Dah penat ke???
Jangan penat lagi ! Masih banyak tempat kita nak pegi ni. Tak boleh lengah lengah kalau tak, kita tak sempat nak abis berjalan khatam Kyoto dalam masa 1 hari.
Let's uols !
Dari Arashiyama naik tram ni lah maka aku menuju ke destinasi ke tiga yang aku nak pegi. Kinkakuji.
Train tu nampak kosong sebab masa tu belum bergerak. Tunggu orang lain naik. Masa bergerak tu semua seat terisi. Ada pulak yang masuk dengan anak dan ada pakcik pakcik tua. So aku yang terpaksa berdiri.
Tak pe.
Lebih excited nak sampai ke destinasi seterusnya.
Naik Tram tu lebih kurang 30 minit selepas tukar tram sekali kat station lain maka sampai la kat kawasan ni.
Keluar dari station aku kena menapak untuk sampai ke Kinkakuji ni. Punya la excited sampai terlupa nak masukkan tiket. Biasanya kalau beli tiket, kita masuk ikut pintu belakang dan keluar ikut pintu depan sebab nak kena bayar masa nak turun. Tapi sebab aku beli tiket tadik, tiket tu nak kena masukkan dalam machine kat sebelah driver tu.
Siap driver tu panggil aku balik semula.
"I am sorry !!!"
Semua orang pandang. Malu je. Mesti orang ingat aku darat tak pernah naik keretapi.
Ya lah, dengan JR Pass senang je. Tunjuk je pass tu terus lepas.
Keluar dari station nak menapak tu aku jumpa gate ni.
Nampak macam menarik. Macam di Nara tempoh hari. Aku usha apa benda di sebalik bangunan dan kawasan ni.
Usha usha tak tau apa yang menarik tapi macam something jugak. So aku pun masuk.
Belah kiri ada macam kaunter jual ticket. Makcik tu senyum kat aku. Aku intai intai ke dalam.
"How much to go in?"
"500 Yen"
"Oh. OK. Thank you"
Macam tak worth it aku nak masuk dengan bayaran sebanyak tu. Mahal tu dekat RM20.
"500 here. There... free"
"Oh"
Baru aku perasan belakang kaunter tu ada lagi satu gate. Rupa rupanya nak masuk dalam kawasan gate tu yang kena bayar. Nak pegi jalan jalan kat compound belah aku dok intai tu free.
Aku pun usha nampak dia tulis kat situ, Unesco Historical Site jugak.
Mesti la tempat ni something. So aku pun decide masuk je dalam walaupun tempat ni bukan dalam agenda aku. Aku kena cepat sebab misi aku adalah pegi Kinkakuji, bukan tempat ni.
Jom masuk !
Kat dalam park ni memang tak de orang. Aku jumpa 2 orang je. Mat salleh dengan sorang mamat jepun. Solo traveller jugak sebab nampak bawak kamera. Lengang je.
Abis tu apa yang menarik sebenarnya tempat ni uols??
* mati la tanya orang.
Tempat ni nama dia Ninnaji Temple. Antara temple yang penting juga di Kyoto.
Semua la penting kot kan?
Ada beberapa hall dalam ni, ada pagoda juga dan kawasan yang nak masuk kena bayar tadi tu merupakan secret garden !
Secret Garden yang di panggil Goten tu merupakan tempat kediaman lama ketua padri. Dalam tu ada kolam dan batu batu yang agaknya lawa la kot. Aku pun tak tahu sebab aku memang decide tak nak masuk.
Tapi kenapa tempat ni di wartakan sebagai World Herritage sebab di sini ada taman cherry !
Tengok gambar ni, tapi pokok cherry tak berbunga lah masa aku pegi.
Dan cherry di sini special sebab dia berbunga paling lama !
Tak tau la sebab apa tapi rasanya sebab pokok ni sendiri adalah jenis dari cherry yang lebih tahan lama. So kalau musim cherry blossom tempat ni la paling hebat dan paling ramai pengunjung. Kalau musim siap ada additional 500 Yen nak masuk sini.
Musim cherry blossom ni biasa nya dalam bulan 4.
Aku just usha usha kawasan sekitar.
Then baru aku tersedar aku dah banyak buang masa di sini.
Kena cepat beredar. Tapi tempat ni agak worth it la kalau musim cherry. Kalau time aku pegi tu memang tak de orang tapi kalau nak ambik gambar pun lawa je sebab dia berkonsepkan taman.
Ada hall, pagoda dan bangunan bangunan lama.
Tapi semua bangunan ni adalah direconstructed balik semula. Bangunan asal semua dah musnah dalam kebakaran. Tapi dia orang bina semula pun bukan la zaman zaman kita ni. Zaman dulu dulu jugak. Maksudnya di bawah tahun 1000 jugak masa zaman Edo lagi.
