Pages

Thursday, August 2, 2012

08 MasterChoi Selebriti Ramadhan - Petani Moden - Set Makanan Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kita dalam arena pemasakan yang diberi nama Masterchoi 2012. Kali ni gua dijemput sebagai seleberiti anda. Tanpa membuang masa let check out apa gua nak masak hari ni. Gua pasti resepi gua adalah resepi paling bajet dalam masterchoi kali ni.

Sila undi gua. Jom layan gambar dulu.


Kita mulakan dengan aksi masak nasik.

Bahan-bahannya ialah:

1) Beras. Bergantung berapa ramai jemaah yang nak makan nanti. Untuk lima orang gua rasa dalam 500g cukup la. Baru RM1.30
2) Air. Untuk penjimatan korang boleh pakai air sungai macam gua. Tengok la geng betapa bajetnya gua.
3) Garam. Takde pun takpe.
4) Buluh. Kalau takde buluh, korang boleh ambik pili bomba sebagai ganti. Tapi mungkin ambik masa lama sikit nak masak. Boleh jugak ambik tiang telefon dan kerat pendek-pendek
5) Daun lirik. Daun ni susah dapat. Korang boleh ganti dengan daun pisang. Kalo takde jugak, korang ambik je baju-baju lama yang tak pakai. Potong jadi macam sapu tangan.
6) Kayu api. Ini pun tujuan untuk jimat jugak. Korang boleh pakai dapur gas.

Cara-cara masak:

1) Basuh beras serta selawat tiga kali. Lepas tu gaul sedikit garam.

2) Letak beras atas daun lirik. Lepas tu korang lipat macam korang nak buat tapai atau nasi lemak dan masukkan dalam buluh tadi.

 

3) Masukkan air bagi penuh dan letak tepi api macam masak lemang. Tempoh masa bergantung dengan ketebalan buluh. Gua pakai buluh apa ntah tebal nak mampus. Dekat sejam gak nak masak. Nak cepat, pakai buluh lemang. Kalo pakai pili bomba gua tak tau tempoh masa nak masak. Tambah air kalau nampak air dah kurang.

 

4) Bila korang tengok air dah mendidih, itu tandanya nasik dah masak. Korang biar dia mendidih dalam 5 minit. Pastu angkat dan tuang air. Keluarkan bungkusan nasik tadi. Taraaa.. Dah siap.

 

Sebenarnya, kalo nak mudah korang masak pakai je rice cooker. Tapi, harus diingat, korang takkan dapat aroma daun lirik.


Serius, nasik ni makan begitu sahaja pun sangatlah sedap.

Ok. Selesai masak nasik, gua nak ajak korang masak lauk pulak. Nama dia Ikan Bakar Ebi Adabi Tersepit.

Lets check out.

Bahan-bahan:

1) Ikan. Kalo nak jimat korang boleh pegi memancing macam gua.


2) Perencah nasik goreng Adabi. Kali ni gua cuba memenuhi kriteria "simple". Mudah sikit. Takde la susah-susah nak cari lengkuas, serai, halia, cabai dan sebagainya. So korang takde alasan tak nak undi gua. Sebungkus RM1.20. Gua pakai dua bungkus.


3) Marjerin. Ini nak bagi kewangian semerbak mengharumi maya. Gua tak tau berapa harga menatang ni. Pakai sikit je pong.


4) Garam
5) Asam jawa. Takde asam jawa, asam keping pun boleh.
6) Semanggang nak kepit ikan. Gua pakai buluh. Korang takde buluh, boleh ambik hanger baju. Ambik batang penyapu pun boleh.

Cara-cara masak.

1) Bersiang ikan, belah perut dan kasik rendam dalam campuran air garam dan asam jawa. Tujuannya ialah untuk mengurangkan hanyir ikan. Korang rendam dalam dua jam.


2) Lumur perencah nasik goreng tadi dan perap selama seminggu. Haha.. Gua tipu. Perap sejam dua dah ler.


3) Kepit ikan tadi celah ketiak buluh dan letak atas api.


4) Masa ikan dok atas api, boleh la korang sapu marjerin atas body ikan. Jangan lupa kalih ikan tu. Kang hitam sebelah ikan korang. Agak-agak ikan dah masak korang boleh angkat. Tempoh masa untuk ikan tu masak bergantung dengan kadar kekuatan api dan jarak antara ikan dan api. Nak cepat korang campak terus ikan dalam api.

5) Sedia untuk dihidangkan.

Mintak maap ye gambar lepas dah masak takde. Gua malu nak tunjuk. Mak gua punya angkara. Ikan gua menjunam masuk dalam api masa mak gua tolong gua kalihkan ikan tu. Tapi masih lagi boleh dimakan.

Peringatan untuk korang. Korang kepit ikan tu bagi ketat sikit. Lagi satu, gambar gua pegang ikan tu wayang je. Itu gambar masa gua masuk hutan hari tu. Sebenarnya gua beli ikan di pasar. Sekor RM10.

Nasik sudah. Lauk sudah. Sekarang minuman pulak. Namanya Young Coconut with Old Lemon

Bahan-bahan:

1) Kelapa muda. Tiga bijik cukup la untuk lima orang.

 

2) Lemon (Aku rasa limau ni nama lemon. Nama melayu aku tak tau apa kemende nama dia). Kalau takde, limau nipis dan limau kasturi pun boleh jugak. Tapi rasa dia tak se-best pakai lemon. Limau purut dan limau bali aku tak pernah try.

3) Gula

4) Garam

Cara-cara:

1) Ambik galah dan pergi kait kelapa muda. Gua sebagai petani moden, memang takde hal la nak kait kelapa. Korang sila pegi cari kat gerai tepi jalan.

2) Kupas kelapa. Boleh saja nak tetak belah kepala atau sebelah bontot. Mana-mana asalkan bahagia.


3) Tebuk lubang dan tuang ke dalam jag. Cara terbaik ialah dengan menelangkupkan kelapa di atas jag.

4) Belah kelapa dan ambik isinya.

 

5) Bancuh gula dan sedikit garam dan campurkan ke dalam jag tadi. Taraa.. siap! Untuk dapatkan rasa yang best, perah sedikit lemon dan masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Serius beb wa cakap lu memang terangkat.


Sekian saja persembahan daripada gua sebagai petani moden. Undilah gua sekiranya masakan gua menepati selera tuan-tuan dan puan-puan. Janji ditepati !!!

5 comments:

  1. nasik masak camtue memang laa sedap kan kan kan?

    ReplyDelete
  2. ape ke hei petani moden dah macam mkn makanan org asli ni? hahaha!

    ok2, sedap. tapi tak sure lagi nak vote ke tak sbb terasa2 je mcm ada pacat menyinggah kat kaki! eeeeeeeeee!

    ReplyDelete
  3. mastercoi, apsai itu ikan lu tgkap pakai tgn dlm sungai talak sama itu ikan dlm besen? itu lulian bila jatuh? talak ckp pun.

    ReplyDelete
  4. HAHAHAHAHAHA! YE LAH! TETIBA ADA DURIAN! HAHAHAHAHAHAHA BENGONNGGGGG! TAK CAKAP PUNNNNN!

    ReplyDelete