Pages

Monday, July 23, 2012

3H2M : Miri Yang Ngeri - Part 1

Tengok tajuk?

Ada rasa berdebar debar ke tak?

Tak perlu !

Sebab ini bukan entry ada cerita hantu. Tak de hantu pun aku jumpa di Miri tu. Just aku memilih tajuk tu sebab aku rasa hiba dan kalau boleh biarlah ianya tidak berulang di mana mana destinasi yang bakal aku pegi selepas ini.

Ngeri pada aku sebab aku stuck kat Miri tu sebab aku tak tau nak buat apa.

Mati kutu. Mati akal. Nasib tak mati pucuk je. Tapi mati jugak la beberapa hari tu sebab tak boleh beraktiviti ganas serta lucah sebab sendirian.

Apa apa pun, ini lah ceritanya bagaimana ianya bermula.........

Jeng Jong Jeng...................................

Pada satu hari yang indah, saya telah membeli tiket ke Miri. Lama dah dulu. Hajat dan niat suci hati ini adalah ingin pergi ke Mulu.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, maka harinya makin tiba.

Masa beli tak de la fikir nak jadikan trip ni special bersempena dengan birthday aku yang ke ehem ehem ni. Tapi memandangkan jatuh pada bulan yang sama, maka aku rasa biarlah trip ni aku jadikan special sikit lebih lebih lagi aku mahu pegi bersatu dengan alam tengok tempat tempat yang selama ni aku teringin nak tengok.

Dan Miri ni adalah satu satunya trip dalam negara yang aku book pada tahun ini !

See?? Semakin hebat bunyi nya.

Masa dah nak dekat dekat ke tarikhnya baru aku realize, 3 hari 2 malam adalah tidak mencukupi untuk aku ke Mulu. Sebabnya, dari Miri nak ke mulu kena naik flight lagi. Pastu nak beraktiviti di Mulu pun kena ada time time tertentu. Tak boleh main bedal saja.

Tapi lama lama lepas aku study sikit sikit dan bertanya dengan pihak Mulu Park, aku rasa masih boleh. Agak tawar hati jugak sebenarnya sebab based on waktu yang aku ada, aku cuma boleh menjalani aktiviti tapi agak limited.

Plan aku, petang Jumaat aku fly ke Miri. Tidur satu malam, pagi aku terbang ke Mulu. Sampai tu, tengahari aku join cave trip ke gua di sana sambil tengok bat exodus dan bermalam di Miri. Esoknya, aku nak join satu lagi trip caves ni sebelum ambik flight balik ke Miri tengahari dan flight aku balik KL petangnya.

Tu perancangan awal.

'
Dah imagine nampak macam ni

Tapi ada drawback dari perancangan itu.

Hari ahad, kalau join trip caves tu aku tak sempat nak balik ke airport sebab trip tu akan balik selepas pukul 1 padahal flite aku pukul 12.45. So sebagai alternative, aku kena join private trip which cost much more higher.

Aku fikir, tak pe la kalau aku skip Cave tour pagi ahad, at least aku dapat pegi 2 caves dan tengok bat exodus di hari pertama di Mulu tu.

Tup tup bila aku check, penginapan pulak jadi satu isu. Mulu Park kata dia orang dah penuh. So aku kena cari penginapan di luar Mulu Park. Bagi aku boleh lagi, sebab aku baca, banyak penginapan di luar Mulu Park, cuma tak boleh nak book online.

So aku nekad pegi je lah. Sampai nanti pepandai la aku stay mana mana.

Perancangan tu macam tu lah tapi aku belum buat apa apa persediaan utama iaitu beli tiket dari Miri ke Mulu.

Bertimbal balik dari nak pegi ke tak nak pegi, kejap rasa malas lah nak pegi, kejap rasa pegi je lah. So akhirnya pagi Jumaat tu baru aku rasa confirm nak pegi.

Pagi Jumaat tu aku book tiket flight Mas Wings ke Mulu dari Miri.

Dan petang tu, lepas solat Jumaat aku ke LCCT. Adik aku hantar.

mereka mereka ni juga pun dah bersedia nak terbang ke destinasi

Hisap rokok dulu, bekalan nikotin untuk 2 jam 10 minit

LCCT

4 nombor ekor??

Sampai LCCT, aku makan dulu sebab aku lapar.

Makan di KFC. Pastu aku terconfused kejap sebab baca gate tu. Aku ingat gate boarding, rupanya gate check in. Satu hal pulak aku siap scan scan beg sekali lagi padahal aku dah web check in siap siap pagi tu kat opis.

Akhirnya berjaya boarding dan panggilan pun dah di buat supaya naik kapal terbang.

Tak boleh berlama lama. Aku seat belakang so aku masuk last sekali. Tak mahu berlaga laga bontot dengan orang lain. Nak kocoh kocoh buat apa, seat semua dah ada.

Akhirnya tepat jam 4.30, pesawat Air Asia telah bersedia di landasan untuk terbang meninggalkan bumi semenanjung.

Ayuh

Hah. Tak dapat naik, dapat tengok pun jadi lah

Cuaca yang mendung sepanjang penerbangan, bila dah jauh tu baru nampak ke biruan

Beg LV minah sebelah. Dengar citer mangga kecik tu je harga dah RM120. Begitu aku skodeng beg orang.

Hari dah senja

Lebih kurang 2 jam 10 minit penerbangan, pengumuman pun di buat mengatakan pesawat akan mendarat sebentar lagi.

Sepanjang penerbangan aku relaks je melayan dengar MP3. Tak order makan pun sebab aku dah kenyang makan tadi. Aku fikir sampai Miri nanti je la aku makan.

Sampai di airport aku agak terpingga pingga.