Pastu aku cepat cepat keluar dari tempat ni.
Lambat dah ni ! Nak kena menapak lagi.
Masa aku keluar dari Ninnaji Temple ni aku perasan jacket aku keputihan. Then aku jadi excited !
Flurries !!!
Oh. Snow !!!!!!
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Terus rasa nak berguling guling atas jalan sebab kegembiraan. Dapat jugak aku rasa snow turun !
Best gila waktu tu sebab aku memang nak rasa snow. Rindukan snow yang dah lama aku tak rasa.
Nasib tak menangis je.
Tapi sekejap je. Flurries je turun. Kecewa aku.
Cuaca memang sejuk. So aku menapak lagi menyusuri jalan berbukit melewati jalan jalan sunyi menuju ke Kinkakuji.
Pastu sebelah daripada Ninnaji Temple tu aku nampak satu gate ni lagi.
Kiranya letak sebelah je tapi nak menapak dari gate tadi ke gate ni jauh jugak la sebab setiap satu tu ada kawasan tersendiri.
Dengan cuaca sejuk sejuk begini. Aku usha. Tengok orang keluar masuk tempat ni. Aku pasti ni bukan Kinkakuji tapi apa benda ni?
Aku usha kat gate
Tak tau. Tak dapat information.
Tapi nampak ada kaunter, aku pun pegi usha lebih dekat. Tengok ada bayaran di kenakan. 500 Yen.
Nama dia Ryoanji Temple.
Kebetulan masa aku kat situ ada satu mat salleh ni baru keluar.
"You should go in"
"Is it worth it?"
"Yes. They have some amazing rocks, pond, really beautiful"
Wah !
Tergoda kejap aku.
Perlu ke aku masuk?
Fikir fikir. Lantak la. Aku masuk je. Bayar 500 Yen then masuk.
Masalahnya nak menapak masuk dari gate ke tempat yang di maksudkan tu bukan dekat. Kena berjalan kaki lagi. Nasib baik la aku nampak view dia lawa.
Terpesona la kejap.
Dan akhirnya sampai jugak la kat tempat tu.
Ryoanji Temple ni popular sebagai rock garden. Dalam tu ada batu batu yang menjadi tarikan utama di sini. Aku pun pelik sebab aku tak pernah tau dan apa benda batu yang orang nak tengok sangat.
Tak pe lah. Aku gi tengok jugak.
Nampak tu?
Batu batu macam tu. Apa benda tu?
Mula la aku nak mencarut dalam hati. Dah la nak masuk dalam hall ni kena bukak kasut dan pakai kasut shogun. Satu hal pulak. Dah la kasut aku tu tapak dah tercabut cabut. Tapi dah sampai, dah bayar. Masuk je lah.
Aku usha usha dan tengok ada la beberapa orang duduk mengadap batu.
"Hoi ! Korang ni dah kenapa mengadap batu batu ni????? Dah tak de keje kah?"
Perlu ke tetiba aku masuk jerit kat semua orang pastu tarik key Mariah Carey berwhistle segala?
Tengok semua orang diam je. Ada siap yang pejam mata. Tido ke?
Aku pun usha dan ambik port. Nampak sorang mamat ni then aku tanya dia.
"What are they doing?"
"Oh.. They are doing meditation"
"For?"
"They believe these rocks can give you some energy and some spiritual power"
"Oh ! OK"
So aku pun duduk. Hujung sekali.
Sempat tengok kiri kanan. Ada yang bukak mata tengok aku ke? Tak de. Mereka masih tutup mata. So aku pun kena tutup mata.
Tutup !
Tetiba...
Kroh !!!!!!!
Alamak !
Aku berdengkur. Dah terlelap sampai. Bermeditasi ke benda aku macam ni???
Sebenarnya temple ni dibina oleh pengiat dan pengamal agama budha yang percayakan Zen Budhism. So memang di sini shogun shogun zaman dulu kala duduk dan mengambil aura aura dari batu yang tersusun secara specialnya tu.
Masalahnya aku pun tak tau apa yang special.
Tapi tak pe lah. Ada lah kot. Aku usha je la mana yang perlu. Ada 15 bijik batu di kawasan tu dan yang menariknya, dari sudut yang kita lihat, kita tak akan dapat lihat ke semua 15. Mesti ada 1 yang akan terselindung.
Begitu la konon ceritanya. Aku pun tak tau. Aku baca kat notice board kat belakang tu je. Tapi bila aku tengok balik, memang betul !
Usha lagi la kawasan ni.
Dan ada jugak taman taman di sekeliling ni.
Usha jugak.
