Pages

Thursday, August 2, 2012

02 - Khmer-Ruk Cambodia - Phnom Penh - Killing Field

Akhirnya setelah hampir 40 minit naik Tuk Tuk, kami pun tiba di Killing Field !

Pernah dengar nama Pol Pot??

Apa? Bukan ! Bukan penjual periuk.

Pernah dengar mengenai Khmer Rouge?

Dulu kalau tengok Dunia Jam 10 mesti ada ni.

Baik lah.

Aku sebenarnya malas nak cerita panjang lebar pasal Killing Field ni sebab rata rata yang pegi Phnom Penh mesti datang sini dan bercerita pasal tempat ni. Agak cliche. Tapi sebab aku rasa macam memang wajib kena cerita sebab kalau tak cerita dan tak datang tempat ni memang kira tak jejak kaki ke Phnom Penh ni.

Apa yang menarik sangat ni? Mesti ada suara tertanya tanya kat belakang tu.

Hah. Yang barisan belakang tu.. Nak tahu ke????

* mati la macam ceramah Pas pulak.

OK la. Aku cerita mana yang aku tau.

Killing Field ni adalah tempat pembunuhan rakyat Cambodia oleh tentera Khmer Rouge di bawah pimpinan Pol Pot !

Tu je....................

Tapi tempat ini menyimpan misteri tersendiri. Walau kelihatan macam tempat tempat biasa, tapi selepas berada di sini, hati mesti tersentuh, perasaan sedih pasti datang membuak buak. Kebencian pada kekejaman manusia ke atas manusia yang lain.

Untuk memasuki kawasan ini, bayaran di kenakan sebanyak USD5 seorang termasuk alat audio pelbagai bahasa yang menceritakan secara terperinci setiap kawasan yang ada di sekitar Killing Field ini.

Ready?

Ayuh ! Mari kita masuk.

BW beli tiket dulu. Sorang USD5. Ada alat audio yang kita boleh dengar dan boleh pilih dari bahasa bahasa yang ada. Yang bestnya, Bahasa Malaysia pun ada !

So kita orang ambik Bahasa Malaysia.

See? Betapa sayangnya kami kepada negara sendiri walaupun berada di luar negara !

* peluk tiang bendera.

Ini pintu masuk

Sebaik saja masuk belah kanan tempat beli tiket dan ambik alat audio

Dalam kawasan Killing Field ini, telah di tandakan dengan nombor nombor tertentu di mana, kita akan dengar melalui audio dan setiap kali kita sampai ke setiap checkpoint, kita boleh tekan nombor pada alat audio tersebut dan mendengar penerangannya.

Semua orang dengar. Jadi walaupun ada ramai orang, suasana kat sini sunyi je. 

Cuaca hari tu pun ala ala mendung.

Sebaik saja masuk dan melangkah ke arah bangunan tinggi tu dan mula memasang alat audio kita akan mendengar dan bergerak mengikut nombor yang telah di tanda.

Aku ada simpan nombor nombor tu, so aku share dengan semua.

No 1 - Di perhentian Nombor 1 adalah pengenalan mengenai apa yang terjadi dan berlaku di kawasan ini sebenarnya. Pol Pot dan Khmer Rouge telah memasuki Phnom Penh pada 17hb April 1975 dengan misi untuk menghampuskan ethnic Cambodia di Phnom Penh sebab kawasan kawasan lain di Cambodia ini telah di kuasai oleh tentera Vietnam dan lain lain. Jadi Pol Pot ni mahu berkuasa di kawasan bandar ini dan sesiapa yang menghalang akan di bunuh !

Dan tempat Killing Field ini lah yang menjadi lokasi pembunuhan orang orang Cambodia yang tidak bersalah ini dan kebanyakkannya adalah bijak pandai Cambodia sendiri.

Faham?

Semua tekun mendengar

Ini alat audio yang digunakan

No 2 - Papan tanda menunjukkan perhentian trak oleh tentera Khmer Rouge yang membawa rakyat Cambodia ini. Pada waktu itu, trak trak akan tiba pada waktu malam dan menurukan sejumlah rakyat Cambodia di sini. Bagi mereka yang naik trak, dia orang tak tau apa tempat ini. Dia orang ingat kawasan perkumpulan sebelum di bebaskan. Tiada siapa tahu bahawa, sebaik saja mereka sampai di sini, tempat ini la akan menjadi lokasi terakhir mereka sebelum di bunuh !


No 3 - Kawasan Nombor 3 adalah bilik tahanan yang gelap dan suram di mana semua warga Cambodia ini tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak kanak di tempatkan buat sementara waktu sebelum mereka di bunuh.

