Pages

Saturday, April 14, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 5 - Kyoto - Part 4

Lepas abis melawat Kinkakuji, aku nak kena cari bas ke Kiyomizudera.

Destinasi ke 4 di Kyoto kalau ikut plan. Tapi kalau ikut kaki dah destinasi ke 8 dah !

* mati la berjalan mengikut perasaan.

Seperti yang di bagitau oleh makcik traffic tu nak naik bas kena tunggu jauh sikit dari Kinkakuji. Dan kata pakcik kat Kyoto Station, kena naik 2 bas baru boleh sampai sana. Jarak perjalanan lebih kurang 1 jam !

Jauh gak tu. Makan masa.

Tengah aku berjalan jalan tu, aku nampak satu bas ni. Bantai je aku lari dan naik.

"Are you going to this place? I want to go to this place"

Aku tunjuk peta.

"No..."

Dia cakap.

"Where should I wait for the bas? Where?"

Siap dengan gaya tangan lagi cukup ni.

"Korek Korek Korek Korek"

Tak menjawab soalan. Cakap Jepun mana aku nak faham !

Aku mati kutu. Last sekali dia suruh aku duduk je belakang dia. Bas tu dah tak ambik orang. Dia nak balik ke station. Aku diam je. Fikir. Dia nak culik aku ke apa ni. Dah la dia tak faham. Aku pun tak tau, main ikut je.

Tak lama lepas tu, bas tu berhenti belakang satu bas lain.

"Hmmph !"

Dia panggil aku. Pastu tunjuk bas depan.

"This one?"

Dia angguk. Aku cepat je turun dan lepas tu kejar bas depan. Tanya soalan yang sama dengan driver bas depan.

"I want to go to this place"
"This.. Go. Station. Korek Korek. Bas. Korek. Korek"

Apa dia cakap daaaaa..

Last sekali bas tu sebenarnya sampai station.

"Where should I go?"

Dia bagi isyarat tangan suruh aku tunggu je dalam bas tu. Semua orang turun. Dia pun turun. Dalam 5 minit lah then ada driver lain datang.

"Is this bus going to Kiyomizudera?"
"Hait"

Pastu dia explain kat aku dengan peta bas. Siap bagi peta laluan bas lagi. Haram aku malas nak faham.

"Will you let me know?"
"Kiyomizu-michi bus stop"
"Oh. OK"

Dia cakap nama bus stop. Aku pun mark peta tu, dan aku tau aku kena turun kat situ.

Dekat setengah jam jugak la, tapi driver bas ni baik. Yang tadi tadi pun semua baik. Dia cakap kat aku dah sampai.

"Thank you. Arigato"
"Hait"

Dah aku pun sampai di station Kiyomizu michi. Bas nombor 206 ni lah. Tu driver dia yang baik hati.


Janji selamat sampai.

Sempat tengok orang pakai pakai kimono. 

Dari bus stop tu nampak sign ni. Aku pasti aku dah di tempat yang betul. Kena cepat. 670 meter je. Tak jauh kan?

Ayuh gigih !


Tapi !

Jalan dia naik bukit. Terpongeh tahap gaban tak cukup oksigen aku ni. Kena jalan slow slow mendaki. Kiri kanan banyak kedai la jual macam macam especially souvenir. Ada jugak FM tapi rata rata tak lawa semuanya. 

Dia orang takde tulis nama Kyoto pun tapi tulis nama temple tu semua. Tak menarik aku nak beli. Tapi usha je lah.

Tak beli lagi.

Kepenatan dan dahaga. Singgah dulu berehat separuh jalan. Beli air kat vending machine. Banyak banyak air ni, tak de air Milo?

Milo boleh buat saya bertenaga, sihat dan lebih kuat !



Beli air dan makan roti. Bekalan terakhir roti Gardenia. Dah expired pun hari tu tapi aku belasah je lah. Dah tak de makan apa apa lagi hari ni.

Kelaparanzzz.

Nampak tu apa yang ada dalam beg aku yang ikut aku ke hulu ke hilir. Ada map. Botol air masak. Ada rokok. Roti dan kamera.

Cuaca memang sejuk. Tapi tak boleh berlama lama. Kena pantas.

Daki lagi jalan tu melalui deretan kedai kedai menuju ke puncak.



Ada jugak la peminta sedekah. Macam macam orang kat kawasan ni.

Cuma tak bestnya, kawasan ni larangan merokok. So terpaksa la tahan. Daki sikit lagi sampai kat belah atas tu baru nampak gate orange ni. Tandanya dah nak sampai. Tapi belum sampai ke Kiyomizudera lagi. Baru gate dia je pun.


Nampak minah minah Japan berkimono ni.

