013

Karangan Cuti Sekolah 2012 - Dari Lumut Ke Sekinchan

Sampai di jetty Lumut OR cakap nak cari barang sikit.

Barang apa pun tak tau la. Kan banyak orang jual jual kat tepi tepi tu. Tapi yang pasti tak de ikan bilis kat situ kot. Ke ada? 

* mati la aku tak ambik pot.

Yang aku tahu, aku kelaparan.

"Hero lapar tak?"
"Lapar. Papa nak makan ke?"
"Nak"
"Papa, Hero nak pau"

Aku beli kan dia kuih pau.

Pastu dapat meja. Aku duduk order air.

"Papa. Nak pau lagi lah"

Beli lagi satu. Kaki paw betul.

Pastu aku order nasik goreng ayam. Dia nak jugak nasik goreng cina. Pastu air pastu makan lagi. Memang dia banyak makan lepas khatan ni. Badan pun dah naik bulat.

Tunggu OR shopping sampai kita orang abis makan. Pastu dia datang dia nak makan pulak. Tunggu lagi la then lepas tu baru ambik kereta dan off terus meninggalkan Lumut.

Hah. Time tu aku dah OK skit. Kebah skit la. At least boleh la beriang riang dan ambik gambar.

Benda pertama yang aku nak ambik gambar adalah ladang kelapa kat City di Awan (Sitiawan) tu.


Memang banyak pokok kelapa kat sini

Konon konon nak buat ala ala kat Nami Island tapi tak jadi

Kita orang siap berhenti tepi jalan pastu aku turun gi ambik gambar.

Main Zoom je tak berani nak masuk dalam kebun sebab macam semak je. Takut keluar ular kang.

Pokok kelapa yang banyak

Actually jalan ni dari arah Lumut

"Lepas ni nanti depan sana ada sawah padi"
"Papa nak berhenti ke?"
"Haah. Papa nak ambik gambar je"
"Hero ikut boleh?"
"Tak payah la. Kejap je"

Pastu sampai kat tempat sawah padi kat area nama Lekir.

Park kereta tepi jalan, snappy snappy.










"Tak berapa lawa. Kita balik ikut Sekinchan nak?"

Aku cakap dengan OR.

"Jalan elok ke?"
"Eh.. Elok Yang...... Lagi best, sawah padi kat sana tu mesti lagi cun"

Beriya iya aku ni mengesyorkan.

"Ya lah. Silap silap jalan berlubang lubang"
"Eh.. mana tau. Kita kan buat road trip ni. Tanpa arah tujuan. Kita jalan je. Mana nak singgah kita singgah. Kalau tak sampai rumah pun tak pe, kita tidur je mana mana malam ni?"

OR gelak gelak.

Hero setuju ajer. Yang penting hotel kena ada kolam

* pengsan

"Saya ikut Sekinchan ok tak?"
"Ikut awak lah"

Dan kami pun bergerak dengan harapan ni. Nak tengok sawah padi macam cerita Nur Kasih kat Sekinchan. Aku siap google nak cari nama tempat.

Sebelum naik jambatan Sultan Azlan Shah? ( aku lupa )

Gigih.

Sempat jugak snap kiri kanan tengok asal apa pokok ada kat tepi jalan.

Scenic la konon.

Kelapa sawit pun ambik

Nampak ladang tebu pun berhenti ambik gambar

Pastu pokok apa benda ntah.

"Yang. Tu tak nak ambik gambar ke?"
"Keji nampak?"

Pokok ntah apa apa dia suruh aku berhenti ambik gambar.

Pastu ladang pisang. Ingat memula nak ambik tapi tak jadi.

"Nanti la. Depan lagi mesti ada"

Aku lah tu cakap cam tu. Haram lepas tu tak ada. Sudahnya sampai Sabak Bernam

Selamat pulang ke Negeri Selangor

Lepas tu sepanjang jalan nampak orang jual Mentarang.

Tak tau la mendapa. Memula nampak buat tak tau je. Pastu siap aku pesan kat OR.

"Snap Yang mentarang ni"


Dia ambik. Pastu dia cakap.

"Yang. Teringin la nak makan mentarang bakar tu"
"Haa. Tak pe. Kang kat depan mesti ada"

Lebam !

Tak de lepas tu. Haram tak de. Aku ni mentarang tengok pun tak pernah, inikan pulak makan.

"Kempunan saya"
"Nak patah balik?"
"Betul ni?"
"Hmm tapi macam dah jauh. Tak pe la jalan je la depan dulu, kot ada"

Hero siap menyampuk.

"Papa kena pusing la bagi OK hati"

Dia nak cakap bagi 'puas hati'

Pastu jalan lagi. Last sekali jumpa kampung Sungai Burung. Sekinchan.

Masuk.

Tengok tengok.




Oh tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!

Kenapa kat area ni dah musim menuai?

Dah tak de padi?

Kenapa tak de macam kat Sitiawan tadi????

Kenapa?

Kenapa?

Why?

* keluar air mata darah

Kecewa. Jalan je terus.

Last sekali sampai Tanjung Karang dah.



Pastu nampak orang jual mangga tepi jalan.

