Pages

Friday, August 3, 2012

03 - Khmer-Ruk Cambodia - Phnom Penh - Russian Market & Tuol Sleng Museum

Setelah tamat beremosi di Killing Field dan walaupun emosi masih terbawa bawa naik Tuk Tuk sama, kami bergerak ke Phnom Penh.

Phnom Penh merupakan ibu kota terbesar Cambodia. Terletak di tebing Sungai Mekong, Phnom Penh merupakan bekas jajahan Perancis telah berkembang menjadi pusat aktiviti ekonomi dan industri, serta pusat keselamatan, politik, ekonomi, warisan budaya, dan diplomasi.

Dahulunya dikenali sebagai "Mutiara Asia", ia telah dianggap sebagai salah satu daripada bandar-bandar binaan terindah Perancis di Indochina dalam tahun 1920-an. Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik untuk Cambodia. Ditubuhkan pada tahun 1434, bandar ini terkenal dengan seni bina indah, bersejarah dan mempunyai tarikan tersendiri. Terdapat beberapa  bangunan kolonial Perancis yang bertaburan di sepanjang jalan-jalan besar.

Terletak di tebing Sap Tonle, Mekong dan sungai Bassac, Phnom Penh adalah kawasan yang didiami oleh  2 juta populasi Cambodia yang kini melebihi 14 juta orang. Bandar ini adalah di bandar terkaya dan paling ramai penduduk di Cambodia.

* terror tak aku menyadur?

Uun dah sedia menanti kami di Tuk Tuk. Aku dah siap pesan kat dia suruh jaga beg kita orang. Kalau hilang? Aku pancung kepala dia.

Hahahaha.

Tuk tuk

Pemandangan sekitar jalanraya dari Killing Field ke Phnom Penh

Lebih kurang setengah jam kemudian, selepas bontot dah sengal sengal sebab langgar banyak lubang, kami sampai di satu kawasan.

"Russian Market"
"What?"

Aku tak faham sebenarnya apa yang Si Uun ni cakap. Aku ingat dia nak bawak terus ke Muzium tapi dia singgah kat sini pulak.

Lepas aku tanya sekali lagi, baru boleh tangkap yang tempat ni adalah Russian Market !

Apa ada di Russian Market?

Russian Market adalah pasar jualan yang mana banyak barang barang berjenama di jual dengan harga murah. Mostly barang barang berjenama macam Levi's. Polo Ralph Lauren dan macam macam lagi di export tapi kalau ada defect sikit dia orang jual kat sini dengan harga yang murah.

Aku ni kemaruk Abercrombie & Fitch. So aku dok cari yang ni je lah. BW dok ikut aku ke hulur ke hilir. Kita orang berpusing pusing dalam ni sekejap sebelum aku realize hostel kami terletak kat kawasan ni je !

Russian Market

Kedai kedai sempit dalam pasar

Kawasan persekitaran Russian Market

Lepas tu, aku dengan BW pun memulakan misi cari hostel kami. Aku suruh Uun tunggu tepi jalan. Dia pun tunggu la. Mesti dia kata apa kena manusia berdua ni sebab kami tak bagitau dia pun kami cari hostel yang dah kami book.

Pusing pusing kat situ, akhirnya jumpa jugak. Satu blok je dari Russian Market tu.

Sampai sampai kami terus confirmkan booking. Dapat cancel pulak bilik satu lagi tu. So boleh save budget ! Pastu suruh minah receptionist tu book kan bas ke Siem Riep esok !

OK lah. Dia orang sangat helpful. Cakap English pun OK.

Kami tak check in lagi sebab beg beg semua dalam Tuk Tuk, so kita orang janji nak gi merayau dulu nanti kami datang balik untuk check in.



Hostel dia OK. Nama dia The Local. Kita orang book sebab dapat review best di TA. Selesa dan Cozy. Cuma masalahnya agak jauh dari bandar. Tapi kita orang aim nak gi Russian Market sekali lagi petang nanti sebelum dia tutup jam 6.30 petang.

Lepas settle semua, kami carik Uun balik semula dan terus ke destinasi seterusnya...

Tuol Sleng Genocide Museum.


So mesti nak tau, muzium apa kah ini????

Kan?? Betul ke tak?

Mesti betul.

Dulu tempat ini adalah sekolah. Lepas tu di jadikan penjara oleh Pol Pot dan tentera Khmer Rouge untuk menyiksa dan memenjarakan rakyat Cambodia sebelum mereka di hantar ke Killing Field tadi untuk di bunuh !