"Can I take your photo?"

Dia orang OK je. Siap pose pose lagi.

"You are beautiful"

Ayat ambik hati. Sengeh sengeh dia orang. Ntah ntah tak faham aku cakap apa. Kan?



Lepas gate tu ada hall dan pagoda lagi. Kena naik tangga lagi sampai ke atas nuh.

Tapi yang menariknya, dari atas ni boleh nampak bandar Kyoto.

Lawa. Cuaca pun terang masa tu, tapi sejuk memang mencengkam sanubari. Berlaga laga je gigi aku sepanjang jalan tu.

Layan je la gambar gambar ni.







Dan untuk masuk ke Kiyomizudera kena beli tiket. Harga tiket 300 Yen (RM12).

Tak masuk rugi. Dah sampai ni kan? Maka masuk lah.

Jom !





Dan akhirnya sampai jugak.

Yey !

Kiyomizudera ni atau maksudnya Temple Air Suci antara temple yang terfamous di Japan ni. Di bina pada tahun 780 di Kyoto. Dulu kawasan ni adalah kawasan air terjun. Air terjun tu la yang suci tu.

Dan Kiyomizudera ni merupakan satu lagi UNESCO historical site di Kyoto ni.

Apa yang menarik dengan temple ni? Hmm ianya di perbuat daripada kayu dan terletak di lereng bukit. Memang dari sini nampak view yang sangat lawa especially kalau fall atau musim cherry blossom. Kalau spring ke fall boleh nampak daun maple bertukar warna serta nampak bandar Kyoto dari jauh. 

Sebelah pada main temple ni ada hall yang di bina tanpa menggunakan sebarang paku. Tapi masa aku sampai dia tengah renovate. Risau jugak la aku tengok orang ramai ramai bertenggek atas tu. buatnya runtuh. Dah la bangunan lama macam ni. Tapi balkoni dia besar. Orang pun ramai. Dan ramai jugak la berebut rebut nak ambik gambar di sini.

Layan gambar gambar yang sempat aku snap.






Nampak kan langit gelap tu.

Aku stay lama jugak la kawasan ni menikmati keindahan alam. Cuaca memang sejuk. Tapi laluan di atas ni one way. Kalau dah jalan terus tak boleh nak patah balik. Kalau nak patah balik kena turun balik semula pastu naik balik ikut laluan tadi baru la boleh sampai semula.

Di atas bukit ni ada 2 ketul batu. Kepercayaannya di sini, kalau kita boleh berjalan dari satu batu ke batu yang lagi satu tu dengan menutup mata, maksudnya kita akan bernasib baik dalam menemukan jodoh. 

Ntah. Lebih kurang la kot. Tapi ramai gila lah. Yang tua pun ada. Motip la nak bertemu jodoh lagi sedangkan datang pun dengan laki yang dah bertongkat?

Aku stay atas bukit ni lepak lepak. Nampak langit tu gelap. Tiba tiba snow turun !

Pergh.

Perasaan yang tak terduga. Aku di tempat yang aku paling ingin sangat nak pegi, dan cuaca yang paling ingin sangat aku rindukan sekian lama.

Snow turun. Lebat jugak la. Tapi tak boleh nak capture dalam gambar sebab belum tebal.

Lama jugak dalam 15 minit sebelum cuaca bertukar cerah semula. Tapi sejuk tetap sejuk.

Jadi la dapat jugak la merasa snow turun.


Lama lepas tu aku turun je lah. Hari pun dah nak petang. Jalan kaki ikut jalan ke bawah. Then akan jumpa Otowa Spring ni.

Otowa Spring ni letaknya kat bawah kuil tadi tu. Air dia di bahagi kepada 3 aliran dan sapa sapa boleh minum air tu dengan pencedok yang disediakan. Setiap aliran air tu ada maksud tersendiri iaitu, panjang umur, kejayaan dan percintaan.

Mari tengok aksi aksi orang minum air ni.







Tetapi !

Kalau kita minum ke tiga tiga dari aliran air tu, kita akan di katakan tamak !!!

Tau??

Satu pun aku tak minum. Tak lalu la nak try. Aku usha usha je. Doa pada Tuhan je moga aku panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan boleh travel lagi ke tempat tempat lain selepas ni.

Amin.

Bila dah rasa lama sangat dah aku pun menapak keluar dari kawasan Kiyomizudera ni.





Tempat ni memang lawa. 

Wajib pegi bagi sesiapa yang ke Kyoto.

Lepas abis kat atas tu aku pun turun la semula. Lalu kedai kedai tu dan baru la nak usha FM apa semua. Kena tengok kedai la sebab harga tak sama. Ada yang mahal ada yang murah sikit. Dan masing masing pun macam choice lain lain.

