Pages

Monday, July 23, 2012

MasterChoi Selebriti Havoc 2012



Ramadhan kembali !

Maka dengan itu, acara masak masak pun bermula.

Sudahkah anda bersedia dengan tugasan tahun ini?

* ketuk sudip dengan belakang kuali

Anda tak perlu bersedia, sebab bukan anda yang memasak tapi Geng Havoc !

Geng Havoc yang lagi sewel pada aku ni akan berkongsi resepi rahsia masakan mereka dengan anda di sini.

SYARAT SYARAT MASAKAN

1. Halal
2. Sedap
3. Simple
4. Meriah
5. Cost masakan tidak melebihi RM30 untuk sajian 5 orang.


TEMA

Tema masakan akan di pilih antara berikut.

1. Minuman - Mesti berwarna warni ( tidak kira airnya atau bahan tambahan ) dan dari sumber sihat. Minuman yang havoc adalah minuman yang tiada di pasaran ( idea ciptaan sendiri )

2. Makanan berbuka puasa. Mesti nampak sedap walaupun sebenarnya tidak. Dan meriah !

3. Dari bahan asas tertentu. Ayam. Udang. Ikan atau Landak.

4. Kuyah Muyah ( Untuk berbuka puasa ) - Mesti menggunakan tidak lebih dari 5 bahan.

5. Kuih Raya. Mesti meriah dan berkonsepkan selebriti.


CARA CARA.

Setiap daripada Havoc telah di beri tugasan memasak dan mereka akan memasak mengikut character/profession masing masing.

Selain dari berkongsi resepi mereka, anda boleh mengundi untuk mencari, siapakah MasterChoi Selebriti Ramadhan pilihan 2012.

Kotak undi akan di letakkan di sebelah kiri.

Sila undi mengikut citarasa anda ! Siaran MasterChoi ini mengandungi unsur unsur 18SX, 18SG dan macam macam lagi termasuk unsur kimia dan unsur jenayah. Sekiranya anda tidak kuat semangat, sila jangan amok di sini dan menghuru harakan keadaan.

Resepi akan dipublishkan setiap hari bekerja, jam 12 tengahari bermula esok.

Ingat.

Anda Kenyang. Anda Girang !

* junjung tong gas keliling kampung.

Selamat Berpuasa !

3 comments:

  1. hahahahaha lawak cam haram junjung tong gas. ko kasi la kat john satu, dia dah lama mengidam tong gas kat umah dia.

    ReplyDelete
  2. kau jangan lupa salin resepi ni nanti.. sedap sedap ni.


    kalau x sedap pegi anto kat budak john tu kasik dia keracunanG

    ReplyDelete
  3. aku nak tong gas SATU!!! HAHAHA

    ReplyDelete