Sebabnya, aku tak tau cemana nak pegi ke town. Aku tak de book hotel tapi aku dah reserve satu address hostel ni untuk aku bermalam. Hostel cikai je la sebab bagi aku senang esoknya aku nak ambik flite pagi ke Mulu.

Nasihat aku, kalau sesapa nak buat kerja gila macam aku ni, ambik je hostel depan airport tu. Ada satu hostel. Aku tak cukup bahan bacaan so aku tak tau. So satu hal la sampai sampai tu nak kena pegi ke town dulu.

Airport Miri yang dikononnya macam Mini KLIA

So keluar dari airport, aku terpingga pingga.

Tapi relaks dulu. Hisap rokok kejap kat luar then aku figure out cemana aku nak pegi town.

Sebab dah malam, tak de jalan lain kecuali naik teksi.

Ada 2 teksi yang aku nampak. Satu kaler biru dan satu lagi kaler merah. Aku tanya la sebab nak kena beli coupon nak naik teksi teksi ni.

Teksi biru charge RM30 !

Teksi merah charge RM22 untuk sampai ke town.

Gila la mahal. Terkujat kejap aku.

Tapi apa choice yang aku ada. Aku ambik je la teksi kaler merah tu dan dia hantar aku ke Waterfront Miri di mana alamat hostel yang aku dah aim.

Aku main gamble je macam ni, tapi aku still ada few hostel di kawasan yang sama. In case tak de bilik, so aku boleh opt pada hostel hostel yang berdekatan.

Lebih kurang 20 minit perjalanan, or lesser than that. Aku sampai.

Tak susah nak cari hostel nya sebab di kawasan Bandar Miri. Aku just cakap dengan driver teksi tu dan dia bawak aku ke situ.

Sampai sampai tengok, ya. Ada rumah kedai. Tertera nama hostel nya. Waterfront Homestay.

Tengok dari luar OK lah. So aku pun tak nak complain lelebih.

Sebelum tu aku usha jugak kawasan sekitar. May be dah malam tak de kedai yang bukak. Ada satu kedai makan di bawah hostel ni tapi dah terang terang tulis Non Halal. So aku fikir, memang tak de tempat aku nak makan di sini unless aku kena jalan sikit.

Fikir mungkin masih ada masa. Apa apa pun, cuba dapatkan bilik dulu.

"Ada bilik tak?"

Ada 2 orang perempuan keluar selepas aku tekan loceng berkali kali.

"You Hadi ke?"
"Bukan"
"Bukan Hadi?"
"Bukan.."
"Ada booking ka?"
"Tak ada"
"Oh... OK. Bilik ada, kamek nak jenis mana? Ada 2 jenis bilik... bla bla bla"
"Mana mana aja bisa. Ngga apa apa"

Pastu aku terdiam.

Apahal aku cakap Indon?

* lempang diri sendiri.

Lepas kautim dan tengok bilik dia bagi aku bilik yang ada toilet sekali. Aku agak puas hati. Bayarannya cuma RM55 satu malam. Kira OK lah tu.



Bilik dia agak basic tapi bersih. And for RM55 aku rasa OK jer.

Ada 2 katil. Ada Wi Fi tapi tak boleh nak online. Ada LCD TV, tapi channel ntah hapa hapa. Ada 3 tingkat, tapi aku perasan cuma aku je yang ada di tingkat 3. Senyap dan sunyi jer.

Aku mandi dan bersihkan diri semua, ingat nak keluar. Pastu tengok kat luar, hujan !

Hujan lebat selebat lebat alam.

Sudah. Apa lagi nak buat?

Lepak je la dalam bilik dan akhirnya aku terlelap. Dah kunci jam awal pagi untuk bangkit esok nak pegi ke airport untuk flight ke Mulu.

Dalam kepala otak terbayang, sang kelawar berterbangan membuat bentuk love.

Jaga jaga kau batman, esok Supermeng akan datang menjengah !

* pose pose tidur pakai baju kelawar ketiak besar

Begitu aku ambik feel.

bersambung..............

11 comments:

  1. amboihh,,bukan main skodeng beg LV orang! ;p

    ReplyDelete
  2. baru sampi miri yee.. ehhee

    salam ramadhan bro

    ReplyDelete
  3. bukan sengaja nak skodeng.. dah dia tidur mulut nganga.. tapi peluk beg..

    mcm ada emas permata je

    ReplyDelete
  4. ya la haji..

    aku anak kampung tiada pelajaran kuli kuli sahaja..

    * mati la tetiba..

    ReplyDelete
  5. len kali aku pakai mangga solex kat henbeg, ko amik gmbar ok?

    ko ckp indon kat saghawak? hahahahaha! lawak! tapi lawak lagi ko tido pakai baju kelawar ketiak beso tu.

    teruskan. aku nak tgk camne kekdahnyer kat sana, bleh try nanti bawak geng :D

    ReplyDelete
  6. buh buah mangga dlm beg LV????

    eh kau jgn menaruh harapan kak eton. kan aku ckp aku x dpt pegi mulu tu..

    * nanges kesat air mata

    ReplyDelete
  7. eh kau percaya ke aku tidur pakai baju kelawar tu??

    ya kareem.. kau dah kenapa???

    ReplyDelete
  8. hahahaha! aku tengah terbayang la niiiiii ko pakai baju kelawar sambil ada lipsetik skit kat bibior hahahahahahaha!

    ReplyDelete
  9. angkat dua dua tangan tunjuk bulu ketiak kat biq..

    * tengok ni bulus ketiak melambai lambai dgn gemalai...

    ya aw awwwwww

    ReplyDelete
  10. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA BENGONGGG!

    ReplyDelete