No 4 - Pejabat Algojo iaitu orang orang yang melakukan pembunuhan pada mereka yang tidak bersalah ini.

No 5 - Bekas pondok istiadat untuk upacara upacara yang dijalankan oleh Pol Pot dan kuncu kuncunya.

No 6 - Bilik Simpanan Kimia. Bahan Kimia ini adalah untuk cubaan menghampuskan DNA dan digunakan untuk membunuh mangsa. Terdapat juga sebatang pokok berduri di kawasan ini yang di jadikan tempat pembunuhan rakyat Cambodia ini. Mereka menggunakan duri tajam itu untuk menamatkan riwayat rakyat Cambodia yang tidak berdosa ini. Kejam !

No 7 - Tapak yang ditemui telah menjadi kubur untuk 450 orang rakyat Cambodia. Mereka di bunuh dan di tanam di kawasan ini. 


No 8 - Bilik Simpanan peralatan membunuh. Dan bagaimana mereka di bunuh. Cara mereka di bunuh ni macam macam. Ada yang di cangkuk kepala dengan cangkul. Ada yang di tetak di kepala dengan parang. Di kelar hidup hidup dan macam macam lagi. 

No 9 -  Serpihan Tulang dan Gigi. Terdapat satu kawasan di mana dulunya mangsa di tanam di sini dan sekarang bila waktu hujan, tulang dan gigi akan timbul. Boleh di lihat dengan mata kasar. Pihak pengurusan Killing Field ini akan mengumpul semula tulang dan gigi setiap 1 bulan tapi sebab terlalu banyak, tulang tulang dan gigi ini tak abis abis keluar dari bawah tanah.

No 10 - Kebun Longan di mana mangsa di paksa bekerja sampai mati !

No 11 - Terdapat kawasan tasik di belakang Killing Field. Tak de apa pun, tapi hujung tu macam ada setinggan. Masa aku dengan BW sampai sana, ada 2 orang budak tengah kejar kami mintak duit. Tapi sebab masing masing tersumbat telinga dek alat audio ni, buat tebal muka je.  Jahat tak?


No 12 - Di kawasan kawasan tertentu dalam Killing Field ni ada bangku bangku di sediakan so pengunjung boleh duduk sambil dengar dari alat audio tu cerita cerita yang telah berlaku sewaktu kekejaman Pol Pot ini memuncak dari orang orang yang terselamat. Antara ceritanya mengenai kisah kehilangan bayi, cerita dari saksi saksi pembunuhan, perkosaan, saudara di bunuh di depan mata, kemarahan, kesepian, impian seorang ibu dan harapan, pengalaman di pukul, pengorbanan orang yang tidak di kenali semuanya ada dalam lawatan audio di Killing Field ni. Alat audio kita orang bahasa Melayu tapi rasanya bukan orang Melayu yang bercakap. So ada pelat pelat sikit. Tapi masih boleh di fahami. Macam cerita alih bahasa pun ya.

No 13 - Kubur beramai ramai. 166 mangsa tanpa kepala !

No 14 - Pemakaian mangsa - Ni semua baju baju mangsa yang telah di bunuh. Baju baju ini di ambil dari kubur kubur yang telah di tanam mayat mayatnya satu ketika dulu. Masih ada cebisan kain. Malah kalau tengok gambar yang ke dua di bawah ni, ada cebisan kain keluar dari tanah tu. Tu semua adalah cebisan asal dari mangsa mangsa yang telah di tanam di sini.


Nampak cebisan kain timbul

No 15 - Pokok pembunuhan.

Dalam banyak banyak lokasi, tempat ni paling meruntun jiwa. Tau kenapa? Ada sebatang pokok besar di sini, dan di waktu itu. Kanak kanak dan bayi di bunuh dengan cara di tonggeng kan kepala ke bawah dan kaki di pegang lalu di hayunkan ke pokok ini sampai pecah kepala mereka.

Dan mangsa di campak ke dalam satu lubang bersama ibu ibu mereka yang kebanyakkanya mati tanpa seurat benang akibat di rogol.

Babi kan dia orang ni?????

* begitu aku menahan dari tadi nak marah ni.

Pokok yang menjadi penyebab kematian bayi


Kawasan ini la mayat mayat bayi tadi di buang dalam sebuah lubang besar

No 16 - Kotak Gelas. Tulang tulang yang di kumpul


No 17 - Pokok Ajaib


Kenapa pokok ini di namakan pokok ajaib?

Kerana pokok ini lah yang menutup segala cerita duka kisah di sini dari didengari oleh orang orang sekitar kawasan Killing Field ini. Di atas pokok ini di pasang speaker kuat kuat dengan lagu lagu etnik Cambodia bagi melenyapkan jerit pekik mangsa yang di bunuh.