Termasuk la tempat shogun samurai berehat !!!!
Tapi garden dia memang lawa.
Kalau kena musim dan masa memang lagi lawa. Ralit aku merayau dalam kawasan temple ni dan lupa diri lagi.
Aku kena beredar ! Ni dah tak masuk dalam agenda asal aku.
Tengok jam. Alamak. Macam dah nak terbabas ni. Aku belum sampai ke destinasi ke 3 aku !
Lari keluar dengan pantas !!!
Lepas aku keluar dari Ryoanji Temple ni aku rasa macam dah flat gila.
Nak kena menapak lagi ni. Mampus !
Last sekali aku tengok budak budak sekolah tunggu bas aku pun fikir, aku tak boleh menapak dah. Masa lagi. So aku tunggu bas sampai dan aku naik. Masa flurries turun lagi. Cuaca semakin sejuk.
Naik bas tu aku terus tanya pasal day pass ! JR Pass aku tak cover naik bas macam ni jadi aku rasa memang aku kena beli Kyoto 1 day pass. Harga dia 600 Yen. Bagus jugak la pada aku nak kena naik turun bas nanti lepas ni, nak kena bayar each time, baik la aku beli 1 day pass je walaupun aku dah berjalan setengah hari. Sekali naik bas dah 200 Yen.
Agak jimat jugak la kot sebab aku banyak tempat nak pegi lagi ni.
Naik bas tak sampai 10 minit akhirnya aku sampai di Kinkakuji.
Tu pun berkali kali aku cakap kat driver bas tu.
"Kinkakuji"
"Ya Ya Ya"
Pastu tanya lagi. Sampai la dia cakap.
"Ano.... Korek korek korek korek"
Lantak !
Dia tunjuk dan baru la aku turun dari bas.
Dia tunjuk dan baru la aku turun dari bas.
Kinkakuji ni memang dalam list aku.
Apa aku nak tengok?
Mari kita masuk. Tapi kena beli tiket dulu. Harga nak masuk 400 Yen.
Aku pun tak tau kenapa dalam peta tulis Kinkakuji tapi kat tiket tu Rokuonji. Panggilan kot, tapi dari segi gambar memang sah, itu la destinasi ke tiga aku.
Golden Pavillion yang juga merupakan zen temple ni ada 2 tingkat dan diperbuat daripada emas !
Tempat ni merupakan tempat berehat Shogun dulu dulu kala lah. Di Kyoto ni ada satu lagi Silver Pavillion atau Ginkakuji terletak jauh sikit dari tempat ni. Silver Pavillion tu di bina oleh cucu shogun yang bina Golden Pavillion ni.
Mati la pening.
Bangunan ni memang mengadap kolam dan memang lawa. Tapi kalau dia perbuat daripada emas mesti la nilainya lagi tinggi.
Ayoh tengok gambar Kinkakuji yang aku nak tengok sangat ni.
Tapi pelawat tak boleh masuk la ke dalam. Boleh tengok dari jauh je. Pusing ikut kolam ni sampai ke belakang pavillion ni.
Mari kita jalan jalan pusing keliling.
Jangan lupa kamera. Ambik gambar selagi boleh.
Tu gambar atas paling closest kita boleh tengok.
Kang kalau bagi masuk ada yang bawak pahat mengikis emas pulak.
Dan di kawasan sekitar ni macam biasalah ada garden, kolam dan sebagainya. Memang sejuk mata memandang.
Ada jugak tea house dan tempat berehat.
Ramai jugak la orang kat dalam ni sebenarnya berkeliaran.
Habis aku berpusing pusing terus aku keluar.
Aku tak boleh lama di sini sebab masa dah di habiskan di tempat tempat sebelum ni. Kena bergerak pantas dan cergas.
Destinasi ke 4 terletak jauh dari sini. Pakcik kat Kyoto Station pun cakap aku memang kena naik 2 bas ! Makan masa dalam sejam jugak.
Masalahnya kat mana nak tunggu bas?
Nasib aku jumpa makcik yang jaga traffic depan Kinkakuji ni. Aku tanya dia.
"I want to go here, where can I get the bus"
Aku tunjuk peta kat dia.
"There. You walk 2 kilometer"
"Huh? No bas from here?"
"No"
Shit !!
Jauh tu nak kena menapak. Nak tak nak terpaksa la. Terus aku bergegas lari turun bukit.
Masa mencemburui kita. Boleh kah aku sampai ke destinasi ke 4 sebelum malam??? Kat sini pukul 4.30 dah gelap.
Fuh ! Fuh ! Fuh !
Menapak dengan penuh gigih dan gagah.
Gagah kah?
* nanges
bersambung..............
No comments:
Post a Comment