Pages

Sunday, July 22, 2012

Perfumania

Hari tu lepas makan makan, pastu nak tidur, tetiba OR cakap.

"Yang. Awak punya botol botol perfume yang dah abis pakai ni, nak simpan lagi ke?? Banyak sangat dah"

Begitu.

Eh ! Dia tak tau ke itu lah harta yang aku ada?? Selain daripada tanah di Turkistan, Afghanistan, Rajasthan, Gohead Gostan dan negara Satan??

Hahahaha.

Aku pun fikir benda yang sama. Nak buang sayang. Sebab pernah jadi hobi aku tu menyimpan benda benda tak berfaedah ni. Tapi makan space tu betul. So sebelum kena buang, baik la aku ambik gambar sebagai kenang kenangan dan aku share apa yang patut supaya boleh menjadi panduan especially sesiapa yang nak beli perfume. Tapi aku bukan la pakar perfume atau pakar menghidu. Ni semua based on personal judgement dan hasil dari lubang hidung serombong kapal aku ni jer.

OK.


Ini adalah koleksi Hugo Boss.

Hugo Boss memang banyak perfume yang best best dan tak terkecuali, aku pun pernah pakai. Yang kiri sekali botol askar tu paling aku suka. Bau dia keras dan penuh kejantanan. Macam abang !

* pegang dada, mata ke atas.

Hugo Boss botol askar tu dah banyak kali aku beli dan antara all time favourite aku.

Yang ke dua tu, Hugo Boss XX. Bau dia OK. Tak keras tak lembut. Aku masih pakai. Aku beli masa di Hong Kong hari tu. Agak murah gak lah. Yang Hijau tu aku dapat hadiah dari CP masa birthday aku yang ntah tahun berapa. Bau dia lembut. Yang Hugo Sport tu OK lah jugak. Tapi tak sesuai sangat dengan aku.

Ada satu lagi Hugo Boss yang bau dia macam colok Cina. Aku tak suka pakai, tapi aku suka kalau orang lain pakai dan bau dia agak lasting.


Ini pulak koleksi yang pernah aku miliki dan aku rasa semuanya best !

Gucci tu keras. Bau kayu. Kalau pakai memang terus menusuk ke hidung. Tapi lama lama bila last note dia keluar dia jadi sedap. Sungguh musculine. Issey Miyaki tu bau orange. Sedap pakai especially kalau malam dalam aircond. Bau dia menusuk ke kalbu. Tere D'Hermes. Bau dia pun keras. Keras gila gila. Kalau tak suka yang bau kayu atau rempah, avoid perfume ni !

Mont Blanc Skywalker tu aku beli selepas kena chong dengan awek promoter. Aku cakap dengan dia, kalau tak best, dia kena keluar date dengan aku ! Dan.. ternyata bau dia best so aku tak boleh ajak dia keluar date. Perfume ni agak susah nak cari sekarang ni, tapi bau dia sedap.

Givenchy Biru tu pun sedap. Kalau sapa sapa looking for perfume yang bau sedap dan harga agak OK. Ni lah perfume dia. Sangat sedap. Percaya lah. Tapi jangan ambik yang cap merah. Tu kureng skit.


Ini koleksi yang so so dan kalau ada pun, aku tak nak beli dah. Kecuali yang no 2 dari kiri. Kenneth Cole tu. Yang tu sedap. Bau kayu jugak. Yang lain lain macam Allure tu aku pakai time nak tido jer sebab aku tak suka bau dia waktu siang. Yang belakang tu, Selvatore Ferragamo pun boleh lah. DKNY Apple tu pun sama. Bau dia agak sedap tapi lebih pada bau perempuan. Bang by Marc Jacobs... bau keras tapi tak lasting. Dan last sekali, Silver apa benda ntah by Davidoff. Pun ala ala je bau dia.

Aku pakai ni semua kalau terasa diri nak wangi tapi duduk dalam rumah.


Ini koleksi Polo.