Kena ulang alik kedai yang sama few times. Kalau banyak masa OK je.


Turun dari kawasan kedai ni, aku tak ikut laluan aku datang tadi.

Berpandukan map aku ikut jalan lain sebab aku mahu ke destinasi terakhir untuk hari ini di Kyoto ni. Kalau jalan kaki boleh sampai. Nak naik bas pun boleh. Tapi aku fikir masih awal dan cerah lagi, so aku jalan kaki je.

Destinasi terakhir dalam list aku adalah Gion.

Apa ada di Gion?

Mari ikut.

Sebelum tu kena menapak dulu.


 

Dan macam biasa sepanjang jalan tu ada je orang mintak tolong aku ambik gambar.

Sebab tengok aku pegang kamera dan aku dengan senang hati je. Tak de masalah. Janji aku boleh snap gambar dia orang dari kamera aku jugak.

Hiks.

Jauh jugak la aku berjalan sampai hari dah nak gelap. Tapi view yang aku nampak memang buat aku terkesima rama rama sekejap.

Lawa.

So aku berhenti berehat tunggu matahari terbenam overlooking bandar Kyoto. Tengah syok ambik gambar then perasan ramai pulak ambik gambar kat kawasan tu. Ntah bila dia orang ni sampai. Ada patung budha besar kat area tu jugak tapi mostly tempat tempat tu semua dah tutup sebab hari dah malam. 

Usha lah !








Dan akhirnya aku sampai di kawasan ni.

Sunyi je. Tapi bangunan dia lawa lawa. Aku pun usha kiri kanan macam tak de ramai orang sangat. Aku tak pasti apa tempat ni. Tapi nampak macam suram.

Menarik jugak lah.

Pastu aku nampak sorang wanita tengah menyapu di luar laman tapi belah dalam compound dia lah.

Dia tengok aku pastu dia senyum.

"Oh ! Maria Ozawa ku !!!!!"

Dalam hati je tu.

"What is this place?"

Aku tanya dia.

"Korekkkkkkk"

Dia cakap Jepun la tapi penuh sopan sebab dia awek lawa. Siap pakai kimono lagi.

"Is this a restaurant?"
"Korekkkkkkkkkkkkkkkkk"

Panjang sikit korek dia.

"Hmmmm"

Aku usha je. Tapi memang lawa minah ni. Aku rasa dia Geisha yang lawa !

Oh. Dia lah Maria Ozawa yang ku cari cari.

* berguling guling keriangan.

Aku nak ambik gambar dia tapi takut dia tak selesa pulak.



Ada jugak nampak macam restoran di kawasan ni. Tapi tak ramai orang. Kalau ada orang pun macam menyelinap masuk ke dalam.

Last sekali aku jumpa satu mat salleh ni. Dia pun sibuk nak ambik gambar macam aku jugak. Borak borak dengan dia baru aku tau, ni la kawasan di mana Geisha atau pelayan pelayan Japan melayan pelanggannya.

Wah !

Aku dah sampai di Gion.

Tapi dalam peta aku tu macam belum sampai lagi.

Fuh !

Kecewa. 

Tapi aku dah jumpa Maria Ozawa tadi tu !

Argh............ Walaupun palsu.

Maria. Di sini kau rupanya. Cepat kemas beg ! Moh kita balik Malaysia !!!!



Tapi serious minah yang aku nampak tadi tu cun !

* nanges tepi longkang.

Paling utama, misi mencari Maria Ozawa berakhir di Kyoto ! ( walaupun Maria Ozawa celup )



Saigo no kisu wa tabako no flavor ga shita
Nigakute setsunai kaori

Ashita no imagoro ni wa
Anata wa doko ni irundarou
Dare wo omotterundarou

You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I'll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashi uta utaeru made

Tachidomaru jikan ga
Ugoki dasouto shiteru
Wasureta kunai kotobakari

Ashita no imagoro niwa
Watashi wa kitto naiteru
Anatawo omotterundarou

You will always be inside my heart
Itsumo anata dake no basho ga aru kara
I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made

You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I'll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Mada kanashii love song
Now and forever
Utada Hikura - First Love

bersambung........

3 comments:

  1. ko tak tau ke maria ozawa di culik ke jakarta???? hehe :D

    ReplyDelete
  2. itu cerita lama la balang.

    maria ozawa dah selamat di dalam dakapan aku skrg.

    * mati laa mati

    ReplyDelete
  3. meng,

    xori la gmbr maria ko ni..mcm plastik jer...haha...

    awatlah nama kedai tu NENENO..mcm bunyik siren ambulans jer..

    ReplyDelete