Babi kau Pol Pot !

Dan kini tempat ini di jadikan muzium bagi memperingati kekejaman Pol Pot dan kuncu kuncu hantu dia tu.

Untuk masuk ke kawasan ni bayaran di kenakan sebanyak USD1 seorang.

Kawasan kubur

Sel penjara 

The Security Regulation yang ntah hapa hapa

Bangunan yang menempatkan penjara penjara siksaan


Masa dekat sini la aku perasan kamera aku jammed !

Bila aku tukar Aperture terus lens stuck. Lens aku tu 18mm - 200 mm. Bila dia stuck sangkut kat 50mm. So kalau aku nak ambik gambar kena ke belakang. Tak boleh ambik gambar dekat dekat.

Letih !

Pastu mula aku tak senang duduk. Dah ilang rasa nak melawat kawasan ni. Pening la tetiba kamera buat hal macam ni.

Tapi jalan jalan gak la kawasan ni. Memang tak de apa sangat pun lah. Ada ramai jugak pelancong lain. Aku suruh BW pegi jalan dia tak mau. Aku ambik satu port dan godek godek kamera.

Bangunan lama

Cangkuk kaki dan tangan yang dijadikan kunci mangsa daripada bergerak

Antara block block lain di muzium ini

Tapi apa yang menarik dalam satu ruang di bangunan ni ada dipaparkan ilustrasi gambar gambar kekejaman tentera Pol Pot ini.

Macam apa yang aku ceritakan waktu di Killing Field tu, ini la apa yang berlaku waktu itu.

Mereka di ikat, di gantung dan di selam

Di pasung dan disiksa

Dipotong tangan

Dibunuh beramai ramai

Macam macam cara digunakan untuk menyiksa

Bayi bayi di lempar dan di campak

Dan mereka di bunuh dengan kejam dengan menghantukkan kepala ke pokok hingga mati

Ada juga mangsa mangsa yang terselamat boleh di temu bual di sini. Dia orang duduk kat satu pondok khas dan kalau berminat boleh la layan borak borak sama mereka.

Tapi aku dah tak de mood. Dah la emosi melampau pegi tempat tempat macam ni. Meruntun jiwa. Mengundang amok !

Stress aku dengar cerita cerita Pol Pot ni.

Akhirnya kami beredar dan meninggalkan Toel Slang Muzium ini.



Bagi aku tempat ni boleh la di lawati plus ianya terletak kat kawasan bandar je. Tak berapa jauh. 

Cuma tu lah, it is not for a weak of heart. Pegi dan teladani. Timba pengalaman dan jadikan sempadan mana mana yang tak baik di lakukan oleh kita sesama manusia ni.

Setiap manusia ada hak untuk hidup. Begitu jugak hak kita untuk beremosi bila kamera dah jem dan tak syok di pakai lagi.

* meraung tepi penjara kuat kuat.

I is stressed.

bersambung...........

4 comments:

  1. seb beik tuk2 aku dulu bleh paham gak apa dia ckp hahaha!

    aku tak gi russian market ni sbb lebih kepada nak explore sejarah. best gak ek? kalo tak, hangus duit aku sopink!

    masa kat sini, laki aku dah agak nak pitam dgn bau dan gambar2 sbb dia ni magic skit, bleh pengsan kalo tgk darah hahaha! aku menten tapi aku plak saiko skit tgk kekejaman, aku tak suka, aku benci, aku geram, aku marah!!! *sabar*

    ko tak masuk cell kecik2 yg guna bata merah tu? lagi menusuk hidung dah kelebu...mmg babi sgt2!

    so, hantu pol pot tu dah jemkan kamera ko ke? pas kuar, tetiba kamera ko baik ke? SCARY!

    ReplyDelete
  2. ada bilik2 tu tapi aku dah ilang mood nak berpeleseran di sini sebab kamera dah macam tahik jer..

    jalan pun dah nak hentak hentak kaki. skit lagi aku nak tantrum tengah tengah padang kat sini

    eh kau bukan pegi ke? aku mcm baca kau pegi beli lukisan di russian market tu. ke aku baca org lain punya?

    hahahahah

    ReplyDelete
  3. tantrum? hahahaha! malu hero kalo tau apaknyer tantrum tgh padang! hahaha!

    eh bukan aku tu...aku beli lukisan kat jogja ngan bali jer, tempat lain tak penah beli lagiiii...haa sape tuhhh sapeeee?

    ReplyDelete