Polo pun banyak perfume yang best. Yang silver tu actually tak best sangat. Ada satu lagi yang black aku pakai sebelum ni. Ni kira tersilap beli. Tapi abis jugak la pakai sikit sikit. Yang hijau tu adalah Polo Explorer. Pun bau dia biasa biasa je. Tapi ! Polo biru tu sedap. Kalau pakai baju putih, pegi keje, cuaca panas, pakai Polo Blue ni... bau sendiri pun boleh buat rasa stim............ Ha Ha Ha. Tapi bau dia agak pakcik pakcik sikit.


Koleksi Azzaro.

Azzaro punya collection memang menjadi kegemaran aku sejak aku study lagi. Bermula dengan yang tengah tu. Crome Azzaro, then Silver Black dan akhir sekali Azzaro Legend.

Ke tiga tiga nya bau best. Cuma Silver Black tu bau agak keras. Sesuai pakai siang. Legend sesuai pakai malam. Dan Crome Azzaro tengah tu sedap pakai time nak tido !

Lembut jer bau dia.


Ini koleksi lain pulak.

Dari kiri. Cepat jalan !

Kiri tu, Lacoste. Bau dia OK. Tapi tak untuk aku. Aramis tu aku suka dulu sebab housemate aku pakai. Bau keras dan rasa cengkih cengkih. Macam pakcik pakcik sikit. Tapi bila aku pakai bau dia tak sedap jadinya. Mungkin sesuai untuk pakcik pakcik. (Read: Aku belum pakcik). Kenzo biru tu bau buluh. Fresh tapi tak lasting. Dunhill Desire Biru bau dia biasa biasa je tapi Dunhill Merah tu aku punya all time favourite. Cuba la pakai, gerenti suka. Last sekali tu Bvlagary Aqua. Bau wangi, tapi tak click dengan aku.


Ini pulak koleksi yang aku pakai dan aku sangat sangat suka kesemuanya.

Clinique Happy for Men. Bau dia lembut ada rasa oren oren. Sedap.

Zara Summer for Men. Memang susah nak dapat kat Malaysia. Tapi kalau aku pakai, OR boleh melekat kat leher aku sejam sebab dia nak hidu.

Pastu keluar lah ayat dia.

"Kalau la awak kentut bau macam ni, tak de la saya siksa sangat"

Personally memang best, tapi susah nak dapat. Ni pun aku dapat di London. Python by Tussardi. Ni actually perfume hapa hapa, beli kat German dengan harga yang murah. Tapi !!! Bau dia sangat hebat !

So mana nak cari lagi?

Aku suruh member aku cari masa kat Paris tapi dia tak jumpa. Memang sedap bau dia. Bila pakai, rasa nak mengular secara serta merta dan mencuci mata di jalanan.

Dior Sport. Ni bau dia macam Farenheit. Sedap. Sedap. Sedap.

Last sekali tu, Pleasure for Men by Estee Lauder. Aku beli sebab LL2 dulu pakai Estee Lauder. Bau lebih kurang sama tapi yang ni agak keras skit dan lasting quite long.


Dan ini koleksi terakhir.

Tak tau nak cakap koleksi apa.

Yang tepi sekali air dia biru tu nama dia Blue by Antonio Banderas. So kalau pakai, boleh feeling feeling Batang Keras. Hahahah. Tu OR yang cakap. Bagi aku, bau dia agak OK. Tapi tu lah perfume paling murah aku pernah beli. Rasanya RM60 kat Jakarta. Ada promotion.

Yang tengah tu. Perfume paling aku tak suka. Sebab tu la nampak tak guna. Bau dia bau KELAPA !!! Macam minyak kelapa pulak. By Marc Jacobs. Aku pelik apsal Marc Jacobs tongong pegi guna note kelapa. Kadang kadang lama lama bau dia macam bau ikan !

So imagine lah. Aku nak pakai pun tak syok. Nak bagi orang pun, tak de orang mahu. So sembur kat kucing aci?