"Macam sedap je. Berhenti la Yang. Nak beli mangga"

Aku stop kereta tepi jalan. OR dah keluar kaki sebelah.

"Tak pe la Yang. Kita berhenti kat yang ada sawah padi lah. Mesti ada kat area depan depan nanti"

Tau apa jadi lepas tu?

Haram !!!

Kedai mangga sebijik pun tak de lepas tu. Kecewa nya. Padahal kaki dia dah keluar nak gi beli kat gerai tadi. Makcik kedai tu pun dah senyum simpul nak menerima pelanggan. Mesti dia pun kecewa jugak.

Punah ranah musnah jiwa raga.

So kira kempunan lah. Aku kempunan nak tengok sawah padi. OR kempunan nak makan Mentarang dan beli mangga.

"Agaknya sebab awak tak berhenti semayang lagi"
"Betul la tu"

Terus insaf. Aku lah. Dia cuti. Singgah Petronas lepas tu. Sempat beli kerepek. Makan la kerepek. Mangga tak dapat, mentarang pun lebam !

Pastu sampai Kuala Selangor dah tak de apa dah, terus je masuk LATAR 


Tol LATAR

Lepas bayar tol nak masuk KL then OR cakap.

"Nak makan tak Yang?"
"Boleh jugak"
"Eh tadi kita dekat dah dengan Jeram kenapa tak gi makan kat sana ek?"
"Haah"
"Pusing lah"
"Huh?"
"Ya lah. Awak kata road trip kan tanpa arah tujuan. Ni boleh la kita patah balik?"
"Argh. Tak de.. Dah sampai KL dah. Dah tak de road trip road trip nya. Balik rumah je sudah"

Begitu la misi road trip yang gagal.

Singgah kedai makan mana ntah. Kami melantak makan. Masing masing berdukacita tak berkesudahan.







"Nanti kita pegi Sabak Bernam makan Mentarang tu Yang nak?"
"Pastu boleh kita gi Sekinchan tengok sawah padi kan?"

Kucing yang memerhatikan dialog busuk dua manusia yang kecewa dan duka nestapa

Oh. 

Lupa nak cerita pasal manusia yang ke tiga.

Ian Thorpe pengsan sepanjang jalan. 

Rupa rupanya nak demam. Balik rumah, dia pulak batuk, selsema dan demam. Jangkit Papa. OR pun turut sama selsema lepas balik tu. Bahana angin Pulau Pangkor dan percutian cuti sekolah hujung tahun 2012.

TAMAT.

13 comments:

  1. Papa Jahat..!!! sian OR semua x dapat. ihiikk..

    Pokok durian xde ke Meng ko ambek gambonye?

    ReplyDelete
  2. ha mmg pengajaran sungguh, kitorang penah gak nak beli jagung, skali ingat ada kat depan, takde! so next time bila nampak je apa2 nak tgk or beli, SILA BENTI! hahaha!

    umah aku ada kaktus, ko tanak snap? *lariiiiiikkk*

    ReplyDelete
  3. ada pakej sekali makan dgn nasik ambeng tak?

    * lompat pocong

    ReplyDelete
  4. Nasik ambeng tu hapa?

    Tu lahhh lain kali bang meng nampak je benti.. macam iols ni... punyalah tamak... asal rasa nampak je terus nak buat

    contoh 1)

    nampak yen murah 3.66.. iols dah tukar last 3 weeks.. tukar semuahhh plak tuh.. skali now 3.46. hahahh vencikk

    contoh 2)

    haritu nak pi beli baju kat vietnam, skali tgk sini cantik, takot tak jumpa dah.. beli skali byk... pastuuuu kat dpn ade yg lagik cantik and lagik murah.. rasa nak ketuk kepala sndirii.. hmmm.

    Semuanya kdg2 bergantung pada nasib.. untung sabut timbul untung batu tenggelam.. gituhh peribahasa.. mak iols cikgu bahasa melayuu ahahaha ok sekian.

    ReplyDelete
  5. ok. kaki paw mmg lawak. haha

    kesian OR...begitu aku plak yg kuciwahh

    ReplyDelete
  6. fida, nasik ambeng tu sila google. blkg opis aku ada jual setiap jumaat. oh ye, aku pun tukar yen :D tapi 3.51, jadi la...

    meng, ko nak lompat pocong tu napeeeee...menakutkan je lah! ko dtg umah aku, tlg basuh pagar, aku kasi ko upah nasik ambeng, ok?

    ReplyDelete
  7. pergh

    korang nak gi jepun lagi kah?

    * menangis sebelah maya karin atas pokok

    ReplyDelete
  8. Kalau aku jadi OR, aku mengamuk dah kot!! haihhh ko ni la somi2 yg menaya isteri hahahahahah

    ReplyDelete
  9. Biqque : Pegi Jepun lagi??? Tengah belah bagi nak tukar sekarang ker tunggu dulu sebab pegi April nanti....

    ReplyDelete
  10. tukar duit jepun tu buat bekalan jer :) mana la tau tak dpt tiket lain, aku blasah je gi sana...wahhhhh! mcm ada duit! *nanges tepi kolam*

    ReplyDelete
  11. siap siap nak gi jepung lagi la tu..

    fuh...

    org kaya kaya........

    ReplyDelete