Sewaktu siang, lagu lagu di pasang untuk menaikkan semangat tentera Khmer Rouge dan di waktu malam, lagu di pasang kuat kuat berserta dengan bunyi generator untuk menutup kesengsaraan mangsa yang di bunuh satu persatu di sini.

No 18 - Stupa Peringatan

Ini bangunan stupa peringatan Killing Field

Bangunan ini la yang menjadi tugu peringatan dan menyimpan sejumlah tengkorak mangsa yang di temui di kawasan ini. Bangunan setinggi 7 tingkat ini di letakkan tengkorak tengkorak manga yang dibunuh oleh kekejaman tentera Khmer Rouge ini.

Setiap satunya pasti mengandungi cerita tersendiri

Rekahan pada tengkorak yang menujukkan bagaimana setiap mangsa ini di bunuh

Stupa peringatan

Kalau tanpa lawatan audio tempat ni dalam masa 10 minit je dah abis jalan. Tapi bila ada alat bantuan audio tu kita rasa ralit untuk mendengar penerangan tu maka jadi la dekat sejam lebih.

Apa apa pun aku rasa tempat ini adalah worth to visit. Tapi tak sesuai la bagi budak budak kecik atau yang lemah semangat.

Ada juga muzeum di sini. Ada dia orang pasang video tentang kekejaman tentera Khmer Rouge ni. Aku masuk tengok kejap je sebab skrin dia kecik sangat orang ramai duduk belakang aku tak nampak. Pastu ada gambar gambar yang berkaitan tapi tak boleh snap gambar dalam tu, so tak de la gambar.

Bangunan muzium

Kedai cenderamata

So dah abis lawatan ke Killing Field.

Kalau tanya aku wajib pegi ke tak tempat ni, aku rasa wajib !

Mari kita interview BW.

"To understand Cambodia you need to understand its recent history. This place is the saddest place I have ever heard about or seen. If you are in Cambodia, this is an essential stop off. For me it was more worthwhile seeing than Angkor Wat, which is a must also. It may be tough for the faint heart. This is one of the most touching places I've been to. So horrific but at the same time so respectfully done and a beautiful place"

Sekali cakap German daaaaa....

Memang ada macam macam perasaan bila melawat tempat ini. Benci. Sakit hati. Sedih. Lebih kecewa dan ralat sebab Pol Pot tu selamat hidup sampai ke tua. Tidak terseksa sebagaimana sengsaranya manusia manusia ini diperlukan. Dia membunuh hampir 1/3 rakyat Cambodia. Kira kira lebih 2 juta orang !

Kerana campur tangan dari UN, beliau lari ke sempadan, sempat berkahwin lagi dan hidup sampai ada cucu. Siap pagi pagi dengar siaran radio US !

Tapi yakin, dia nanti masuk neraka paling jahanam.

"Korang lepas kan aku ! Lepaskan aku sekarang. Biar aku bunuh manusia tak guna ni !!!! Lahanat punya Pol Pot, biar aku ambik machine gun si Mirah aku tembak bangsat ni 40 kali biar berkecai kepala dia. Jangan pegang aku. Lepas kan aku ! Lepaskan aku !!!!!"

Begitu aku in character tu.

I is emo.

"Demo beci ke ambo? Bakpo?"

Kill kill die die Pol Pot !

Nantikan cerita hantu Pol Pot ikut kami pulang.................... dan mungkinkah hantu Pol Pot yang jahanamkan lens kamera aku?????

bersambung..............

5 comments:

  1. rasa cam mengikuti kelas sejarah.. tapi suka laaa baca ur entry nie...
    haihh tapi kalo i memang i tak gie sebab memang penakut orang nyaa n sangat tacing.. kang x memasai i plak yang over nangis kat situ ngalah rakyat jelata die plak... huhu

    ReplyDelete
  2. btw i put ur blog dalam my faveret blog list k??

    ReplyDelete
  3. yang paling sadis , cara mereka membunuh bayi dan kanak kanak tu ...



    dalae hati dio , tak dok sifak kemanusiae langsung .....

    bunuh ...
    pah tu cicang cicang bui makae kor anjing jah Pol Pot tu ...

    ReplyDelete
  4. dulu aku slalu terpikir, kenapa org nak bunuh org, kenapa nak suh keje sampai mati...walhal, ramai org, lagi la cepat keje tu dihabiskan. sok kalo mati sume, ko nak perintah sape? ckp sorang2? ha? HA?

    aku mmg suka war history2 kat dunia ni. tapi menyirap skit la history pol pot ni. mmg babi yg makan babi sgt!

    *mengucap*

    baiklah...teruskan lagi. tengah recall trip aku ke sana...bestnyerrrrrrr...

    ReplyDelete