Dan last sekali tu, perfume paling mahal aku pernah ada. Green Irish Tweed by Creed.

Sebab dia mahal, nak pakai pun sayang. Bau dia memang sedap. Memang boleh buntang mata. Tapi kadang kadang for that kind of price... overrated pun ada jugak. So kalau nak feeling feeling bau macam tu, tapi nak yang murah. Cari la Coolwater by Davidoff. Bau dia lebih kurang sama je.

Tu je.

Top 5 perfume perempuan yang aku suka adalah :

1. J'adore by Dior
2. 5th Avenue by Eliz Arden
3. Chloe
4. Creed Perfumes
5. Clinique Happy

OK. Mesti ada orang nak tau mana nak beli perfume yang murah dan lasting.

Bagi aku, perfume yang bagus adalah perfume yang dekat store ! Macam kat Sogo ke Jusco ker. Sebab kita tau kualiti dia memang original. Tapi kalau nak murah, cari yang Tester. Ni kena pandai pandai cari. Tapi awas jangan mudah tertipu dengan perfume murahan. Kadang kadang harga boleh tahan mahal. Dia orang claim macam macam. Perfume macam ni, biasanya first time kita cium mesti terus tangkap ! Maksud dia, bau dia terus kuat dan sedap. Sebab dia pakai top Notes yang kuat.

Perfume yang bagus, dia akan terasa sedap lepas 4-5 minit. Bila low Note dia dah keluar. Lagi kalau nak lasting lama beli Parfum. Tapi harga mahal skit lah.

Jangan beli perfume yang artis punya, macam Britney Spears ker, JLo ker, sebab perfume dia orang ni, banyak alcohol daripada parfums. Sebab tu harga perfume dia orang murah. Actually cost dia orang cuma mahal untuk advertisement saja, cost perfume itself cheap gila.

Macam beli jam tangan. Jam yang bagus datangnya dari pakar penjenama jam macam Tissot, Tag Heuer Rolex even Casio sekalipun. Begitu juga perfume, beli la pada pakar penjenama kosmetik itu sendiri.

Pernah ada orang cakap dengan aku.

"Apa lah sangat belanja RM200 sekali dalam masa 3 bulan untuk dapatkan perfume yang bagus"

Aku setuju. Tak de la nanti kena tipu, beli perfume murah tapi lepas 20 minit, bau bertukar menjadi bau ketiak kepam !

So what is your favourite perfume?

Selamat berwangi wangi ! (kurang kan sikit wangi tu di bulan puasa ni )

14 comments:

  1. hamboih! tokey perfume ka? lanting2 la sebotol dua kat aku hahaha!

    ReplyDelete
  2. banyak dah abis la....

    selamat berpuasa biq

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati

    ReplyDelete
  4. makkk aihhh!!! ni koleksi zaman mana ni? byk giler bro! yg belen2 tu meh sini kasik aku skit. LOL

    selamat berpuasa supermeng. ko pose x?

    ReplyDelete
  5. thanks PB.... same goes to u..


    oi joned... aku puasa lar

    * tunjuk perut yang kempis

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. AJ sorry terdelete message hang.

    ya. pacc rabanne 1 million tu bagus. tapi aku x de duit lagi nak beli. tunggu org kasik hadiah.

    boss no 6 tak tau yang mana. tu kot yang bau colok tu

    * nanges keluar lalat.

    ReplyDelete
  8. ok dah confirm. tu la boss bau colok tu..

    good on others. tapi kat aku dia x mau

    ReplyDelete
  9. hahaha kejam gila ko meng kata boss no 6 tu bau colok!

    *terus buka puasa dengan makan botol boss no 6

    ReplyDelete
  10. bleh comment lg x skang?haha....
    chloe 1st in my feveret list
    kalo pakai ni membe laki kt opis pun cam
    eh dkny epal ijo tu bkn pompuan punye ke?
    my feveret jgk tuh

    p/s:tgh marathon blog nih, br terjumpa
    jatuh chenta sudah....

    ReplyDelete